PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Pujian itu Ujian

No comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Okeh, InshaaAllah tajuk ni mampu buat orang sentap..hee ~
Kenapa sentap? Yelaaa, apa kita rase bila kena puji? Tetiba ada bisikan kecil kat telinga, 

'hebatnye aku! Fuhh, gempak gak aku! Aku lah the choosen one~ Hohoho!*gelak bangga'

oke, tu over sangat... 

Baiklah, apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah dialog-dialog bangga yang kita boleh gunakan apabila dipuji..tidak tidak. Apa yang saya nak kongsikan adalah AWAS! Antum Waspada Antum Selamat ^_^

Berwaspadalah kita dengan segala jenis pujian sebab pujian itu mampu buat iman kita goyah. Goyah seandainya kita terlupa bahawa segala kelebihan bakat yang kita ada tu adalah dengan izin Allah. Tak kira lah dalam bentuk apa pujian tu. Kadang-kadang ayat perli pun boleh nampak macam puji, ye..itu orang perasan namanya sebab tak faham bahasa perli..hehe.

Bahaya nya pujian ni kadang-kadang boleh menyebabkan pahala yang telah berjaya dikumpul berlapis-lapis hilang selapis demi selapis. Acane tu? Sebagai contoh, saya bagi satu situasi...

Ada seorang yang soleh sedang giat menjalankan kerja-kerja dakwah di surau. Dan hanya dia je yang masih bergelar anak muda yang bersemangat. Dengan niat murni kerana Allah dia menjalankan tugas. Tup..tup...seorang pakcik datang...

Pakcik: Bagus sungguh anak ni, rajin join aktiviti surau. Pakcik kagum dengan semangat kamu.
A.Muda: Eh, takdelah pakcik. saya saje je join. ( bunga dalam hati dah mula kembang)
Pakcik: Kawan-kawan kamu tak nak ikut?
A.Muda: Diorang tak tahu kut. ( syaitan mula bisik dalam hati, 'kau sorang je yang rajin', perasaan     bangga da makin kembang nak meletop)

Tetiba makin semangat buat kerja, riak? takabbur? ujub? ikhlas? Hanya Allah yang tahu. Tapi pahala mula melayang-layang.....Astaghfirullahal 'Azim~

Itulah bahayanya pujian. Oleh itu, kita kena bijak dalam memanipulasikan kata-kata pujian menjadi perangsang untuk kita memuji Allah yang mengurniakan kita kekuatan atau kelebihan dalam sesuatu perkara. Kembalikan segala pujian kepada Allah. Sebab jika bukan dengan izin Allah, kita tak dapat buat apa-apa pun. Ingatan bersama ^_^

Sebab tu lah pujian itu ujian. Jadi, kerapkan diri kita untuk bermuhasabah dan tajdid niat sebab niat adalah asas kepada segala ibadah. Sia-sia lah ibadah kita jika kita lakukan hanya kerana mengharapkan pujian orang. 

Bagi seorang yang memuji, janganlah kita dok puji lebih-lebih. Dah tak puji, bukanlah maksudnya kutuk je memanjang..nanti down la orang tu. Cukup sekadar pujian untuk memberi semangat dan kembalikan semula pujian tu kepada Allah. 

AWAS! Antum Waspada Antum Selamat ^_^

Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!






No comments :

Post a Comment