You Can Have What Ever You Want!
Assalamualaikum
Merujuk kepada tajuk yang ana bawakan kali ini, mungkin ramai pembaca akan tertanya-tanya. Boleh ke kita dapat apa yang kita nak, segala-galanya? Kebanyakan mentaliti masyarakat sekarang adalah 'Segala-galanya perlukan duit'. Benarkan? Maka dengan pandangan ini, semua orang akan berpusu-pusu mencari duit sehingga yang kaya mengumpul duit berkepuk-kepuk dalam poket kerana takut hidup pokai, yang kurang berkemampuan stress 'gila' bila duit tak cukup dan akhirnya yang fakir miskin hanya makan nasi gaul garam.
betul lah tu! abis kalau tak ade duit nak makan apa??
Benar kita memerlukan duit tetapi bukan segala-galanya perlukan duit. Jika benarlah segala-galanya perlukan duit, bagaimana pula dengan saudara seislam kita yang kurang berkemampuan ingin mendapatkan apa yang dingini sedangkan tajuk post kali ni adalah 'YOU CAN HAVE WHAT EVER YOU WANT!'
Rezeki tu Allah yang bagi.
Sebagai contoh, ada seorang muslim yang sangat soleh dan seorang orang kaya raya yang sangat kaya tetapi jauh daripada jalan Allah. Walaupun muslim itu mempunyai beribu masalah, dia tetap tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah. Berbeza pula dengan orang kaya raya yang sangat kaya, masalh sebesar semut namun terlalu stress.
Orang kaya yang sangat kaya bertanya kepada muslim soleh itu, apa yang menyebabkan dia masih mampu tersenyum walaupun beribu masalah. Muslim soleh menjawab dengan berkata " Kemanisan iman dalam hati" Orang kaya yang sangat kaya berkata, " Aku ada banyak duit sebab aku orang kaya yang sangat kaya, aku boleh dapat segala-gala yang aku nak. Jadi aku nak beli iman yang kau ada tu guna duit" Muslim Soleh berkata, " Duit bukan lah segala-galanya"
Oke, habis da cerita~
Jadi macam mana nak dapat segala-galanya tu??
Asceticism. Az-Zuhd. Zuhud.
Apa yang dimaksukan dengan zuhud bukan lah hanya duduk diatas tikar sejadah tanpa usaha. Apa yang dimaksudkan dengan zuhud adalah meletakkan kesungguhan kita lebih untuk hidup selepas dibangkitkan semula, hidup di akhirat bukan untuk hidup di dunia.
Sebagai contoh, kita mempunyai duit yang sangat banyak sehingga boleh jadi orang kaya yang sangat kaya. Namun apabila duit kita bertambah, kita tidak gembira sampai lupa dunia. Dan apabila duit kita berkurang, kita tidak sedih sampai lupa dunia. Dan bila duit kita tak tambah-tambah, kita tak stress sampai lupa dunia.
Tapi macam mana boleh jadi camtu?
Sebab kita dah siap sedia tanam dalam jiwa yang kita tidak terlalu obses dengan dunia dan kita ingin mencapai kehidupan diakhirat yang kekal abadi. Itulah zuhud.
Sebagai manusia, kita inginkan dunia. Takde orang yang rela tak makan sepanjang hidup sebab takde duit. Dan takde orang juga yang mengaku nak masuk neraka. Maka, jika inginkan dunia dan akhirat, kejarlah akhirat dunia akan mengejar kita. Kita tak akan dapat capai akhirat jika kita hanya kejar dunia. Senang cerita, setiap apa yang kita lakukan didunia biarlah dapat memberi keuntungan untuk diri kita di akhirat kelak.
Sentiasa rasa bahawa diri kita hanya hamba Allah.
Sentiasa ingat bahawa kita masih ada kehidupan yang kedua.
Sentiasa ingat bahawa setiap ketentuan yang Allah tetapkan pasti ada hikmah.
Sentiasa sedar bahawa cctv Allah ada dimana-dimana.
Dan apabila kita benar-benar berusaha mendekatkan diri kepada Allah, InsyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan iman. Then we can have whatever we want!
Senyum ^_^
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment