PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Hakikat Cinta

No comments





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

In Syaa Allah ana nak berkongsi cerita berkenaan cinta. Emm, ana pasti ramai yang tertarik dengan tajuk ni, betul tak? Yelah, siapa yang tak pernah ada perasaan ni, perasaan yang Allah anugerahkan untuk hamba-hamba Nya. Diakui, diri yang baru mencari ilmu ni pun dulu tak faham sangat erti sebenar perkataan istimewa ni. Sehinggalah ana terpilih menyertai pertandingan forum di sekolah, dan tajuk yang diberi adalah 'Cinta, Fitrah atau Fitnah'. Terkedu sekejap bila dengar tajuk ni, kajian dimulakan melalui video, majalah, novel, artikel...Alhamdulillah.

Jadi ana nak share sangat tajuk ni sebab seperti yang kita semua tahu, ramai remaja dah salah erti kan cinta itu sendiri. Ditambah pula dengan lagu-lagu yang 99%  bertemakan cinta, movie-movie yang menayangkan kisah-kisah cinta yang tidak mengikut syariat dan akhirnya menjadi racun kepada ummah. Cinta yang suci telah dikotori dengan maksiat. Sedangkan Allah anugerahkan 'cinta' itu untuk kebaikan.
  
Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”


First of all, ana tegaskan yang islam tidak mengharamkan cinta. Takkan lah Allah nak halang kita bercinta sedangkan cinta itu fitrah. Cuma yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana kita menguruskan fitrah itu agar yang fitrah tidak menjadi fitnah. Jika kita fikir betul-betul, cinta tu ada banyak jenis. Ada cinta yang nampak cam 'Fuyoo' tapi hakikatnya memudaratkan diri dan ada juga cinta yang membawa ke Jannah ^_^.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 14:

 “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Perkara yang paling penting adalah kita kena pandai susun peringkat-peringkat cinta. Siapa yang yang perlu kita utamakan kecintaan kita? 


Biasanya, kita mesti akan jatuh cinta kat orang yang paling banyak memberi kat kita kan? Ketahuilah, Allah lah yang paling banyak memberi kat kita. Segala nikmat di dunia semuanya milik Allah, malah tubuh badan kita pun Allah bagi pinjam. Dan nikmat yang paling berharga adalah nikmat islam dan iman yang ada dalam hati kita. Jika dua nikmat itu Allah tarik, punahlah kehidupan kita. Jadi, kejarlah cinta Allah kerana dengan cinta Allah kita dapat kebahagiaan didunia dan di akhirat. Dengan cinta Allah kita dapat merasai kemanisan iman dan dengan cinta kepada Allah kita membenarkan fitrah kita sebagai seorang manusia, fitrah inginkan kebahagiaan hakiki. Yang paling best, bercinta dengan Allah takkan buat kita kecewa, patah hati dan sedih. Allah balas cinta kita, walau dosa kita tinggi menggunung selagi kita tak mempersekutukan Allah, Allah tetap sayang kita.  Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


" Andaikan kamu berbuat dosa hinga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah memberi ampun kepada kamu" ( Riwayat ibn. Majah)

Peringkat yang kedua adalah cinta kepada Rasulullah S.A.W. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31:
  
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Seperti yang kita semua tahu, Rasulullah S.A.W adalah manusia agung yang sepatutnya menjadi role model kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita melebihi sayang nya ibu dan ayah kita. Bayangkan, beratus tahun dahulu Rasulullah perjuangkan islam untuk ummatnya akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah dah lafazkan rindu baginda kepada kita ummat akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah menangis  merayu dihadapan Allah agar kita ummat akhir zaman diselamatkan daripada azab api neraka. Malah, para malaikat pun teringin nak jadi ummat nabi Muhammad S.A.W sebab kasihnya dan special nya ummat baginda ni. Lahirkan cinta kita kepada baginda dengan banyak berselawat dan mengikut sunnah baginda.

Cuba kita fikir balik, di padang mahsyar nanti semua manusia dan jin akan dihimpunkan maksudnya ada berbilion-bilion manusia. Raaamaaaiii sangat orang. Dan cuba kita bayangkan macam mana keadaan kita time tu? Layak ke kita nak dapat syafaat baginda jika selawat keatas baginda pun kita baca hanya dalam waktu solat? Tak pun waktu maulidur Rasul time berarak tu? Rasa-rasa kita dapat tak jumpa Rasulullah dalam kesesakan waktu tu? Perbanyakkan berselawat kepada baginda. Dalam satu hadis dari Abu Hurairah R.A : 


Rasulullah S.A.W bersabda: " Setiap Nabi mempunyai doa mustajab, kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doanya itu. Tetapi aku, akan ku manfaatkan nanti untuk membela( memberi syafaat) umat ku di hari kiamat. InsyaAllah doaku itu akan mencapai setiap umat yang mati dengan tidak menyekutukan Allah" ( H.R Muslim)


Tak de alasan kita nak tolak cinta Rasulullah. Jika kita enggan berselawat, ibarat kita menepis tangan Rasulullah yang tarik kita daripada jatuh kedalam neraka.


Seterusnya, lahirkan cinta kita buat ibu dan ayah kita. Dua insan istimewa yang Allah kurniakan kepada kita. Tapi sekarang, kebanyakan remaja mula melupakan jasa ibu dan ayah semata-mata untuk cinta remaja mereka. Berborak dalam tepon berejam-rejam tapi boleh kira berapa patah yang dicakap kepada ibu bapa. Eh..eh...doa ibu bapa tu makbul tau. Bila mereka dah berumur nanti, jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita dulu. Redha Allah tertetak kepada redha Ibu bapa kita.


Dan seterusnya barulah masuk cintan cintun yang lain. Ana faham ramai dikalangan remaja sekarang ni stress sebab cintan cintun yang tak bagos. Bukan nak kata tak boleh bercinta tapi kalau nak cinta yang ni kena terus kawen. Nak terus kawen tu pun bukan bermaksud date-date dulu, kenal-kenal rapat sampai kamcing dulu, pegang-pegang tangan dulu. Ish ish ish. Dan kalau nak terus kawen pun mahar nya kena ada dulu. Maksudnya kalau takde duit lagi, tengah study lagi, utamakan tiga cinta kat atas tu dulu ye shabab-shabab sekalian. Lagi satu sekarang ni dah ada istilah baru, couple islamic. Erkkk... ape tu~ Tidak tidak dan tidak.

Kita kena bijak atasi cintan cintun yang ni, sebab kalau kita duk layan perasaan tu, boleh jadi fitnah. Maybe sesetengah kita akan kata, 'perasaan ni fitrah'. Benar fitrah tapi kalau duk bercinta sampai membawa kemurkaan Allah, tu nafsu namanye..bukan fitrah dah.

Yakinlah, bile kita dekatkan diri dengan Allah, buat apa yang disuruh tinggalkan apa yang dilarang, kita dapat kawal perasaan ni dengan bijak. Tundukkan pandangan. Tak perlu nak duk uji-uji orang kalau dah tersuka tu, ni selalunya lelaki lah kan. Tak perlu nak contact-contact, contact je lah dengan Allah. Dan tak perlu lah nak risau tercari-cari bakal isteri yang sesuai, kalau dah sampai waktu sepatutnya kita kahwin tak pe lah, tapi kalau masih dalam study atau disekolah, lawan lah perasaan tu.

Kalau dah tersuka tu, tak perlu diluahkan perasaan tu. Simpan je dan 'tumbuk-tumbuk' bagi perasaan tu duk diam-diam..hehe. Dan untuk yang dah berkenan dengan muslimin/muslimat, duduk diam-diam jangan buat apa-apa kalau betul suka kan muslimin/muslimat tu. Jangan ditarik masuk ke dalam perbuatan yang Allah tak suka. Tutup telinga rapat-rapat supaya tak termakan dengan tipu helah syaitan, basahkan lidah kita berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Rasulullah. ^_^

Bila dalam dompet dah ada duit berkepuk-kepuk, dah boleh bagi nafkah silakan...pergi rumah bakal jumpa mak ayah, terus pinang. Dan hiduplah bahagia dalam Baitul Muslim yang diredhai Allah. 

Firman Allah dalam surah Taubah ayat 24:

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
 

Wallahua'lam~
























No comments :

Post a Comment