Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebagai manusia, kita tak boleh nak lari daripada buat dosa, benarkan??
Dah taubat, tetiba terbuat balik. Taubat lagi, tetiba terbuat balik. Taubat lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Sampai bila nak taubat ni??
Sampai bila-bila. Sebab apa? Kenapa kita mudah terbuat dosa? Kerana iman seorang manusia itu ada turun ada naiknya. Jangan biar kita terus futur berhiaskan dosa, tapi teruslah bertaubat.
Apa futur tu??
Futur tu adalah ketika iman kita berada ditahap yang kritikal dan nazak. Atas sebab-sebab tertentu, kita lalai, kita leka dengan nikmat dunia dan lupa mengejar nikmat di syurga.
Oke sekarang dah faham kan yang semua orang berkemungkinan besar boleh melakukan kesalahan?
Baiklah, bayangkan kita sedang berjalan-jalan dalam kesesakan manusia. Macam-macam ragam yang kita akan nampak. Ada yang nampak soleh sangat, ada yang nampak cam jahat giler, ada yang nampak cam baik pun ye, cam jahat pun ye. Ada yang nampak kejap baik, kejap jahat. So kita pun pandang serong pada yang nampak cam jahat, senyum manis pada yang nampak cam baik tu.
Oke sekarang, saya nak tanye kalian.. wajar tak apa yang 'nampak cam- nampak cam' itu bermain dalam fikiran kita? Wajar kah kita melebel seseorang tanpa kita tahu dan kenal dia? Wajarkah kita menghukum seseorang itu hanya berdasarkan pendapat lemah kita?
Tidak.
Tidak kerana hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-hamba Nya. Siapa kita nak judge orang? Siapa kita nak letak tanggapan-tanggapan tu pada manusia?
Seorang manusia, memang suka sangat bertanggapan. Oleh itu, tukar lah tanggapan-tanggapan itu pada tanggapan yang baik, husnuzon. Bersangka baik.
Kita semua ada mata. Dan tak dinafikan, mata kita ni hanya boleh nampak orang lain, kita tak nampak diri sendiri. Gunakan mata hati kita untuk kita melihat diri sendiri. Selidik mana buruk, mana baik dalam diri kita. Sebab hanya kita yang benar-benar kenal siapa diri kita yang sebenarnya.
Kadang-kadang, seorang yang baru ingin berhijrah boleh berpatah balik hanya disebabkan tanggapan-tanggapan buruk orang sekeliling pada dirinya.
Kadang-kadang, seseorang itu akan sentiasa berusaha membaiki diri hanya disebabkan orang disekelilingnya percaya yang dia boleh berhijrah.
Cukuplah kita sebagai orang yang kenal siapa dia, nampak dia buat silap, doakan dia, bantu dia.. bukan terus menghukum seolah-olah dia tiada peluang langsung untuk berhijrah.
Berhentilah menghukum seseorang dengan tanggapan-tanggapan buruk kita. Kerana orang yang suka bertanggapan buruk adalah mereka yang mempunyai penyakit dalam hatinya.
Memang kita ada hak untuk berpendapat. Tapi kita tak de hak nak hukum seseorang tu tanpa kaji selidik.
Sebab apa?
Sebab diri kita pun bukan baik sangat nak kata orang lain tak baik. Boleh jamin ke yang kita akan kekal dalam jalan kebenaran, sedangkan kita masih belum diuji Allah dengan ujian-ujian yang dahsyat?
Na'uzubillah. Banyakkan berdoa pada Allah agar ditetapkan hati ini atas jalan kebenaran ^^,
Wallahua'lam ...
Diri sendiri dah comfem ahli syurga ke?
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama menyepi dari keyboard, alhamdulillah hari ni diberi kekuatan untuk memecah kesunyian. Dan disebabkan saya baru nak berjinak-jinak dengan penulisan blog, suka baca blog-blog hebat yang lain.. paling suka baca blog Angel Pakai Gucci..hehe.. banyak juge dapat idea dari coretan-coretan blog tu, bukan tiru ye cuma rujukan. Pastu terbaca satu artikel tentang fitnah emotikon... bacelah. Promote jap.
Tak dinafikan, syoknye berwasep kan? Dah la free je, means tak yah bayar macam mesej yang sekali hantar habis 30 sen.. yang kalau lain-lain syarikat nombor, lagi mahal ( celcom-maxis) ( digi- celcom ). Dengan wasep ni, hanya bila ade internet... maka bebaslah kita nak hantar panjang mana, banyak mana, siap ade gambar-gambar lagi! Ditambah lagi dengan video-video yang mudah sangat nak foward dan sebagainya. Fuhh.. best 'giler'~ Bukan tu je, suara pun boleh hantaarr.. Kesimpulannya, itulah zaman IT, zaman dimana semua nye jadi mudah, zaman dimana jari adalah segala-galanya.. zaman yang membolehkan kanak-kanak riang pun dah pegang tablet touch screen. Tak main dah tepon mainan yang ade lagu-lagu tu.. macam lagu : " I'm the barbie girl, in the barbie world~~" sungguh nostalgia kannn...
Dunia dah majuu.. bak kate pepatah baru, 'maklumat dihujung jari'
Namun... pernah tak kita terfikir, adakah kemajuan itu membawa kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh dengan Allah?? Adakah kemajuan itu menjadikan kita seorang yang semakin bijaksana atau semakin malas?? Jadi, bijak-bijak kan lah diri manfaatkan kemudahan yang ada..
Berbalik pada tajuk asal, sebenarnye nak sentuh soal wasep je. Maaflah, eja wasep tak betul... ^^" Sedar tak sedar, sekarang ni whatsapp ( ws ) dah jadi macam satu fenomena yang sangat hebat. Orang lagi banyak scroll ws dri FB kan? Tu yang sampai FB beli ws, pastu ws pun dari free je dah kena bayar! Huh.. lari tajuk jap. Bila penggunaan ws dah macam sangat keperluan, maka perlu lah kita selidiki betol-betol pantang larang dalam ber ws. Bukan pantang larang sangat pun, cuma adab.. ataupun penggunaan yang bijaksana! Tujuan saya tulis tentang tajuk ni sebab tentunya nak berkongsi pendapat dengan antum dan dan tegur diri sendiri yang dah galak sangat ber ws nii..eiisshh..
1. Hormat
Sedar tak sedar, waktu tengah berwasep tu.. walaupun kita hanya menaip-naip tapi hakikatnya ibarat kita sedang berborak depan-depan. Sebab rasa macam laju je tangan ni menaip apa yang ada dalam kepala kan? Yelaa... free of charges kan~ semua benda nak cakap. Dan kadang-kadang sampai kita terlupa nak perhati betul-betul perkataan kita adakah akan buat orang kecil hati atau marah. Ini selalu jadi kalau dalam grup la kan? Tengah galak borak-borak, tiba-tiba ada orang yang left grup.. Haaaa..pastu mula lah saling salah menyalahi. Sebab tu kena ingat, walaupun dalam grup tu tak semua orang akan aktif bagi respon, tapi semua boleh baca. Faham tak?? haha.. payah nye nak terangkan. Oke saya bagi contoh...
< Wei korang! aq happy gile dapat result gempak :DTeng Teng Teng!!
< Tahniah2.. result aq pun gempak
Alaaa.. soalan senang je pun.. petik jari je kalau result teruk tu, memng da teruk sngt la tu >
< Haha aq pun rasa camtu. ade ke yng dpt teruk kat sini??
........Siti left grup................
Moral of the story nye, fikir dulu sebelum taip. Jangan main tembak je sesuka hati ye.. Hormati ahli dalam grup tu. Hormati orang yang tengah berws dengan kita tu. Kadang-kadang bila marah, orang tu takkan tulis 'aku marah' tpi konon-konon bagi smile banyak-banyak. Hati manusia kita tak boleh kawal, tapi hati sendiri kita boleh kawal kann.. jadi kawal lah.
2. Artikel ilmiah
Macam yang kita semua tahu dan sedar, ws dah jadi salah satu medan nak sampaikan dakwah atau ilmu yang baik kan? Memang ada yang akan baca atau tak baca artikel-artikel ni tapi kat ws ni lah tempat paling cepat isu semasa tersebar. betul tak? Walaupun artikel tu betul atau salah, tetap cepat tersebar. Jadi kita sebagai orang yang membaca artikel-artikel ni, selidik daahulu sesuatu artikel tu sebelum nak forward ke orang lain. Andai kata artikel tu tak betul, fitnah semata-mata, hadis atau ayat al-quran yang tak betul.. kita yang baca ni rasa cam menarik pastu terus forward.. orang lain baca pastu forward lgi sampailah ade orang lain hantar kat kita balik. Berapa banyak dosa kita? Dosa menyebarkan fitnah, menyebarkan perkara tak betul.. semua yang membaca artikel tu, kita yang akan dapat saham dosa.. Banyak kan... jadi, bila dah pasti yang artikel tu oke dan tak ade unsur tk elok.. dipersilakan untuk forward. Dapat pahala lagi tau.
Hati-hati ye..
3. Ikhtilat dalam waksep
Akhinye tibalah perkara yang paling sangat-sangat nak ditekankan. Ikhtilat tu pergaulan lelaki perempuan. Sebagai seorang muslim, ikhtilat perlulah dijaga. Bukan tak boleh langsung bergaul, tetapi islam menetapkan garis panduan untuk kebaikan kita semua. Alhamdulillah, ramai yang menjaga ikhtilat bila berjumpa di alam nyata namun lebih ramai yang kurang menjaga ikhtilat di alam maya.. benarkan? Bagi diri saya, nak kata saya seorang yang memang terpelihara dari ikhtilat tu tak lah, tapi saya sedar tiada beza alam nyata dengan alam maya.. kedua-duanya perlu dijaga. Pada pendapat saya, mereka ( muslimah) yang luaran sangat pemalu bila berjumpa muslimin tiba-tiba sangat galak berborak mesra dalam ws.. emm.. cam hipokrit sikit. Maaf jika ada yang terasa.. Tapi dah ramai sangat yang macam tu.
Bukan kata tak boleh langsung berbalas ws dengan muslimin, tapi batas-batas nye perlu dijaga. Jaga lah juga walaupun dalam alam maya. Batas-batas nye apa?? Sama je macam menjaga pergaulan di alam nyata..fokus untuk muslimah. contohnya..
i. depan lelaki kita segan nak gelak besar-besar. Semua pakat ayu-ayu camtu. Tpi dalam ws bukan main lagi 'HAHAHAHA' ' HUHUHU' 'HEHEHE' 'HUAHUAHUA' dan sebagainya.. tak molek lah gitu. Jika interaksi dengan muslimin, tak perlu nak beritahu mereka yang kita sedang ketawa dengan seronok. Tak perlu tujuk kan mereka riaksi muka kita yang sangat seronok dengan emotikon-emotikon yang sangat banyak tu. Sebab, bila kita letak gelak besar tu ataupun emotikon smiley tu, autometik mereka akan bayangkan muka sebenar kita dengan memek muka tu. Errr... lari jauh-jauh. malu woo~
ii. Jika berhadapan, islam ajar kita supaya cakap apa yang perlu. Bukan tak boleh borak langsung, cuma jangan lah lebih-lebih. Jika ada urusan kerja, cakap je lah urusan kerja. Samalah juga dalam ws, bila ada urusan, kita berinteraksi.. jika takde, tiada keperluan untuk kita berborak kosong dalam tu. Beramah mesra dengan senyuman-senyuman emotikon tu.
Biarlah orang nak kata kita ni serius sangat ke, atau sombong sangat ke. Yang penting, kita jaga diri kita kerana Allah. Saya sendiri pernah dituduh serius dan sombong sebab jawab sepatah-sepatah je dalam ws, tapi.. ade aku kesah??. Tu maksudnye kita dah berjaya jaga diri.. Horeyy! Dan tak dinafikan, saya sangat galak berborak bila dalam grup ladies only, men not available. Hemm.. sebab itulah diri sebenar saya, lakonan semata-mata je kat depan muslimin tu.
Akhir kata, Gunakan kemudahan dengan bijak. Jangan sampai kita sebuk
scroll ws sampai melambat-lambat kan solat. Tak pun, bangun tido... waksep,
lepas solat.... waksep. Bukan whatsapp je, termasuk lah juga sepupu sepapat nye sekali, facebook, twiter, instagram, wechat..dan sebagainya. Fuhh.. teguran untuk diri sendiri sebenarnye tu.
Wallahua'lam..
Syoknye ber 'waksep'
Coretan saat ini adalah bertujuan berkongsi sebuah kisah dari zaman Rasulullah SAW yang sangat menyentuh hati, satu kisah yang mungkin akan dapat mengubah kehidupan kita, yang dapat mententeramkan jiwa kita dan membersihkan hati daripada bintik-bintik hitam.. In Shaa Allah!
Satu hari, Rasulullah SAW bersama para sahabat. Kemudian Baginda berkata kepada para sahabat,
" Sekarang, akan ada seorang lelaki yang berjalan masuk, dan lelaki tersebut akan bersama orang-orang di dalam Jannah"
Jadi para sahabat melihat kearah pintu pagar dan mereka dapat lihat seorang lelaki berjalan masuk. Lelaki tersebut adalah seorang yang tidak dikenali, tidak terkenal dan nama beliau pun tidak tercatat didalam hadith. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW bersabda yang lelaki itu adalah ahli syurga.
Keesokan harinya, para sahabat sekali lagi duduk bersama Pesuruh Allah itu, dan Baginda memberitahu para sahabat..
" Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga'
Lelaki yang sama berjalan masuk.
Hari ketiga, Rasulullah SAW berkata lagi perkara yang sama...
' Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga"
Dan lelaki yang sama berjalan masuk ke dalam masjid.
Abdullah Ibn Amr (ra), salah seorang sahabat Baginda, ingin mengetahui apa yang istimewanya lelaki itu? Apa yang menjadikan beliau lain daripada orang lain sehingga Rasulullah menjamin bahawa beliau adalah ahli syurga? Malah Baginda menyebut nya sebanyak tiga hari berturut-turut, apakah amalan beliau? Walaupun beliau bukanlah orang yang dikenali... Apa yang menjadikan beliau istimewa??
Abdullah Ibn Amr adalah seorang yang sangat tekun dalam menimba ilmu. Dia ingin tahu apa yang istimewa, apa yang menjadikan lelaki itu dekat dengan Allah SWT sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah SAW ketika beliau masih dimuka bumi?
Jadi Abdullah Ibn Amr mendatangi lelaki tersebut dan berkata...
" Saya ada masalah dengan ayah saya, jadi saya tak dapat pulang ke rumah. Boleh saudara benarkan saya bermalam dirumah saudara untuk beberapa hari?"
Jadi lelaki itu berkata, " Tentulah boleh"
Oleh itu, Abdullah Ibn Amr bermalam di rumah lelaki itu dan melawat lelaki ini di rumah beliau sambil meletakan sangkaan yang tinggi kepada lelaki tersebut, apa yang beliau akan lakukan pada tengah malam. Abdullah Ibn Amr menyangka yang apabila lelaki itu sampai dirumah, beliau akan terus mengangkat takbir dan solat. Tetapi beliau tidak solat, beliau terus tidur melelapkan mata.
Abdullah Ibn Amr berkata, " Apa yang terjadi? Bagaiman dia boleh terus tidur??"
Dan kemudian beliau terus tidur sehingga hampir masuk waktu solat subuh. Beliau bangun dan menunaikan sedikit rakaat solat sunat dengan laju. Selepas masuk waktu solat subuh, beliau menunaikan solat subuh.
Abdullah Ibn Amr berkata, " Mungkin dia akan berpuasa pada hari ini"
Tetapi beliau makan untuk bersarapan.
Sekarang Abdullah Ibn Amr berasa putus asa. Beliau tidak berjaga malam untuk solat, dan beliau juga tidak berpuasa pada siang hari. Apa yang Istimewanya beliau??
Dia bersangka mungkin hari ini lelaki tersebut tidak sihat dan esok akan berbeza sedikit dari hari ini. Hari keesokannya tiba, beliau tidur seperti biasa dan pada awal pagi beliau bersarapan.
Jadi mungkin esok hari akan berlainan sedikit, tetapi pada hari ketiga pun beliau mempunyai rutin yang sama. Beliau tidur dan bangun sebelum subuh mungkin untuk solat witir kemudian solat subuh dan bersarapan.
Abdullah Ibn Amr berasa keliru dan hairan. Jadi akhirnya dia mendatangi lelaki itu dan berkata,
" Baiklah saya ingin memberitahu perkara sebenar. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ayah saya. Sebab saya datang untuk tinggal dengan saudara adalah kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa saudara adalah ahli syurga. Dan saya dengar daripada Baginda sebanyak tiga kali, jadi saya ingin tahu apa yang istimewa tentang saudara? Dan sejujurnya, saya tidak nampak apa-apa yang istimewa. Jadi bagaimana Rasulullah SAW boleh berkata yang saudara adalah ahli syurga? Beritahu saya tentang saudara yang menyebabkan Rasulullah SAW kata bahawa saudara adalah ahli syurga?"
Jadi lelaki tersebut berfikir sejenak dan berkata, " Apa yang saudara lihat adalah diri saya sebenar, tiada yang istimewa pun"
Abdullah Ibn Amr berputus asa dan dia berjalan pergi. Tetapi kemudian lelaki tersebut memanggil dia kembali dan berkata,
" Setiap kali sebelum tidur, saya akan membersihkan hati saya. Jadi apabila tidur, tiada sebarang kebencian dalam hati saya terhadap setiap Muslim."
Abdullah Ibn Amr melihat kearah lelaki tersebut dan berkata, " Itu adalah perkara yang kami sukar ingin lakukan. Kami solat, kami berpuasa, kami menunaikan semua Ibadah tetapi kadang-kadang kami gagal untuk membersihkan hati."
Lelaki tersebut tidak terlalu banyak beribadah, tetapi Rasulullah SAW memberitahu bahawa beliau adalah ahli syurga. Mengapa?? Hanya kerana beliau memunyai hati yang bersih, bersih dari segala hasad dengki, bersih dari segala kekotoran. Tak kira betapa teruk beliau dihina, betapa teruk orang lain lakukan keatas beliau, beliau akan pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk tidur. Beliau MEMAaFKAN semua orang.
Dan itu adalah perkara yang cukup untuk menjadikan beliau seorang yang dijamin syurga. Kisah ini memberitahu kita bahawa betapa pentingnya mempunyai hati yang bersih, betapa pentingnya memberi maaf kepada orang dengan hati yang terbuka.
Kerana Apa?
Tak dinafikan, sukarnya merendahkan ego untuk memafkan orang apabila hati kita kotor...
Tetapi akan mudah kita memafkan orang jika hati kita bersih. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, bersihkan hati dengan zikrullah dan selawat keatas Baginda dan merendahkan ego kita. Akan sia-sialah ibadah kita jika hati kotor, jika dalam hati masih ada dendam, masih ada hasad dengki. Kerana memafkan itu tinggi darjatnya, Syurgalah tempat bagi orang yang mempunyai hati yang bersih. In Shaa Allah, sama-sama kita bermujahadah! ^_^
Semoga coretan ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca...
Wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. ^_^
Apa yang istimewanya dia??
Assalamualaikum ^^,
" Allah doesn't expect you to be perfect. He expects you to try your best to be as close as you can, to perfection."
- A.A -
Kata-kata ni saya ambil daripada sebuah buku yang sangat best! Siapa yang dah baca buku ni, tahulah~
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapat ilham untuk menulis lepas baca buku-buku. Sebab tulah kita kena banyak membaca, jika nak beri output... perlukan input. Kalau tak, tanduusss. Jadi, baca! Iqra'! InsyaAllah dapat beri manfaat pada semua pembaca ^^,
Sebagai seorang manusia, kita semua sama... benarkan? Walaupun hati lain-lain, tapi semua ada 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga, satu hidung, satu mulut, 2 biji mata dan sebagainya. Dan tak dilupakan juga, kita semua tak sempurna dan tak akan sempurna sebab kita hanya manusia dan bukan Tuhan. Ya, hanya Allah yang mempunyai sifat kesempurnaan dan zero kelemahan.
Walau bagaimanapun, semua ketidaksempurnaan itu tak bermaksud kita boleh goyang kaki sambil main batu seremban dan minum ais batu campur. Ohhh... tidak. Allah jadikan kita tidak sempurna, tak bermaksud kita mesti terima je segala kelemahan tanpa sikit pun usaha untuk jadi lebih baik. Sebab tu Allah kurniakan akal yang sangat dasyat dan akal datang dari otak yang power 'gila'. Allah cipta kita dengan ciptaan yang sangat hebat, supaya kita punya kudrat untuk ubah diri jadi lebih baik dan hampir dengan sempurna... hampir...
Allah berfirman dalam surah Al- Isra' ayat 70 :
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
Allah cipta kita dengan kelebihan yang sempurna jika nak dibandingkan dengan makhluk lain.
Dikatakan kita tak sempurna membawa maksud, kita punya kelemahan dari segi sikap, kita punya kelemahan dari segi bakat tu dan ini sebab kita punya potensi yang berbeza. Sepandai manapun seseorang tu, dia pasti ada kelemahan dan kekurangan. Sehebat manapun seseorang tu, dia pasti ada kelemahan dan kekurangan. Jadi, jika kelemahan itu membawa kemudaratan, adakah patut kita biarkan kelemahan itu bermaharaja lela dalam diri ? Jika kelebihan kita kearah lain, adakah patut diabaikan kelebihan tu dan layan je kelemahan kita?
Contohnya kita lemah dari segi mengawal emosi, patut tak kita layan je sikap tak elok tu tanpa usaha untuk bersabar? Kita lemah dalam mengurus masa, wajarkah kita biarkan masaterbuang dengan alasan... tak pandai urus masa? Kita memang seorang yang suka enjoy, sehinggakan kita layan internet sampai terlajak waktu solat?
Contoh lain...
" Alaa, aku memang tak pandai pun, otak slow... belajar pun tak guna"
" Ish, susah la... tak buat lagi dah tahu tak boleh"
" Aku ni memang cenggini. Selalu bagi masalah je"
Jika begitu sikap kita, sedarlah yang kita dah mempertuhankan kelemahan. Alasan demi alasan diberi sampai tutup peluang sendiri. Kadang-kadang, ada yang tersalahkan Tuhan sebab jadikan diri lemah. Nauzubillah.. Allah tak pernah menzalimi hamba Nya, tapi kita lah yang menzalimi diri sendiri.
Sebab tu Allah kurniakan akal, untuk bezakan baik dan buruk. Allah utuskan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan umat Baginda. Dan kadang-kadang Allah aturkan orang-orang sekeliling yang baik dan dapat membantu kita kembali kejalan Nya. Sayang nya Allah pada kita. Tinggal pada diri kita, nak berubah atau tak. Nak Jadi lebih baik atau tak. Sayangkan diri atau tak.
Jadi apa jalan penyelesaian nya?
Senaraikan kelemahan-kelemahan dan cuba cari satu persatu solusinya. Kenal pasti, adakah benar itu kelemahan atau sekadar mindset. Senaraikan juga kelebihan dan cuba usaha untuk memberi manfaat dengan kelebihan tu. Memang kita tak sempurna, tapi kita saling melengkapi ^^,
Jika dah usaha tetapi gagal, ingatlah yang kita manusia biasa. Orang yang gagal adalah orang gagal mencuba. Jika gagal, itu bermaksud kita dah selangkah kehadapan, jadi langkah lagi.. langkah lagi dan langkah lagi.
Ingatlah yang kelemahan memang selalu ada. Jadi tak perlu tunggu kelemahan tu hilang baru nak bergerak. Bergerak je dulu. Jika kita ada sikap yang tak elok, sikap tu takkan hilang tiba-tiba tanpa usaha. Perbaiki diri. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk kita goyang kaki. Gunakan kelebihan untuk atasi kelemahan. Contohnya, jika kita lemah dalam berdakwah secara lisan dengan bertazkirah, usaha untuk berakhlak mulia sebagai dakwah.
Ubah sikap yang tak elok dengan yang lebih baik. Atasi kelemahan dengan kelebihan.
Semua orang pernah buat silap. Tapi jangan terlampau selesa dengan kesilapan.
Wallahua'lam. jika ada salah dalam coretan ini, saya terima segala teguran sebab saya juga tak sempurna ^_^
Nobody perfect, but everyone can be close to it.
Assalamualaikum.
Bila sebut soal remaja, pasti ramai yang akan terbayang wajah-wajah yang masih ayu cantik comey, wajah-wajah yang masih hensem cool macho dan susuk yang masih bersemangat waja, kuat lagi hebat. Dalam kitaran manusia ni, kita akan dapati ada tiga golongan. Golongan kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa. Dan kali ni saya nak berbicara sedikit tentang golongan yang tengah-tengah... REMAJA.
Tak dinafikan, dunia akhir zaman ni... kita dapat lihat bermacam-macam masalah masyarakat, dan sebahagian besarnya adalah daripada masalah seorang remaja. Dan yang paling biasa pun, kat sekolah dulu mesti semua orang pernah buat karangan yang bertemakan masalah remaja... betul tak?? Sebab apa?
Sebab memang banyak masalah pun. Dan jika kita cuba selidik punya selidik, antara punca golongan remaja ni bermasalah adalah disebabkan banyaknya masa 'kosong' yang mereka ada... emm.. pembetulan, masa yang kita ada. Yelah, saya remaja lagi. hehe.. Pada diri saya pun, tipulah kalau nak kata tak banyak masa lapangkan, lagi-lagi bila baru habis spm... huuhh~
Sebab apa kita rasa banyak masa lapang?? Sebab kita selalu rasa yang kita ni budak kecil lagi yang tak perlu susah payah kerja cari duit, kita rasa kita ni masih banyak lagi masa sebelum bertemu ajal, kita rasa yang kita ni tak banyak tanggungjawab kena pegang, kita rasa yang...
" Alaaa... rileks la bro! Muda cuma sekali! Nikmati! Nikmati! "
Oke.. nikmatilah selagi belum mati. * tepuk dahi
Allah berfirman dalam surah Al- 'Asr, ayat 1 hingga ayat 3:
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang- orang yang beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.Masa adalah benda yang sangat berharga. Buktinya? Allah bersumpah dengan masa, ini menunjukkan bahawa masa itu bukan perkara biasa-biasa. Di dunia nyata ni, kita takde doremon yang ada 'pintu masa', jadi bijak-bijkkan lah diri kita dalam mengurus masa. Orang yang tidak menghargai masa, jelas rugi bukan sahaja di dunia malah juga diakhirat. Ada orang yang Allah anugerahkan kepadanya umur yang panjang, tapi bila dah berumur, barulah hati terdetik... " kemana masa mudaku selama ini? " Dan jika pada masa itu baru terdetik, jadilah dia seorang yang sangat-sangat rugi.
Jadi sebagai seorang remaja, ingatkan diri kita selalu yang Allah tak tarik nyawa ikut umur kita. Berapa ramai yang meninggal dalam usia yang masih muda, dan berapa ramai je yang sempat menjengah usia tua. Sebab tu lah Rasulullah SAW ingatkan umat baginda bahawa orang yang paling bijak itu adalah orang yang ingat mati. bukan orang yang dapat cipta telefon canggih, bukan orang yang berjaya jawab kuiz tahap kritikal susah.
Cuba kita bayangkan, jika kita hanya ada 24 jam sahaja lagi untuk hidup... agak-agak kita sempat tak nak main game candy crush? sempat tak nak tengok cerita frozen, drama korea? sempat tak borak-borak kosong sambil menjamah daging mentah kawan sendiri??? Emm... fikir-fikirkan lah~ Jadi, pastikan diam kita itu FIKIR dan cakap kita itu ZIKIR ^_^
Jangan ingat remaja tu takde perkara mustahak yang perlu difikirkan. Bermula dari sekaranglah, seorang remaja perlu persiapkan diri sesiap-siapnya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, membaca sebanyak mungkin bahan ilmiah. Sebab? Pemimpin sekarang, dahulu mereka juga remaja. Dan kita sebagai remaja pun bukanlah selama- lamanya akan jadi seorang remaja. Satu hari nanti negara memerlukan barisan pimpinan yang baru, dan kitalah yang bakal mencorak kepimpinan itu nanti. Berazamlah untuk memimpin ummah kejalan yang diredhai Allah... InsyaAllah!
Ingin saya ingatkan kembali sejarah kegemilangan tamadun islam. Jika diperhatikan, ramai tokoh-tokoh islam terdiri daripada kalangan remaja. Kita lihat Abdullah Ibnu Umar, yang kala mudanya berusaha duduk dalam majlis ilmu Rasulullah SAW, Mu'adz dan Mu'awwidz yang sibuk mempersiapkan diri menyertai peperangan walaupun masih muda, Usamah bin Zaid yang baru berumur 19 tahun sudah mengepalai tentera bagi mengegar Rom dan Sultan Muhammad Fateh, di usia 21 tahun sudah berjaya meruntuhkan kerajaan Konstantinopal. Dan sekarang, lihat pula diri kita, berapa umur ku? Sampai umur berapa aku akan hidup? Apa yang sudah aku lakukan setakat ni? Dan apa tindakan ku sekarang??
Ayuh! Semangat seorang remaja itu lebih membara-bara jika nak dibandingkan dengan semangat seorang dewasa. Tapi apa pun tak jalan jugak jika hangat-hangat tahi ayam, betul tak? Jadi, ambil first step dengan mulakan hari yang baru esok... tinggalkan semalam dan bawa pengajarannya untuk hari esok. Jangan sia-siakan usia remaja kita. Lillahi Ta'ala ^_^
Dialog baru :
" Bro! Hidup cuma sekali, Bila-bila boleh mati. Jom kita usaha bermati-mati, bawa Ummah kejalan Ilahi! "
hehe ~
Terima kasih sudi baca, ambil yang baik buang jauh-jauh yang buruk ye.
Wallahua'lam.
Wahai Remajaaa... Bangun!
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيمِ
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Alhamdulillah, kali saya nak berbicara dan membuktikan dengan jelas lagi bersuluh matahari bahawa kita semua ni adalah seorang Khalifah. Seorang pemimpin,seorang pengganti dan pastiya setiap pemimpin itu perlu memegang amanah kepada manusia, kepada Allah dan kepada alam.
Kita dilantik untuk memakmurkan bumi, bukan untuk merosakkan.
Allah berfirman dalam Al-Quran...
Kita dilantik untuk memakmurkan bumi, bukan untuk merosakkan.
Allah berfirman dalam Al-Quran...
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." ( surah Al- Baqarah:30)
"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)." ( surah An-Naml: 62)
"Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka." ( surah Faathir:39)
Jadi, bila dah tebukti yang kita semua ni adalah pemimpin, pastinye kita kenalah jadi seorang yang berkepimpinan. Ye, tak dinafikan menjadi seorang yang berkepimpinan bukanlah perkara yang mudah kacang goreng je.Yang penting mesti ada ilmu, faham , ikhlas, berani dan sebagainya. Saya bukanlah seorang pemimpin yang hebat sungguh-sungguh pun, jadi tak reti la sangat nak olah satu-satu cara jadi pemimpin ni..hehe. Sebenarnye, saya nak tekan kan satu perkara je..YAKIN.
Yakin dengan diri sendiri.
Selalu dengar ustaz-ustaz cakap camni...'Jika kita tak yakin dengan diri sendiri, itu bermakna kita tak yakin dengan Allah'
Kita tak yakin yang Allah dah ciptakan kita sebaik-baik ummah. Keyakinan tu hadir dari hati kita. Jika kita yakin yang Allah bersama kita, pasti kita jadi berani dan yakin dengan diri sendiri. Jangan pernah rasa diri kita down... Mungkin kadang-kadang kite tertanya, camne nak rase yang Allah tu bersama kita? Ketahuilah, Allah sentiasa bersama kita. Dan kita akan rase Allah bersama kita jika kita jalani kehidupan betul-betul ikut cara hidup islam ^_^
Kesimpulannye, sebagai seorang hamba Allah, kerap lah diri bermuhasabah supaya keyakinan kita dengan Allah tinggi. Dan bila keyakinan kita dengan Allah da tinggi, keyakinan pada diri kita pun akan tinggi. Dan jadilah seorang pemimpin yang berani terutamanya pemimpin kepada diri sendiri. Jika diri sendiri pun kita tak mampu nak pimpin ke arah jalan yang diredhai Allah, mustahil lah untuk kita pimpin orang lain...
Jangan sampai diakhirat nanti, kita terkedu tak dapat jawab soalan-soalan yang Allah tanya. Siapkan diri di persinggahan sekarang ni untuk hidup di pengakhiran lokasi nanti ^_^
Allah cipta kita sebagai khalifah, untuk mengimarahkan bumi.
Allah tak pilih bukit, tanah, malaikat...
Allah pilih kita sebab manusia ni istimewa...
sebab kita ada akal, kita boleh bezakan baik dan buruk.
Jalankanlah tanggungjawab yang
Allah beri ni dengan baik.
Yakinlah yang allah sentiasa ada untuk membantu. Wallahua'lam ~
Yakin dengan diri sendiri.
Selalu dengar ustaz-ustaz cakap camni...'Jika kita tak yakin dengan diri sendiri, itu bermakna kita tak yakin dengan Allah'
Kita tak yakin yang Allah dah ciptakan kita sebaik-baik ummah. Keyakinan tu hadir dari hati kita. Jika kita yakin yang Allah bersama kita, pasti kita jadi berani dan yakin dengan diri sendiri. Jangan pernah rasa diri kita down... Mungkin kadang-kadang kite tertanya, camne nak rase yang Allah tu bersama kita? Ketahuilah, Allah sentiasa bersama kita. Dan kita akan rase Allah bersama kita jika kita jalani kehidupan betul-betul ikut cara hidup islam ^_^
Kesimpulannye, sebagai seorang hamba Allah, kerap lah diri bermuhasabah supaya keyakinan kita dengan Allah tinggi. Dan bila keyakinan kita dengan Allah da tinggi, keyakinan pada diri kita pun akan tinggi. Dan jadilah seorang pemimpin yang berani terutamanya pemimpin kepada diri sendiri. Jika diri sendiri pun kita tak mampu nak pimpin ke arah jalan yang diredhai Allah, mustahil lah untuk kita pimpin orang lain...
Jangan sampai diakhirat nanti, kita terkedu tak dapat jawab soalan-soalan yang Allah tanya. Siapkan diri di persinggahan sekarang ni untuk hidup di pengakhiran lokasi nanti ^_^
Allah cipta kita sebagai khalifah, untuk mengimarahkan bumi.
Allah tak pilih bukit, tanah, malaikat...
Allah pilih kita sebab manusia ni istimewa...
sebab kita ada akal, kita boleh bezakan baik dan buruk.
Jalankanlah tanggungjawab yang
Allah beri ni dengan baik.
Yakinlah yang allah sentiasa ada untuk membantu. Wallahua'lam ~
Kita KHALIFAH!
Assalamualaikum.
Hipokrit. Apa yang dimaksudkan dengan hipokrit? Belakang buat lain, depan buat lain. Talam dua muka dan yang sewaktu dengan nya. Dan semestinya takde orang yang suka berkawan dengan orang yang hipokrit ni, betul tak? Jadi, kebanyakan kita yang taknak orang tak suka dengan kita berusaha gile-gile lah nak jauhi hipokrit ni. Sebab apa? Sebab hipokrit ni samalah juga dengan menipu. Tapppiiiiiiii.....
Ramai dikalangan kita ni dah salah guna perkataan hipokrit ni.
Ha?? Yeke?? Mane derr? Tak pernah, tak pernah! Bila masa?
Situasi 1:
Abu seorang yang nakal di asrama. Bagi dia, peraturan tu just untuk orang yang 'baik' je~
Satu hari dia mengikuti satu slot muhasabah dan akhirnya air mata nya mengalir tapiii...
Bila nak buat baik, dia terfikir
' ish, hipokrit gile aku, aku kan nakal tetiba nak buat baik. tak payah la buat baik. Nanti apa pulak member aku cakap'...
Maka dia kembali kepada perangai asal...biar jadi diri sendiri~
Situasi 2:
Amin telah dimasukkan ke dalam gerabak tarbiyah. Maka sepanjang mengikuti gerabak ini banyak lah nasihat yang dia dapat, termasuk lah solat sunat. Bila di surau bersama-sama member, dia rajin solat sunat. Tapi bila balik rumah, dia mula malas dan tinggalkan solat sunat. Tetapi apabila kembali bersama-sama member dalam usrah, diri tertarik untuk turut solat sunat bila melihat member buat. Tapii..bila nak buat solat sunat, hati terdetik..
' nak solat sunat ke? kat rumah aku tak buat pun, tetiba sekarang nak buat...cam hipokrit je'
Maka dia tak buat dah solat sunat, dengan alasan taknak hipokrit...biar jadi diri sendiri~
Situasi 3:
Aminah seorang remaja yang biasa. Tanpa tarbiyah diperoleh, penampilan nya kurang menampilkann seorang muslimah. Tudung atas dada, baju ketat, seluar ketat. Satu hari dia terbaca satu artikel berkenaan aurat seorang wanita. Pembacaan nya disertai rasa sentap sebab dirinya masih tidak sempurna. Hati mula rasa resah dan ingin berubah. Tapiii bila nak berubah...
' Hemm, cam segan je nak pakai baju longgar, tudung bidang...cam hipokrit pulak rasa. Tak yah laa'
Maka penampilan nya tidak berubah pun..biar jadi diri sendiri~
Eh..
Itulah yang ana maksudkan salah guna hipokrit. Hakikatnya, apabila hati kita tergerak nak buat baik, nak buat perkara yang Allah tuntut kita untuk buat, bukan hipokrit namanya. Tetapi Allah telah menggerakkan hati kita untuk kembali ke jalan Nya. Tapi kita pula anggap panggilan Allah tu sebagai sesuatu yang hipokrit. Wajarkah? Ketahuilah, bisikan dalam kepala yang mengatakan apabila kita ingin buat sesuatu kebaikan tu sebagai hipokrit hanyalah bisikan daripada musuh utama kita, syaitan. Jangan kita terpedaya dengan trik yang syaitan lakukan.
Mungkin apa yang kita rasa bila nak berubah, kita fikir kita dah buat banyak sangat dosa dan rasa cam 'tak pe lah'. Itu maksudnya kita tak yakin dengan kasih sayang Allah terhadap kita. Kita tak yakin yang Allah akan ampunkan dosa kita sedangkan Allah Maha Pengampun. Malah disaat kita rasa selesa dengan dosa yang kita lakukan, Allah gerakkan hati kita untuk kembali kejalan Nya sebab Allah sayangkan kita. Jom! Kita sambut kasih sayang Allah ^_^
Ajal maut kita hanya Allah yang tahu. Ingatlah yang kita sebagai manusia mempunyai dua kehidupan. Kehidupan pertama hanya persinggahan utuk kita, dan kehidupan kedua adalah hidup yang sebenar. Mengapa kita melengah-lengah kan untuk jadi baik jika kita tahu yang kita hanya ada satu persinggahan. Persinggahan yang kita tak tahu bila akan tamat.
Fitrah seorag manusia inginkan kebaikan. Walaupun kita rasa diri kita dah selesa dengan dosa, hati kita tak tenang pun hakikatnya. Kita manusia takde yang sempurna, kita buat banyak dosa, iman kita turun naik sebab kita bukan malaikat yang iman nya maintain je..kita bukan rasul yang iman nya semakin naik. Jom kita islah diri kearah yang diredhai Allah! ^_^
Kalau terasa kita termasuk dalam tiga golongan ini, jawapan nya hanya satu...Kembali pada Allah~
Wallahua'lam ^_^
Ramai dikalangan kita ni dah salah guna perkataan hipokrit ni.
Ha?? Yeke?? Mane derr? Tak pernah, tak pernah! Bila masa?
Situasi 1:
Abu seorang yang nakal di asrama. Bagi dia, peraturan tu just untuk orang yang 'baik' je~
Satu hari dia mengikuti satu slot muhasabah dan akhirnya air mata nya mengalir tapiii...
Bila nak buat baik, dia terfikir
' ish, hipokrit gile aku, aku kan nakal tetiba nak buat baik. tak payah la buat baik. Nanti apa pulak member aku cakap'...
Maka dia kembali kepada perangai asal...biar jadi diri sendiri~
Situasi 2:
Amin telah dimasukkan ke dalam gerabak tarbiyah. Maka sepanjang mengikuti gerabak ini banyak lah nasihat yang dia dapat, termasuk lah solat sunat. Bila di surau bersama-sama member, dia rajin solat sunat. Tapi bila balik rumah, dia mula malas dan tinggalkan solat sunat. Tetapi apabila kembali bersama-sama member dalam usrah, diri tertarik untuk turut solat sunat bila melihat member buat. Tapii..bila nak buat solat sunat, hati terdetik..
' nak solat sunat ke? kat rumah aku tak buat pun, tetiba sekarang nak buat...cam hipokrit je'
Maka dia tak buat dah solat sunat, dengan alasan taknak hipokrit...biar jadi diri sendiri~
Situasi 3:
Aminah seorang remaja yang biasa. Tanpa tarbiyah diperoleh, penampilan nya kurang menampilkann seorang muslimah. Tudung atas dada, baju ketat, seluar ketat. Satu hari dia terbaca satu artikel berkenaan aurat seorang wanita. Pembacaan nya disertai rasa sentap sebab dirinya masih tidak sempurna. Hati mula rasa resah dan ingin berubah. Tapiii bila nak berubah...
' Hemm, cam segan je nak pakai baju longgar, tudung bidang...cam hipokrit pulak rasa. Tak yah laa'
Maka penampilan nya tidak berubah pun..biar jadi diri sendiri~
Eh..
Itulah yang ana maksudkan salah guna hipokrit. Hakikatnya, apabila hati kita tergerak nak buat baik, nak buat perkara yang Allah tuntut kita untuk buat, bukan hipokrit namanya. Tetapi Allah telah menggerakkan hati kita untuk kembali ke jalan Nya. Tapi kita pula anggap panggilan Allah tu sebagai sesuatu yang hipokrit. Wajarkah? Ketahuilah, bisikan dalam kepala yang mengatakan apabila kita ingin buat sesuatu kebaikan tu sebagai hipokrit hanyalah bisikan daripada musuh utama kita, syaitan. Jangan kita terpedaya dengan trik yang syaitan lakukan.
Mungkin apa yang kita rasa bila nak berubah, kita fikir kita dah buat banyak sangat dosa dan rasa cam 'tak pe lah'. Itu maksudnya kita tak yakin dengan kasih sayang Allah terhadap kita. Kita tak yakin yang Allah akan ampunkan dosa kita sedangkan Allah Maha Pengampun. Malah disaat kita rasa selesa dengan dosa yang kita lakukan, Allah gerakkan hati kita untuk kembali kejalan Nya sebab Allah sayangkan kita. Jom! Kita sambut kasih sayang Allah ^_^
Ajal maut kita hanya Allah yang tahu. Ingatlah yang kita sebagai manusia mempunyai dua kehidupan. Kehidupan pertama hanya persinggahan utuk kita, dan kehidupan kedua adalah hidup yang sebenar. Mengapa kita melengah-lengah kan untuk jadi baik jika kita tahu yang kita hanya ada satu persinggahan. Persinggahan yang kita tak tahu bila akan tamat.
Fitrah seorag manusia inginkan kebaikan. Walaupun kita rasa diri kita dah selesa dengan dosa, hati kita tak tenang pun hakikatnya. Kita manusia takde yang sempurna, kita buat banyak dosa, iman kita turun naik sebab kita bukan malaikat yang iman nya maintain je..kita bukan rasul yang iman nya semakin naik. Jom kita islah diri kearah yang diredhai Allah! ^_^
Messenger of Allah, Prophet Muhammad S.A.W said:
"Three are the signs of a hypocrite: when he spoke he told a lie, when he made a promise he acted treacherously against it, when he was trusted he betrayed." [Muslim]
Kalau terasa kita termasuk dalam tiga golongan ini, jawapan nya hanya satu...Kembali pada Allah~
Wallahua'lam ^_^
Hipokritnye Aku !!!
Assalamualaikum
Merujuk kepada tajuk yang ana bawakan kali ini, mungkin ramai pembaca akan tertanya-tanya. Boleh ke kita dapat apa yang kita nak, segala-galanya? Kebanyakan mentaliti masyarakat sekarang adalah 'Segala-galanya perlukan duit'. Benarkan? Maka dengan pandangan ini, semua orang akan berpusu-pusu mencari duit sehingga yang kaya mengumpul duit berkepuk-kepuk dalam poket kerana takut hidup pokai, yang kurang berkemampuan stress 'gila' bila duit tak cukup dan akhirnya yang fakir miskin hanya makan nasi gaul garam.
betul lah tu! abis kalau tak ade duit nak makan apa??
Benar kita memerlukan duit tetapi bukan segala-galanya perlukan duit. Jika benarlah segala-galanya perlukan duit, bagaimana pula dengan saudara seislam kita yang kurang berkemampuan ingin mendapatkan apa yang dingini sedangkan tajuk post kali ni adalah 'YOU CAN HAVE WHAT EVER YOU WANT!'
Rezeki tu Allah yang bagi.
Sebagai contoh, ada seorang muslim yang sangat soleh dan seorang orang kaya raya yang sangat kaya tetapi jauh daripada jalan Allah. Walaupun muslim itu mempunyai beribu masalah, dia tetap tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah. Berbeza pula dengan orang kaya raya yang sangat kaya, masalh sebesar semut namun terlalu stress.
Orang kaya yang sangat kaya bertanya kepada muslim soleh itu, apa yang menyebabkan dia masih mampu tersenyum walaupun beribu masalah. Muslim soleh menjawab dengan berkata " Kemanisan iman dalam hati" Orang kaya yang sangat kaya berkata, " Aku ada banyak duit sebab aku orang kaya yang sangat kaya, aku boleh dapat segala-gala yang aku nak. Jadi aku nak beli iman yang kau ada tu guna duit" Muslim Soleh berkata, " Duit bukan lah segala-galanya"
Oke, habis da cerita~
Jadi macam mana nak dapat segala-galanya tu??
Asceticism. Az-Zuhd. Zuhud.
Apa yang dimaksukan dengan zuhud bukan lah hanya duduk diatas tikar sejadah tanpa usaha. Apa yang dimaksudkan dengan zuhud adalah meletakkan kesungguhan kita lebih untuk hidup selepas dibangkitkan semula, hidup di akhirat bukan untuk hidup di dunia.
Sebagai contoh, kita mempunyai duit yang sangat banyak sehingga boleh jadi orang kaya yang sangat kaya. Namun apabila duit kita bertambah, kita tidak gembira sampai lupa dunia. Dan apabila duit kita berkurang, kita tidak sedih sampai lupa dunia. Dan bila duit kita tak tambah-tambah, kita tak stress sampai lupa dunia.
Tapi macam mana boleh jadi camtu?
Sebab kita dah siap sedia tanam dalam jiwa yang kita tidak terlalu obses dengan dunia dan kita ingin mencapai kehidupan diakhirat yang kekal abadi. Itulah zuhud.
Sebagai manusia, kita inginkan dunia. Takde orang yang rela tak makan sepanjang hidup sebab takde duit. Dan takde orang juga yang mengaku nak masuk neraka. Maka, jika inginkan dunia dan akhirat, kejarlah akhirat dunia akan mengejar kita. Kita tak akan dapat capai akhirat jika kita hanya kejar dunia. Senang cerita, setiap apa yang kita lakukan didunia biarlah dapat memberi keuntungan untuk diri kita di akhirat kelak.
Sentiasa rasa bahawa diri kita hanya hamba Allah.
Sentiasa ingat bahawa kita masih ada kehidupan yang kedua.
Sentiasa ingat bahawa setiap ketentuan yang Allah tetapkan pasti ada hikmah.
Sentiasa sedar bahawa cctv Allah ada dimana-dimana.
Dan apabila kita benar-benar berusaha mendekatkan diri kepada Allah, InsyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan iman. Then we can have whatever we want!
Senyum ^_^
You Can Have What Ever You Want!
Assalamualaikum ikhwah akhwat sekalian!!
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Lailahaillallah
Baiklah. Pengisian kita pada detik ini bermula dengan tajuk MUJAHADAH!.
Sebelum mula, sila angkat tangan siapa yang tak pernah dengar lagu yang paling femes..wonderpet~
...krik..krik..krik...
Oke.memahami walaupun umur dah atas 17 tahun.
Kalau wonderpet...Apa yang penting? Kerjaaasama!
Tapi untuk kita lebih enak bunyinya jika...Apa yang penting? Mujaahadah!
eheh..
Apa yang dimaksudkan dengan mujahadah dan apa yang penting sangat mujahadah ni sampai lagu wonderpet yang 'best gile' tu kena tukar?
Kalau dalm bahasa melayu, mujahadah tu maksudnye bersungguh-sungguh. Tetapi hakikatnye, mujahadah tu luas ertinya. Semua perkara perlukan mujahadah.
Disebabkan mujahadah, seseorang itu sanggup lakukan sesuatu hingga peluh terakhir menitis
Disebabkan mujahadah, darah sanggup ditumpahkan
Disebabkan mujahadah, katil yang hempuk-hempuk sanggup ditinggalkan untuk bertemu Allah ditengah malam.
Disebabkan mujahadah juga syariat Allah terus ditegakkan walau tentangan datang bertalu-talu.
Kerana apa?
Andai benar inginkan kemanisan syurga Allah, bermujahadah lah. Jika diri benar-benar ingin terus berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang penuh dengan duri-duri tajam, teruslah bermujahadah disamping mengharapkan redha Allah.
Tidak dinafikan, mujahadah itu tidak semudah makan masakan ibu dan terus kenyang. Mujahadah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Matlamat kita sebagai hamba Allah yang menggalas jawatan sebagai khalifah mestilah jelas. Supaya apabila tiba ujian ketika sedang menjalankan tugas, kita dapat terus bermujahadah dan terus meyakini bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.
Setelah kita berhabis pulas menghayati dan menjiwai erti sebenar mujahadah, barulah kita benar-benar dapat mengaadam kalam Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"
Mujahadah itu pahit, Kerana Syurga itu manis.
Syurga itu indah, dan tidak mudah utuk mndapatkan nya tanpa MUJAHADAH!.
Selamat Bermujahadah!
Apa yang penting?? MUJAAAHADAH!!
As salamu'alaikum.
Ramai orang yang selalu sebut: Mulut boleh maafkan, tapi hati masih sakit, marah, sedih, etc.
Sebenarnya, bila kita maafkan orang, di antara kebaikan yang kita dapat:
1. Allah ampunkan dosa kita,
2. Allah gerakkan orang lain maafkan kita,
3. Hati kita jadi murni,
4. Fikiran tenang,
5. Doa makbul,
6. Badan sihat,
7. Muka comel & awet muda,
8. Pintu rezki terbuka,
9. Allah beri hidayah & masalah akan selesai satu persatu,
10. Allah sayang & semua makhluk Allah akan sayang kat kita juga,
11. Kita bentuk imej & sahsiah diri yang lebih cemerlang,
12. Kita jadi teladan +ve kpd ahli keluarga & orang lain.
Terlalu banyak keuntungan yang kita dapat bila memaafkan orang. Kenapa masih berkira sangat & beri berbagai alasan untuk tak maafkan orang? Sebenarnya, jika kita tak maafkan orang, kita yang sengsara di dunia & di akhirat! Mari pujuk diri untuk maafkan semua orang. Moga Allah beri kita kekuatan untuk memaafkan org lain. Aamiin,
Wassalam
(Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)
c&p
* Atoyaii~ rasa cam baru jatuh dalam gaung....Pap! kena atas kepala sendiri~ ....huhu
The Power of Forgiveness!
Assalamualaikum ^_^....
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang InsyaAllah dapat beri manfaat pada saya dan kalian juge....hee~
Hmm...kali ni saye...kalau saya gelar diri ana boleh? Baiklah, ana nak kongsi sikit tentang gaya hidup Rasulullah...hmmm...erti kata lain, sunnah Rasulullah S.A.W. erti kata lain, semua yang dibuat oleh kekasih ana dan antum sekalian....eh, kekasih? Mestilah! cinta Rasulullah~ hee ^_^
Seperti yang kita sume maklum...Akhlak Rasulullah adalah Al- Quran dan baginda adalah qudwah hasanah sepanjang ZAMAN. So, kalau kite nak jadi baik, nak jadi hamba yang sentiasa diredhai Allah, kita ikut je akhlak Rasulullah ^_^... selain tuh, akhlak lah yang menunjukkan siapa kite...tuk dapat redha manusia gak...hablu minallah wahablu minannas! hubungan dengan Allah dan dengan manusia...contohnye lahkan...kite suke tak dengan orng yang suke wat jahat...semestinye kita akan jauhkan diri dari orang tuh...jadi, kita dituntut tuk berakhlak mulia ^_^ Rasulullah bersabda:
Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.
Jadi, cane kita nak ubah diri untuk sentiasa berakhlak mulia??? Segalanya bermula dengan solat..Allah berfirman:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkra jahat dan mungkar.
Muhasabah balik, khusyuk ke solat kita selama ni?? Pastike solat kita tu solat yang terbaik?? Atau memang kite amik sambil lewa je solat tu....ish.ish..ish..fikir-fikir kan ^_^
![]() |
| Agak-agak, kite kat mane??? |
sebenanye ana nak kongsi dengan antum sume berkenaan Akhlak seorang muslim~ a.k.a Gaya Rasulullah! ^_^
- Menundukkan Pandangan
Allah Berfirman:
"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan"
Rasulullah saw bersabda:
" Pandangan itu satu daripada panah-panah Iblis"
"Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menulungkupkan muka kamu"
- Memelihara Lidah
Rasulullah saw bersabda:
" Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji"
" Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya"
" Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menhumbankan muka mereka ke dalam neraka"
- Malu
" Iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang, yang paling afdal ialah kalimah 'Lailahaillallah' dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman"
- Lemah lembut dan sabar
Firman Allah:
" Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya( perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan"
( Asy-Syuura: 43)
" Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik"
( Al- Hijr: 85)
" Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
( Az-Zumar: 10)
" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, dan apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu"
( An- Nur: 22)
Rasulullah saw bersabda:
" Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian. Mereka menjawab: 'Bahkan ya Rasulullah', Rasulullah saw bersabda : Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu"
- Menjauhi perbuatan sangka buruk atau mengumpat
Allah berfirman dalam al-quran:
" Hai orang2 yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain an janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dikalangan kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
( Al- Hujurat : 12)
" Dan orang -orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata"
( Al- Ahzab : 58)
Rasulullah saw bersabda:
" Wahai orang- orang yang hanya beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang muslim dan janganlah kamu menjejak keburukan mereka kerana sesiapa yang menjejak keburukan saudara muslimnya, Allah akan mendedahkan keburukannya sekalipun dalam rumahnya"
- Pemurah
Rasulullah saw bersabda:
" Tidak berlalu satu hari dimana setiap hamba berpagi-pagi pada hari itu kecuali Allah turunkan dua malaikat, salah satu dari keduanya berkata: ' Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan (hartanya)' manakala yang satu lagi berkata: ' Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kebinasaan kepada orang yag bakhil"
Alhamdulillah, sampai dsini sahaja coretan ana...semoga ia dapat menjadi rujukan antum sekalian. Ingat ni, Akhalak Rasulullah saw is THE BEST! So, just act like him ^_^ ana undur diri dulu~
Rujukan: buku KENAPA AKU MENGANUT ISLAM....catatan Fathi Yakan.
Gaya Rasulullah ~ ^_^
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)














.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)