Apa yang penting?? MUJAAAHADAH!!
Assalamualaikum ikhwah akhwat sekalian!!
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Lailahaillallah
Baiklah. Pengisian kita pada detik ini bermula dengan tajuk MUJAHADAH!.
Sebelum mula, sila angkat tangan siapa yang tak pernah dengar lagu yang paling femes..wonderpet~
...krik..krik..krik...
Oke.memahami walaupun umur dah atas 17 tahun.
Kalau wonderpet...Apa yang penting? Kerjaaasama!
Tapi untuk kita lebih enak bunyinya jika...Apa yang penting? Mujaahadah!
eheh..
Apa yang dimaksudkan dengan mujahadah dan apa yang penting sangat mujahadah ni sampai lagu wonderpet yang 'best gile' tu kena tukar?
Kalau dalm bahasa melayu, mujahadah tu maksudnye bersungguh-sungguh. Tetapi hakikatnye, mujahadah tu luas ertinya. Semua perkara perlukan mujahadah.
Disebabkan mujahadah, seseorang itu sanggup lakukan sesuatu hingga peluh terakhir menitis
Disebabkan mujahadah, darah sanggup ditumpahkan
Disebabkan mujahadah, katil yang hempuk-hempuk sanggup ditinggalkan untuk bertemu Allah ditengah malam.
Disebabkan mujahadah juga syariat Allah terus ditegakkan walau tentangan datang bertalu-talu.
Kerana apa?
Andai benar inginkan kemanisan syurga Allah, bermujahadah lah. Jika diri benar-benar ingin terus berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang penuh dengan duri-duri tajam, teruslah bermujahadah disamping mengharapkan redha Allah.
Tidak dinafikan, mujahadah itu tidak semudah makan masakan ibu dan terus kenyang. Mujahadah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Matlamat kita sebagai hamba Allah yang menggalas jawatan sebagai khalifah mestilah jelas. Supaya apabila tiba ujian ketika sedang menjalankan tugas, kita dapat terus bermujahadah dan terus meyakini bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.
Setelah kita berhabis pulas menghayati dan menjiwai erti sebenar mujahadah, barulah kita benar-benar dapat mengaadam kalam Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69:
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"
Mujahadah itu pahit, Kerana Syurga itu manis.
Syurga itu indah, dan tidak mudah utuk mndapatkan nya tanpa MUJAHADAH!.
Selamat Bermujahadah!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment