Showing posts with label Fitrah. Show all posts
Showing posts with label Fitrah. Show all posts
" weyyhh... exam dah dekat!! "
" Abih laa akuu, abiihh la akuu "
" Apa yang abih nye? Kertas tu makan kau sampai habis ke?? "
" Weyyhh.. kau tak takut ke?? "
" Nak takut apa? Soalan tu baik orangnye.. hahaha"
" Eishh.. sorry sorry, aku silap orang lah. Budak pandai tak takut apa-apa."
" Emm... kalaulah semua orang fikir diri dia pandai"
" Ha? Apa maksud kau?? "
" Maksudnye, kalau lah semua orang set dalam fikiran, rasa diri sendiri tu pandai, dia takkan takut dengan exam tu. Dia takkan bandingkan diri dengan orang yang lagi pandai dari dia.. sebab dia dah rasa dia pandai. "
" Ishh..kau ni takabbur ke ape? "
" Bukan takabbur, tapi mind set tu kasi positif sikiiitt."
" Habis tu kalau dah memang tak pandai nak buat macam mana? "
" Ha!! Cuba buang KALAU tu dalam diri. Cuba buang TAK tu dalam diri. Kau percaya kat diri kau, kau tu pandai. Kau tu boleh. Positif je."
" Oke - oke. Tapi... "
" Weyh.. kau dengar ni. Dalam badan kita ni, 80% terdiri daripada air tau. Air ni macam recoder suara, so bila kau cakap perkara negetif, molukel-molukel air dalam badan kita terus jadi negetif. Hasilnya, segala perbuatan kau jadi negetif. Kau malas belajar sebab rasa macam kau takkan dapat markah tinggi-tinggi. Ditambah pula dengan kau bandingkan diri sendiri dengana orang lain yang lagi tinggi dari kau.. emm.. bahaya weyh "
" Hemm... iye iye, Aku pandai, aku boleh, aku berani! "
" Ha! Camtulah! Tapi lagi satu, jangan pulak rasa diri pandai, tak belajar dah. Kalau dah tahu diri kita tu kurang pandai, belajarlah rajin-rajin. Kau ingat aku pandai sangat ke? Aku just fikir aku pandai je. Heheh..."
"Thanks kawan! Doakan aku tau."
" Sama-sama, kau buat persiapan untuk exam dunia ni, jangan lupa exam akhirat ye "
" InsyaAllah... terima kasih ingatkan aku."
^_^
* Nak sedapkan hati, exam dah dekat...huhhh~
E.X.A.M
"Assalamualaikum dik, nak join tak persatuan ni? "
Seorang kakak menunjukkan borang pendaftaran.
"Persatuan apa ni kak?"
" Dalam persatuan ni, kita semua akan bergerak bersama-sama dalam satu jalan, dalam tarbiyah. Nanti ada usrah setiap minggu, ada program-program, seperti program turun ke masyarakat dalam menyebarkan dakwah dan macam-macam lagi. Berminat? "
Emm.. dulu kat sekolah, aku diarahkan untuk join. Tapi sekarang di uni. , takde lagi semua tu. Diri sendiri perlu buat pilihan, nak atau tak nak.
"Tapi kak, tak sebuk ke? nanti mesti nak study lagi, assignment lagi, kerja tu kerja ni"
"InsyaAllah, kita tolong Allah, Allah tolong kita"
Isi borang.
*************
*inbox
' Assalamualaikum, usrah akan diadakan pada hari selasa bertempat di surau. Semua ahli dijemput hadir'
Wahh, dah mula. ni yang bersemangat ni ^^.
************
seminggu kemudian..
*inbox
'' Assalamualaikum, usrah akan diadakan pada hari selasa bertempat di surau. Semua ahli dijemput hadir'
Ermm, macam malas je. Penat lah... tak yah pergi lah. Oke camni, aku buat-buat lambat, so nanti tak yah la pergi. Tido lah.. haha.
Tapi dalam masa yang sama, seorang sahabat aku datang menjemput. Penat aku bagi alasan yang dah lewat, suruh dia gerak dulu nanti aku pergi sendiri. Tapi, tetap dia terpacak dalam bilik aku tunggu nak pergi sama-sama. Argghh... oke kali ni tak boleh nak lari dah.
*************
Alhamdulillah, masuk sem 2 usrah tak pernah lagi aku tinggalkan. Alhamdulillah, hingga hari ni Allah sentiasa tak izinkan aku untuk ponteng usrah walaupun selalu nak lari. Alhamdulillah, walaupun setiap kali kaki melangkah ke usrah dalam keterpaksaan.. namun keterpaksaan itu lah yang akan membuahkan keikhlasan.
Setiap kali pergi usrah, aku akan pulang dengan hati yang tenang. Tenang mendapat curahan tarbiyah daripada kakak naqibah. Hati yang layu kembali segar setelah mendengar pesanan-pesanan yang disampaikan kakak naqibah. Manis terasa bila ukhuwah kerana Allah itu terjalin. Hilang kejap stress study.
Bukan itu sahaje, disini aku jumpa apa yang selama ni aku cari, aku jumpa apa yang selama ni aku teringin sangat nak. Perkara ni aku selalu terlibat di sekolah, dan series aku tak nak tinggal kan perkara tu camtu je tanpa penyambung, tanpa penambah baikan.
Menyumbang bakti, setakat yang mampu. Bantu ummah walaupun hanya sedikit. Berbekalkan apa yang sudah dimiliki.
Alhamdulillah, dalam persatuan ni aku jumpe medan dakwah untuk aku bantu diri aku dan semakin ramai saudara-saudara islam. Aku dan sahabat sepersatuan diberi tunjuk ajar untuk jadi fesilitator. Kami disediakan kursus fesilitator, kem pemantapan daie dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, tak lama lagi aku berpeluang untuk turun, turun sekali membantu adik-adik.
Bersyukur tak terkata, Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan.
Nak cerita sikit, waktu dalam kem, kami didedahkan dengn lebih mendalam situasi masyarakat yang dah parah sekarang. Terutamanya anak muda, tak sanggup aku nak goyang kaki hanya melihat mereka tersasar jauh daripada landasan islam. Sedih, rasa bersalah, kesian dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur. Sejak tu, aku nampak matlamat aku, aku nampak tujuan aku.
Tugas seorang fesilitator bukan hanya jalan kan program dan suke-suke. Habis kursus, aku rase betapa berat beban yang terletak atas bahu sebab aku sedar, tugas ni perlukan pengorbanan. Alam universiti bukan lagi tempat yang aku boleh senang lenang, banyak buku yang perlu ditelaah, tapi bukan buku je yang perlukan perhatian aku... tanggungjawab masih banyak.
Pernah seorang kawan bertanya,
"tak takut ke nanti sibuk? banyak assignment kena buat, nak hafal lagi.. penat je."
Aku hanya mampu senyum.. Aku sedih lihat keadaan ummat, mungkin dengan sedikit usaha ini, aku dapat jadi salah seorang yang merangsang untuk mereka kembali ke jalan benar. Sebab aku tahu, seorang fesi tak mampu nak ubah terus adik-adik, tapi mampu menjadi perangsang buat mereka berubah. Mudah mudahan.
Hanya usaha dan doa yang mampu aku titipkan buat diri agar tetap utuh atas jalan ini, agar terus membaiki diri menuju redha Illahi.
InsyaAllah.
Disini aku bermula.
Assalamualaikum ^_^
Alhamdulillah, dikesempatan ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan udara yang Allah beri ni, percuma lagi tu tau. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang telah kita dapat ^_^
Ya Allah, beri aku kekuatan untuk terus istiqamah dengan segala yang aku sampaikan dalam coretan ini. Jauhkan aku daripada menjadi hamba-hamba Mu yang Dikau benci.
Disini, saya berhasrat untuk membuat sedikit perkongsian yang diperoleh daripada majlis ilmu yang baru je saya join. Nak cerita lah sikit, hari tu saya ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ilmu di Masjid Kristal dan disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.. best sangat sangat sangat. Hehe, novelis faveret tuu. Tajuk yang dibincangkan adalah Cinta Dan Air mata. Haaaaa... luas maksudnye tu kan?.
Apa yang ditekankan ustazah adalah soal wanita. Sebab waktu tu, semua muslimah-muslimah belaka yang hadir.. maka majlis tu jadi bertambah-tambah seronok. : )
Ustazah cerita camni..
Jika kita nak tahu, sebelum kedatangan islam, wanita pada zaman arab jahiliyah dilayan sangat teruk. Wanita tidak dipandang sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk hidup di muka bumi. Wanita diperlakukan seperti haiwan. Malah, keluarga yang mendapat anak perempuan, anak itu akan ditanam hidup-hidup. Dan kesakitan seorang ibu untuk lahirkan anak dianggap sebagai akibat buruk hidup dimuka bumi! Dahsyat kan? Terseksa jiwa dan raga dengar layanan yang diterima wanita dahulu.
Kemudian, Allah hadirkan islam melalui utusan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika kita teliti maksud 'islam' itu sendiri adalah SEJAHTERA. Maka dengan kedatangan islam lah, Allah angkat darjat wanita. Allah muliakan seorang wanita dengan perintah-perintah Nya untuk melindungi seorang wanita. Allah iktiraf wanita itu sebagai pasangan yang membahagiakan seorang lelaki, bukan sebagai seorang kuli.
Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita.. seharusnya kita berbangga dan seharusnya kita patuh pada perintah Allah. Mungkin kita pernah terdengar rungutan-rungutan, kenapa wanita ni nak kena tutup sangat? Lelaki tak yah pun? Kenapa wanita ni kena bersusah payah nak lahirkan anak? Kenapa banyak perkara yang wanita tak boleh buat berbanding lelaki? Adil ke?
Na'uzubillah.. Jangan kita persoalkan keadilan Allah, sebab Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah perintahkan wanita untuk menutup aurat lebih daripada lelaki kerana untuk menjaga wanita, dan untuk mengangkat darjat wanita. Kesakitan seorang ibu melahirkan anak juga dikira sebagai jihad, betapa tinggi Allah muliakan seorang wanita. Tiada beza lelaki dan wanita, kedua-duanya berpontesi untuk melakukan dosa, dan kedua-duanya Allah terima taubat kita.
Bersyukurlah kita sebagai wanita, dan hargailah seorang lelaki..
Seterusnya, nak cerita tentang cinta. Sebelum tu, biar saya bagi satu analogi..
Jika ada seseorang ni, nak baiki kereta. Namun, sedikit ilmu untuk baiki kereta pun dia takde. Tapi dia nak juga baiki kereta tu. Diapun baiki lah, potong wayar ni, cabut wayar sana, tambah minyak ni, buang minyak sana. Akhirnya, apa yang terjadi? Kerosakan bertambah menjadi teruk. Kannn??
Begitulah juga dengan ilmu cinta ni.. ceh ceh~
Jika kita main haruung je tanpa ade ilmu bagaimana cinta yang sebenarnya perlu dikawal, maka ke laut lah kita ye. Islam sentiasa sediakan panduan buat kita yang terkapai-kapai ni.
Apa yang ustazah bagi kepada kami adalah NOTA CINTA. Tapi sempat bagi sikit je sebab tak cukup masa..cedeyh je T.T
Yang pertama adalah : Cinta pada Allah yang satu.
Baiklah, sebagai seorang student ni, kita sentiasa menuntut ilmu... sebab kita kan ..الطلب
yang bermaksud penuntut. Oleh itu, hati mesti kasi bersih supaya ilmu itu boleh masuk kerana ilmu itu cahaya, dan susah cahaya nak masuk jika hati kita tu gelap gulita dengan maksiat. Jadi, bersihkan hati dan kejarlah cinta Allah...
Jom kita tadabbur surah Addhuha jap. Tujuan surah ini diturunkan adalah sebagai pujukan Allah terhadap Rasulullah s.a.w, sebab waktu tu kan wahyu terhenti sekejap, so orang-orang musyrik semua tuduh yang Alllah dah tinggalkan Rasulullah.... jadi Allah turunkan surah ini untuk pujuk Rasulullah bahawa semua tu tak betull. Sweet kan Allah? hehe..
1. Demi waktu Dhuha.
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. ( bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat) sehingga engkau redha- berpuas hati.
6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia membarikan perlindungan?
7. Dan didapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-quran)
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10. Adpun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya.
Inilah nota cinta Allah. Allah mulakan surah ni dengan waktu-waktu yang tenang dan Allah pujuk rasulullah s.a.w. Dan Allah akhiri nota Nya dengan tips kebahagian..iaitu ingat nikmat-nikmat yang telah kita dapat daripada Allah. InsyaAllah, bila kita ada masalah, ingat balik nikmat-nikmat Allah dan syukurilah dengan senyuman lebar-lebar ^_^ Sebab waktu tu kita akan rasa, " MasyaAllah! sayang nye Allah pada akuu"
Nota cinta yang kedua: Rasulullah s.a.w sebagai murabbi cinta agung.
Rajin kan diri kita untuk baca sirah-sirah nabi. Nak tahu sebab apa? Sebab bila kita baca kisah-kisah nabi ni kan, kita rasa dekat sangat dengan islam, bila kita baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rase dekat sangat dengan baginda.
Bila kita ade masalah, ingat ni... Allah takkan turunkan ujian itu jika tiada jalan penyelesaiannya. Allah datangkan banyak kisah-kisah nabi dulu-dulu sebagai panduan. Sebagai contoh, jika kita punye masalah.. family sendiri tak nak solat, cuba kita baca kisah nabi Nuh yang anak dan isteri baginda sendiri tak nak ikut agama yang benar. Jika kita sedih sebab adik beradik kita sendiri tak suka kat kita, baca kisah Nabi Yusuf yang ditinggalkan dalam telaga sebab abang-abang yang dengki..
Bila baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rasa betapa susah Islam nak sampai kat kita, kita rasa betapa indah akhlak Baginda sebagai panduan kita...
Akhir sekali, Ceramah diakhiri dengan pesanan-pesanan:
1. sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah. Cuba lahirkan rasa rugi sangat-sangat jika kita lalui sesuatu masa tanpa zikrullah.
2. Jika kita nak tundukkan nafsu yang menuju kearah tak elok, berilah makanan ilmu pada nafsu. InsyaAllah nafsu itu akan tunduk dan ikut apa yang kita nak. Biar kita kawal diri kita, bukan nafsu yang menguasai diri.
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri.
Wallahua'alam ^_^
Cinta dan Air mata :')
Bismillahirrahmanirrahim...
Pernah satu ketika, seorang hamba Allah bertanya pada diri...
"Kak 'qiyana', camne nak jaga hati? Kite kan perempuan, tipulah kalau nak kata kite tak de suka siapa-siapa kan..huhu. Kadang-kadang tu terminat gak.. tapi kite tau tak boleh, kite tau kite tak patut tersuka, tapi.. yelah, kite insan lemah je. Lagi-lagi, bile orang yang kite suka tu pun suke kat kite, Kite takut... takut dengan murka Allah "
Lama diri ni memandang wajahnya, jauh dalam hati, tak dinafikan... aku juga pernah hadapi masalh begitu. Sebab aku juga insan lemah, yang punya banyak khilaf. Aku biarkan dia menghabiskan esak tangisnya, sebelum lidah mula berbicara. Dalam kufikir, ku imbau kembali motivasi yang digunakan untuk diri menepisnya dulu...
Setelah insan itu reda dengan tangisan, aku mula membuka bicara...
" Dik, akak bukanlah seorang yang alim pun, akak pun pernah rasa cam awak. Sebab akak pun perempuan... hehe. Jadi, jangan sedih... mesti ada jalan penyelesaian nye. Kan Allah yang ciptakan kita, mestilah Dia lebih memahami hati kite. Allah memang ciptakan manusia tu berpasangan, lelaki akan suka perempuan, perempuan akan suka lelaki. Dan Allah juge dah beritahu dalam al-quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
" Cuma nye dik, sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk kite fikir lelaki mana yang patut aku pilih untuk jadi suami, sebab perkara utama yang kite kena fikir sekarang adalah persiapkan diri sebagai pelajar... untuk kebahagiaan ibu bapa kite. Dan sekaranglah masanye untuk kite mujahadah, maksudnye mujahadah untuk lawan bisikan syaitan. Cube kita fikir dalam-dalam, sebelum kite mencari cinta manusia, kite dah balas ke belum cinta Allah pada kita?"
Senyum.. perlahan kepalanya menunduk dan menggeleng. Aku juga dipihak yang sama...
"Sebab tu lah, sebukkan diri kita untuk balas cinta Allah. Jangan biarkan syaitan mencelah sikit pun untuk kacau cinta kita pada Allah. Doa pada Allah banyak-banyak agar kita diselamatkan daripada kemaksiatan. Dan lagi satu, tuundukkan pandangan... sebab dari mata boleh turun ke hati. hehe
"Lagi satu pesan akak, jadilah muslimah yang mahal... mahal harga diri. Jangan mudah sangat terima ajakan nakal budak lelaki yang kacau awak tau. Jika lelaki yang benar-benar inginkan awak, die pun mesti tau ke'mahal'an muslimah tu dengan menghormati kite sebagai seorang muslimah. Ingat ye dik..jage diri. Maafkan akak, akak pun masih berusaha... jadi ini je yang akak mampu bantu"
" Terima kasih kak... sejuk hati kite.hee "
Dia mengesat air matanya yang mengalir...
" Jangan nangis lagi tau... nangis sebab Allah takpe, tapi jangan nangis sebab si dia. Sama-sama dik... doakan akak juga ye, akak pun dalam mujahadah."
Senyum...
Sejujurnya,
aku kagum dengan insan yang berada dihadapanku, kagum sebab dia
berusaha agar tidak jatuh kedalam perkara yang Allah tak suka. Ramai
rakan sebaya yang membiarkan masalah hati ini bersarang dalam hati.
Alhamdulillah~
- dedicated to someone... : seorang muslimah-
Bisikan hati =' )
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
In Syaa Allah ana nak berkongsi cerita berkenaan cinta. Emm, ana pasti ramai yang tertarik dengan tajuk ni, betul tak? Yelah, siapa yang tak pernah ada perasaan ni, perasaan yang Allah anugerahkan untuk hamba-hamba Nya. Diakui, diri yang baru mencari ilmu ni pun dulu tak faham sangat erti sebenar perkataan istimewa ni. Sehinggalah ana terpilih menyertai pertandingan forum di sekolah, dan tajuk yang diberi adalah 'Cinta, Fitrah atau Fitnah'. Terkedu sekejap bila dengar tajuk ni, kajian dimulakan melalui video, majalah, novel, artikel...Alhamdulillah.
Jadi ana nak share sangat tajuk ni sebab seperti yang kita semua tahu, ramai remaja dah salah erti kan cinta itu sendiri. Ditambah pula dengan lagu-lagu yang 99% bertemakan cinta, movie-movie yang menayangkan kisah-kisah cinta yang tidak mengikut syariat dan akhirnya menjadi racun kepada ummah. Cinta yang suci telah dikotori dengan maksiat. Sedangkan Allah anugerahkan 'cinta' itu untuk kebaikan.
Imam Ibnu Qayyim berkata:
“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”
First of all, ana tegaskan yang islam tidak mengharamkan cinta. Takkan lah Allah nak halang kita bercinta sedangkan cinta itu fitrah. Cuma yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana kita menguruskan fitrah itu agar yang fitrah tidak menjadi fitnah. Jika kita fikir betul-betul, cinta tu ada banyak jenis. Ada cinta yang nampak cam 'Fuyoo' tapi hakikatnya memudaratkan diri dan ada juga cinta yang membawa ke Jannah ^_^.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 14:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
Perkara yang paling penting adalah kita kena pandai susun peringkat-peringkat cinta. Siapa yang yang perlu kita utamakan kecintaan kita?
Biasanya, kita mesti akan jatuh cinta kat orang yang paling banyak memberi kat kita kan? Ketahuilah, Allah lah yang paling banyak memberi kat kita. Segala nikmat di dunia semuanya milik Allah, malah tubuh badan kita pun Allah bagi pinjam. Dan nikmat yang paling berharga adalah nikmat islam dan iman yang ada dalam hati kita. Jika dua nikmat itu Allah tarik, punahlah kehidupan kita. Jadi, kejarlah cinta Allah kerana dengan cinta Allah kita dapat kebahagiaan didunia dan di akhirat. Dengan cinta Allah kita dapat merasai kemanisan iman dan dengan cinta kepada Allah kita membenarkan fitrah kita sebagai seorang manusia, fitrah inginkan kebahagiaan hakiki. Yang paling best, bercinta dengan Allah takkan buat kita kecewa, patah hati dan sedih. Allah balas cinta kita, walau dosa kita tinggi menggunung selagi kita tak mempersekutukan Allah, Allah tetap sayang kita. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Andaikan kamu berbuat dosa hinga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah memberi ampun kepada kamu" ( Riwayat ibn. Majah)
Peringkat yang kedua adalah cinta kepada Rasulullah S.A.W. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31:
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Seperti yang kita semua tahu, Rasulullah S.A.W adalah manusia agung yang sepatutnya menjadi role model kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita melebihi sayang nya ibu dan ayah kita. Bayangkan, beratus tahun dahulu Rasulullah perjuangkan islam untuk ummatnya akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah dah lafazkan rindu baginda kepada kita ummat akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah menangis merayu dihadapan Allah agar kita ummat akhir zaman diselamatkan daripada azab api neraka. Malah, para malaikat pun teringin nak jadi ummat nabi Muhammad S.A.W sebab kasihnya dan special nya ummat baginda ni. Lahirkan cinta kita kepada baginda dengan banyak berselawat dan mengikut sunnah baginda.
Cuba kita fikir balik, di padang mahsyar nanti semua manusia dan jin akan dihimpunkan maksudnya ada berbilion-bilion manusia. Raaamaaaiii sangat orang. Dan cuba kita bayangkan macam mana keadaan kita time tu? Layak ke kita nak dapat syafaat baginda jika selawat keatas baginda pun kita baca hanya dalam waktu solat? Tak pun waktu maulidur Rasul time berarak tu? Rasa-rasa kita dapat tak jumpa Rasulullah dalam kesesakan waktu tu? Perbanyakkan berselawat kepada baginda. Dalam satu hadis dari Abu Hurairah R.A :
Rasulullah S.A.W bersabda: " Setiap Nabi mempunyai doa mustajab, kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doanya itu. Tetapi aku, akan ku manfaatkan nanti untuk membela( memberi syafaat) umat ku di hari kiamat. InsyaAllah doaku itu akan mencapai setiap umat yang mati dengan tidak menyekutukan Allah" ( H.R Muslim)
Tak de alasan kita nak tolak cinta Rasulullah. Jika kita enggan berselawat, ibarat kita menepis tangan Rasulullah yang tarik kita daripada jatuh kedalam neraka.
Seterusnya, lahirkan cinta kita buat ibu dan ayah kita. Dua insan istimewa yang Allah kurniakan kepada kita. Tapi sekarang, kebanyakan remaja mula melupakan jasa ibu dan ayah semata-mata untuk cinta remaja mereka. Berborak dalam tepon berejam-rejam tapi boleh kira berapa patah yang dicakap kepada ibu bapa. Eh..eh...doa ibu bapa tu makbul tau. Bila mereka dah berumur nanti, jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita dulu. Redha Allah tertetak kepada redha Ibu bapa kita.
Dan seterusnya barulah masuk cintan cintun yang lain. Ana faham ramai dikalangan remaja sekarang ni stress sebab cintan cintun yang tak bagos. Bukan nak kata tak boleh bercinta tapi kalau nak cinta yang ni kena terus kawen. Nak terus kawen tu pun bukan bermaksud date-date dulu, kenal-kenal rapat sampai kamcing dulu, pegang-pegang tangan dulu. Ish ish ish. Dan kalau nak terus kawen pun mahar nya kena ada dulu. Maksudnya kalau takde duit lagi, tengah study lagi, utamakan tiga cinta kat atas tu dulu ye shabab-shabab sekalian. Lagi satu sekarang ni dah ada istilah baru, couple islamic. Erkkk... ape tu~ Tidak tidak dan tidak.
Kita kena bijak atasi cintan cintun yang ni, sebab kalau kita duk layan perasaan tu, boleh jadi fitnah. Maybe sesetengah kita akan kata, 'perasaan ni fitrah'. Benar fitrah tapi kalau duk bercinta sampai membawa kemurkaan Allah, tu nafsu namanye..bukan fitrah dah.
Yakinlah, bile kita dekatkan diri dengan Allah, buat apa yang disuruh tinggalkan apa yang dilarang, kita dapat kawal perasaan ni dengan bijak. Tundukkan pandangan. Tak perlu nak duk uji-uji orang kalau dah tersuka tu, ni selalunya lelaki lah kan. Tak perlu nak contact-contact, contact je lah dengan Allah. Dan tak perlu lah nak risau tercari-cari bakal isteri yang sesuai, kalau dah sampai waktu sepatutnya kita kahwin tak pe lah, tapi kalau masih dalam study atau disekolah, lawan lah perasaan tu.
Kalau dah tersuka tu, tak perlu diluahkan perasaan tu. Simpan je dan 'tumbuk-tumbuk' bagi perasaan tu duk diam-diam..hehe. Dan untuk yang dah berkenan dengan muslimin/muslimat, duduk diam-diam jangan buat apa-apa kalau betul suka kan muslimin/muslimat tu. Jangan ditarik masuk ke dalam perbuatan yang Allah tak suka. Tutup telinga rapat-rapat supaya tak termakan dengan tipu helah syaitan, basahkan lidah kita berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Rasulullah. ^_^
Bila dalam dompet dah ada duit berkepuk-kepuk, dah boleh bagi nafkah silakan...pergi rumah bakal jumpa mak ayah, terus pinang. Dan hiduplah bahagia dalam Baitul Muslim yang diredhai Allah.
Firman Allah dalam surah Taubah ayat 24:
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Wallahua'lam~
Hakikat Cinta
Assalamualaikum ^_^
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah atas nikmat-Nya yang masih kita semua peroleh...nikmat bernafas.
InsyaAllah kali ini ana nak berkongsi serba sedikit berkenaan MUSLIMAH...anda BERHARGA!
Bila sebut muslimah, macam-macam topik yang kita boleh diskusikan. Aurat dan ikhtilat ^_^
Seperti yang kita semua maklum pada dunia akhir zaman sekarang, ramai wanita islam semakin berjinak-jinak dengan gaya barat yang semestinya tidak diajar oleh islam. Namun alhamdulillah semakin ramai juga yang semakin akrab dengan peribadi seorang muslimah^_^
Bila sebut soal aurat, ramai yang boleh jawab dengan lancarnya. Semua kecuali tapak tangan dan muka.
Tapi bila ditanya soal sempurnakah aurat dipelihara...mungkin segelintir mata berseri-seri, segelintir menggeleng dan segelintir lagi pandang ke kiri sambil buat muka tak tahu~
eh...apa maksudnya tu?
Tahu tapi tak praktikkan.
Wanita itu perhiasan dunia dan wanita itu juga akan menjadi fitnah jika tidak pelihara maruah diri.
Sempurnakah peliharaan kita jika tutup tapi pakai baju adik yang umur 5 tahun?
Sempurnakah peliharaan kita jika bertudung tapi masih diatas dada?
Sempurnakah peliharaan kita jika nak simpan duit sangat sampai tak boleh nak beli stokin?
Sempurnakah peliharaan kita jika lengan baju diangkat sampai ke siku?
Sempurnakah peliharaan kita jika sudah bertudung labuh tetapi warna kulit leher masih kelihatan?
Dan sempurnakah peliharaan kita jika minyak wangi dilumur satu badan?
Ya, itu semua hanyalah perkara yang remeh dimata mereka yang tidak ambil kesah harga dirinya sendiri.
Namun, adakah Allah yang Maha Melihat akan terlepas pandang soal remeh ini?
Wahai Muslimah, pelihara dirimu. Jangan biarkan muslim ajnabi menjamah tubuh berhargamu.
Diakui, tak mudah untuk berubah.
Diakui tudung labuh/bidang agak mahal
Diakui baju yang lebih labuh agak mahal ditambah pula dengan stokin, stongan, inner tudung
Namun adakah dirimu lebih murah daripada harga pakaian muslimah itu?
Mungkin ada yang akan rasa diri 'sangat asing' bila berpakaian gaya muslimah...
Seharusnya, banggalah dengan penampilan kita yang Allah suka ^_^
Islam datang dengan asing, dan akan kembali asing. Bersyukurlah buat diri yang merasai keasingan itu ~
Seterusnya soal ikhtilat. Apa tu??
Ikhtilat adalah pergaulan. Bukan sejantina tetapi yang berlainan jantina.
Islam tidak mengharamkan pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tetapi islam menetapkan garis panduan yang sempurna untuk panduan kita agar maruah diri terpelihara.
Berurusan lah dengan lelaki apabila benar-benar mempunyai urusan. Diakui, sebagai seorang muslimah...kadang kala Allah turunkan ujian melalui lelaki yang pandai memikat hati. Namun ingatlah Allah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"
Kalam ini adalah warning daripada Allah. Allah melarang MENGHAMPIRI zina, apatah lagi melakukan perbuatan keji itu. Mungkin akan ada yang fikir..
Alaa..chating je pun. tak pernah pun dating
Bukan hanya dengan berdating akan ada orang ketiga 'syaitan', malah dengan berchating juga ada orang ketiga. Setiap hukum yang Allah tetapkan pasti ada hikmah nya.
Diakui ujian ketika dialam remaja sangat deras.... ujian perasaan, ujian hati. Hati mula inginkan kasih sayang seorang lelaki dan perhatian seorang lelaki.
Memang benar, cinta itu fitrah. Tetapi berjaga-jagalah, jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah. Halakan cinta dalam hati hanya untuk Allah, Rasulullah, ibubapa dan sahabat. Bukan untuk lelaki yang masihh tiada sebarang ikatan yang sah. Pelihara lah cinta itu hanya untuk yang halal ^_^
Buat para muslimin...janganlah hanya bergoyang kaki meng'usha' para muslimah.
Pelihara mereka dengan...
Menundukkan pandangan
Tidak mengajak melakukan perkara yang dilarang seperti berchating dan berdating
Tidak mempermainkan hati seorang muslimah, kerana hati seorang wanita itu sangat lembut
Turut menjaga iman dalam hati agar dijauhkan daripada panahan syaitan
Dan andai sudah berkemampuan memimpin keluarga, barulah berusaha memikat hati ibubapa muslimah yang dicintai ^_^
To love someone is
nothing
To be loved by
someone is something
To be loved by
someone you love is exciting
But to be loved by
Allah is everything
O Muslimah...Allah
loved us ^^,
Wallahua'lam
Ana undur diri...Assalamualaikum ^_^
Duhai Muslimah...Anda BERHARGA
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)





.jpg)

