PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts





Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Hampir setahun jalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Besyukur tak terkata atas aturan Allah yang sangat indah.

Lagi dua hari, final exam untuk sem 3. Curi masa kejap nak menulis, saje nak share pengalaman.

Alhamdulillah berakhir sem 3, bermaksud berakhirlah amanah saya sebagai penolong dalam syukbah (kos). Sungguh, banyak ujian, banyak cerita, banyak senyuman, banyak juga air mata. Asam garam dalam memegang amanah, biaselah tu.

Jujur saya sedar, diri ni tak sehebat sahabat-sahabat lain dalam memimpin. Suara pun kecik..Tapi cuma yakin, Allah pilih mesti ada sebab. Ye, banyak sangat perkara yang saya belajar.

Cuba untuk adil, cuba untuk faham perasaan semua orang, cuba untuk buat semua orang senyum, cuba untuk hulurkan bantuan sebanyak mungkin, cuba untuk dengar suara semua orang, cuba untuk tegas, belajar untuk sabar, belajar terima kritikan orang, dannn yang saya paling nak share adalah...

Belajar untuk bekerja dengan muslimin dan dalam masa yang sama menjaga diri.

Atau kata lain, ikhtilat sekadar ikut keperluan.


Apa yang saya perasan, post blog saya yang paling ramai pembaca adalah tajuk Ikhtilat tu Ape?
Ye saya faham, masih ramai yang tertanya-tanya ikhtilat tu apa, ramai yang cuba untuk menjaga diri daripada ikhtilat. Alhamdulillah, jom sama-sama kita perbaiki diri ^_^


Nak share sikit, jujur saya kata.. dulu saya sangat takut dengan muslimin... takde lah takut sangat tapi.. asal bercakap depan-depan, tangan mula sejuk menggeletar. Kadang ada urusan penting kena bincang dalam ws, tangan saya pun mula menggeletar.

Walaubagaimanapun, saya sedar yang urusan akan jadi susah untuk bekerja secara profesional kalau saya terus macam tu. Jadi, usaha untuk atasi ketakutan tu supaya tak ketara sangat dan dalam masa yang sama masih menjaga diri. Macam mana?

Berinteraksi sekadar yang perlu sahaja. Kalau rasa dah habis urusan tu... selamat tinggal...

Bila perlu sampaikan maklumat dalam ws atau ape-ape je alat perhubungan, tulis sekadar yang betul-betul penting. Baca semula ayat kita tu, oke atau tak. Kalau agak-agak macam ramah mesra terlebih gula, jangan takut untuk tekan butang delete dan buat lah ayat formal sikit. Nanti takut diabetis.

Bila perlu berbincang berhadapan, jaga mata dan jaga bahasa kita. Juga, jaga lah senyuman kita. Hemm... saya masih berusaha untuk jaga senyuman tu sebab saya suka gelak..hehe. Kawal ye, kita kawal sesama. Mata. Ye saya setuju, bila orang bercakap dengan kita nampak tak sopan kalau tak pandang langsung macam tak heran je. Jadi... cukup sekadar pandang sekilas. Pastu pandang lah atas ke, bawah ke, tutup mata nanti orang kata kita tidur pule. Cuba ye..kita cube sikit-sikit.

Berkaitan laman sosial. Kita dapat lihat betapa internet ni buat manusia berhubung tanpa sempadan. Jaga diri...jagaaa. Facebook.. tiada friend muslimin selain murabbi dan sedara mara. titik.
Instagram, tak follow muslimin. titik.

Emm.. mybe ada yang fikir, macam tegas sangat. Ikutlah ketahanan diri masing-masing.... jujur saya kata, walaupun saya buat perkara-perkara atas tu, namun saya still rasa macam banyak lagi benda yang perlu dihadkan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Sebab, ikhtilat sangat berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Bila hati gelap, bukan mudah untuk dikikis semula bintik-bintik hitam. Maka, ambillah jalan selamat dengan menjauhi perkara yang rasa... tak buat pun takpe. Takde keperluan, jadi tinggalkanlah.

Mungkin akan ada yang bagi alasan, nanti orang kata apa, nanti orang kata kita sombong. Tanya balik diri, orang tu ke yang akan tolong kita untuk kita kikis bintik hitam dalam hati, atau dia hanya akan tambah bintik hitam itu. Hati kita, biar kita yang jaga. ^_^

InsyaAllah, bila kita menghormati diri agar jauh dari ikhtilat, orang lain semua akan hormat pendirian kita. Take a chill pill!!

Setakat tu je lah perkara yang saya nak share. Pengajaran nye, Pandai-pandai lah jaga diri bila perlu bekerjasama dengan muslimin. Sebab perkara tu memang kita tak dapat nak elak, nanti kat tempat kerja pun bukan semua orang perempuan kann...jadi carilah jalan untuk kawal interaksi itu.


Itu lah yang saya belajar bila pegang amanah ini. Jangan kita jadi terlalu malu sampai tak bagi komitmen. Kerjasama itu perlu, just bina lah pagar dalam diri untuk selamat. Letak sekali line kuning, supaya kita tahu di mana yang boleh berhenti dan mana yang tak boleh berhenti. Side mirror adjust supaya nampak mana-mana yang perlu dijauhi. Kawal stereng kita baik-baik ye...

Cukup sampai di situ sahaja. Semoga bermanfaat. Maaf penulisan ni lebih tertumpu pada muslimat sebab saya muslimat. Saya kurang pasti macam mana muslimin. Yep.. takde abang takde adik lelaki. Ayah je hero dalam family.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*sambung study~


Jauhi yang tak perlu.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

InsyaAllah, kali ni nak berkongsi pula sedikit ilmu yang dapat daripada majlis forum tadi. Alhamdulillah, tajuk yang sangat mantop sampai saya yang mendengar ni pun dah jadi macam burung belatok.. angguk-angguk banyak sangat. Maklumlah, ilmu ceput, jadi bila dapat ilmu yang baru tu macam kena suluh dengan lampu lazer~ Segala yang dicatat dalam ni adalah apa yang saya dapat dari bicara-bicara para ustaz, Saya bukanlah orang yang berilmu sangat namun sangat teruja nak share apa yang diterima... tajuk ni agak berat dan perlu ambil serius. Andai ada yang tersalah, mohon tegur ye : )

Forum dikendali oleh moderator Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin, panel 1 Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah, panel 2 Dr. Ahmad Bazli bin Shafie. 

Merujuk pada tajuk bicara ilmiah ni, Penyelewengan Tafsir Kontemporari. Mula-mula dengarkan, rasa cam.. emm.. tak faham sangat. Tapi Alhamdulillah diakhir forum ni, faham dah. First untuk memahami tajuk ni, kita mesti tahu yang tafsir dan al-quran tu tak sama. Al-quran adalah kalam Allah manakala tafsir adalah penerangan berkenaan Al-quran itu dan ia adalah kalam manusia.

Soalan pertama yang diajukan: Apa makna sebenar tafsir dan apa penyelewengan yang berlaku keatas tafsir itu?

Baiklah, sebelum faham tafsir, mesti faham dulu al-quran sebab tafsir datang dari al-quran, tafsiran al-quran. Seperti apa yang dipelajari, Al-quran itu adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril, diturunkan secara berperingkat, membaca nya dikira sebagai ibadah, bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.

Apa yang perlu kita pegang adalah Al-Quran itu KALAM ALLAH kerana penyelewengan sesuatu tafsiran selalunya berlaku apabila kalam Allah ini dipertikaikan. Bila sebut kalam Allah, maka takde apa-apa yang boleh dipertikaikan.. faham tu. Tafsir pula membawa maksud penerangan berkenaan ayat Al-Quran dari segi banyak aspek contohnya asbabul nuzul dan ilmu-ilmu tafsir yang lain. Ilmu tafsir ini sangat luas dan perlu dipelajari betul-betul supaya kita tak tersalah ikut. Sebab itulah tak sama belajar bertalaqqi dihadapan guru dengan belajar dengan pakcik Google, perlu berhati-hati.

Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan ayat al-Quran, Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 7:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
[183]. Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.

[184].Ayat-ayat mutasyaabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang dimaksudkan kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. 











Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan yang ayat-ayat Al- Quran terdiri daripada 2 jenis, Muhkamat (jelas) dan Mutasyabihat ( tak jelas). Maka, penyewelengan tafsir berlaku apabila orang-orang yang ada masalah dalam hatinya mengambil ayat-ayat yang tidak jelas dan membuat tafsiran mengikut hawa nafsunya sendiri.  Mereka dengan sesuka hati membuat fitnah melalui ayat-ayat ini tanpa mengambil kira tafsiran-tafsiran Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'- tabi'in.

Tafsiran Al- Quran pula terbahagi kepada 3 :

1) Tafsir bil Makthur -  ditafsir dengan hadis
2) Tafsir bil Ra'yi       -  ditafsir dengan akal. ada yang diterima dan ada yang ditolak.
3) Tafsir ahli sufi       -  lebih kepada rohani, ada ayat yang zahir dan batin yang hanya boleh difahami oleh ahlinya sahaja. ada yang diterima dan ada yang ditolak.

 Maka penyewelengan tafsir berlaku mengikut hawa nafsu dan timbullah kefahaman-kefahaman yang salah.

Soalan kedua yang diajukan: Apakah maksud penyelewengan tafsir dan bagaimana ia boleh terjadi?

Pada zaman dahulu, orang barat suka membahagi-bahagikan zaman, contohnya zaman silam, zaman moden, zaman kontemporari dan sekarang digelar zaman pasca modenisma. Mengikut kefahaman orang barat, zaman moden itu adalah zaman apabila orang mula MENOLAK agama. 
 
Jom kita masuk sejarah jap, supaya kita faham pokok pangkal datang nye penyelewengan ni.

Pada zaman dimana pengetahuan sains sedang membangun, bibble mengalami kejatuhan sebab banyak ilmu-ilmu sains yang sangat bertentangan dengan ajaran yang ada dalam bibble. Ditambah pula dengan banyak nye campur tangan dalam mengubah suai kitab tu.. maka orang mula lari dari agama dan tidak lagi percaya pada bibble. Sejarah form 5 nii..

Apabila percanggahan berlaku diantara sains dan bibble, maka orang barat mula mengambil tindakan dengan mewujudkan zaman kebangkitan. Seolah-olah zaman ini adalah zaman pencerahan bagi mereka dan zaman bibble itu dianggap sebagai zaman kegelapan. Bermula dari situlah bermulanya zaman moden. Kristian ditinggalkan dan wujud macam-macam golongan contohnye kapitalis, liberalisme dan sebagainya, kebanyakannye atheis.. tak percaya tuhan.

Bila dah jadi camtu, para pendeta ambil tindakan dengan memperbaharui kita bibble tu ( renew)
. Segala pembaharuan tu seolah-olah ikut nafsu mereka, suka suki nak ambik mana, nak tukar yang mana dan nak tinggal yang mana sehingga kristian pun dah berpecah-pecah. Kemudian, dengan pembaharuan inilah Barat bangkit dengan teknologi-teknologi sains dan Islam mula dijatuhkan dan dicerobohi. 


Apabila banyak negara islam jatuh, para cendikiawan mula buat statement camni:

" Kata islam ini mulia, tapi mana izzahnya? Kenapa islam jatuh?"

Persoalan ini dijawab dengan banyak pendapat dan antaranya:

1. Islam jatuh sebab umat islam sendiri lari daripada al-quran dan al-sunnah.
2. Islam jatuh sebab barat ada banyak kehebatan dan kehebatan tu sebab mereka hurai semula bibble. jadi kalau islam nak bangkit, mesti ikut cara barat dengan hurai semula al-quran.
3. Tolak terus ajaran islam dan ikut cara barat.

Dahsyat kan time tu? Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah ramai yang ambil pendapat no.2. Mereka lihat kebangkitan barat dan cuba olah semula al-quran supaya jadi moden sesuai dengan zaman tu. Sehinggakan kesahihan al-quran pun dipersoalkan. 

Ulma'-ulma' terdahulu mengkaji sains supaya umat islam dapat rasa kebesaran Allah dan lebih dekat dengan Allah. Tetapi orang barat, mereka kaji sains untuk kepentingan sendiri, untuk mereka kuasai dunia dengan mencabar agama. Hasilnya, mereka bangkit dengan keangkuhan dan membawa pengaruh buruk sehingga umat islam sendiri goyah dengan keimanan yang mereka ada. Hanya kerana nafsu dan tamakkan dunia, islam diperlekehkan. :'(

Sebab itulah, seperti yang dikatakan pada awal forum tadi, peganglah yang al-quran itu adalah kalam Allah yang tak boleh ditukar-tukar sesuka hati...

Soalan ketiga yang diutarakan: Apa strategi penyelewengan tafsir dan kaedah yang digunakan?

 1. Mereka merendah-rendahkan al-quran supaya umat islam ragu-ragu dengan al-quran. Caranya adalah dengan mengatakan bahawa al-quran itu hanya kalam Nabi Muhammah s.a.w bukan kalam Allah. Kesannya, orang mula tak pandang tinggi pada Al-Quran.

2. Mereka cuba buang Rasulullah s.a.w dari manhaj tafsir al-quran. Seperti yang kita tahu, rasulullah s.a.w banyak memberi penerangan berkenaan ayat-ayat al-quran begitu juga para sahabat dan tabi'tabi'in. Maka, tafsiran-tafsiran ini akan mengganggu penyelewengan yang mereka ingin lakukan. So, dengan cara membuang tafsiran- tafsiran ini sahajalah, mereka dapat tuka-tuka sesuka hati. 

3. Mereka menimbulkan keraguan terhadap pengumpulan al-quran yang dilakukan oleh para sahabat. Cara pengumpulan dipertikaikan... jadi keraguan umat islam terhadap al-quran bertmbah. 

Sebab tu lah, kita perlu kaji betul-betul ilmu-ilmu al-quran seperti ulum quran supaya kita tahu sejarah-sejarah nya dan tidak  terpengaruh dengan penyelewengan ini. Tambahan pula, sekarang makin ramai umat islam yang dah murtad dan jauh dari jalan kebenaran.. fahami betul-betul strategi musuh-musuh islam supaya kita rasa tergugat dan ambil serius isu ni. Ramai yang terlepas pandang perkara ni, lebih-lebih lagi anak muda yang kurang diberi pendedahan. Jadi, jalankan tanggungjawab kita dengan kutip ilmu-ilmu agama ini dan sampaikan... walau satu ayat.

Soalan terakhir: Apa kaitan penyelewengan tafsir dengan anti hadis?

Antara hujah yang digunakan oleh golongan anti hadis adalah: 

1. Nabi Muhammad s.a.w juga seorang manusia biasa.

   Lawan hujah ni adalah, memang benar Baginda manusia biasa namun begitu baginda adalah seorang yang maksum. Martabat Baginda tinggi disisi Allah. Setiap yang keluar daripada mulut Baginda adalah wahyu Allah... baginda bukan cakap saja-saja. Akhlak baginda adalah terjemahan daripada Al-quran sebagai panduan ummat sehingga hari ni. 

2.  Hadis ditulis beratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 

Hujah untuk lawan balik adalah, Setiap hadis yang dicatat adalah dihafal oleh para perawi cuma baru dikumpul sahaja. Jika kita selami ilmu hadis, dalam menentukan sanad matan sesuatu hadis bukanlah mudah dan mengalami proses yang sangat ketat. Mereka yang meriwayatkan hadis adalah seorang yang benar-benar diyakini, malah akhlak mereka juga diselidiki. Maka, mana mungkin hadis itu tidak benar. 

Itulah perbezaan agama Islam dengan nasrani dan yahudi. Agama islam dipelihara dengan sangat teliti dan bukan mudah untuk diseleweng. Jika kristian, pendeta-pendeta mereka yang mengawal kitab bibble dengan mengubahnya sesuka hati. Jadi bagi mereka, sesiapa sahaja berhak menukarnya.

Tetapi agama Islam dipandu dan dijaga. Para ulama' adalah pewaris ilmu dari rasulullah. Sebab tu lah kita berpegang pada mazhab-mazhab kerana khilaf itu rahmat dan ia memudahkan kita, bukan menyusahkan.

Jadi, tindakan kita sebagai ummat islam, atau lebih khusus sebagai mahasiswa ( bagi yang student).. seharusnya kita sedar yang tanggungjawab kita masih bayak. Suntiklah sebanyak mungkin ilmu dalam diri kerana ilmu itulah yang menjadikan diri kita matang. Hidup di universiti bukan tiket untuk kita honeymoon bersenang lenang dan mengadap subjek-subjek yang diambil sahaja... luaskan tapak ilmu kita dengan memperbanyakkan join majlis-majlis ilmu. Sebab kita takkan dapat banyak jika kita hanya mengadap dan menelaah sebuah buku tebal. Universiti bukan kilang yang memproses pelajar dan mengeluarkan hasil yang kurang kualiti, universiti adalah pusat untuk mendidik pelajar yang intelektual dari pelbagai aspek. 

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan sedar yang dunia sekarang sudah tidak mengizinkan untuk kita goyang kaki. Sedarlah dunia sekarang sangat memerlukan khidmat mereka yang berilmu...

Ayuh!! Kita selamatkan dunia.. InsyaAllah biiznillah ^_^

Saya akhiri coretan ini dengan maaf andai ada terkasar bahasa. Jika ada kesalahan dalam perkogsian ini, saya alu-alukan sebarang teguran yang membina. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.. Wallahua'lam :)





 
















Penyelewengan Tafsir Kontemporari







Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih berpeluang untuk bertemu dengan ramadan tahun ini. Bersyukur juga atas kesihatan yang Allah bagi pada kita untuk  sambut ramadhan dengan meriah!! Pesta Ibadah!!

InsyaAllah, sempena ramadhan yang baru beberapa hari je menjenguk ni, saya nak kongsi sedikit berkenaan persediaan-persediaan yang kita perlu buat untuk sambut ramadhan dan supaya ramadan kali ni tak datang dengan sia-sia. Rugii sangat jika kita buat cam 'hye hye bye bye' je kat ramadhan yang datang setahun SEKALI je ni.

Sebab apa?

Sebab  bulan ramadhan ni, Allah sediakan khas untuk hamba-hamba Nya berebut-rebut masuk syurga, berlumba-lumba kejar ganjaran pahala yang berganda-ganda dan yang paling penting, Allah bagi peluang untuk kita perbaiki diri dengan latihan selama sebulan.  Macam mana yang dikatakan peluang tu??

1. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya
2. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
3. Syaitan yang jadi musuh ketat kita selama ni sedang dibelenggu!
4. Pahala berganda-ganda
5. Ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulann
6. dan sebagainyaa.... ^_^

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)
Haa!! Jangan lepaskan peluang keemasan nii..

Bila ramadhan bertemu kita, apa yang perlu disediakan adalah rohani dan hati. Sediakan hati untuk hadapi ramadhan, sediakan hati untuk menerima segala tarbiyah dan pengajaran yang Allah beri untuk kita pada bulan yang mulia ni. Contoh tarbiyah nye...

" Lapar nye.. takpe takpe, sabar"  Diri kita terdidik supaya bersabar...

" Sahur kena bangun awal... sebelum tu boleh qiam"  Diri kita terdidik untuk berdisiplin...


" Banyak nye makanan kat bazar nii... eh, kawal-kawal..nanti tarawih sakit perut" Diri kita terdidik supaya mengawal nafsu...

Dan sebagainyaa...

Seterusnya, bergembiraa lah bila ramadhan datang.. yeayyy!! Alhamdulillah!! Sebab ramadhan ni adalah satu madrasah buat kita. Kalau sebelum ni kita rasa diri banyak dosa, mohonlah pengampunan pada Allah dibulan ramadhan ni. Kalau rasa cam susahnya nak berubah sebelum ni, cubalah baiki diri dalam bulan ramadhan ni sebab syaitan takde, jadi takde siapa yang akan bisik kat telinga kita supaya jangan berubah. Jika sebelum ni kita susah sangat nak bangun solat tahajud, ambil peluang dalam bulan ramadhan ni untuk latih diri bangun awal. Alang-alang dah bangun sahur, tahajjud la sekali ye..
Takde orang yang baru keluar sekolah tapi tak dapat apa-apa ilmu, macam tu lah juga ramadhan... jangan sampai kita tinggalkan madrasah ni tanpa ade apa-apa kesan yang baik pada diri.. ^_^

Selain tu, dalam bulan ramadhan ni kita sangat dituntut untuk bertaubat kepada Allah. Basahkan lidah kita dengan istighfar sambil menyesali segala khilaf pada diri. Basahkan juga mata dengan air mata taubat kepada Allah. Basahkan juga anggota wudu' kita di sepertiga malam untuk solat taubat... Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada azab neraka...

Di samping tu, banyakkan berdoa dalam bulan ramadhan ni. Yakinlah yang Allah dengar doa kita dan Allah malu jika doa hamba-hambaNya tidak dimakbulkan. Lagi-lagi doa orang yang sedang berpuasa, laagii makbul.. InsyaAllah. Jangan tinggalkan doa, sebab doa tu senjata umat islam dan doa juga menjadi penghubung kita dengan Allah... jangan sombong untuk berdoa.. ^_^

Akhir sekali, untuk dapatkan ramadan yang terbaik, perlulah ada perancangan yang terbaik. Susun jadual kita molek-molek. Rancang lah baik-baik tadarus kita, qiamullail kita, solat terawih kita dan sebagainya. Usaha lah sungguh-sungguh untuk khatam kan Al-Quran dalam bulan ramadhan ni. Jangan lepaskan solat terawih walau satu malam dan hiasilah malam kita dengan bermunajat kepada Allah...

 
Jom cuba... ^_^
 

Lagi satu, jangan jadikan 10 malam terakhir tu sebagai malam-malam paling lembik tapi jadikanlah ia malam yang paling bersemangat. Klimaks pada bulan ramadhan... kejarlah malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih bak dari seribu bulan. Jangan pule nanti waktu tu lah kita lemah longlai sebab tak sabar-sabar nak sambut Syawal, terpacak depan tv 24 jam layan drama-drama hari raya... ish ish ish. Rugi nye kalau kita jadi camtu. 

Berpuasalah dengan sebenar-benar puasa. Bukan sekadar dapat lapar dan dahaga je...puasa mata, puasa tangan, puasa kaki, puasa hati, dan puasa mulut juge. Maksudnye jaga mata, jaga hati, jaga mulut dan jaga diri ^_^...

Jadikan ramadhan kali ni ramadhan terbaik kita, sebab belum tentu kita akan bertemu dengan ramdhan seterusnya... InsyaAllah! Jom!

Sekadar itu je perkongsian saya, moga bermanfaat untuk semua ^_^

Wallua'lam.

















Marhaban Ya Ramadhan!




Alhamdulillah, merujuk kepada tarikh hari ni adalah tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh semua batch 96. Dan Alhamdulillah semuanya selamat menerima sehelai kertas yang kalau boleh nak tutup je, tak nak tengok. Jadi sebab itulah kali ini saya nak bawa tajuk ni, 'Faiza 'Azamta FalyaTawakkal 'alallah!' Dan sebab lain nye adalah untuk pujuk diri sendiri juga, dan pujuk diri yang tengah membaca coretan ini sekali ^_^

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu ye?? 

Maka apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Apa yang saya nak tekan kan disini adalah usaha yang 'gila-gila', doa yang 'gila-gila' ( sungguh-sungguh) dan akhir sekali kemanisan tawakkal yang 'guling-guling' (seronok sangat)...heee..ada faham??

Bagaimana usaha yang dikatakan 'gila-gila' tu?

Selalu nya, diri kita sendiri dapat ukur tahap mana usaha kita..benarkan? Dan lebih mudah kita ukur usaha yang kita usahakan itu dengan perhatikan keusahaan orang lain...eh...maksudnya usaha orang lain lah~ Apa yang dimaksudkan dengan azam adalah kita nak sungguh-sungguh capai sesuatu kejayaan. Jadi tak lengkap azam itu tanpa dihiasi dengan usaha. Benar kan? Jadi kesimpulan nya, kita mestilah usaha  'gila-gila' jika tak nak azam kita tu habis minyak di tengah jalan. Allah suka orang yang berusaha. Dan sentiasalah kita niat kan usaha kita itu kerana Allah... ^_^

Bagaimana pula yang dikatakan doa 'gila-gila' (sungguh-sungguh)?

Doa adalah senjata orang mukmin. Maka, tak cantik usaha itu jika tidak di solek dengan doa kepada Allah. Sebabnya, kejayaan yang kita azamkan tadi bukan nye atas ketentuan kita sahaja. Allah yang akan beri kita kejayaan dan sebelum kejayaan itu diberi kepada kita, Allah nak tengok usaha kita ^_^.
 Jadi tak sempurnalah usaha kita tanpa doa. Jika kita malas berdoa, ibarat kita seorang yang sombong dan rasa dengan usaha kita sahaja, kita dapat capai kejayaan tanpa bantuan Allah. Ish Ish Ish...agak-agak Allah nak bagi ke kalau kita sombong? Jadi jangan kita putus doa dan doa hanya bila kita dalam kesusahan.

Akhir sekali, kemanisan tawakkal yang 'guling-guling'~ 

Yes! Inilah bahagian yang saya paling suka dan rasa nak guling-guling..hehe. Sebab apa ye?
Lepas dah usaha hingga peluh terakhir menitis, kita mestilah bertawakkal kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tawakkal adalah serah segala-galanya kepada Allah. Dan percaya yang Allah pasti akan tetapkan yang terbaik untuk hamba-hambanya Nya yang dah berusaha. Tapi doa jangan tiggal lagi ye~ Seandainya seseorang itu benar-benar bertawakkal kepada Allah, walaupun keputusannya tak memuaskan..dia akan tersenyum lebo-lebo. Dan jika keputusan yang cemerlang, lagilah dia melompat-lompat hingga ke langit! Itu lah indahnya islam dan indahnya bila kita letak sepenuh kepercayaan kepada Allah. 

Contoh mudah, sebagai calon SPM. Ye, saya faham betapa sadis nya diri kita bila kita tak dapat apa yang diidam-idamkan. Tetapi, jika benar kita dah bertawakkal kepada Allah, kita mesti akan senyum lebo-lebo nak terguling. Rileks  sis/bro~ Allah tahu yang terbaik buat hamba-hamba Nya. Ambil nafas dan fikir baik-baik dalam minda, tak semestinya orang yang tak dapat result A+++ tu tak berjaya dalam hidup. Mungkin Allah tangguhkan kejayaan kita sebab Allah nak aturkan kejayaan yang lagi BEST satu hari nanti. Jika bukan didunia, diakhirat nanti. Jangan pernah kita salahkan Allah, dan jika nak salahkan diri sendiri...muhasabah agar kita dapat perbaiki dan tingkatkan lagi usaha kita. ^_^

Saya akui diri ni punya result pun tak se A+++ tu, dan gelak sorang-sorang sebab terkerutkan muka dan kena tarik-tarik sikit mulut bagi senyum... Jadi, bila terjadinya perkara begitu, pujuk lah diri pujuklah hati. Ambil Nafas dalam-dalam dan ucapkan Alhamdulillah. Lepas tu boleh la rasai kemanisan tawakkal yang berguling-guling! Good Luck semua! Perjalanan masih jauuuuhhhh~

Wallahua'alam!



Faiza 'Azamta falyaTawakkal 'Alallah !!

Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah...sambungan 10 muwasafat tarbiyah berjaya juga saya sambung ^_^
Baiklah, kita teruskan untuk 3 lagi~


MENJAGA WAKTU


MASA...TIME...الوقت...ZEIT(german)...TEMPS(french)...TIEMPO(spanish)...ВРЕМЯ(rusian)
Alhamdulillah antum berjaya belajar banyak bahasa hari ni...^_^

Apa kaitan masa dengan muslim bertaqwa??

Selalu kan dengar pepatah 'Masa Ibarat Emas'? Kenapa emas? Sebab emas tu mahal dan sangat berharga, dan masa lagi berharga daripada emas sebab atlest emas boleh beli tapi ada ke orang jual masa??

Ada!! Ada!! Doremon!!...

Hadeh...otak kanak-kanak lagi~ Hakikat nye tesangat lah rugi orang yang tak memelihara masa dengan baik. Jaga masa samalah juga dengan orang yang berdisiplin...Tapi ingat ni, kita tak perlu jaga masa sebab masa tu milik Allah. Jadi kita nak jaga apa?? Jaga ibadah kita dengan Allah iaitu jaga masa solat kita dengan penuh berdisiplin.

InsyaAllah bila kita solat pada awal waktunye, masa kita akan terjaga dengan baik kerana disitu ada keberkatannye. Dan kat situ lah Allah didik hambaNya untuk jadi seorang yang berdisiplin ^_^ Allah dah atur semua nye dengan comey je~

Jadi bagaimana kita nak gunakan masa yang dah terjaga dengan solat tu dengan cemerlangnye??

Penuhilah waktu yang kita ada dengan perkara bermanfaat a.k.a untuk agama dan ummah. InsyaAllah besar ganjaran nye di dunia dan di akhirat kelak. 
Pesanan penting untuk diri saya dan antum: Bangun Awal dan Lepas subuh jangan tidur balek ye~

Al-Imam Hassan Al-Banna : “Sesungguhnya kehidupan manusia sejak dari lahir lagi   
       sehingga wafatnya di dunia ini tidak lain melainkan masa yang telah berlalu yang   
       tidak dapat dikembalikan semula. Oleh itu ‘masa’ itu amat berharga lebih mahal 
       daripada emas.”


TERSUSUN DALAM URUSANNYA


Untuk manfaat kan masa dengan baik dan berkhidmat untuk uummah, perlulah ada pengurusan yang tersusun...Sebab jika kita takde pengurusan yang baik a.k.a jadual yang comel, pelaksanaan yang kita buat akan tonggang tebalik. 

Jadi untuk elak kan perancangan kita tonggang terbalek, buat lah jadual. Paling tidak pun, catatlah setiap yang kita rase perlu ingat...sebab kita ni kan insan- pelupa~

Nak kongsi sikit lah pengalaman ana. Dulu di sekolah saya salah seorang ajk pelaksana dalam sesetengah aktiviti di sekolah. Maka dengan itu banyak lah perancangan dan pelaksanaan yang perlu di buat. Dari pengalaman tu saye belajar sesuatu yang sangat berharga untuk digunakan dalam kehidupan...itulah 'tersusun dalam urusan'... Sebab dalam pelaksanaan aktiviti, kalau tak tersusun, habislah tonggang langgang aktiviti tu~ 

Jadi...rancang sebaik mungkin aktiviti-aktiviti dalam kehidupan. Yang penting bermanfaat! ^_^

BERGUNA UNTUK ORANG LAIN


Apa yang dimaksudkan berguna untuk orang lain tu??

Apa yang dimaksudka kat sini adalah dapat beri kebaikan untuk orang lain, dapat buat orang lain tersengih lebar, dapat buat orang lain senang gumbira dan yang paling berharga adalah dapat mengajak orang lain mentauhidkan Allah dan seterusnya sama-sama masuk Jannah! ^_^

Maksudnya 'DAKWAH'
Dialog yang kita akan biasa dengar bila sebut tentang dakwah :

Alaa...aku tak baik pun..tetiba nak ajak orangg buat baik~
Aku rasa cam belakon lah bile ajak buat baik kat orang~
I wan't to be my self!

Ceh~ eksyen nye lah~

Meh saya terangkan sikit tentang dakwah ni. Nak cerita lah sikit...dulu sebelum saya mula bercoret dalam blog ni, saya banyak kali fikir...saya bukanlah seorang yang baik sampai kompem masuk syurga dan saya akui banyak coretan ana yang berbalik pada diri sendiri dan hakikatnya nasihat untuk diri sendiri. Dan perasaan rasa takut nak berdakwah tu bertambah bila umi saya ingatkan dengan ayat ni:

Allah berfirman dalam surah Soff ayat 2:

Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.

Allah~
 Tapi bila fikir balek, tanggungjawab kita sebagai sebagai khalifah adalah amar ma'ruf nahi mungkar.
Jadi tak de alasan kita nak lari daripada dakwah ni. fikir-fikirkan lah...Dakwah pada orang dan dalam masa yang sama pada diri sendiri juge. Tak semestinya kita kena berceramah bertazkirah untuk sampaikan dakwah...Andai rasa tak mampu, praktikkan lah 10 muwasafat Tarbiyah dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah dengan penampilan kita sebagai seorang muslim yang bertaqwa, tertarik hati-hati yang terlalai kepada Allah sebab penampilan kita. Yang penting mesti Lillahita'ala!! ^_^

Kalau rasa apa yang kita dakwah kat orang tu kita pun tak buat, maka buat lah. Berdakwah untuk orang dan untuk diri sendiri juga. Andai dapat tentangan yang hebat, ingat satu perkara je...Allah with you~ ^_^

Kata2 Imam Hassan Al Banna :


"SESUNGGUHNYA AKU SEDANG MENASIHATI KAMU,

BUKANLAH BERERTI AKULAH YG TERBAIK DALAM KALANGAN KAMU,

BUKAN JUGA YANG PALING SOLEH DALAM KALANGAN KAMU,
KERANA AKU JUGA PERNAH MELAMPAUI BATAS UNTUK DIRI SENDIRI,
SEANDAINYA SESEORANG ITU HANYA DAPAT MENYAMPAIKAN DAKWAH APABILA DIA SEMPURNA,
NESCAYA TIDAK AKAN ADA PENDAKWAH.. MAKA AKAN JADI SIKITLAH ORANG YANG MEMBERI PERINGATAN."


Alhamdulillah berakhir sudah peribadi muslim bertaqwa. Jom!! terapkan dalam kehidupan kita agar mendapat Redha Allah...insyaAllah ^_^

Nukilan daripada Syeikh Yusuf al-Hasani:

TARBIYAH adalah umpama hospital, tiada orang yang pergi hospital tersenyum, melalui proses tarbiyah adalah satu KEPAHITAN kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan. 
MURABBI memberikan tarbiyah umpama doktor yang memberi ubat.
Walaupun pahit di telan, tapi disana ada KEMANISAN bagi diri yang jiwanya sihat kesan terdidik dengan kepahitan tarbiyah. 
Orang yang MENANGIS bersama kita adalah lebih baik daripada orang yang KETAWA bersama kita yang akhirnya akan MENTERTAWAKAN kita ~


Ulangkaji semula ^_^



Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! ^_^
Selamat beramal!!


10 Muwasafat Tarbiyah- Part lll

Assalamualaikum ^_^
Baiklah...InsyaAllah saya akan sambung lagi 7 muwasafat tarbiyah. Maaf sebab agak lambat, sebab saya baru je berjaya menukar wajah blog ini ^_^, ada masalah teknikal sikit untuk templet blog sebelum ni...dah upgarate!

TADAAA!! hee~

oke..tak penting pun sume  tu~ sambung-sambung.. -_-" 
perjalanan kita masih panjang~


MAMPU BERUSAHA


U.S.A.H.A.
Emm...siapa tak faham gabungan huruf-huruf ni kan? Semua orang tesangat lah familiar dengan perkataan ni. Dan perkataan ni popular 'gila' time nak exam..
betol tak??? ( angguk laju-laju)

Oke, nak cite sikit. Usaha itu maksudnya cuba buat sendiri sesuatu perkara...usaha sungguh-sungguh sampai lah da tak mampu nak buat sendiri, barulah minta tolong orang lain. Dan macam mana nak dapat kekuatan untuk buat sendiri tu??
Mestilah dengan kekuatan yang diberi oleh Allah dan yang penting kepercayaan pada diri sendiri ^_^
Macam mana nak dapat kekuatan dari Allah tu??
Mestilah dengan DOA ^_^
Contoh situasi orang yang tak berusaha:

Sehari sebelum exam~
A: B...kau kan pandai. Ajar aku subject ni
B: Apa yang kau tak faham?? Meh aku ajar
A: Ala~ kau ajar je semua...aku malas lah nak bace
B: Jangan la camtu...esok aku pun nak jawab exam gak...kau kena usaha sendiri gak, tak ley lah nak   
    harap orang lain je sebab Allah suka orang yang USAHA! ^_^
A: oke...aku cube. Thank's kawan ^_^...sory susahkan kau~

Begitulah cerita nye..hee
Jadi berusaha lah selagi kita diberi kekuatan...jangan sampai kita jadi hamba Allah yag tak bersyukur, yang kufur ni'mat...dan bila dah diberi kekuatan untuk berusaha, buat setekun yang habis! MUSLIM BERJAYA~

BERPENGETAHUAN LUAS


Pengetahuan itu adalah ilmu..
Jadi sekiranya kita nak jadi Hamba Allah yang bertaqwa mestilah perlu ada ilmu. Dan ada 2 perkara dalam dunia ni jika kita kejar, kita akan kehausan nak lagi...
ILMU dan HARTA
Jadi antum semua nak yang mana? Ilmu atau harta? 
Jika kita kejar ilmu, harta tu akan bederet-deret kejar kita. Tapi jika kita kejar harta, jangan lah nak mengharap ilmu tu nak kejar kita~ huh

Dengan kita cari ilmu, Allah akan angkat darjat kita tiingiii, manusia pun akan pandang kita hebat je..
 Dan dengan ilmu jugalah kekuatan tuk kita hadapi dunia masa kini. 
Yang paling penting, ilmu yang kita dapat tu mestilah berpandukan dan selari dengan Al-Quran dan Al-Sunnah...Bahaya tau kalau kita terima je tanpa kaji asal usul sesuatu ilmu...takut-takut tesalah aqidah. Nauzubillah~

KUAT TUBUH BADAN


Eh!! Ada kaitan ke kuat dengan muslim bertaqwa~ apakah??

Mestilah ada. Islam tu kan Syumul...menyeluruh! 
Al-'aqlu Salim bi Jismu Salim~ eh..betolke ejaan... tak pe lah
Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat ^_^
Jaga kesihatan sebab tubuh badan kita ni Allah bagi pinjam...jadi jagalah leklok~
Dan jika kita tak jaga kesihatan, nanti sakit...da kena keluar duit beli obat, ibadah pun tak ley nak tunai dengan sempurna...kan susah camtu.

Tapi bukan ke sakit tu ujian dari Allah? Diampunkan dosa lagi tu..

Tak dinafikan itu ujian dari Allah...tapi kan lebih baik mengelak daripada merawat. Tak gitu??

An apple a day keeps the doctor away! eceh~

Rasulullah pun jaga kesihatan tau..kuat lagi tu. Kalau Baginda tak kuat, camne baginda boleh jadi panglima perang?? Ingat orang lembik boleh jadi ke?? 

Sayangi Diri Anda! ^_^

BERSUNGGUH-SUNGGUH LAWAN NAFSU


NAFSU...ada macam-macam jenis nafsu:

Nafsu makan_perut kenyang tapi makanan sedap...makan je lah~
Nafsu tido_ adoyai~ ngantuk nye la ustaz ni ceramah...tido je lah~
Nafsu hidup mewah_kereta dah lima...so tv kena tambah lagi 5 lah...beli je lah~
Nafsu cintan cintun_fiiwitt! cantek nye adik manis...jom couple...couple je lah~
Nafsu buat jahat_heish! budak ni kan...beranii die!! nanti kau...belasah je lah~
Nafsu buat baik_eh kesiannye die tak tutup aurat...camne hidup die kat akhirat nanti?kena tolong ni~
dan lain-lain...

Hah! Pernah tak rasa semua tu??
Astagfirullah~ ^_^
Untuk jadi muslim yang hebat, semestinya saingan nye hebat juga...itulah nafsu. Jadi kita kenalah kuat agar kite dapat telengkan nafsu kita supaya seiring dengan panduan kehidupan seorang Hamba Allah!
Dalam hati wajib ada Allah...bukan nama girlfrend boyfrend ye~ 
Latih diri untuk sentiasa sabar dan bersahabat lah dengan orang-orang yang ada iman dalam hati nye ^_^

~Mujahidah itu pahit...sebab Syurga itu tesangatlah manis~

Alhamdulillah...7 da abis...lagi 3 je lagi muwasafat tarbiiyah. Saya mudur diri dulu ye.
InsyaAllah saya sambung lagi 3 dalam post seterusnya. 
Kita sama-sama cuba praktikkan sikit-sikit dalam kehidupan seharian...
Sebab sebenanya saya sendiri pun terkena atas kepala sendiri dengan coretan ni..faham-faham je la kan.
Saya sendiri pun dalam proses jadi Muslimah Hebat juge ^_^

Wassalam ^_^






10 Muwasafat Tarbiyah- Part II



Assalamualaikum ^_^




Alhamdulillah...saya dan antum sekalian masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas hingga ke detik ini.
Malah digerakkan hati pula untuk menambah ilmu Allah yang luas itu dengan membaca coretan yang InsyaAllah dapat memberi manfaat buat saya dan antum.. ^_^...
Izinkan saya pinjam mata, fikiran dan hati antum sekalian...telinga pun untuk dengar video kat atas tu~

Emm...
Kali ni...saya nak kongsi sedikit tentang 10 muwasofat tarbiyah!

Apa tuh?? muwasofat? TARBIYAH? tak pernah dengar pun~

Haa!!
Kalau nak tau, Muwasafat Tarbiyah tu adalah sifat-sifat atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang Hamba Allah...erti kata lain, kalau nak jadi muslim dan muslimah yang GEMPAK, kenalah ada 10 sifat ni...
Ini adalah panduan tuk umat islam yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna berpandukan Al-quran dan As-sunnah agar dapat jadikan ibadah kita kepada Allah tu lebih TOUCHING...hee..camtulah~
^_^

Andai kite dapat terapkan 10 muwasafat tarbiyah ni dalam kehidupan seharian...insyaAllah!..kita akan jadi muslim dan muslimah yang bertakwa ^_^

So yang 10 tu ape??? banyak tuuu~

Takpe...jangan risau. memang lah 10 tu cam banyak sebab die jama' kan..kan..kan..
Andai niat kite baik nak jadi hamba Allah yang bertaqwa...Allah with us~ Trust it!!


sweet kan Allah ^_^ !


AQIDAH YANG SEJAHTERA


Aqidah adalah perkara yang sesangat lah penting dalam diri seorang muslim. Kalau aqidah seseorang tu terpesong cikit....maka ibadah nya pun akan sia-sia.

Kenapa??

Sebab aqidah tu adalah kepercayaan da keyakinan seseorang tu terhadap Allah. Orang yang aqidah die terpesong tu contohnya orang yang amalkan syirik...syiah dan lain-lain. Contoh, bile kepercayaan pada Allah dah kabur dalam hati seseorang tuh, dia minta tolong tok bomoh...maka jadilah Syirik! Nauzubillah...moga dijauhkan~

Dengan aqidah yang sejahtera, ibadah kita dengan Allah akan lebih akrab sebab iman dalam jiwa da MANTOP...dan bile iman da mantop, insyaAllah hidup kite bahagia dunia akhirat.

JOM!! kite mantop kan aqidah dengan ikhlaskan ibadah kite kepada Allah dan banyakkan amal soleh ^_^



IBADAH YANG SOHIH


Ibadah yang sohih...yang betul...yang KHUSYU'. 
Hmm...kalau soal ni, kite kena tanya diri...sebab orang lain tak ley nak nilai ibadah kite. Ikhlas kah? atau riyak kah?? huh.

Khusyu' tak solat aku??
Kalau waktu beribadah tu, rasa apa?? malas?? boring?? 

Atau

apsal panjang sangat surah imam baca ni~
mengaji?? nanti nantilah~
emm...nak solat sunat ke tak...solat..tak..solat...tak...solat....oke, tak.

Ish..Ish...Ish...(geleng laju-laju)
Memang tak dinafikan, time nak ibadah lah waktu berharga bagi syaiton-syaiton cucuk jarum...jadi kita mestilah perlu kuat lawan syaiton ni...walaupun syaiton ni tak sekolah, mereka-mereka ni bijak tau. Jika tak dapat cucuk jarum untuk halang kita solat, maka jarum paling halus pula akan dicucuk...iaitu fikiran yang melayang sehingga hilang kekhusyukan dalam solat. 

Jadi peliharalah ibadah kita molek-molek. Ingat Allah...banyakkan beramal soleh. Betulkan ibadah kita...perlukan ilmu dalam beribadah. Dan yang penting, doa pada Allah agar segala amalan soleh kite diterima ^_^

Nak kongsi sikit...satu hari umi ana tanye
Umi : qilah, apa qilah rase kalau ade orang tu cakap /puji  qilah...tapi kejap pandang atas,      pandang bawah...sambil-sambil tu buat muka sebab fikir benda lain?? ( kalau dengan mahram) 
Saya : ermm...rase cam die ni nak cakap ngan siapa? cam tak ikhlas je~ 
Umi : Sebab tu lah kalau dalam solat, kite kena khusyu' sebab solat tu kite berinteraksi dengan Allah, dan kite kena faham maksud bacaan solat supaya kite faham apa yang kite cakap kat Allah...kite puji Allah ^_^

Kalau kita pandai jaga hati kawan bila cakap ngan die, kenapa tak ley jaga ibadah kite dengan Allah??
Jom kite sama-sama perbaiki Ibadah ^_^


AKHLAK YANG MANTOP


Oke...bila sampai bab akhlak, mungkin akan ade yang rasa...aku da baik dah...
Eh...ye ke??
Seperti yang kita semua tau, akhlak yang akan orang pandang dan seolah-olah boleh jadi kad pegenalan tanpa perlu seluk poket bukak dompet dan tengok IC. hehe... sebab tak kesah lah kita kaya duit bekepuk-kepuk manapun, bijaksana cam thomas elderson manapun, tutup aurat litup kelubung manapun, kalau akhlak buruk...tarappapa~

Sebab tu Allah utuskan kepada kita umat islam Rasulullah SAW. Baginda semestinya adalah contoh ikutan sepanjang ZAMAN. Akhlak baginda adalah akhlak Al-Quran...jadi takde alasan nak kata

eh! zaman sekarang mana ade orang buat camtuh!

Dengan akhlak yang solehah...insyaAllah kita akan mudah dalam segala urusan duniawi. Malah Allah pelihara tau tau tau.. 

Namun jika kite yakin kite dah buat baik tapi orang pandang buruk dan soksek-soksek belakang kite...pastu orang tak suka, jangan risau. Sebab kita tak suruh pun orang suka kita, kita berakhlak mulia supaya Allah suka kita...supaya kita dapat keredhaan Allah. 
Itu yang utama...jadi teruslah buat baek ^_^

Sampai disini dulu coretan saya...nanti panjang sangat pule~ hee
InsyaAllah andai diberi kesempatan...saya sambung lagi ^_^

Terima kaseh sudi bace...
Wassalam ! ^_^




10 Muwasofat Tarbiyah- Part l




Assalamualaikum pembaca sekalian !! ^_^
InsyaAllah, mungkin coretan ini coretan terakhir ana sebelum menghadap kertas-kertas soalan SPM...

huh...SPM~

Jadi, inilah cara ana nak release stress ngadap buku...hee, tekan-tekan butang kat laptop pukul 1 pagi lebih ^_^
Baiklah, kali nak kongsi tentang analogi-analogi yang menarik, dan coretan ni juga untuk menghargai adik-adik usrah ana yang disayangi sebab ni sume dari minda bijak mereka...

Kak Qilah doakan adik-adik semua dapat teruskan perjuangan kat sekolah tu...moga kita semua dapat jumpa lagi, kalau bukan kat dunia kita jumpa kat syurga yeh ^_^





MANUSIA IBARAT BATERI

Eh! Bateri???
Sebab, contoh kalau telefon dapat signal bateri low, mesti kita nak cas bagi penuh kan?
Camtu lah juga dengan diri kita, kita perlu 'dicas' bila dapat 'signal'...
sebagai manusia, kita tak terlepas daripada wat dosa...
bila kita rase cam kita banyak buat dosa, ibadah dah tak rase kemanisan nye...itu signal hati kita perlu diisi dengan muhasabah, ilmu dan zikrullah...
Barulah hati kita tenang ^_^ sebab bateri dah full!


LIFE WITHOUT ALLAH IS LIKE AN UNSHARPENED PENCIL...
IT HAS NO POINT

hidup tanpa Allah ibarat pensel tumpul...tiada point.
Cer perhatikan mata pensel yang tumpul...kite tak dapat nak hasilkan titik yang tepat gune pensel yang tumpul tu...
sama lah cam hidup yang tiada Allah dalam hati, terawang-awang tanpa matlamat
Sebab tu, kite sebagai umat islam Allah dah bagi panduan dalam al-quran, matlamat kita Allah
' Life is a journey, from Allah to Allah'


KEHIDUPAN IBARAT R&R

Allah jadikan makhluk untuk menguji keimanan mereka. Kita hanya hidup di dunia ni sementara cam R&R untuk mencari bekalan di akhirat...
Jika kita penuhi R&R kita dengan kebaikan dan amar ma'ruf dan nahi mungkar
maka signboard  syurga lah yang kita ikut
Jika kita penuhi R&R kite dengan perkara sia-sia dan melalaikan
maka signboard neraka lah yang kita ikut...
Kesimpulannya gunalah R&R yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaik mungkin untuk mendapat JANNAH ^_^


HIDUP IBARAT MAKAN IKAN

Hidup ni boleh dikira sebagai makan ikan. 
Tak percaya cuba tengok, kita makan ikan tapi sebelum tu kita akan asingkan tulang dia dulu.
Payahkan?? nak kena asingkan tulang...
Macam tu juga dengan hidup, memang susah nak tempuh...susah nak go through it.
Tapi kalau kita sabar.....tempuh semua ujian tu, insyaAllah natijah yang Allah nak bagi tu indah.
Ibarat makan ikanlah, kita try our best untuk asingkan tulang, lepas tu barulah kita boleh makan dengan lazatnya~ kan best camtu ^_^
So the point is kita kena try our best to go through with the ujian and the most important is, we need to be patient, coz Allah sayang orang-orang yang sabar ^_^


DUNIA UMPAMA LAUTAN YANG LUAS

Selalu kan, kat atas laut ada kapal. Jadi kita sebagai manusia adalah kapal dan dunia ni ibarat laut yang luuuaaasss sangat.
Dalam laut yang luas tu lah telah banyak kapal-kapal yang karam. Jadi cane nak bagi kapal kita tak karam??
mestilah dengan iman dan takwa. Andai muatan kapal tu adalah iman dan layarnya adalah takwa,
InsyaAllah kita akan selamat dari tersesat dalam lautan kehidupan ^_^


AKAL MANUSIA IBARAT PISAU

Pisau kalau dah tumpul kena diasah, samalah juga cam akal...
perlu selalu diasah...digunakan. Praktikkan hafalan menggunakan akal supaya kuat ingatan..
Jika pisau yag baru dibeli, disimpan je dalam almari tak guna...pisau tu akan tumpul
maksudnye kalau akal tak guna, nanti minda kita akan lambat...
Jadi, gunalah nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita sebaik mungkin...
bersyukur...kalau nak tau, otak kite ni adalah komputer yang paling hebat...cuma kadang-kadang
pemiliknye sendiri yang tak pandai nak jaga dan guna..^_^


MENUNTUT ILMU IBARAT BELAJAR BERENANG DI LAUTAN

cuba kita bayangkan...belajar berenang di tengah-tengah laut yan luas gile tu!
ush!...mesti penat
dan cuba bayangkan kalau kite putus asa!
blup...blup..
kita akan lemas~
maksudnya kat sini, belajar tu tak boleh putus asa...gagal sekali tak bermakna gagal selamanya
Ilmu Allah ni tersangat lah luas...dan ingat ni, Allah memuliakan hamba-hambaNya yang menuntut ilmu...
so, teruskan usaha ^_^

Berakhirlah sudah analogi-analogi daripada adik -adik usrah ku.
Sebenarnye kan, pada pendapat ana, analogi ni sangat bagus dalam berdakwah.
sebab??
dengan kita bagi analogi masa nak terangkan sesuatu, sesuatu tu akan lebih mudah difahami sebab kita kena berfikir...guna otak. Malah, ia juga dapat kita memberi kefahaman untuk non-muslim lebih faham islam..
yelah, cer kalau kita sebut ayat-ayat yang diorang tak faham..
tung tang...tungtang bertazkirah, faham ke mereka-mereka tu??

emm...tipis sikit kut..

Jom kita guna analogi sebagai tambahan dalam berdakwah...dakwah tu akan jadi lebih kreatif ^_^

Moga coretan ini bermanfaat buat sume para pembaca!

Wassalam~

* doakan kajayaan ana dalam SPM 2013 ni ^_^...syukran jazilan!



















































IBARAT...UMPAMA...