PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Ummi ku Sayang ^.^

No comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                                                            السلام عليكم ورحمة الله وبركات



ni ummi saye yang cantik anggun dan cute ^.^

Hari ni nak cite tentang ummi saye! Sebab hari ibu?? Emm..tak kut. Sebab saye sayang ummi saye, tu je sebab nye. Sebab ummi saye ni hebat orang nye, boleh jadi 'the best mom in the world' ~

Ummi. Seorang yang suke sangat senyum. Sekali senyum...perghhh~ sejuk gile hati. Bak kata ummi, identiti ummi adalah positif. Jadi tak kire lah berapa besar ujian yang menimpa, lengkungan istimewa tu tetap terukir. cewah~ Ummi suke bercerita, kebanyakan nye cerita tentang pengalaman. Dan semestinya disertakan sekali dengan 'the moral of the story' untuk menghadapi kehidupan, untuk berhadapan dengan macam-macam jenis orang yang ada macam-macam jenis perangai. Tapi kalau ayah, habis bercerita kat ayah..ayah akan tanye...

' jadi the moral of the story nye?? ' Hehehe ...

Antara kami 4 beradik, ummi pandai untuk bezakan cara nak dekati hati kami. Maksudnye, yelah walaupun duduk bawah bumbung yang sama, perangainye tetap macam-macam. Dan ummi tahu setiap perbezaan kami, jadi kami selalu terima nasihat-nasihat daripada ummi secara berasingan. Adik beradik, biasalah kalau gado-gado sikit tu kan...tapi nanti semua buat macam takde pape jadi sebab semua dah dapat sesi kaunseling personal dengan ummi..hehehe. Hebat kan.

Tak de orang  boleh nafikan yang orang  paling special dalam hidup ni adalah ibu kite sendiri. Tanpa mereka, tak dapatlah kita lihat dunia ni. Sebagai seorang manusia, semua orang pernah buat silap, semua ada khilaf masing-masing. Jadi disini, saye sebagai seorang anak yang banyak sangat khilaf...minta maaf sangat kat ummi dan InsyaAllah qilah sentiasa cuba untuk jadi anak yang solehah. Qilah tau betapa qilah selalu buat ummi tensyen, buat umi sedih, buat ummi penat layan kerenah yang tak habis-habis. Maafkan qilah...Qilah tau qilah tak mampu nak balas segala apa yang ummi da buat tuk qilah...tapi setiap kejayaan yang qilah dapat, qilah niat tu semua untuk buat ummi ngan ayah senyum gembira..bukan untuk qilah. Dan kejayaan tu semua atas doa ummi ngan ayah juga. Jadi, nantikan kejayaan qilah seterusnya...walaupun qilah akan sambung pelajaran dalam bidang yang bukan lah macam along ngan angah hebatnya, tapi dengan bidang yang qilah pilih ni...insyaAllah qilah dapat usaha jadi anak yang solehah untuk saham ummi ngan ayah diakhirat nanti...  :'(

Dan sebagai seorang anak, kadang-kadang hati pernah juga terkilan dengan ibu bapa. Tapi, malulah dengan diri sendiri bila kita rasa semua tu..sebab apa?? Sebab jika nak dibandingkan sakit nye hati kita dengan sakit nya ibu kita nak lahirkan kita...tak payah la. Sikit pun tak dapat nak bandingkan...berapa banyak urat yang putus bile seorang ibu nak lahirkan anak die, berapa sentimeter kulit mak kita terkoyak sebab nak kita hidup, dan berapa berat pula perut mak kita selama 9 bulan tu? 

Allah~

Memang Allah jadikan seorang wanita tu sangat kuat. Walaupun nampak lemah luaran, sangat kuat dari dalaman. Sangat kuat untuk tahan kerenah anak-anak mereka...Bahu yang sangat ampuh untuk tahan beban menjaga seorang anak, tapi sangat lembut untuk jadi tempat sandar bila anak-anak ada masalah. Ingatlah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita. Dan syurga terletak dibawah tapak kaki ibu kita. Jagalah mereka sebaik yang mungkin, sebab tak mungkin kita boleh jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita sampai kita besar. Jangan pernah tinggal doa untuk mereka dan jadilah saham buat mereka diakhirat kelak. Saham mereka adalah kita sebagai anak yang soleh dan solehah ^_^

Jom ringankan tangan untuk doakan ibu / ummi / mak !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya rahman, Ya rahim...
Segala puji bagi Mu kerana telah mengurniakan aku seorang ibu yang sangat penyayang
Segala puji bagi Mu atas kurniaan Engkau yang sangat bermakna buat ku
Ya Allah...
Rahmatilah ibuku, 
Ampunkan segala dosa ibuku,
Berilah kesihatan kepada ibuku,
Permudahkan lah segala urusan ibuku,
Berilah kesejahteraan kepada ibuku,
Jagakanlah ibuku walau dimana dia berada,
Jauhkan ibuku dari azab neraka Mu,
Pertemukan aku dan ibuku dalam Syurga Mu nanti..
Jadikanlah aku anak yang soleh dan solehah
Berilah kejayaan kepadaku agar aku dapat melihat ibu bapaku tersenyum bangga dengan diriku..

Aamin...

Akhir kata dari seorang anak yang banyak salah, 

" Happy Mother's Day Ummi "
" Love You very very very Much "
" Thank You Ummi " 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! ^^,



No comments :

Post a Comment