Apa yang istimewanya dia??
Coretan saat ini adalah bertujuan berkongsi sebuah kisah dari zaman Rasulullah SAW yang sangat menyentuh hati, satu kisah yang mungkin akan dapat mengubah kehidupan kita, yang dapat mententeramkan jiwa kita dan membersihkan hati daripada bintik-bintik hitam.. In Shaa Allah!
Satu hari, Rasulullah SAW bersama para sahabat. Kemudian Baginda berkata kepada para sahabat,
" Sekarang, akan ada seorang lelaki yang berjalan masuk, dan lelaki tersebut akan bersama orang-orang di dalam Jannah"
Jadi para sahabat melihat kearah pintu pagar dan mereka dapat lihat seorang lelaki berjalan masuk. Lelaki tersebut adalah seorang yang tidak dikenali, tidak terkenal dan nama beliau pun tidak tercatat didalam hadith. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW bersabda yang lelaki itu adalah ahli syurga.
Keesokan harinya, para sahabat sekali lagi duduk bersama Pesuruh Allah itu, dan Baginda memberitahu para sahabat..
" Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga'
Lelaki yang sama berjalan masuk.
Hari ketiga, Rasulullah SAW berkata lagi perkara yang sama...
' Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga"
Dan lelaki yang sama berjalan masuk ke dalam masjid.
Abdullah Ibn Amr (ra), salah seorang sahabat Baginda, ingin mengetahui apa yang istimewanya lelaki itu? Apa yang menjadikan beliau lain daripada orang lain sehingga Rasulullah menjamin bahawa beliau adalah ahli syurga? Malah Baginda menyebut nya sebanyak tiga hari berturut-turut, apakah amalan beliau? Walaupun beliau bukanlah orang yang dikenali... Apa yang menjadikan beliau istimewa??
Abdullah Ibn Amr adalah seorang yang sangat tekun dalam menimba ilmu. Dia ingin tahu apa yang istimewa, apa yang menjadikan lelaki itu dekat dengan Allah SWT sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah SAW ketika beliau masih dimuka bumi?
Jadi Abdullah Ibn Amr mendatangi lelaki tersebut dan berkata...
" Saya ada masalah dengan ayah saya, jadi saya tak dapat pulang ke rumah. Boleh saudara benarkan saya bermalam dirumah saudara untuk beberapa hari?"
Jadi lelaki itu berkata, " Tentulah boleh"
Oleh itu, Abdullah Ibn Amr bermalam di rumah lelaki itu dan melawat lelaki ini di rumah beliau sambil meletakan sangkaan yang tinggi kepada lelaki tersebut, apa yang beliau akan lakukan pada tengah malam. Abdullah Ibn Amr menyangka yang apabila lelaki itu sampai dirumah, beliau akan terus mengangkat takbir dan solat. Tetapi beliau tidak solat, beliau terus tidur melelapkan mata.
Abdullah Ibn Amr berkata, " Apa yang terjadi? Bagaiman dia boleh terus tidur??"
Dan kemudian beliau terus tidur sehingga hampir masuk waktu solat subuh. Beliau bangun dan menunaikan sedikit rakaat solat sunat dengan laju. Selepas masuk waktu solat subuh, beliau menunaikan solat subuh.
Abdullah Ibn Amr berkata, " Mungkin dia akan berpuasa pada hari ini"
Tetapi beliau makan untuk bersarapan.
Sekarang Abdullah Ibn Amr berasa putus asa. Beliau tidak berjaga malam untuk solat, dan beliau juga tidak berpuasa pada siang hari. Apa yang Istimewanya beliau??
Dia bersangka mungkin hari ini lelaki tersebut tidak sihat dan esok akan berbeza sedikit dari hari ini. Hari keesokannya tiba, beliau tidur seperti biasa dan pada awal pagi beliau bersarapan.
Jadi mungkin esok hari akan berlainan sedikit, tetapi pada hari ketiga pun beliau mempunyai rutin yang sama. Beliau tidur dan bangun sebelum subuh mungkin untuk solat witir kemudian solat subuh dan bersarapan.
Abdullah Ibn Amr berasa keliru dan hairan. Jadi akhirnya dia mendatangi lelaki itu dan berkata,
" Baiklah saya ingin memberitahu perkara sebenar. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ayah saya. Sebab saya datang untuk tinggal dengan saudara adalah kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa saudara adalah ahli syurga. Dan saya dengar daripada Baginda sebanyak tiga kali, jadi saya ingin tahu apa yang istimewa tentang saudara? Dan sejujurnya, saya tidak nampak apa-apa yang istimewa. Jadi bagaimana Rasulullah SAW boleh berkata yang saudara adalah ahli syurga? Beritahu saya tentang saudara yang menyebabkan Rasulullah SAW kata bahawa saudara adalah ahli syurga?"
Jadi lelaki tersebut berfikir sejenak dan berkata, " Apa yang saudara lihat adalah diri saya sebenar, tiada yang istimewa pun"
Abdullah Ibn Amr berputus asa dan dia berjalan pergi. Tetapi kemudian lelaki tersebut memanggil dia kembali dan berkata,
" Setiap kali sebelum tidur, saya akan membersihkan hati saya. Jadi apabila tidur, tiada sebarang kebencian dalam hati saya terhadap setiap Muslim."
Abdullah Ibn Amr melihat kearah lelaki tersebut dan berkata, " Itu adalah perkara yang kami sukar ingin lakukan. Kami solat, kami berpuasa, kami menunaikan semua Ibadah tetapi kadang-kadang kami gagal untuk membersihkan hati."
Lelaki tersebut tidak terlalu banyak beribadah, tetapi Rasulullah SAW memberitahu bahawa beliau adalah ahli syurga. Mengapa?? Hanya kerana beliau memunyai hati yang bersih, bersih dari segala hasad dengki, bersih dari segala kekotoran. Tak kira betapa teruk beliau dihina, betapa teruk orang lain lakukan keatas beliau, beliau akan pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk tidur. Beliau MEMAaFKAN semua orang.
Dan itu adalah perkara yang cukup untuk menjadikan beliau seorang yang dijamin syurga. Kisah ini memberitahu kita bahawa betapa pentingnya mempunyai hati yang bersih, betapa pentingnya memberi maaf kepada orang dengan hati yang terbuka.
Kerana Apa?
Tak dinafikan, sukarnya merendahkan ego untuk memafkan orang apabila hati kita kotor...
Tetapi akan mudah kita memafkan orang jika hati kita bersih. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, bersihkan hati dengan zikrullah dan selawat keatas Baginda dan merendahkan ego kita. Akan sia-sialah ibadah kita jika hati kotor, jika dalam hati masih ada dendam, masih ada hasad dengki. Kerana memafkan itu tinggi darjatnya, Syurgalah tempat bagi orang yang mempunyai hati yang bersih. In Shaa Allah, sama-sama kita bermujahadah! ^_^
Semoga coretan ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca...
Wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. ^_^
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment