PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Kenapa Hati keras?

No comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saat ini kita masih diberi nikmat untuk bernafas. In Shaa Allah, ana akan sentuh berkenaan hati, kenapa hati kita keras? Ingin ana ajak antum sama- sama berfikir, cuba kita muhasabah semula tentang hati kita. Adakah sihat hati kita? Cukupkah makanan rohani yang hati kita terima hari ni? Atau kita soal diri kita, apa khabar imanku hari ini?? 

Okey...dah banyak sangat soalan~

Sebab apa banyak soalan? Inilah yang dinamakan muhasabah dan akhirilah muhasabah kita dengan istighfar kepada Allah. HATI. Kenapa penting nya kita jaga hati kita molek-molek? Sebab hati adalah Raja dalam diri kita. Segala yang kita lakukan, setiap apa yang kita fikir dalam minda, semuanya bermula dengan hati. Jadi, hati tu tersangatlah penting untuk dijaga supaya dengan hati yang penuh iman akan terhasillah akhlak yang mulia. Dan apabila hati kita keras, akhlak kita juga akan terkesan.

Kenapa Hati keras?
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kurangkan lah bercakap selain daripada berzikir kepada Allah S.W.T kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras. Dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras"
Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa, kita tak terlepas daripada bercakap. Jumpa orang kita cakap-cakap...jumpa orang lain cakap-cakap lagi...jumpa orang lain cakap-cakap lagi. Apa yang ana nak sentuh adalah, adakah setiap apa yang kita cakap tu kita ingat Allah? Muhasabah semula. Sepanjang borak-borak kita, sepanjang chit chat kita ada tak kita selitkan zikir? Zikir tu bermaksud ingat Allah. 

Jadi, sebelum lidah melafazkan setiap perkataan, fikir dahulu adakah kata-kata yang akan kita sebut ni dapat beri manfaat, dapat jauhkan diri kita daripada dosa atau dekatkan diri kita dengan dosa. Seandainya kita rasa lafaz itu hanyalah borak-borak kosong, lebih baik kita diam. Sebab? Orang yang banyak cakap, hati keras. Dan bila hati keras, Rasulullah dah bagi jawapan yang jelas, kita akan jauh daripada Allah...Nauzubillah~

Dan bila kita jauh daripada Allah, kita dapat jamin ke yang kita dapat lalui kehidupan dengan baik? Kita dapat jamin ke yang doa kita akan dimakbulkan? Jadi, doalah banyak-banyak kepada Allah agar setiap perkataan yang kita sebut adalah perkataan yang mengingati Allah. Jika tidak, lebih baik kita diam. Contoh kata-kata yang mengingati Allah:

Bila kita dipuji, ' Alhamdulillah, segalanya daripada Allah'
Bila kita berjaya, ' Alhamdulillah, tanpa kekuatan daripada Allah mungkin saya tak berjaya'
Bila kita melihat keindahan alam, ' Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah'
Bila kita buat salah, 'Astaghfirullah.....'

Perbanyakkan lidah kita untuk berzikir. Elakkan daripada kita mengumpat, buka aib orang, perli orang. Semuanya akan buat hati kita keras. Dan bila hati kita keras, susahlah ilmu nak masuk, susahlah kita nak maafkan orang, susahlah kita nak menangis dihadapan Allah, dan kesan ni semua berpunca daripada jauh nya hati kita dengan Allah.

Setiap apa yang kita lafazkan dengan mulut, mulut akan jadi saksi di akhirat nanti.
Setiap apa yang telinga kita dengar perkataan dari mulut kita, telinga akan jadi saksi di akhirat nanti.
Ayuh, kita sama-sama kurangkan bercakap, banyakkan berzikir ! ^_^

Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahu Akbar!
Lailaha illallah!

Wallahua'alam~ 






 


 

No comments :

Post a Comment