Cinta dan Air mata :')
Assalamualaikum ^_^
Alhamdulillah, dikesempatan ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan udara yang Allah beri ni, percuma lagi tu tau. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang telah kita dapat ^_^
Ya Allah, beri aku kekuatan untuk terus istiqamah dengan segala yang aku sampaikan dalam coretan ini. Jauhkan aku daripada menjadi hamba-hamba Mu yang Dikau benci.
Disini, saya berhasrat untuk membuat sedikit perkongsian yang diperoleh daripada majlis ilmu yang baru je saya join. Nak cerita lah sikit, hari tu saya ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ilmu di Masjid Kristal dan disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.. best sangat sangat sangat. Hehe, novelis faveret tuu. Tajuk yang dibincangkan adalah Cinta Dan Air mata. Haaaaa... luas maksudnye tu kan?.
Apa yang ditekankan ustazah adalah soal wanita. Sebab waktu tu, semua muslimah-muslimah belaka yang hadir.. maka majlis tu jadi bertambah-tambah seronok. : )
Ustazah cerita camni..
Jika kita nak tahu, sebelum kedatangan islam, wanita pada zaman arab jahiliyah dilayan sangat teruk. Wanita tidak dipandang sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk hidup di muka bumi. Wanita diperlakukan seperti haiwan. Malah, keluarga yang mendapat anak perempuan, anak itu akan ditanam hidup-hidup. Dan kesakitan seorang ibu untuk lahirkan anak dianggap sebagai akibat buruk hidup dimuka bumi! Dahsyat kan? Terseksa jiwa dan raga dengar layanan yang diterima wanita dahulu.
Kemudian, Allah hadirkan islam melalui utusan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika kita teliti maksud 'islam' itu sendiri adalah SEJAHTERA. Maka dengan kedatangan islam lah, Allah angkat darjat wanita. Allah muliakan seorang wanita dengan perintah-perintah Nya untuk melindungi seorang wanita. Allah iktiraf wanita itu sebagai pasangan yang membahagiakan seorang lelaki, bukan sebagai seorang kuli.
Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita.. seharusnya kita berbangga dan seharusnya kita patuh pada perintah Allah. Mungkin kita pernah terdengar rungutan-rungutan, kenapa wanita ni nak kena tutup sangat? Lelaki tak yah pun? Kenapa wanita ni kena bersusah payah nak lahirkan anak? Kenapa banyak perkara yang wanita tak boleh buat berbanding lelaki? Adil ke?
Na'uzubillah.. Jangan kita persoalkan keadilan Allah, sebab Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah perintahkan wanita untuk menutup aurat lebih daripada lelaki kerana untuk menjaga wanita, dan untuk mengangkat darjat wanita. Kesakitan seorang ibu melahirkan anak juga dikira sebagai jihad, betapa tinggi Allah muliakan seorang wanita. Tiada beza lelaki dan wanita, kedua-duanya berpontesi untuk melakukan dosa, dan kedua-duanya Allah terima taubat kita.
Bersyukurlah kita sebagai wanita, dan hargailah seorang lelaki..
Seterusnya, nak cerita tentang cinta. Sebelum tu, biar saya bagi satu analogi..
Jika ada seseorang ni, nak baiki kereta. Namun, sedikit ilmu untuk baiki kereta pun dia takde. Tapi dia nak juga baiki kereta tu. Diapun baiki lah, potong wayar ni, cabut wayar sana, tambah minyak ni, buang minyak sana. Akhirnya, apa yang terjadi? Kerosakan bertambah menjadi teruk. Kannn??
Begitulah juga dengan ilmu cinta ni.. ceh ceh~
Jika kita main haruung je tanpa ade ilmu bagaimana cinta yang sebenarnya perlu dikawal, maka ke laut lah kita ye. Islam sentiasa sediakan panduan buat kita yang terkapai-kapai ni.
Apa yang ustazah bagi kepada kami adalah NOTA CINTA. Tapi sempat bagi sikit je sebab tak cukup masa..cedeyh je T.T
Yang pertama adalah : Cinta pada Allah yang satu.
Baiklah, sebagai seorang student ni, kita sentiasa menuntut ilmu... sebab kita kan ..الطلب
yang bermaksud penuntut. Oleh itu, hati mesti kasi bersih supaya ilmu itu boleh masuk kerana ilmu itu cahaya, dan susah cahaya nak masuk jika hati kita tu gelap gulita dengan maksiat. Jadi, bersihkan hati dan kejarlah cinta Allah...
Jom kita tadabbur surah Addhuha jap. Tujuan surah ini diturunkan adalah sebagai pujukan Allah terhadap Rasulullah s.a.w, sebab waktu tu kan wahyu terhenti sekejap, so orang-orang musyrik semua tuduh yang Alllah dah tinggalkan Rasulullah.... jadi Allah turunkan surah ini untuk pujuk Rasulullah bahawa semua tu tak betull. Sweet kan Allah? hehe..
1. Demi waktu Dhuha.
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. ( bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat) sehingga engkau redha- berpuas hati.
6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia membarikan perlindungan?
7. Dan didapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-quran)
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10. Adpun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya.
Inilah nota cinta Allah. Allah mulakan surah ni dengan waktu-waktu yang tenang dan Allah pujuk rasulullah s.a.w. Dan Allah akhiri nota Nya dengan tips kebahagian..iaitu ingat nikmat-nikmat yang telah kita dapat daripada Allah. InsyaAllah, bila kita ada masalah, ingat balik nikmat-nikmat Allah dan syukurilah dengan senyuman lebar-lebar ^_^ Sebab waktu tu kita akan rasa, " MasyaAllah! sayang nye Allah pada akuu"
Nota cinta yang kedua: Rasulullah s.a.w sebagai murabbi cinta agung.
Rajin kan diri kita untuk baca sirah-sirah nabi. Nak tahu sebab apa? Sebab bila kita baca kisah-kisah nabi ni kan, kita rasa dekat sangat dengan islam, bila kita baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rase dekat sangat dengan baginda.
Bila kita ade masalah, ingat ni... Allah takkan turunkan ujian itu jika tiada jalan penyelesaiannya. Allah datangkan banyak kisah-kisah nabi dulu-dulu sebagai panduan. Sebagai contoh, jika kita punye masalah.. family sendiri tak nak solat, cuba kita baca kisah nabi Nuh yang anak dan isteri baginda sendiri tak nak ikut agama yang benar. Jika kita sedih sebab adik beradik kita sendiri tak suka kat kita, baca kisah Nabi Yusuf yang ditinggalkan dalam telaga sebab abang-abang yang dengki..
Bila baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rasa betapa susah Islam nak sampai kat kita, kita rasa betapa indah akhlak Baginda sebagai panduan kita...
Akhir sekali, Ceramah diakhiri dengan pesanan-pesanan:
1. sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah. Cuba lahirkan rasa rugi sangat-sangat jika kita lalui sesuatu masa tanpa zikrullah.
2. Jika kita nak tundukkan nafsu yang menuju kearah tak elok, berilah makanan ilmu pada nafsu. InsyaAllah nafsu itu akan tunduk dan ikut apa yang kita nak. Biar kita kawal diri kita, bukan nafsu yang menguasai diri.
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri.
Wallahua'alam ^_^
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment