PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati



Bismillahirrahmanirrahim...

Jika sebelum ni, aku coretkan coretan sebelum bermulanya langkah sebenar... Sungguh saat ini, tak terkata rasa keinginan untuk kongsi rasa hati tika berada di pertengahan langkah.

Berat namun nikmat.
Payah namun indah.

Tak tahu nak gambarkan perasaan ini. Benarlah orang kata, jalan ini tak mudah tapi indah. Sebelum ni aku hanya dengar pengalaman orang-orang yang berada atas jalan ini tanpa rasa sendiri duduk dan hadapi. Sedikit demi sedikit cuba utuk belajar, cuba untuk usaha samaksimum mungkin untuk buat yang terbaik. Tapi biasalah manusia, siapa yang tak pernah rasa kepala kelam kabut tak tahu nak buat apa dah. Jam mungkin...lagi-lagi bila kena dekat budak lembik longlai, kena pula jadi orang yang mesti setia berusaha.

Nak nanges...usaha...usaha...

Banyak perkara perlu belajar. Kejap dicampak kesana, kejap dicampak kesitu.. Bersedia untuk tidak bersedia, kata-kata yang sering disebut. Hakikat diri yang tak reti nak bertegas sangat, lagi-lagi bila berbeza umur, apatah lagi bila berbeza jantina. Namun amanah diri memaksa untuk bertegas, amanah diri memaksa untuk banyak berkerjasama dengan semua orang agar pengurusan berjalan lancar.

Sungguh, perubahan ini bukan satu perkara yang mudah untuk diubah. Sampai satu tahap, rasa tak mampu namun tak dapat lari. Sampai satu tahap, terasa seakan ingin duduk senyap tanpa buat apa-apa. Namun begitu, iman masih sedar tanggungjawab diri, masih sedar tugasan yang perlu dijalankan. Mana mungkin mudah, tidak... tidak seperti yang difikirkan di awal perjalanan.

Keikhlasan hati yang utama. Belajar berkorban sebelum orang lain terkorban. Tak dapat dinafikan, sangat banyak perkara yang dipelajari. Tugasan ini bukan tugasan amanah di dunia semata, tetapi juga tugasan dalam menyebar dakwah kesekelian ummat. Banyak ujian mendatang, lepas satu...satu. Berturut-turut. Tanpa sempat selesai, ujian lain mula menjengah.

Saat ini diri benar-benar rasa diuji. Sejauh mana keikhlasan diri selama berada dalam jalan ini. Sejauh mana penghayatan diri dalam meniti mehnah perjuangan ini. Sejauh mana pengorbanan  yang sanggup diberi untuk memenuhi keperluan jalan ini.

Allahu..

Semoga langkah ini tidak berhenti saat ini, kerana destinasi yang ingin dicapai masih jauh untuk dikejar. Kembalikan hati pada Allah, yang Maha Tahu perihal hambaNya. Yang Maha Tahu kemampuan hamba Nya, Yang Maha Tahu perjalanan hamba Nya.

Semoga pengakhiran menemui kemanisan. Biarkan kepahitan menjelma diawal perjalanan...kerana tiada ubat yang manis. Tarbiyah perlukan usaha, tarbiyah perlukan kerelaan hati. Relakan diri mu ditarbiyah sepanjang berada di atas jalan ini.

Jangan sesekali tarbiyah itu dicampur aduk dengan kemaksiatan, kerana maksiat itu racun buat hati yang sedang mencari Ilahi. Kebatilan tak akan boleh dicampur dengan yang haq.

Selamat Berjuang duhai diri...




Selamat Berjuang...




Bismillah

Hari-hari berlalu dengan penuh kisah-kisah yang berbeza. Tak tahu kenapa, minat diri kali ini lebih kepada ingin berkongsi kisah sendiri sebagai pengajaran. Mungkin kerana tak mampu lagi untuk menipu diri dengan nasihat tanpa pengalaman yang akhirnya buat diri tertunduk malu. Walaupun setiap yang berlaku atas aturan Allah sentiasa menundukkan diri kerana malu dengan diri sendiri.

Menghadap Ilahi pun berkira tapi tak berhenti meminta. Allahu...

Ya, kerana kita hanya hamba. Mana mungkin meninggi diri sedang ada yang Maha Tinggi sedang memerhati. Siapalah aku yang bukan siapa-siapa..

Moga usaha kecil ini sedikit sebanyak menjadi sahamku saat dihisab nanti.

Moga coretan ringkas ini bakal menjadi peringatan terutama buat diri ini yang mudah alpa.

Moga lakaran hati ini mampu dilukis dan diterjemah oleh hati-hati yang dahagakan peringatan.

Bukan ramainya pembaca yang aku harapkan, tetapi usaha kecil ini sahaja kemampuan ku setakat ini untuk berkongsi panjang.. sekadar menyampaikan walau satu ayat.

Sebelum ni, soal perjuangan yang banyak dikongsi. Namun sejauh mana kefahaman kita dengan kata 'perjuangan' itu?

Jika ditanya, amat sukar untuk diperincikan soal perjuangan. Mungkin kerana perkara tersebut perlu dipelajari dengan pengalaman. Sebut soal perjuangan, jangan lupa soal keikhlasan. Satu lagi perkataan yang tak terungkap dan tak mampu dilihat. Natijahnya, kita akan bertemu pula dengan kata 'ukhuwah' juga kata istimewa buat insan yang merasainya.

Namun, sebelum pergi kepada 3 kata istimewa itu.. pentingnya untuk memahami secara mendalam dari mana kita datang, kenapa kita di dunia, dan kemana kita akan pergi selepas dunia. 3 soalan dan jawapannya cukup untuk kita berada di landasan yang benar. Kerana andai kita tak tahu jawapan kepada 3 soalan tersebut... ibarat berjalan tanpa arah tuju. Dan kerana 3 soalan ini juga sering difikirkan manusia dalam mengatur urusan dunia.

1. Dari mana kita datang?

" Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu air mani ( benih ) yang sedikit dipandang orang; Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan kepadanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
( As-Sajadah : 7-9 )

2. Kenapa kita di dunia?

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
( Az-Zariyat : 56 )


3. Kemana kita akan pergi selepas mati?

" Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)."
( Al-Insyiqaq : 6 ) 

Jelas bahawa, kita datang dari Allah, punyai tugasan sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi dan pasti akan kembali kepada Allah.

Jika ditanya kemana ingin kita pergi setelah dibangkitkan, pasti dan sangat pasti tiada yang bermimpi untuk ke neraka. Syurga jawapan yang pasti. Namun, sajauh mana keinginan kita itu membuahkan amalan, atau sekadar angan-angan tanpa tindakan?

Bekalan di dunia, hasil dinikmati di akhirat kelak.

Dunia tempat berpenat, akhirat tempat nikmat.

Sungguh manusia itu sering lupa, manusia itu mudah alpa, manusia itu perlu peringatan. Kerana itu tugasan kita hamba dan khalifah. Sentiasa mengharapkan rahmat Allah juga menyebarkan dan mengajak. Islah diri dan ajak yang lain.

Ramai yang perbaiki diri namun terlupa untuk mengajak yang lain turut sama mengislah diri.
Ramai juga lupa untuk perbaiki diri namun sentiasa mengajak yang lain ke arah mengislah diri.
Hakikatnya, dua perkara tersebut perlu berjalan seiring.

Penting untuk kita tarbiyah diri kerana sukarnya seseorang itu melalui hijrah tanpa tarbiyah. Tarbiyah sebagai latihan, training untuk kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan bukan sahaja untuk akhirat, tetapi juga untuk menghadapi mehnah dan cabaran di dunia ini. Betapa pentingnya asas yang kukuh dalam diri agar kita tahu mana nak tuju, kita tahu apa fokus kita dalam kehidupan ini.

Kerana tatkala diri terasa berat akan amanah yang dipikul, kita tak akan semput ditengah jalan. Kita punya ubat yang mujarab dalam diri untuk meneruskan langkah perjuangan. Saat ini, moga kita bertemu dengan kemanisan ukhuwah yang tersangat manis.

Wallahua'lam.











Siapa kita...



Seandainya...
dulu kau turuti kemahuanmu
Tanpa sedikit rasa bergantung
pada Penulis takdirmu

Seandainya..
dulu keyakinanmu tiada
pada Tuhan yang Maha Tahu
pada perihal makhlukNya

Seandainya...
tiada hidayah yang mengetuk jiwamu
sebelum kau sampai kini
kemana agaknya engkau

Seandainya...
gerak hatimu hanya kau sahaja kawal
membuat pilihan atas diri
tiada percaya pada takdir Tuhan

Kau tiada di sini.

Lihatlah diri mu kini
Dimana kau berdiri kini
Perihal apa kau kini

Sedarlah
Itu semua aturan Tuhan
Itu semua hadiah Tuhan
Itu semua nikmat Tuhan

Atas diri yang dicintai
Atas diri yang dirahmati
Atas diri yang dikasihi

Bersyukurlah duhai diri...
Terimalah takdir ini...
Kerna kau insan terpilih..
Untuk berada atas bumi ini...

Lafazkan duhai jiwa..

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"







Seandainya..



Andai jalan ini indah
Pasti ramai yang meniti diatasnya.

Andai jalan ini menjanjikan gelak tawa sentiasa
Pasti tiada yang kecundang ditengah perjalanan.

Andai jalan ini tak menuntut kelelahan
Pasti ramai yang mendukung amanah sepanjang perjalanan.

Jangan sebut soal perjuangan
Andai tak mampu beri pengorbanan.

Walau jalan ini tak indah dipermulaan
Pasti kemanisan di akhir perjalanan yang kau akan temui.

Walau jalan ini menuntut kelelahan sentiasa
Pasti Akan tersenyum puas kerna  amanat Allah pada diri terlaksana.

Walau jalan ini punya seribu satu pengorbanan
Janji Allah itu pasti, kemenangan di akhirat nanti.

Kau tak akan faham soal perjuangan
Jika kau tak pernah dan tak mahu lalu atas jalan ini.

Kau tak akan faham manisnya kepenatan
Jika kau mengeluh merungut atas segala kesusahan.

Kau tak akan rasa puasnya berjuang
Jika nawaitumu bukan untuk cari keredhaan Allah.

Tuntutlah ilmu
Dan mengakarlah

Mencari insan untuk dibantu
Meniti bersama ke jalan Ilahi

Apa guna kau punya ilmu
Andai manfaatnya hanya untuk diri

Apa guna kau punya hati
Andai hanya memikirkan diri sendiri

#hidupbiarberjasa

Coretan Jalanan.




120915.

Satu tarikh yang sukar untuk aku lupakan. Peristiwa pada hari itu tersemat dalam minda, kerana peristiwa itu telah membawa diri tunduk malu pada Sang Pencipta.

Manusia, siapa yang tak pernah jatuh. Siapa yang tak pernah jauh dibuai leka dengan kenikmatan dunia. Namun dengan sekali teguran daripada Allah, hati sekeras batu pun mampu pecah hancur jadi abu. Diri terkedu, sakit ujian dari Allah namun manis di hujung itu pasti.

Amanah. Sedangkan bukit mampu hancur andai diberi tanggungjawab ini. Namun seorang yang bergelar khalifah itu pasti mampu andai yang dicari itu hanya redha Allah.

Aku. Terasa luruh jantung tatkala nama disebut dalam dingin sebuah dewan. Terduduk diri tak mampu untuk dilafazkan rasa hati ketika itu. Kerna amanah yang diterima tak seperti yang pernah diterima, amanah ini tak pernah terfikir akal atau boleh juga disebut mustahil untuk aku pegang. Mampukah aku? Layakkah aku?

Hati terus merintih...
Jiwa terus menangis..
Minda tak mampu berfikir...
Tangan terus menggigil..

Allah...

Diam seribu bahasa. Ucapan "Tahniah" terus diterima. Namun diri hanya menghargai satu pandangan mata dari seseorang yang memandang aku dengan pandangan yang memberi kekuatan. Tanpa mengucapkan apa-apa, diri didakap... 'moga kuat ye qilah'..

Doakan aku...

Dalam kekusutan diri, syukur tak terhingga kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa memberi kata semangat, memberi kekuatan pada diri. Aku bukan sendirian... itu yang disemat dalam minda.

Dan yang paling penting, aku ada Allah..

" Tolong Jangan rebah sebelum bertindak"

" Kita satu keluarga, saling menguatkan"

" Jangan rasa lemah, untuk rasa tak mampu tu memang lumrah. Tapi jangan rasa lemah. Kita rasa diri tak mampu, kita ada sahabat-sahabat yang menguatkan. Tapi bila kita rasa lemah, yang lain pun akan rasa lemah. Jangan hilang sebelah kaki, nanti jalan terencot-encot."

" Allah pilih mesti ada sebab, bersangka baiklah dengan Allah"

" Just be your self and calm down. We will try our best to make the best effort in this road."

" Kita tak buat kerja sorang-sorang dan kerja ni bukan untuk kita saja-saja, kerja ni untuk ummah!"

Syukur Alhamdulillah.

Qilah...moga terus qowiy. Jalan dah terbentang luas depan mata, teruslah berjalan. Biar perlahan, asal ikhlas dan tujuan nya satu..

Redha Allah.





Amanah




Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah hampir masuk tahun kedua aku menimba ilmu di sebuah lautan ilmu. Aku menghadapi jatuh bangun seorang pelajar. Aku belajar mematangkan diri untuk meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini.

Hanya ingin berkongsi... ukhuwah yang aku jumpa disini. Ukhuwah yang sangat unik kerana ukhuwah ini bukan sekadar terjalin dengan gelak tawa dan suka duka, tetapi juga terjalin kukuh kerana semuanya mempunyai satu matlamat. Semuanya bertekad untuk menyebarkan kalimah haq, biar diri tak punya masa untuk bersenang lenang, asalkan kerja-kerja mengangkat martabat agama terus berjalan.

Ukhuwah ini atas dasar jiwa Ummah..jiwa-jiwa yang sedar hidup di dunia ini bukan untuk memikirkan diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk berkongsi segala yang dimiliki agar tidak mengejar syurga Ilahi seorang diri. Diri kita diperlukan, ramai yang menanti ajakan daripada kita. Dan kerana itulah terhasilnya kemanisan ukhuwah yang teramat sangat.

Benarlah ungkapan yang berbunyi...

" Jika Allah ingin kita jadi baik, Allah hadirkan orang-orang yang baik mengelilingi kita"

Aku jumpa semua ni atas takdir Allah yang meletakkan aku dikalangan orang-orang yang hebat berpesatuan, orang-orang yang tidak meletakkan akademik nombor satu, kerja dakwah nombor dua. Tetapi orang-orang yang meletakkan akademik dan kerja dakwah itu SEIRING.

Benar, akademik dan pelajaran itu penting. Namun jika semua orang berfikiran begitu, siapa yang harus bertanggungjawab menyampaikan amar ma'ruf nahi mungkar kepada ummah yang semakin parah. Tanggungjawab kita bukan sekadar berhenti di atas kertas exam, tetapi tak kan pernah terhenti selagi islam belum mencapai kemenangan.

Suatu ketika, sebelum aku jumpa keluarga ini, aku sering menadah tangan memohon kepada Allah dek kerana sedih melihat keadaan kondisi ummat islam kini, termasuk diriku sendiri yang semakin parah....

" Ya Allah, aku yakin dengan Janji Mu bahawa hari kemenangan islam itu akan hadir. Islam akan berada dipuncak kemenangan dan kemegahan. Ya Allah, aku hambaMu yang lemah lagi hina. Namun, Kau tempatkanlah aku berada dikalangan hamba-hamba Mu yang turut membantu berusaha mencapai kemenangan islam. Agar aku tidak menjadi hamba-hamba Mu yang leka dan lalai dengan kehidupan dunia tetapi mengejar kemuliaan di Akhirat kelak."

Aku yakin, ini langkah pertama buat diriku. Membaiki hati yang kian parah, seterusnya memikirkan keadaan ummah dan bertindak menyampaikan, bukan sekadar semangat di lidah, tetapi turut mengerah tenaga.

Hampir setahun, aku diajar berpogram, aku dilatih memikat hati pelbagai peringkat mad'u, aku diajar berdikari bukan sekadar bergantung kepada kakak-kakak dan abang-abang senior dalam menjalankan program, aku dididik agar tidak hanya memikirkan diri sendiri. Malah, aku sendiri terinspirasi dengan penat jerih kakak-kakak dan abang-abang yang banyak melakukan pengorbanan. Mudah untuk aku katakan, mereka HEBAT. Betapa banyak jasa mereka sehingga aku sendiri tertarik dengan usaha mereka.

Aku maklum dengan kepenatan mereka, keluh kesah mereka, air mata yang mereka alirkan kerana diri diuji semasa meniti jalan perjuangan ini. Namun kata-kata yang mereka lontarkan sangat memberi kesedaran kepada aku bahawa jalan  ini tak mudah tetapi jalan ini sangat indah.
Aku jumpa mereka yang tak pernah berhenti bergerak. Aku jumpa mereka yang terus tersenyum dan berjalan walau diri penuh kekusutan....

" Kenapa kita perlu tunggu orang lain bergerak, sedangkan kita punya tenaga untuk dikerah"

" Carilah kekuatan dalam air mata keinsafan"

" Akak kuat sebab Allah hadirkan orang-orang yang kuat disekeliling akak, tak kan akak nak lemah sorang-sorang "

" Kita ibarat cawan, jika kita hanya fokus pada akademik, hanya separuh cawan dapat penuh, tetapi jika kita juga aktif bermasyarakat, kita dapat penuhkan cawan yang separuh"

" Jangan keluar universiti untuk jadi robot, tak reti nak menyampaikan"

" Ilmu itu bermakna apabila kita turut berkongsi dengan orang lain"

" Tak de orang nak pegang amanah ( jawatan ), tapi jika bukan kita siapa"

" Jalan ini tak ramai yang ingin bersama, qowiy ye dik"

" Jangan jadi orang yang hanya fikir diri sendiri, fikir kan semua orang"

" Kita hanya menyampaikan, hati manusia itu Allah yang pegang"

" Jangan jatuh hanya dengan jentikkan sedikit, Jalan ini payah kerana ganjarannya lumayan"

" Siap sedia untuk tidak bersedia"

" Hidup biar bermanfaat untuk orang lain, bukan sekadar untuk diri sendiri"


Sungguh, ukhuwah ini manis, moga terus qowiy :')


Travelog diri

apa kau cari yang sesungguh sungguhnya.
lama mana begini.
bertelanjang jiwanya.
apa kau nanti yang sebetul betulnya.
malam siang berganti .
jawabnya tetap sama.

hilang diri kau yang dulu.
jadi  lebih baik jauh sekali terlintas.
diri dilonjak tak ternafikan.
memandang  buruk kau biasakan.
salah diri tak kau akukan.
kau sayu .
kau lupa.
kau rindu.
sama Tuhan.

lafaz dilidah tak kau lakukan.
tekad di hati kau biarkan.
kerna kau rasa kau terhebat.
cukup buat kau.
langkah kaki kau hentikan.
terkapai jiwa mencari sinar.
ketenangan yang kau dahagakan.
rindu yang tiada kesudahan.
cinta yang kau dambakan.
kau paksa isi bukan pada tempatnya.
kau kerah jiwa dengan yang salah.
kau kaku.
kau sombong.
sama Tuhan.

Lemah.kosong.layu.
itu hakikat.
sukar kau nafikan.
kerna sudah cukup kau terseksa.
Lama kau tahu.
namun tak kau akukan.

Sunyi...

Cahaya itu datang lagi .
tak sanggup kau abaikan.
kau sambut peluang itu.
kau sedar cinta itu hadir.
sapaan buat hati  yang kian gelap.
kau usaha untuk capai.
kini kau tahu apa kau mahu .
kasih Tuhan.
cinta Tuhan.
Redha Tuhan.
tiada yang lain...


Hilang




Perjalanan di atas muka bumi mengajar seribu satu pengajaran.

Mata terus memerhati, menganalisa dan mengambil ibrah.

Minda mula berfikir...

Sungguh, aku hairan..

Kita diberi petunjuk yang jelas

Kita diberi peluang yang luas

Kita punya minda yang cerdas

Namun ramai yang kecundang..

Dibuai tipu helah makhluk bernama syaitan...

Ada orang,

Mulut manis berkata-kata..

Menyeru saudara seislam mengejar cinta Allah..

Namun jarang sekali lidah nya mengalunkan kalimah Allah..

Ada orang,

Sempurna penjagaan diri...

Pakaian isteri Baginda jadi identiti..

Malu menjadi pendiding diri...

Namun tengelam dalam cinta duniawi..

Hanyut dibelai cinta dusta seorang lelaki...

Ada orang,

Semangat dalam diri menjulang kalimah yang Benar..

Kerja dakwah menjadi rutin, risalah nabi disebar...

Jiwa ummah terus tegar..

Namun riyak menjadi hiasan..

Ibadah meraih cinta Ilahi dilupakan..

Baru diri ini sedar..

Ujian itu hadir tanpa sapaan..

Titik kelemahan menjadi sasaran..

Dunia ini hanya mendan lakonan..

Akhirat itu hakikat kehidupan.

Pintu taubat sentiasa terbuka..

Selagi nafas masih bersisa.

Perbaiki dirimu..

Allah bantu.



-Road to Ramadhan...






Bicara Minda






Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Hampir setahun jalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Besyukur tak terkata atas aturan Allah yang sangat indah.

Lagi dua hari, final exam untuk sem 3. Curi masa kejap nak menulis, saje nak share pengalaman.

Alhamdulillah berakhir sem 3, bermaksud berakhirlah amanah saya sebagai penolong dalam syukbah (kos). Sungguh, banyak ujian, banyak cerita, banyak senyuman, banyak juga air mata. Asam garam dalam memegang amanah, biaselah tu.

Jujur saya sedar, diri ni tak sehebat sahabat-sahabat lain dalam memimpin. Suara pun kecik..Tapi cuma yakin, Allah pilih mesti ada sebab. Ye, banyak sangat perkara yang saya belajar.

Cuba untuk adil, cuba untuk faham perasaan semua orang, cuba untuk buat semua orang senyum, cuba untuk hulurkan bantuan sebanyak mungkin, cuba untuk dengar suara semua orang, cuba untuk tegas, belajar untuk sabar, belajar terima kritikan orang, dannn yang saya paling nak share adalah...

Belajar untuk bekerja dengan muslimin dan dalam masa yang sama menjaga diri.

Atau kata lain, ikhtilat sekadar ikut keperluan.


Apa yang saya perasan, post blog saya yang paling ramai pembaca adalah tajuk Ikhtilat tu Ape?
Ye saya faham, masih ramai yang tertanya-tanya ikhtilat tu apa, ramai yang cuba untuk menjaga diri daripada ikhtilat. Alhamdulillah, jom sama-sama kita perbaiki diri ^_^


Nak share sikit, jujur saya kata.. dulu saya sangat takut dengan muslimin... takde lah takut sangat tapi.. asal bercakap depan-depan, tangan mula sejuk menggeletar. Kadang ada urusan penting kena bincang dalam ws, tangan saya pun mula menggeletar.

Walaubagaimanapun, saya sedar yang urusan akan jadi susah untuk bekerja secara profesional kalau saya terus macam tu. Jadi, usaha untuk atasi ketakutan tu supaya tak ketara sangat dan dalam masa yang sama masih menjaga diri. Macam mana?

Berinteraksi sekadar yang perlu sahaja. Kalau rasa dah habis urusan tu... selamat tinggal...

Bila perlu sampaikan maklumat dalam ws atau ape-ape je alat perhubungan, tulis sekadar yang betul-betul penting. Baca semula ayat kita tu, oke atau tak. Kalau agak-agak macam ramah mesra terlebih gula, jangan takut untuk tekan butang delete dan buat lah ayat formal sikit. Nanti takut diabetis.

Bila perlu berbincang berhadapan, jaga mata dan jaga bahasa kita. Juga, jaga lah senyuman kita. Hemm... saya masih berusaha untuk jaga senyuman tu sebab saya suka gelak..hehe. Kawal ye, kita kawal sesama. Mata. Ye saya setuju, bila orang bercakap dengan kita nampak tak sopan kalau tak pandang langsung macam tak heran je. Jadi... cukup sekadar pandang sekilas. Pastu pandang lah atas ke, bawah ke, tutup mata nanti orang kata kita tidur pule. Cuba ye..kita cube sikit-sikit.

Berkaitan laman sosial. Kita dapat lihat betapa internet ni buat manusia berhubung tanpa sempadan. Jaga diri...jagaaa. Facebook.. tiada friend muslimin selain murabbi dan sedara mara. titik.
Instagram, tak follow muslimin. titik.

Emm.. mybe ada yang fikir, macam tegas sangat. Ikutlah ketahanan diri masing-masing.... jujur saya kata, walaupun saya buat perkara-perkara atas tu, namun saya still rasa macam banyak lagi benda yang perlu dihadkan. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Sebab, ikhtilat sangat berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Bila hati gelap, bukan mudah untuk dikikis semula bintik-bintik hitam. Maka, ambillah jalan selamat dengan menjauhi perkara yang rasa... tak buat pun takpe. Takde keperluan, jadi tinggalkanlah.

Mungkin akan ada yang bagi alasan, nanti orang kata apa, nanti orang kata kita sombong. Tanya balik diri, orang tu ke yang akan tolong kita untuk kita kikis bintik hitam dalam hati, atau dia hanya akan tambah bintik hitam itu. Hati kita, biar kita yang jaga. ^_^

InsyaAllah, bila kita menghormati diri agar jauh dari ikhtilat, orang lain semua akan hormat pendirian kita. Take a chill pill!!

Setakat tu je lah perkara yang saya nak share. Pengajaran nye, Pandai-pandai lah jaga diri bila perlu bekerjasama dengan muslimin. Sebab perkara tu memang kita tak dapat nak elak, nanti kat tempat kerja pun bukan semua orang perempuan kann...jadi carilah jalan untuk kawal interaksi itu.


Itu lah yang saya belajar bila pegang amanah ini. Jangan kita jadi terlalu malu sampai tak bagi komitmen. Kerjasama itu perlu, just bina lah pagar dalam diri untuk selamat. Letak sekali line kuning, supaya kita tahu di mana yang boleh berhenti dan mana yang tak boleh berhenti. Side mirror adjust supaya nampak mana-mana yang perlu dijauhi. Kawal stereng kita baik-baik ye...

Cukup sampai di situ sahaja. Semoga bermanfaat. Maaf penulisan ni lebih tertumpu pada muslimat sebab saya muslimat. Saya kurang pasti macam mana muslimin. Yep.. takde abang takde adik lelaki. Ayah je hero dalam family.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*sambung study~


Jauhi yang tak perlu.





Assalamualaikum. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah

Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita, namun lupa untuk kita bersyukur kepada Allah malah merungut disaat Allah beri sedikit ujian disebalik seribu kenikmatan.

Rindu rasanya nak menulis tapi baru diberi kesempatan sekarang disebabkan kesibukan yang melanda. Maklumlah, student mana boleh goyang kaki.. banyak amanah banyak tanggungjawab.

InsyaAllah kali ni tidak berniat untuk mengarang panjang. Cuma nak share pementasan saya dan sahabat-sahabat satu kos dalam pertandingan pementasan bahasa arab yang lepas. Dan pementasan ini bukan sekadar pertandingan tapi markah final kami untuk subject muhadathah. Makanya, yang menjadi cabaran adalah kami berlakon dengan bertutur bahasa arab. Saya antara ajk skrip yang bertanggungjawab atas setiap perkataan yang disebut pelakon2 handalan tu nanti..

Sebelum menonton, saya terangkan sedikit sinopsis kisah kami, yang bertajuk 'pertolongan Allah'. Bermula dengan:

1. Perbincangan zionis untuk menakluk palestin bumi anbiya'
2. Situasi keluarga bahagia di palestin dan sedang ber'skype dengan saudara mereka yang akan berlawan silat di sukan SEA. ayah dan ibu beri kata-kata semangat
3. Palestin diserang, tentera zionis buat kekacaun. ada penduduk yang dibunuh.
4. Sukarelawan dari malaysia datang membantu
5. Tekad seorang anak yang kematian bapa akibat diserang zionis, al-qassam ditubuhkan.
6. Tentera al-qassam membuat latihan ketenteraan dan pergi menyerang kubu zionis pada waktu subuh.
7. Tentera Al-qassam dikepung. Seluruh dunia mendoakan kemenangan palestin.
8. Bantuan Allah hadir dengan mendatangkan ribut kepada tentera zionis.
9. Semua tentera zionis ditembak mati.

Semoga kalian dapat ambil ibrah daripada pementasan kami. Selamat menonton ^_^





Terjemahan sajak di akhir pementasan:


Wahai Pemuda

Lihatlah jihad pemuda Palestin!

Lihatlah Semangat mereka dalam mempertahankan Agama Allah!

Jihad di jalan Allah telah menjadi perjuangan hidup mereka!

Mati syahid telah menjadi matlamat mereka!

Lihatlah pemuda Malaysia sekarang!

Lihatlah diri kita semua!

Dimana kita?

Dimana pemuda-pemudi harapan agama?

Kita leka dengan dunia!

Kita leka dengan hasutan syaitan!

Bangkitlah wahai pemuda!

Bangkitlah dengan semangat seorang pemuda!

Ummah memerlukan kita!

Tuntutlah ilmu dan bersungguh-sungguhlah!

Kita tentera Allah!

Kita pedang-pedang Allah!



Alhamdulillah kami mendapat tempat ketiga. Namun, itu tak penting tetapi mesage yang ingin kami sampaikan adalah lebih aula. Semoga kisah kami dapat membuka mata kita semua bahawa kita sudah jauh tertinggal diselubungi tipu daya Yahudi.



* Saya salah seorang yang bercakap time akhir tu. Belah kiri tudung biru. oke tak nampak pun..hehe.






Nasrullah by Syukbah Dakwah




Orang kata bila ada masalah,

Jangan lari.

Orang kata bila ada masalah,

hadapi je.

Orang kata bila ada masalah,

Cari jalan penyelesaian.


Yes, kita semua tahu, masalah tu ujian.

masalah tu pengajaran.

Bila orang lain ada masalah, laju kita bagi nasihat.

Tapi bila kita sendiri ada masalah,

kadang-kadang susah nak masukkan nasihat sendiri dalam kepala.

Kadang-kadang kita salahkan takdir.


'Kenapa aku??'


rasa nak nanges? Nanges je lah.

Tapi jangan lama-lama.


Bila sekali kita ada masalah,

Susahnya nak bangun balik.

Susahnya nak bina keyakinan semula.

Susahnya nak buang tanggapan orang terhadap kita.

Kadang-kadang bertalu-talu masalah datang.

Sampai kita rasa,

 aku tak mampu..


Kenapa aku lagi yang kena..kenapa aku lagi yang dapat...


****************************

Baru kita sedar...


Dah lama kita tak baca al-quran

Dah lama kita tak solat jemaah

Dah lama kita tinggalkan zikir

Dah lama kita tinggalkan majlis ilmu

Dah lama kita tinggalkan amalan sunat

Dah lama kita tak dating dengan Allah pagi-pagi


Banyaknye kita buat perkara lagha

Banyaknye kita tengok cerita korea

Kerapnya kita lambatkan solat

Kerapnya kita dengar lagu lagha



Hasilnya...

Kosong

Lembik

Hati keras


Hilang adab kita kepada Allah.

Lupa yang ada malikat mencatit.

Lupa yang nyawa kita tak tahu noktahnya kat mana.




Surah Qaff ayat 16 :

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya



Jangan tangguh taubat, sebab malaikat tak pernah tangguhkan ajal.





*beratnya amanah.









Hidup









Assalamualaikum : )

Pernah rasa malas?

Malas nak bangun

Malas nak buat kerja

Malas nak belajar

Malas nak jalan

Malas nak basuh baju

Malas nak masak

Apa yang rajiinn??

Ohh..mudah sangat. -> MAKAN..hehe

Siapa yang tak pernah rasa malas kan? Semua orang pernah rasa. Rasa cam berat nya nak buat apa-apa. Rasa cam nak tido je. Rasa cam nak lepak atas katil pegang kontrol tengok tibi macam kucing tu.

Nak tahu something tak?

Malas tu adalah penyakit yang sangat-sangat parah dan merbahaya. Sebab ubat dia kita tak boleh nak minta kat doktor. Tapi ubat dia adalah diri kita sendiri. Ubat dia ada dalam diri kita sendiri.

So, kalau bukan kita sendiri yang kikis malas tu dalam diri, takde siapa pun yang boleh tolong. Sebab yang perlu membantu adalah diri kita sendiri. Yang perlu tolak adalah diri kita sendiri.

Fikir dalam-dalam, jika kita biar penyakit ni berleluasa dalam diri... apa akan jadi pada kita? Macam mana dengan tanggungjawab kita? Macam mana dengan peranan-peranan kita yang berlonggok terbiar tu? Macam mana dengan harapan-harapan ibu ayah hantar kita belajar jauh-jauh nak tengok kita berjaya?

Sedangkan kita, biar masa berlalu  macam tu je. Berkat kah masa itu? Redhakah Allah dengan masa yang dah terbiar tu? Boleh ke kita kutip balik masa yang dah tertinggal tu?

Lepas tu kita merungut kata tak cukup masa. Kita merungut kata tak sempat nak buat apa pun. Sedangkan berapa banyak masa kita dah buang sebab layan penyakit malas tu.

Eh kamon lah. Sedar tak yang kita dah mengkhiyanati diri sendiri? Sedar tak yang kita dan guna nikmat yang Allah beri banyak sangat ni dengan cara yang salah? Sedar tak yang syaitan sedang terkekek kekek gelakkan kita sebab ikut cakap dia? Sedar tak yang Allah sedang memerhatikan kita??

........................

banjir jap.

Oke ni sebenarnya untuk diri saya sendiri. Rasa nak ketuk je diri sendiri.

Ayuh lah sahabat-sahabat. Kita ketuk diri sendiri supaya sedar yang hidup kita ni tak panjang. Kita tak dapat nak target hidup sampai bila. Dan bila sampai ajal, takde siapa pun yang boleh tahan malaikat maut untuk tunggu kejap sebab nak bertaubat. Masa yang dah berlalu tu tak boleh kembali.. Jangan sampai kita jadi orang yang menyesal kecewa sebab banyak buang masa.

Kata-kata seorang sahabat..

" Aqilah, semangatlah! Enti harapan Ummah. Pentarbiyah. Mujahidatun Linnafsihi."

Fuhh..

Hadirkanlah keikhlasan dalam melakukan setiap perkara. InsyaAllah bila kita ikhlas kerana Allah ta'ala..kita akan rajin dan bersemangat.

Jadi, kikislah sifat malas dalam diri kita. Sebab malas itu sangat merbahaya.

Wallahua'lam : )


















MALAS?






Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas diatas bumi Allah ni.

Oke, kali ni saje-saje nak cerita pengalaman. InsyaAllah pengalaman dan pendapat yang ada ibrahnye. Tapikan sebenarnye dah dekat nak final, tapi makin rajin pule menulis..hehe..lepas stress kejap...kut.

Sebelum nak cerita, ingin saya bawa korang ke satu alam.. oke boleh tutup mata dan bayangkan~

Eh jap, kalau tutup mata macam mana nak baca kan? Hehe, oke bukak mata tu luas-luas balik.

Cuba bayangkan, korang dekat satu tempat yang sangat ramai orang. Orang lalu, orang jalan, ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang cantik, ada yang hensem...eh eh, tu tak yah bayang.

Tapiii, yang peliknya keadaan itu tak selari dengan pemikiran korang. Walaupun desekeliling ramai orang, korang rasa sunyi macam tak ada orang pun kat situ.

Nak tahu sebab apa??

Sebab semua orang pegang telipon, semua orang jalan tunduk, semua orang gelak sorang-sorang sambil pandang telipon, semua orang punya jari bergerak-gerak atas skrin kecil yang sangat memukau...sangat sangat memukau..

Pernah rasa tak macam tu??


Ye, itulah isu yang saya nak kongsikan dalam coretan kali ni.


Nak cerita pengalaman saya, dan saya sangat pernah hadapi situasi macam itu, sunyi walaupun disekeliling saya ramai sangat kawan-kawan.

Satu hari tu, saya dan kawan-kawan bercadang untuk keluar sama-sama. Suka-suka untuk eratkan ukhuwah camtu. Kami makan sama-sama di satu restoran dan semua duduk kat meja bulat yang sangat besar. Makanya, semua orang akan nampak semua orang sebab duduk dalam halaqah.

Matlamat keluar : nak eratkan ukhuwah.

Lepas oder makanan camtu, saya duduk diam. Telifon saya biarkan dalam beg, tak keluarkan pun. Lama saya duduk situ tapi tak mampu nak cakap apa-apa. Nak tahu sebab apa? Emm.. maybe dah dapat teka kut kann.. Mata saya mula round the table..

Setiap orang bawak keluar telifon memasing.

Tunduk.

Ada yang mula selfie sama-sama.

Hanya sekadar selfie dan kemudian tunduk pandang telifon balik.

Tiada borak-borak.

Tiada gurau-gurau.

Tiada ketawa-ketawa.

Tiada eye connection.

Dan saya duduk situ sambil terfikir, adakah dengan cara ini ukhuwah kami dapat dieratkan, adakah dengan cara ini berbaloi perancangan beberapa hari untuk keluar makan sama-sama, dan adakah dengan cara ini akan terjalinnya silaturrahim yang sangat kami cuba eratkan.

5 minit...10 minit....

Selfie, pegang telifon, gelak sorang, pandang telifon........

oke saya dah tak tahan.

Saya cakap dengan ketua kami, dan akhirnya dia bersuara. " Oke semua, boleh tutup telefon, letak kat depan telefon tu jangan pegang. Jom kita mainn!! "

Alhamdulillah, kami main dan kami seronok. Kesian kat makcik pakcik meja sebelah sebab kami bising.. hehe. Tapi dengan cara tu barulah kami dapat lebih kenal setiap seorang yang ada di meja bulat tu.  ^_^

Baiklah, Kholasoh nye kat sini, jangan jadikan telifon itu mengawal minda kita. Utamakan orang disekeliling kita bukan kawan-kawan dalam internet tu. Jalinkan ukhuwah dengan orang dihadapan kita, hargai masa bersama dengan kawan-kawan kita. Jangn lepaskan peluang, sebab sangat tak sama kawan dalam internet dengan kawan yang dah ada didepan mata.

Kadang-kadang tu kan, kita sebok share dekat fb / twiter / instageram, 'ukhuwah kami' lah, 'seronok keluar dengan kawan' lah.. dan sebagainya ayat yang nak tunjukkan kat semua orang betapa bahagia nya kita. Tapi hakikatnya, telifon lebih banyak dihadap daripada hadap muka kawan-kawan kita tu.
Hakikatnya kita lebih banyak bercakap di alam maya daripada bercakap alam nyata.

Sedarlah yang kita dah lepaskan peluang yang sangat berharga. Hidup kita dah berjaya dikawal oleh gadget-gadget tu dan kita juga boleh diibaratkan sebagai robot..ROBOT. Teknologi yang kawal minda kita, bukan lagi hati.

Kalau kita perasan, kanak-kanak zaman sekarang, kecil-kecil lagi dah diberi tablet sorang satu. Cara mudah ibu bapa nak bagi anak-anak tak menangis adalah bagi main game. Kesian kat diorang, kesian sebab diorang tak rasa zaman kanak-kanak yang sangat seronok macam kita.. main nenek-nenek si bongkok tiga, main lubang tikus, main jambatan sudah runtuh, sudah runtuh, sudah runtuh,~ main batu seremban, main tali skiping, main sep sep sep tom tom tom..

oke dah banyak sangat permainan..haaa.. rindu nye nak main semua tu ~

Zaman kanak-kanak dah dikuasai oleh teknologi, maka kuranglah mereka berinteraksi dengan kawan-kawan, dan agak-agak nye macam mana lah mereka dah besar nanti. Saya pun dapat telifon waktu umur 18 tahun..oke ulang 18 tahun baru rasa pegang touch skrin. Haha..bukan nak bangga tapi nak buat perbandingan.

Jika saya yang dah besar ni pun dan yang dah boleh berfikiran rasional ni pun boleh leka dengan skirn bercahaya tu, macam mana dengan adik-adik yang comel-comel tu....hemmm

Jadi pada pendapat saya, diri kita yang kawal diri kita. Diri kita yang pilih nak yang ini atau yang itu. Dan diri kita semua dah besaarr dan boleh fikir sendiri kan. Maka berfikirlah baik buruk sesuatu perbuatan tu. Jika bawa kemudaratan, cuba lah untuk kurangkan dan lebih berjaya lagi jika ditinggalkan.

Tutup telefon dan pandanglah kehadapan. Hargailah mereka yang dihadapan kita, lagi-lagi jika mereka yang kat depan kita susah sangat nak jumpa.

Ukhuwah itu bukan sekadar selfie, tapi lebih dari itu. Gambar tak dapat berbicara, berbicara lah dengan mulut kita dengan sepenuh hatii...gituuu..hehe

Oke wassalam. Sambung study =p














LONELY...




Seorang dai'e tu, manusia kan?

Seorang dai'e tu, buat salah juga.

Tapi kena ingat, itu bukan alasan untuk jadi dai'e yang berpanjangan futur.

Itu bukan alasan untuk biarkan sakit semakin parah.

Kadang-kadang, bila kita sentiasa buat kerja seorang dai'e,

Perasan something tak?

Yang kadang-kadang kita rasa diri sendiri dah baik.

Kadang-kadang kita rasa cukuplah baik sampai sini je, tak perlu perbaiki lagi.

Kadang-kadang kita rasa diri sendiri betul, orang lain salah.

Kita rasa cukup dah ilmu, tak perlu baca buku lagi.

Kita rasa dengan kerja dakwah yang dilakukan, comfem dapat masuk syurga.

Hanya disebabkan kita sangat giat buat kerja-kerja dakwah.

Kita lupa untuk dakwah diri sendiri.

Tazkirah kencang-kencang pada mad'u,

Tapi diri sendiri tak amalkan apa yang ditazkirah kan.

Semakin dahsyat malah galak berdakwah pada orang lain,

Tapi lupa untuk cas bateri dalam diri.

Terabai rohani kita kelaparan tanpa makanan.

Sebab rasa diri dah bagus.

Lembut lidah dalam berbicara dihadapan mad'u,

Namun bila bersendiri, solat lambat waktu, tilawah diabaikan, movie game jadi teman rapat.

Allah...

Itulah sakit seorang dai'e.

Sakit yang jika dibiar beranak-anak,

Maka akan tinggi lah hidung setinggi tiang elektrik.

Jika sedemikian, berkat kah dakwah kita?

Bukankah dakwah itu untuk sentuh hati mad'u.

Bukankah tugas itu untuk meraih keredhaan Allah.


Lupakah kita akan firman Allah dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3:

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." 


Malah hadis juga menyebut :

" Dibawa seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka sehingga terburai usus-usus perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar yang sedang berpusing di batu kisarannya.

Penghuni neraka mengerumuninya seraya bertanya: 'Hai si fulan! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran?'

Lelaki itu menjawab : ' Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya' "

( Hadis Riwayat Muslim di dalam sahihnya, no. 2989 )

Bukan, bukan bermaksud kita perlu hentikan kerja dakwah ini,

Tetapi rawatlah hati, berikan ubat..

Dan istiqamah lah dalam memberi ubat,

Agar suatu hari nanti ia kembali subur

Subur dengan kerendahan hati, dan ketaqwaan kepada Allah.

Sakit ini merbahaya, jadi jauhkanlah diri, selamatkan hati...

Dai'e itu juga perlukan tarbiyah, perlukan peringatan...

Kerana iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.

Kerapkan diri kita untuk muhasabah, bedah hati untuk cek apa ada kat dalam tu.

Jika gelap, cucilah, jika cerah, hiasilah lagi.

Carilah pengisian, carilah majlis ilmu.

Dan carilah keredhaan Allah.

Jika jatuh, jangan duduk lama-lama.

Bangun.

T_T



~ qudwah sebelum dakwah








Sakit seorang Dai'e





" weyyhh... exam dah dekat!! "

" Abih laa akuu, abiihh la akuu "

" Apa yang abih nye? Kertas tu makan kau sampai habis ke?? "

" Weyyhh.. kau tak takut ke?? "

" Nak takut apa? Soalan tu baik orangnye.. hahaha"

" Eishh.. sorry sorry, aku silap orang lah. Budak pandai tak takut apa-apa."

" Emm... kalaulah semua orang fikir diri dia pandai"

" Ha? Apa maksud kau?? "

" Maksudnye, kalau lah semua orang set dalam fikiran, rasa diri sendiri tu pandai, dia takkan takut dengan exam tu. Dia takkan bandingkan diri dengan orang yang lagi pandai dari dia.. sebab dia dah rasa dia pandai. "

" Ishh..kau ni takabbur ke ape? "

" Bukan takabbur, tapi mind set tu kasi positif sikiiitt."

" Habis tu kalau dah memang tak pandai nak buat macam mana? "

" Ha!! Cuba buang KALAU tu dalam diri. Cuba buang TAK tu dalam diri. Kau percaya kat diri kau, kau tu pandai. Kau tu boleh. Positif je."

" Oke - oke. Tapi... "

" Weyh.. kau dengar ni. Dalam badan kita ni, 80% terdiri daripada air tau. Air ni macam recoder suara, so bila kau cakap perkara negetif, molukel-molukel air dalam badan kita terus jadi negetif. Hasilnya, segala perbuatan kau jadi negetif. Kau malas belajar sebab rasa macam kau takkan dapat markah tinggi-tinggi. Ditambah pula dengan kau bandingkan diri sendiri dengana orang lain yang lagi tinggi dari kau.. emm.. bahaya weyh "

" Hemm... iye iye, Aku pandai, aku boleh, aku berani! "

" Ha! Camtulah! Tapi lagi satu, jangan pulak rasa diri pandai, tak belajar dah. Kalau dah tahu diri kita tu kurang pandai,  belajarlah rajin-rajin. Kau ingat aku pandai sangat ke? Aku just fikir aku pandai je. Heheh..."

"Thanks kawan! Doakan aku tau."

" Sama-sama, kau buat persiapan untuk exam dunia ni, jangan lupa exam akhirat ye "

" InsyaAllah... terima kasih ingatkan aku."

^_^


* Nak sedapkan hati, exam dah dekat...huhhh~



E.X.A.M






"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

" Sorang je?"

" Eh tak lah, malaikat ada kat sebelah ni"

" Eish kau ni.. main-main pulak "

"Hehe.. sory sory. Ye aku sorang. Kenapa? "

" Apsal aku selalu nampak kau sorang-sorang eh? Kau tak de geng ke? "

" Eh, korang lah geng aku. Kita kan geng satu syukbah. Satu kos  ni semua geng aku"

" Ish kau ni. Memang lah kita semua geng. Tapi aku selalu nampak kau pergi mana-mana sorang je. Tak bosan ke? "

" Waahh.. terharu lah."

" Ha? Apsal kau terharu? Cuba jawab soalan tu guna jawapan. "

" Haha.. terharulah. Ada jugak yang memerhatikan aku. Kau usha aku senyap-senyap eh? "

 *tolak bahu

" Oke, aku hargai pujian tu. Cepatlah jawab soalan aku.. Tak bosan ke sorang-sorang? "

" Emm... takkan aku nak paksa orang jadi geng aku? Aku terima seadanya.. berkawan biar ramai kan?"

" Iye aku tahu tu. Tapi kita perlukan juga kawan susah senang bersama... "

" Kadang-kadang kita perlu masa bersendiri. Supaya waktu tu kita dapat lihat diri kita sendiri. Supaya waktu kita bersendiri tu lah, kita tahu sama ada kita ingat Allah atau tak."

" Ohh.. camtu eh? "

" Hemm camtulah."

" Tapi kau tak boleh selalu sangat bersendiri"

" Aku tahu tu. Aku tak suka nak nilai orang. Aku takut aku rapat dengan seseorang tu hanya sebab luaran dia. Buat masa sekarang ni, aku rapat je dengan semua orang."

" Habis tu bila kau nak cari kawan rapat? "

" Bila aku susah."

Senyap.

" Kau tak takut ke nanti dapat kawan yang tak satu kepala? "

" Ha? Ada eh manusia dua kepala?? "

" Eishh dia ni kan.. piyat telinga baru tahu"

" Haha.. bagi aku, tak satu kepala tu lah yang menambah asam garam dalam persahabatan. Asalkan dua-dua berada atas jalan yang benar dengan matlamat yang satu. Dekat situ lah kita nak uji diri kita sama ada kita ni sabar atau tak. Tapi kalau jumpa satu kepala lagi best "

" Ceyh kau ni, macam dah banyak pengalaman je"

" Hemm... Pengalaman banyak mengajar kan? Hehe..."

" Abis tu apa usaha kau? Takkan nak tunggu geng tu bergolek depan mata?"

" Heyy..kesian lah kat orang tubergolek- golek."

" Hahaha.. oke. Takkan nak tunggu je geng tu datang? "

" Aku pegang kata-kata, ingin menerima belajarlah memberi. Nak jumpa sahabat, jadilah seorang sahabat dulu. Memang kadang-kadang kita geram.. kita buat baik tapi dibalas sebaliknya. Tapi yakin je lah dengan Allah. Hidup kita ni ibarat roda. Kadang di atas, kadang dibawah "

" Ouh.. kau nak geng camne? "

" Aku nak geng yang dapat pimpin tangan aku menuju syurga Allah. Aku sentiasa doa pada Allah supaya Allah hadirkan seseorang yang dapat pimpin tangan aku, sebab aku tahu aku tak kuat "

" Hemm... pentingkan geng ni? InsyaAllah satu hari nanti kau akan jumpa"

" Terima kasih"

" Terima kasih sebab apa?"

" Sebab dengar aku berleter"

"Ouh..hehe..takde apa-apa lah"

" Boleh aku tanya something?"

" Ye.. tanyalah"

" Kenapa kau tiba-tiba datang kat aku eh?"

" Emm..sebab aku nampak kau macam ada masalah je. Mana tahu aku boleh tolong"

" Terima kasih lagi sekali."

" Dah kenapa? "

" Sebab aku memang tengah susah pun."

" Ha? Iye ke? Jom jom.. "

" pergi mana?"

" Kita pergi surau. Kau buat lah solat sunat 2 rakaat. Mengadu dekat Allah.. pastu kalau susah lagi, kau boleh cerita kat aku. Aku sedia tadah telinga "


Senyum.

" Ha! Senyum sorang-sorang.. kenapa? "

" Hehe.. takde apa- apa. Oke jom. "


* InsyaAllah satu hari nanti.












G.E.N.G




Bismillahirrahmanirrahim.

Sebagai manusia, kita tak boleh nak lari daripada buat dosa, benarkan??

Dah taubat, tetiba terbuat balik. Taubat lagi, tetiba terbuat balik. Taubat lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Sampai bila nak taubat ni??

Sampai bila-bila. Sebab apa? Kenapa kita mudah terbuat dosa? Kerana iman seorang manusia itu ada turun ada naiknya. Jangan biar kita terus futur berhiaskan dosa, tapi teruslah bertaubat.

Apa futur tu??

Futur tu adalah ketika iman kita berada ditahap yang kritikal dan nazak. Atas sebab-sebab tertentu, kita lalai, kita leka dengan nikmat dunia dan lupa mengejar nikmat di syurga.

Oke sekarang dah faham kan yang semua orang berkemungkinan besar boleh melakukan kesalahan?

Baiklah, bayangkan kita sedang berjalan-jalan dalam kesesakan manusia. Macam-macam ragam yang kita akan nampak. Ada yang nampak soleh sangat, ada yang nampak cam jahat giler, ada yang nampak cam baik pun ye, cam jahat pun ye.  Ada yang nampak kejap baik, kejap jahat. So kita pun pandang serong pada yang nampak cam jahat, senyum manis pada yang nampak cam baik tu.

Oke sekarang, saya nak tanye kalian.. wajar tak apa yang 'nampak cam- nampak cam' itu bermain dalam fikiran kita? Wajar kah kita melebel seseorang tanpa kita tahu dan kenal dia? Wajarkah kita menghukum seseorang itu hanya berdasarkan pendapat lemah kita?

Tidak.

Tidak kerana hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-hamba Nya. Siapa kita nak judge orang? Siapa kita nak letak tanggapan-tanggapan tu pada manusia?

Seorang manusia, memang suka sangat bertanggapan. Oleh itu, tukar lah tanggapan-tanggapan itu pada tanggapan yang baik, husnuzon. Bersangka baik.

Kita semua ada mata. Dan tak dinafikan, mata kita ni hanya boleh nampak orang lain, kita tak nampak diri sendiri. Gunakan mata hati kita untuk kita melihat diri sendiri. Selidik mana buruk, mana baik dalam diri kita. Sebab hanya kita yang benar-benar kenal siapa diri kita yang sebenarnya.

Kadang-kadang, seorang yang baru ingin berhijrah boleh berpatah balik hanya disebabkan tanggapan-tanggapan buruk orang sekeliling pada dirinya.

Kadang-kadang, seseorang itu akan sentiasa berusaha membaiki diri hanya disebabkan orang disekelilingnya percaya yang dia boleh berhijrah.

Cukuplah kita sebagai orang yang kenal siapa dia, nampak dia buat silap, doakan dia, bantu dia.. bukan terus menghukum seolah-olah dia tiada peluang langsung untuk berhijrah.

Berhentilah menghukum seseorang dengan tanggapan-tanggapan buruk kita. Kerana orang yang suka bertanggapan buruk adalah mereka yang mempunyai penyakit dalam hatinya.

Memang kita ada hak untuk berpendapat. Tapi kita tak de hak nak hukum seseorang tu tanpa kaji selidik.

Sebab apa?

Sebab diri kita pun bukan baik sangat nak kata orang lain tak baik. Boleh jamin ke yang kita akan kekal dalam jalan kebenaran, sedangkan kita masih belum diuji Allah dengan ujian-ujian yang dahsyat?

Na'uzubillah. Banyakkan berdoa pada Allah agar ditetapkan hati ini atas jalan kebenaran ^^,

Wallahua'lam ...

Diri sendiri dah comfem ahli syurga ke?




"Assalamualaikum dik, nak join tak persatuan ni? "

Seorang kakak menunjukkan borang pendaftaran.

"Persatuan apa ni kak?"

" Dalam persatuan ni, kita semua akan bergerak bersama-sama dalam satu jalan, dalam tarbiyah. Nanti ada usrah setiap minggu, ada program-program, seperti program turun ke masyarakat dalam menyebarkan dakwah dan macam-macam lagi. Berminat? "

Emm.. dulu kat sekolah, aku diarahkan untuk join. Tapi sekarang di uni. , takde lagi semua tu. Diri sendiri perlu buat pilihan, nak atau tak nak.

"Tapi kak, tak sebuk ke? nanti mesti nak study lagi, assignment lagi, kerja tu kerja ni"

"InsyaAllah, kita tolong Allah, Allah tolong kita"

Isi borang.

*************

*inbox

' Assalamualaikum, usrah akan diadakan pada hari selasa bertempat di surau. Semua ahli dijemput hadir'

Wahh, dah mula. ni yang bersemangat ni ^^.

************

seminggu kemudian..

*inbox

'' Assalamualaikum, usrah akan diadakan pada hari selasa bertempat di surau. Semua ahli dijemput hadir'

Ermm, macam malas je. Penat lah... tak yah pergi lah. Oke camni, aku buat-buat lambat, so nanti tak yah la pergi. Tido lah.. haha.

Tapi dalam masa yang sama, seorang sahabat aku datang menjemput. Penat aku bagi alasan yang dah lewat, suruh dia gerak dulu nanti aku pergi sendiri. Tapi, tetap dia terpacak dalam bilik aku tunggu nak pergi sama-sama. Argghh... oke kali ni tak boleh nak lari dah.

*************

Alhamdulillah, masuk sem 2 usrah tak pernah lagi aku tinggalkan. Alhamdulillah, hingga hari ni Allah sentiasa tak izinkan aku untuk ponteng usrah walaupun selalu nak lari. Alhamdulillah, walaupun setiap kali kaki melangkah ke usrah dalam keterpaksaan.. namun keterpaksaan itu lah yang akan membuahkan keikhlasan.

Setiap kali pergi usrah, aku akan pulang dengan hati yang tenang. Tenang mendapat curahan tarbiyah daripada kakak naqibah. Hati yang layu kembali segar setelah mendengar pesanan-pesanan yang disampaikan kakak naqibah. Manis terasa bila ukhuwah kerana Allah itu terjalin. Hilang kejap stress study.

Bukan itu sahaje, disini aku jumpa apa yang selama ni aku cari, aku jumpa apa yang selama ni aku teringin sangat nak. Perkara ni aku selalu terlibat di sekolah, dan series aku tak nak tinggal kan perkara tu camtu je tanpa penyambung, tanpa penambah baikan.

Menyumbang bakti, setakat yang mampu. Bantu ummah walaupun hanya sedikit. Berbekalkan apa yang sudah dimiliki.

Alhamdulillah, dalam persatuan ni aku jumpe medan dakwah untuk aku bantu diri aku dan semakin ramai saudara-saudara islam. Aku dan sahabat sepersatuan diberi tunjuk ajar untuk jadi fesilitator. Kami disediakan kursus fesilitator, kem pemantapan daie dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, tak lama lagi aku berpeluang untuk turun, turun sekali membantu adik-adik.

Bersyukur tak terkata, Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan.

Nak cerita sikit, waktu dalam kem, kami didedahkan dengn lebih mendalam situasi masyarakat yang dah parah sekarang. Terutamanya anak muda, tak sanggup aku nak goyang kaki hanya melihat mereka tersasar jauh daripada landasan islam. Sedih, rasa bersalah, kesian dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur. Sejak tu, aku nampak matlamat aku, aku nampak tujuan aku.

Tugas seorang fesilitator bukan hanya jalan kan program dan suke-suke. Habis kursus, aku rase betapa berat beban yang terletak atas bahu sebab aku sedar, tugas ni perlukan pengorbanan. Alam universiti bukan lagi tempat yang aku boleh senang lenang, banyak buku yang perlu ditelaah, tapi bukan buku je yang perlukan perhatian aku... tanggungjawab masih banyak.

Pernah seorang kawan bertanya,

"tak takut ke nanti sibuk? banyak assignment kena buat, nak hafal lagi.. penat je."

Aku hanya mampu senyum.. Aku sedih lihat keadaan ummat, mungkin dengan sedikit usaha ini, aku dapat jadi salah seorang yang merangsang untuk mereka kembali ke jalan benar. Sebab aku tahu, seorang fesi tak mampu nak ubah terus adik-adik, tapi mampu menjadi perangsang buat mereka berubah. Mudah mudahan.

Hanya usaha dan doa yang mampu aku titipkan buat diri agar tetap utuh atas jalan ini, agar terus membaiki diri menuju redha Illahi.

InsyaAllah.


















Disini aku bermula.