PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Sahabat itu amat BERHARGA

2 comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk memenuhkan ruang blog ini. Baiklah, In sya Allah, detik ini, saya ingin menyentuh isu SAHABAT~ Saya pasti, semua orang impikan seorang, atau dua orang, atau tiga orang atau banyak- banyak sahabat. Maklumkah kalian sahabat, rakan, kawan, kenalan...semua tu tak sama. 
Sahabat adalah seseorang yang akrab dengan kita, bila kita seronok...dia seronok,bila kita sedih...die pun sedih, bila kita salah...dia betulkan kan kita, dan kekurangan kita...dia terima je^_^
 Mungkin ada ramai di kalangan kita, belum jumpa lagi sahabat. Sebab actually, sahabat tu tak mudah nak jumpa. Dan sejujurnya, saya jumpa sahabat setelah berusaha menjadi sahabat^_^ Alhamdulillah~
Hmmm...agak-agak kan, ape ciri-ciri sahabat?..teruskan membaca^_^


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Wahai kawan-kawan...pilihlah kawan sebaiknya...bukan bermakna kita tidak boleh berkawan dengan mereka yang tidak baik. Andai kita rasa diri kita mampu membimbing rakan kita ke jalan benar, aiwah... silakan. Tetapi andai kita rasa diri kita lemah dan mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak elok, yang sering rakan kita lakukan...jauhkan lah diri kita. 

 Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

 Jadi, Bagi yang sudah menjumpai seorang sahabat...hargailah mereka. Pelihara molek-molek persahabatan yang dah terjalin. Macam mana? Panggillah rakan kita dengan gelaran yang baik...jangan kita buka aib rakan kita...maksudnya jangan mengumpat. Terimalah kekurangan rakan kita...sebab diri kita pun ada kekurangan. Yang paling penting, doakan sahabat kita. Ingatlah, antara doa yang diterima Allah adalah apabila seseorng tu mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuan sahabat nye tadi...Nak lagi sweet kan, bagitahu pada sahabat kalian
Saya sayang awak kerana Allah. Insya Allah, saya tarik awak kalau awak jatuh ^_^ Supaya kat syurga nanti pun kita boleh bersahabat! Ngee~
Maafkan sahabat kita kalau dia duat salah. Ingatlah, yang memaafkan lebih baik dari yang dimaafkan. Semua orang buat salah, dan mungkin kita pun akan buat salah kat sahabat kita...saling memaafi, kan sweet centu^_^ Sayangi Sahabat Anda!


Dah masuk cerita sahabat ni, saya nak cerita sikit sahabat-sahabat saya. Diorang selalu nasihatkan saya, dan bimbing saya ke jalan yang diredhai...hehe...sayang diorang^_^
    • Izyani__kalau cerita masalah kat die, rase cam cakap sorang-sorang...heh..tapi lepas tu saye akan dapat surat cinta. Ayat-ayat atau peringatan atau hadis atau pepelah yang sangat mengubat hati yang tengah parah time tuh...thanks izyani!
    • Iman__seorang yang sangat membantu, pembimbing rakan sebaya lah kan~ selalu bagi kata-kata semangat, dan kalau dia tengah sedih, jarang tunjuk kesedihan...selalu maafkan saye yang selalu buat dia marah..huhu...Thanks iman!
    • Atiqah__orang baru dikalangan kami..tapi rase cam dah kawan lame je..hehe. Ramah sangat orangnye. Selalu tegur saya bila saya buat salah dan....bagi surat layang...^_^ disebabkan dia anak kaunselor, dia seorang yang sangat bermotivasi..hehe..Thanks tiqah!
    • Izzatun__pendiam...suka senyum^_^ pendengar setia masalah-masalah saya. Tak pernah lupa bagi hadiah befday kat kawan-kawan. Baik sangat...seorang yang sayang kawan~ hehe...Thanks Izzatun!

 Sampai disini dulu coretan saya...terima kasih sudi bace...

 Wassalam..^_^ salam ukhuwah!
 

2 comments :

  1. alhamdulillah , mkin baek penulisan .. nice sharing .. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee...alhamdulillah..lepas baca buku 'ingin menjadi penulis?' banyak panduan...sangat brguna.^_^

      Delete