PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati



Bebas? Betulke kita da bebas????

"malu aa nak buat baek.. nanti orang nampak ape pulak orang kate"

"oke...pakai cantik2 sikit hri ni... baru segak orang nampak"

"aku mesti belajar pandai2...bru dapat anugerah dekan.. nampak cam budak pandai *_* "

"weyy..aku kena fitnah. habislah aku.. mesti orang pandang serong je nnti..habis lah akuu"

" ahh...pakai labuh-labuh ni nampak cam tak uptodate la, oke singkat sikit..sikit lagi"

"eyh...pakai kopiah nnti nmpak cam poyo la, rosak rambut minyak ni"

-_-"

 Emm... adakah anda nampak kebebasan di situ? Memang la nampak cam  bebas nak buat apa-apa yang disukai, tapi bila digali dalam-dalam dasar hati tu... maka akan dijumpailah:

RISAU APA ORANG FIKIR.

Ye.. terlalu risau apa yang orang lain fikir tentang kita sampai semua benda nak buat mesti ikut apa yang orang lain suka. Dan akhirnya hanya jadi seorang yang mengejar penghargaan manusia, bukan penghargaan Allah. 

Prof dr. Muhaya pernah kata camni:
" Orang yang benar-benar bebas adalah mereka yang bebas daripada penghargaan manusia"

Bila kita bebas daripada menagih penghargaan manusia, kita akan rasa nikmatnye buat apa yang Allah suka, bukan sesaknye buat apa yang manusia suka. Sebab compem setiap apa yang Allah suka tu akan disukai manusia dan akan dibenci oleh mereka yang ada penyakit dalam hati. Boleh jamin ke apa yang manusia suka tu Allah pun suka? Tak kan...

 Jika kita harap penghargaan manusia, kita  akan dapat seronoknye hanya didunia. Tapi jika kita harap penghargaan Allah, nikmatnya sampai ke syurga.  When we do something, imagine ourself in akhirah. 

Sedar tak sedar, disebabkan kita terlampau harap pada pandangan manusia, kita stress. Stress sebab fikir apa orang fikir tentang kita. Jawapan Allah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Jadi fikirkan Allah, insyaAllah aura ketenangan akan mengalir dalam diri. 

Lagi satu, sentiasalah pandang pada diri sendiri. Dengan cara tu kita akan sentiasa tenang iaitu dengan muhasabah. Memang benar, dalam kehidupan ni kite sukaa pandang orang lain sebab mata kita sendiri pun tak leh nak pandang diri sendiri, asyik nampak orang lain je. Hasilnye, asyik fikir salah orang tak nampak salah sendiri. Sebab tu lah muhasabah tu penting, pentingnya masa untuk kita bersendiri dan fikir tentang diri sendiri. InsyaAllah ketenangan akan menular dalam diri...

Orang yang benar-benar bebas adalah bebas daripada penghargaan manusia..
Orang benar-benar bebas adalah bebas daripada tanggapan-tanggapan buruk pada orang lain...

Senyum.



















 

 

Bebas? Betulke da bebas??



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

InsyaAllah, kali ni nak berkongsi pula sedikit ilmu yang dapat daripada majlis forum tadi. Alhamdulillah, tajuk yang sangat mantop sampai saya yang mendengar ni pun dah jadi macam burung belatok.. angguk-angguk banyak sangat. Maklumlah, ilmu ceput, jadi bila dapat ilmu yang baru tu macam kena suluh dengan lampu lazer~ Segala yang dicatat dalam ni adalah apa yang saya dapat dari bicara-bicara para ustaz, Saya bukanlah orang yang berilmu sangat namun sangat teruja nak share apa yang diterima... tajuk ni agak berat dan perlu ambil serius. Andai ada yang tersalah, mohon tegur ye : )

Forum dikendali oleh moderator Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin, panel 1 Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah, panel 2 Dr. Ahmad Bazli bin Shafie. 

Merujuk pada tajuk bicara ilmiah ni, Penyelewengan Tafsir Kontemporari. Mula-mula dengarkan, rasa cam.. emm.. tak faham sangat. Tapi Alhamdulillah diakhir forum ni, faham dah. First untuk memahami tajuk ni, kita mesti tahu yang tafsir dan al-quran tu tak sama. Al-quran adalah kalam Allah manakala tafsir adalah penerangan berkenaan Al-quran itu dan ia adalah kalam manusia.

Soalan pertama yang diajukan: Apa makna sebenar tafsir dan apa penyelewengan yang berlaku keatas tafsir itu?

Baiklah, sebelum faham tafsir, mesti faham dulu al-quran sebab tafsir datang dari al-quran, tafsiran al-quran. Seperti apa yang dipelajari, Al-quran itu adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril, diturunkan secara berperingkat, membaca nya dikira sebagai ibadah, bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.

Apa yang perlu kita pegang adalah Al-Quran itu KALAM ALLAH kerana penyelewengan sesuatu tafsiran selalunya berlaku apabila kalam Allah ini dipertikaikan. Bila sebut kalam Allah, maka takde apa-apa yang boleh dipertikaikan.. faham tu. Tafsir pula membawa maksud penerangan berkenaan ayat Al-Quran dari segi banyak aspek contohnya asbabul nuzul dan ilmu-ilmu tafsir yang lain. Ilmu tafsir ini sangat luas dan perlu dipelajari betul-betul supaya kita tak tersalah ikut. Sebab itulah tak sama belajar bertalaqqi dihadapan guru dengan belajar dengan pakcik Google, perlu berhati-hati.

Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan ayat al-Quran, Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 7:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
[183]. Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.

[184].Ayat-ayat mutasyaabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang dimaksudkan kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. 











Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan yang ayat-ayat Al- Quran terdiri daripada 2 jenis, Muhkamat (jelas) dan Mutasyabihat ( tak jelas). Maka, penyewelengan tafsir berlaku apabila orang-orang yang ada masalah dalam hatinya mengambil ayat-ayat yang tidak jelas dan membuat tafsiran mengikut hawa nafsunya sendiri.  Mereka dengan sesuka hati membuat fitnah melalui ayat-ayat ini tanpa mengambil kira tafsiran-tafsiran Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'- tabi'in.

Tafsiran Al- Quran pula terbahagi kepada 3 :

1) Tafsir bil Makthur -  ditafsir dengan hadis
2) Tafsir bil Ra'yi       -  ditafsir dengan akal. ada yang diterima dan ada yang ditolak.
3) Tafsir ahli sufi       -  lebih kepada rohani, ada ayat yang zahir dan batin yang hanya boleh difahami oleh ahlinya sahaja. ada yang diterima dan ada yang ditolak.

 Maka penyewelengan tafsir berlaku mengikut hawa nafsu dan timbullah kefahaman-kefahaman yang salah.

Soalan kedua yang diajukan: Apakah maksud penyelewengan tafsir dan bagaimana ia boleh terjadi?

Pada zaman dahulu, orang barat suka membahagi-bahagikan zaman, contohnya zaman silam, zaman moden, zaman kontemporari dan sekarang digelar zaman pasca modenisma. Mengikut kefahaman orang barat, zaman moden itu adalah zaman apabila orang mula MENOLAK agama. 
 
Jom kita masuk sejarah jap, supaya kita faham pokok pangkal datang nye penyelewengan ni.

Pada zaman dimana pengetahuan sains sedang membangun, bibble mengalami kejatuhan sebab banyak ilmu-ilmu sains yang sangat bertentangan dengan ajaran yang ada dalam bibble. Ditambah pula dengan banyak nye campur tangan dalam mengubah suai kitab tu.. maka orang mula lari dari agama dan tidak lagi percaya pada bibble. Sejarah form 5 nii..

Apabila percanggahan berlaku diantara sains dan bibble, maka orang barat mula mengambil tindakan dengan mewujudkan zaman kebangkitan. Seolah-olah zaman ini adalah zaman pencerahan bagi mereka dan zaman bibble itu dianggap sebagai zaman kegelapan. Bermula dari situlah bermulanya zaman moden. Kristian ditinggalkan dan wujud macam-macam golongan contohnye kapitalis, liberalisme dan sebagainya, kebanyakannye atheis.. tak percaya tuhan.

Bila dah jadi camtu, para pendeta ambil tindakan dengan memperbaharui kita bibble tu ( renew)
. Segala pembaharuan tu seolah-olah ikut nafsu mereka, suka suki nak ambik mana, nak tukar yang mana dan nak tinggal yang mana sehingga kristian pun dah berpecah-pecah. Kemudian, dengan pembaharuan inilah Barat bangkit dengan teknologi-teknologi sains dan Islam mula dijatuhkan dan dicerobohi. 


Apabila banyak negara islam jatuh, para cendikiawan mula buat statement camni:

" Kata islam ini mulia, tapi mana izzahnya? Kenapa islam jatuh?"

Persoalan ini dijawab dengan banyak pendapat dan antaranya:

1. Islam jatuh sebab umat islam sendiri lari daripada al-quran dan al-sunnah.
2. Islam jatuh sebab barat ada banyak kehebatan dan kehebatan tu sebab mereka hurai semula bibble. jadi kalau islam nak bangkit, mesti ikut cara barat dengan hurai semula al-quran.
3. Tolak terus ajaran islam dan ikut cara barat.

Dahsyat kan time tu? Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah ramai yang ambil pendapat no.2. Mereka lihat kebangkitan barat dan cuba olah semula al-quran supaya jadi moden sesuai dengan zaman tu. Sehinggakan kesahihan al-quran pun dipersoalkan. 

Ulma'-ulma' terdahulu mengkaji sains supaya umat islam dapat rasa kebesaran Allah dan lebih dekat dengan Allah. Tetapi orang barat, mereka kaji sains untuk kepentingan sendiri, untuk mereka kuasai dunia dengan mencabar agama. Hasilnya, mereka bangkit dengan keangkuhan dan membawa pengaruh buruk sehingga umat islam sendiri goyah dengan keimanan yang mereka ada. Hanya kerana nafsu dan tamakkan dunia, islam diperlekehkan. :'(

Sebab itulah, seperti yang dikatakan pada awal forum tadi, peganglah yang al-quran itu adalah kalam Allah yang tak boleh ditukar-tukar sesuka hati...

Soalan ketiga yang diutarakan: Apa strategi penyelewengan tafsir dan kaedah yang digunakan?

 1. Mereka merendah-rendahkan al-quran supaya umat islam ragu-ragu dengan al-quran. Caranya adalah dengan mengatakan bahawa al-quran itu hanya kalam Nabi Muhammah s.a.w bukan kalam Allah. Kesannya, orang mula tak pandang tinggi pada Al-Quran.

2. Mereka cuba buang Rasulullah s.a.w dari manhaj tafsir al-quran. Seperti yang kita tahu, rasulullah s.a.w banyak memberi penerangan berkenaan ayat-ayat al-quran begitu juga para sahabat dan tabi'tabi'in. Maka, tafsiran-tafsiran ini akan mengganggu penyelewengan yang mereka ingin lakukan. So, dengan cara membuang tafsiran- tafsiran ini sahajalah, mereka dapat tuka-tuka sesuka hati. 

3. Mereka menimbulkan keraguan terhadap pengumpulan al-quran yang dilakukan oleh para sahabat. Cara pengumpulan dipertikaikan... jadi keraguan umat islam terhadap al-quran bertmbah. 

Sebab tu lah, kita perlu kaji betul-betul ilmu-ilmu al-quran seperti ulum quran supaya kita tahu sejarah-sejarah nya dan tidak  terpengaruh dengan penyelewengan ini. Tambahan pula, sekarang makin ramai umat islam yang dah murtad dan jauh dari jalan kebenaran.. fahami betul-betul strategi musuh-musuh islam supaya kita rasa tergugat dan ambil serius isu ni. Ramai yang terlepas pandang perkara ni, lebih-lebih lagi anak muda yang kurang diberi pendedahan. Jadi, jalankan tanggungjawab kita dengan kutip ilmu-ilmu agama ini dan sampaikan... walau satu ayat.

Soalan terakhir: Apa kaitan penyelewengan tafsir dengan anti hadis?

Antara hujah yang digunakan oleh golongan anti hadis adalah: 

1. Nabi Muhammad s.a.w juga seorang manusia biasa.

   Lawan hujah ni adalah, memang benar Baginda manusia biasa namun begitu baginda adalah seorang yang maksum. Martabat Baginda tinggi disisi Allah. Setiap yang keluar daripada mulut Baginda adalah wahyu Allah... baginda bukan cakap saja-saja. Akhlak baginda adalah terjemahan daripada Al-quran sebagai panduan ummat sehingga hari ni. 

2.  Hadis ditulis beratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 

Hujah untuk lawan balik adalah, Setiap hadis yang dicatat adalah dihafal oleh para perawi cuma baru dikumpul sahaja. Jika kita selami ilmu hadis, dalam menentukan sanad matan sesuatu hadis bukanlah mudah dan mengalami proses yang sangat ketat. Mereka yang meriwayatkan hadis adalah seorang yang benar-benar diyakini, malah akhlak mereka juga diselidiki. Maka, mana mungkin hadis itu tidak benar. 

Itulah perbezaan agama Islam dengan nasrani dan yahudi. Agama islam dipelihara dengan sangat teliti dan bukan mudah untuk diseleweng. Jika kristian, pendeta-pendeta mereka yang mengawal kitab bibble dengan mengubahnya sesuka hati. Jadi bagi mereka, sesiapa sahaja berhak menukarnya.

Tetapi agama Islam dipandu dan dijaga. Para ulama' adalah pewaris ilmu dari rasulullah. Sebab tu lah kita berpegang pada mazhab-mazhab kerana khilaf itu rahmat dan ia memudahkan kita, bukan menyusahkan.

Jadi, tindakan kita sebagai ummat islam, atau lebih khusus sebagai mahasiswa ( bagi yang student).. seharusnya kita sedar yang tanggungjawab kita masih bayak. Suntiklah sebanyak mungkin ilmu dalam diri kerana ilmu itulah yang menjadikan diri kita matang. Hidup di universiti bukan tiket untuk kita honeymoon bersenang lenang dan mengadap subjek-subjek yang diambil sahaja... luaskan tapak ilmu kita dengan memperbanyakkan join majlis-majlis ilmu. Sebab kita takkan dapat banyak jika kita hanya mengadap dan menelaah sebuah buku tebal. Universiti bukan kilang yang memproses pelajar dan mengeluarkan hasil yang kurang kualiti, universiti adalah pusat untuk mendidik pelajar yang intelektual dari pelbagai aspek. 

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan sedar yang dunia sekarang sudah tidak mengizinkan untuk kita goyang kaki. Sedarlah dunia sekarang sangat memerlukan khidmat mereka yang berilmu...

Ayuh!! Kita selamatkan dunia.. InsyaAllah biiznillah ^_^

Saya akhiri coretan ini dengan maaf andai ada terkasar bahasa. Jika ada kesalahan dalam perkogsian ini, saya alu-alukan sebarang teguran yang membina. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.. Wallahua'lam :)





 
















Penyelewengan Tafsir Kontemporari



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...اللهم صلى على سيدن محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين
...أم بعد
  الحمد لله على كل حل بنعمت لله علينا
  انشأ الله ...بإذن الله ..الأن أرد يكتب المقالة تحت الموضوع  لو كان بيننا   معناه لو   
 ,حبيب الله رسول الله صلى الله عليه وسلم بيننا و جانبنا 
كيف نحن في هذا الوقت؟

Haa.. faham tak? Saje je nak praktis tulis arab... ayat banyak tu pun dah ambil masa yang lama nak tulis. T.T
 Takpe takpe... practice make perfect. Lepas ni kena buat assignment.. 

Tapi tak tahu lah betul ke tak ayat tu..hehe.. tak pandai sangat~

Bagi yang kurang faham bahasa arab ditambah pule dengan arab buatan aqilah ni, maksud die camni:

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri pada kita. InsyaAllah, dengan izin Allah sekarang saya akan menulis artikel dibawah tajuk Andai Rasulullah s.a.w bersama kita, andai kekasih Allah itu bersama kita, berada disebelah kita... bagaimana keadaan kita pada masa itu??

Tunduk malu.

Seperti yang kita semua maklum, Rasulullah s.a.w ialah ikutan terbaik sepanjang zaman. Setiap perkara yang Baginda lakukan adalah sunnah dan kita dituntut untuk mengamalkan Sunnah Baginda. Jadi, sepatutnye kita amalkan sunnah Baginda jika benar kita kata cintakan Baginda, jika benar kita kata rindukan Baginda. Buktinye adalah dengan mengamalkan sunnah Baginda dan banyak berselawat kepada Baginda. 

Sepatutnye. Emm...

Macam yang kita nampak hari ni, kebanyakan orang pandang pelik pada mereka yang mengamalkan sunnah Rasulullah. Tapi tak dinafikan, mereka yang benar-benar beramal dengan sunnah Baginda comfirm nampak cool gile.. Hehe. Muka nampak baik je, tenang je, sehat je, cantik je kann?? 

 Saya nak ajak kalian, kita curi kejap masa yang banyak sangat diabaikan tu, cuba bayangkan...

" Kita dapat mesej, mesej tu kata... minggu depan Rasulullah nak datang rumah. Nak duduk 3 hari kat rumah kita."

Agak-agakkan, apa yang kita akan lakukan? Rumah kita, bilik kita, facebook kita, twitter instagram kita, makanan kita, amalan kita, pakaian kita, buku-buku kita, movie-movie dalam laptop, apa kita buat waktu siang, apa kita buat waktu malam, 1/3 malam kita diisi dengan dengkuran atau sujud pada Allah dan sebagainya.. apa kita nak buat kalau lah Rasulullah nak tengok semua tu? 

Allah... tak terbayang. Malu sangat-sangat T.T

Malu sangat-sangat dengan Rasulullah, kita tak rasa ke Baginda akan sediih sangat. Sedih lihat kita yang tak buat, tak amal apa yang Rasulullah suruh dulu. Baginda memperjuangkan Islam sehingga mengalir darah Baginda yang Mulia dan lepas tu kita anggap sunnah Baginda tu kolot, tak ikut peredaran zaman. Pastu dengan keadaan camtu kita nak harapkan syafa'at Baginda, pertolongan baginda di padang mahsyar nanti??  Wallahua'lam...  fikir-fikirkanlah...

Rajinkan diri kita untuk baca sirah-sirah Nabi, dan bila kita banyak tahu sirah Baginda.. comfem kita dapat rasa aura perjuangan umat Islam dahulu dalam memartabatkan Islam di mata Dunia. 

Sebab tulah, sentiasa sedar yang Allah Melihat kita, malaikat sentiasa catat apa kita buat.. sedar yang kita ni sentiasa diperhatikan. InsyaAllah, bila dah melekat dalam fikiran yang kita sentiasa diperhatikan, nak buat salah sikit pun kita tak berani.. Ketahuilah  setiap apa yang kita buat sekarang ni menjadi ketentuan keadaan kita di padang Mahsyar nanti. 

Andai benar kita mendambakan cintakan Allah, buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Andai benar kita cinta dan rindu Rasulullah s.a.w, banyakkan berselawat dan amalkan sunnah Baginda.

Jauhkan diri dari lalai dengan dunia dan kejarlah kemuliaan di akhirat kelak. Caranye, kejar keredhaan Allah dalam setiap amalan kita. Sama-sama kita usaha eh ^_^ 

Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya yang sedang menaip ni :')

Wallahua'lam.

Selamat mendengar lagu bawah ni.. best-best.





Lau Kana Bainana :')


Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah, dikesempatan ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan udara yang Allah beri ni, percuma lagi tu tau. Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang telah kita dapat ^_^

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk terus istiqamah dengan segala yang aku sampaikan dalam coretan ini. Jauhkan aku daripada menjadi hamba-hamba Mu yang Dikau benci.

Disini, saya berhasrat untuk membuat sedikit perkongsian yang diperoleh daripada majlis ilmu yang baru je saya join.  Nak cerita lah sikit, hari tu saya ditakdirkan untuk hadir dalam satu majlis ilmu di Masjid Kristal dan disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.. best sangat sangat sangat. Hehe, novelis faveret tuu. Tajuk yang dibincangkan adalah Cinta Dan Air mata. Haaaaa... luas maksudnye tu kan?.

Apa yang ditekankan ustazah adalah soal wanita. Sebab waktu tu, semua muslimah-muslimah belaka yang hadir.. maka majlis tu jadi bertambah-tambah seronok.  : )

Ustazah cerita camni..

Jika kita nak tahu, sebelum kedatangan islam, wanita pada zaman arab jahiliyah dilayan sangat teruk. Wanita tidak dipandang sebagai seorang manusia yang mempunyai hak untuk hidup di muka bumi. Wanita diperlakukan seperti haiwan. Malah, keluarga yang mendapat anak perempuan, anak itu akan ditanam hidup-hidup. Dan kesakitan seorang ibu untuk lahirkan anak dianggap sebagai akibat buruk hidup dimuka bumi! Dahsyat kan? Terseksa jiwa dan raga dengar layanan yang diterima wanita dahulu.

Kemudian, Allah hadirkan islam melalui utusan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika kita teliti maksud 'islam' itu sendiri adalah SEJAHTERA. Maka dengan kedatangan islam lah, Allah angkat darjat wanita. Allah muliakan seorang wanita dengan perintah-perintah Nya untuk melindungi seorang wanita. Allah iktiraf wanita itu sebagai pasangan yang membahagiakan seorang lelaki, bukan sebagai seorang kuli.

Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita.. seharusnya kita berbangga dan seharusnya kita patuh pada perintah Allah. Mungkin kita pernah terdengar rungutan-rungutan, kenapa wanita ni nak kena tutup sangat? Lelaki tak yah pun? Kenapa wanita ni kena bersusah payah nak lahirkan anak? Kenapa banyak perkara yang wanita tak boleh buat berbanding lelaki? Adil ke?

 Na'uzubillah.. Jangan kita persoalkan keadilan Allah, sebab Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah perintahkan wanita untuk menutup aurat lebih daripada lelaki kerana untuk menjaga wanita, dan untuk mengangkat darjat wanita. Kesakitan seorang ibu melahirkan anak juga dikira sebagai jihad, betapa tinggi Allah muliakan seorang wanita. Tiada beza lelaki dan wanita, kedua-duanya berpontesi untuk melakukan dosa, dan kedua-duanya Allah terima taubat kita.

Bersyukurlah kita sebagai wanita, dan hargailah seorang lelaki..

Seterusnya, nak cerita tentang cinta. Sebelum tu, biar saya bagi satu analogi..

Jika ada seseorang ni, nak baiki kereta. Namun, sedikit ilmu untuk baiki kereta pun dia takde. Tapi dia nak juga baiki kereta tu. Diapun baiki lah, potong wayar ni, cabut wayar sana, tambah minyak ni, buang minyak sana. Akhirnya, apa yang terjadi? Kerosakan bertambah menjadi teruk. Kannn??


Begitulah juga dengan ilmu cinta ni.. ceh ceh~
Jika kita main haruung je tanpa ade ilmu bagaimana cinta yang sebenarnya perlu dikawal, maka ke laut lah kita ye. Islam sentiasa sediakan panduan buat kita yang terkapai-kapai ni.

Apa yang ustazah bagi kepada kami adalah NOTA CINTA. Tapi sempat bagi sikit je sebab tak cukup masa..cedeyh je T.T

Yang pertama adalah : Cinta pada Allah yang satu.

Baiklah, sebagai seorang student ni, kita sentiasa menuntut ilmu... sebab kita kan ..الطلب
yang bermaksud penuntut. Oleh itu, hati mesti kasi bersih supaya ilmu itu boleh masuk kerana ilmu itu cahaya, dan susah cahaya nak masuk jika hati kita tu gelap gulita dengan maksiat. Jadi, bersihkan hati dan kejarlah cinta Allah...

Jom kita tadabbur surah Addhuha jap. Tujuan surah ini diturunkan adalah sebagai pujukan Allah terhadap Rasulullah s.a.w, sebab waktu tu kan wahyu terhenti sekejap, so orang-orang musyrik semua tuduh yang Alllah dah tinggalkan Rasulullah.... jadi Allah turunkan surah ini untuk pujuk Rasulullah bahawa semua tu tak betull. Sweet kan Allah? hehe..

1. Demi waktu Dhuha.
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. ( bahawa) Tuhanmu ( wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci ( kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)
4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat) sehingga engkau redha- berpuas hati.
6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia membarikan perlindungan?
7. Dan didapati engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-quran)
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10. Adpun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya.

Inilah nota cinta Allah. Allah mulakan surah ni dengan waktu-waktu yang tenang dan Allah pujuk rasulullah s.a.w. Dan Allah akhiri nota Nya dengan tips kebahagian..iaitu  ingat nikmat-nikmat yang telah kita dapat daripada Allah. InsyaAllah, bila kita ada masalah, ingat balik nikmat-nikmat Allah dan syukurilah dengan senyuman lebar-lebar ^_^ Sebab waktu tu kita akan rasa, " MasyaAllah! sayang nye Allah pada akuu"

Nota cinta yang kedua: Rasulullah s.a.w sebagai murabbi cinta agung.

Rajin kan diri kita untuk baca sirah-sirah nabi. Nak tahu sebab apa? Sebab bila kita baca kisah-kisah nabi ni kan, kita rasa dekat sangat dengan islam, bila kita baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rase dekat sangat dengan baginda.

Bila kita ade masalah, ingat ni... Allah takkan turunkan ujian itu jika tiada jalan penyelesaiannya. Allah datangkan banyak kisah-kisah nabi dulu-dulu sebagai panduan. Sebagai contoh, jika kita punye masalah.. family sendiri tak nak solat, cuba kita baca kisah nabi Nuh yang anak dan isteri baginda sendiri tak nak ikut agama yang benar. Jika kita sedih sebab adik beradik kita sendiri tak suka kat kita, baca kisah Nabi Yusuf yang ditinggalkan dalam telaga sebab abang-abang yang dengki..

Bila baca kisah Rasulullah s.a.w, kita rasa betapa susah Islam nak sampai kat kita, kita rasa betapa indah akhlak Baginda sebagai panduan kita...

Akhir sekali, Ceramah diakhiri dengan pesanan-pesanan:

1. sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah. Cuba lahirkan rasa rugi sangat-sangat jika kita lalui sesuatu masa tanpa zikrullah.
2. Jika kita nak tundukkan nafsu yang menuju kearah tak elok, berilah makanan ilmu pada nafsu. InsyaAllah nafsu itu akan tunduk dan ikut apa yang kita nak. Biar kita kawal diri kita, bukan nafsu yang menguasai diri.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri.

Wallahua'alam ^_^


Cinta dan Air mata :')



Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi dari keyboard, alhamdulillah hari ni diberi kekuatan untuk memecah kesunyian. Dan disebabkan saya baru nak berjinak-jinak dengan penulisan blog, suka baca blog-blog hebat yang lain.. paling suka baca blog Angel Pakai Gucci..hehe.. banyak juge dapat idea dari coretan-coretan blog tu, bukan tiru ye cuma rujukan. Pastu terbaca satu artikel tentang fitnah emotikon... bacelah. Promote jap.

 Tak dinafikan, syoknye berwasep kan? Dah la free je, means tak yah bayar macam mesej yang sekali hantar habis 30 sen.. yang kalau lain-lain syarikat nombor, lagi mahal ( celcom-maxis) ( digi- celcom ). Dengan wasep ni, hanya bila ade internet... maka bebaslah kita nak hantar panjang mana, banyak mana, siap ade gambar-gambar lagi! Ditambah lagi dengan video-video yang mudah sangat nak foward dan sebagainya. Fuhh.. best 'giler'~  Bukan tu je, suara pun boleh hantaarr.. Kesimpulannya, itulah zaman IT, zaman dimana semua nye jadi mudah, zaman dimana jari adalah segala-galanya.. zaman yang membolehkan kanak-kanak riang pun dah pegang tablet touch screen. Tak main dah tepon mainan yang ade lagu-lagu tu.. macam lagu : " I'm the barbie girl, in the barbie world~~" sungguh nostalgia kannn...

Dunia dah majuu.. bak kate pepatah baru, 'maklumat dihujung jari'

Namun... pernah tak kita terfikir, adakah kemajuan itu membawa kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh dengan Allah?? Adakah kemajuan itu menjadikan kita seorang yang semakin bijaksana atau semakin malas?? Jadi, bijak-bijak kan lah diri manfaatkan kemudahan yang ada..

Berbalik pada tajuk asal, sebenarnye nak sentuh soal wasep je. Maaflah, eja wasep tak betul... ^^" Sedar tak sedar, sekarang ni whatsapp ( ws )  dah jadi macam satu fenomena yang sangat hebat. Orang lagi banyak scroll  ws dri FB kan? Tu yang sampai FB beli ws, pastu ws pun dari free je dah kena bayar! Huh.. lari tajuk jap. Bila penggunaan ws dah macam sangat keperluan, maka perlu lah kita selidiki betol-betol pantang larang dalam ber ws. Bukan pantang larang sangat pun, cuma adab.. ataupun penggunaan yang bijaksana! Tujuan saya tulis tentang tajuk ni sebab tentunya nak berkongsi pendapat dengan antum dan dan tegur diri sendiri yang dah galak sangat ber ws nii..eiisshh..

1. Hormat

Sedar tak sedar, waktu tengah berwasep tu.. walaupun kita hanya menaip-naip tapi hakikatnya ibarat kita sedang berborak depan-depan. Sebab rasa macam laju je tangan ni menaip apa yang ada dalam kepala kan? Yelaa... free of charges kan~ semua benda nak cakap. Dan kadang-kadang sampai kita terlupa nak perhati betul-betul perkataan kita adakah akan buat orang kecil hati atau marah. Ini selalu jadi kalau dalam grup la kan? Tengah galak borak-borak, tiba-tiba ada orang yang left grup.. Haaaa..pastu mula lah saling salah menyalahi. Sebab tu kena ingat, walaupun dalam grup tu tak semua orang akan aktif bagi respon, tapi semua boleh baca. Faham tak?? haha.. payah nye nak terangkan. Oke saya bagi contoh...


<  Wei korang! aq happy gile dapat result gempak :D
< Tahniah2.. result aq pun gempak
                          Alaaa.. soalan senang je pun.. petik jari je                          kalau result teruk tu, memng da teruk sngt la tu >
< Haha   aq  pun rasa camtu. ade ke yng dpt teruk kat sini??
........Siti left grup................
Teng Teng Teng!!
Moral of the story nye, fikir dulu sebelum taip. Jangan main tembak je sesuka hati ye.. Hormati ahli dalam grup tu. Hormati orang yang tengah berws dengan kita tu. Kadang-kadang bila marah, orang tu takkan tulis 'aku marah' tpi konon-konon bagi smile banyak-banyak. Hati manusia kita tak boleh kawal, tapi hati sendiri kita boleh kawal kann.. jadi kawal lah.

2.  Artikel ilmiah

Macam yang kita semua tahu dan sedar, ws dah jadi salah satu medan nak sampaikan dakwah atau ilmu yang baik kan? Memang ada yang akan baca atau tak baca artikel-artikel ni tapi kat ws ni lah tempat paling cepat isu semasa tersebar. betul tak? Walaupun artikel tu betul atau salah, tetap cepat tersebar. Jadi kita sebagai orang yang membaca artikel-artikel ni, selidik daahulu sesuatu artikel tu sebelum nak forward ke orang lain. Andai kata artikel tu tak betul, fitnah semata-mata, hadis atau ayat al-quran yang tak betul.. kita yang baca ni rasa cam menarik pastu terus forward.. orang lain baca pastu forward lgi sampailah ade orang lain hantar kat kita balik. Berapa banyak dosa kita? Dosa menyebarkan fitnah, menyebarkan perkara tak betul.. semua yang membaca artikel tu, kita yang akan dapat saham dosa.. Banyak kan... jadi, bila dah pasti yang artikel tu oke dan tak ade unsur tk elok.. dipersilakan untuk forward. Dapat pahala lagi tau.

Hati-hati ye..

3. Ikhtilat dalam waksep

Akhinye tibalah perkara yang paling sangat-sangat nak ditekankan. Ikhtilat tu pergaulan lelaki perempuan. Sebagai seorang muslim, ikhtilat perlulah dijaga. Bukan tak boleh langsung bergaul, tetapi islam menetapkan garis panduan untuk kebaikan kita semua. Alhamdulillah, ramai yang menjaga ikhtilat bila berjumpa di alam nyata namun lebih ramai yang kurang menjaga ikhtilat di alam maya.. benarkan?  Bagi diri saya, nak kata saya seorang yang memang terpelihara dari ikhtilat tu tak lah, tapi saya sedar tiada beza alam nyata dengan alam maya.. kedua-duanya perlu dijaga. Pada pendapat saya, mereka ( muslimah) yang luaran sangat pemalu bila berjumpa muslimin tiba-tiba sangat galak berborak mesra dalam ws.. emm.. cam hipokrit sikit. Maaf jika ada yang terasa.. Tapi dah ramai sangat yang macam tu.


Bukan kata tak boleh langsung berbalas ws dengan muslimin, tapi batas-batas nye perlu dijaga. Jaga lah juga walaupun dalam alam maya. Batas-batas nye apa?? Sama je macam menjaga pergaulan di alam nyata..fokus untuk muslimah. contohnya..

i. depan lelaki kita segan nak gelak besar-besar. Semua pakat ayu-ayu camtu. Tpi dalam ws bukan main lagi 'HAHAHAHA' ' HUHUHU' 'HEHEHE' 'HUAHUAHUA' dan sebagainya.. tak molek lah gitu. Jika interaksi dengan muslimin, tak perlu nak beritahu mereka yang kita sedang ketawa dengan seronok. Tak perlu tujuk kan mereka riaksi muka kita yang sangat seronok dengan emotikon-emotikon yang sangat banyak tu. Sebab, bila kita letak gelak besar tu ataupun emotikon smiley tu, autometik mereka akan bayangkan muka sebenar kita dengan memek muka tu. Errr... lari jauh-jauh. malu woo~ 

ii. Jika berhadapan, islam ajar kita supaya cakap apa yang perlu. Bukan tak boleh borak langsung, cuma jangan lah lebih-lebih. Jika ada urusan kerja, cakap je lah urusan kerja. Samalah juga dalam ws, bila ada urusan, kita berinteraksi.. jika takde, tiada keperluan untuk kita berborak kosong dalam tu. Beramah mesra dengan senyuman-senyuman emotikon tu. 

Biarlah orang nak kata kita ni serius sangat ke, atau sombong sangat ke. Yang penting, kita jaga diri kita kerana Allah. Saya sendiri pernah dituduh serius dan sombong sebab jawab sepatah-sepatah je dalam ws, tapi.. ade aku kesah??. Tu maksudnye kita dah berjaya jaga diri.. Horeyy! Dan tak dinafikan, saya sangat galak berborak bila dalam grup ladies only, men not available. Hemm.. sebab itulah diri sebenar saya, lakonan semata-mata je kat depan muslimin tu. 


Akhir kata, Gunakan kemudahan dengan bijak. Jangan sampai kita sebuk scroll ws sampai melambat-lambat kan solat. Tak pun, bangun tido... waksep, lepas solat.... waksep. Bukan whatsapp je, termasuk lah juga sepupu sepapat nye sekali, facebook, twiter, instagram, wechat..dan sebagainya. Fuhh.. teguran untuk diri sendiri sebenarnye tu. 

Wallahua'lam..



Syoknye ber 'waksep'



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Coretan saat ini adalah bertujuan berkongsi sebuah kisah dari zaman Rasulullah SAW yang sangat menyentuh hati, satu kisah yang mungkin akan dapat mengubah kehidupan kita, yang dapat mententeramkan jiwa kita dan membersihkan hati daripada bintik-bintik hitam.. In Shaa Allah!

Satu hari, Rasulullah SAW bersama para sahabat. Kemudian Baginda berkata kepada para sahabat,

" Sekarang, akan ada seorang lelaki yang berjalan masuk, dan lelaki tersebut akan bersama orang-orang di dalam Jannah"

Jadi para sahabat melihat kearah pintu pagar dan mereka dapat lihat seorang lelaki berjalan masuk. Lelaki tersebut adalah seorang yang tidak dikenali, tidak terkenal dan nama beliau pun tidak tercatat didalam hadith. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW bersabda yang lelaki itu adalah ahli syurga.

Keesokan harinya, para sahabat sekali lagi duduk bersama Pesuruh Allah itu, dan Baginda memberitahu para sahabat..

" Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga'

Lelaki yang sama berjalan masuk.

Hari ketiga, Rasulullah SAW berkata lagi perkara yang sama...

' Seorang lelaki akan berjalan masuk dan dia adalah ahli syurga"

Dan lelaki yang sama berjalan masuk ke dalam masjid.

Abdullah Ibn Amr (ra), salah seorang sahabat Baginda, ingin mengetahui apa yang istimewanya lelaki itu? Apa yang menjadikan beliau lain daripada orang lain sehingga Rasulullah menjamin bahawa beliau adalah ahli syurga? Malah Baginda menyebut nya sebanyak tiga hari berturut-turut, apakah amalan beliau? Walaupun beliau bukanlah orang yang dikenali... Apa yang menjadikan beliau istimewa??

Abdullah Ibn Amr adalah seorang yang sangat tekun dalam menimba ilmu. Dia ingin tahu apa yang istimewa, apa yang menjadikan lelaki itu dekat dengan Allah SWT sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah SAW ketika beliau masih dimuka bumi?

Jadi Abdullah Ibn Amr mendatangi lelaki tersebut dan berkata...

" Saya ada masalah dengan ayah saya, jadi saya tak dapat pulang ke rumah. Boleh saudara benarkan saya bermalam dirumah saudara untuk beberapa hari?"

Jadi lelaki itu berkata, " Tentulah boleh"

Oleh itu, Abdullah Ibn Amr bermalam di rumah lelaki itu dan melawat lelaki ini di rumah beliau sambil meletakan sangkaan yang tinggi kepada lelaki tersebut, apa yang beliau akan lakukan pada tengah malam. Abdullah Ibn Amr menyangka yang apabila lelaki itu sampai dirumah, beliau akan terus mengangkat takbir dan solat. Tetapi beliau tidak solat, beliau terus tidur melelapkan mata.

Abdullah Ibn Amr berkata, " Apa yang terjadi? Bagaiman dia boleh terus tidur??"

Dan kemudian beliau terus tidur sehingga hampir masuk waktu solat subuh. Beliau bangun dan menunaikan sedikit rakaat solat sunat dengan laju. Selepas masuk waktu solat subuh, beliau menunaikan solat subuh.

Abdullah Ibn Amr berkata, " Mungkin dia akan berpuasa pada hari ini"

Tetapi beliau makan untuk bersarapan.

Sekarang Abdullah Ibn Amr berasa putus asa. Beliau tidak berjaga malam untuk solat, dan beliau juga tidak berpuasa pada siang hari. Apa yang Istimewanya beliau??

Dia bersangka mungkin hari ini lelaki tersebut tidak sihat dan esok akan berbeza sedikit dari hari ini. Hari keesokannya tiba, beliau tidur seperti biasa dan pada awal pagi beliau bersarapan.

Jadi mungkin esok hari akan berlainan sedikit, tetapi pada hari ketiga pun beliau mempunyai rutin yang sama. Beliau tidur dan bangun sebelum subuh mungkin untuk solat witir kemudian solat subuh dan bersarapan.

Abdullah Ibn Amr berasa keliru dan hairan. Jadi akhirnya dia mendatangi lelaki itu dan berkata,

" Baiklah saya ingin memberitahu perkara sebenar. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ayah saya. Sebab saya datang untuk tinggal dengan saudara adalah kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa saudara adalah ahli syurga. Dan saya dengar daripada Baginda sebanyak tiga kali, jadi saya ingin tahu apa yang istimewa tentang saudara? Dan sejujurnya, saya tidak nampak apa-apa yang istimewa. Jadi bagaimana Rasulullah SAW boleh berkata yang saudara adalah ahli syurga? Beritahu saya tentang saudara yang menyebabkan Rasulullah SAW kata bahawa saudara adalah ahli syurga?"

Jadi lelaki tersebut berfikir sejenak dan berkata, " Apa yang saudara lihat adalah diri saya sebenar, tiada yang istimewa pun"

Abdullah Ibn Amr berputus asa dan dia berjalan pergi. Tetapi kemudian lelaki tersebut memanggil dia kembali dan berkata,

" Setiap kali sebelum tidur, saya akan membersihkan hati saya. Jadi apabila tidur, tiada sebarang kebencian dalam hati saya terhadap setiap Muslim."

Abdullah Ibn Amr melihat kearah lelaki tersebut dan berkata, " Itu adalah perkara yang kami sukar ingin lakukan. Kami solat, kami berpuasa, kami menunaikan semua Ibadah tetapi kadang-kadang kami gagal untuk membersihkan hati."

Lelaki tersebut tidak terlalu banyak beribadah, tetapi Rasulullah SAW memberitahu bahawa beliau adalah ahli syurga. Mengapa?? Hanya kerana beliau memunyai hati yang bersih, bersih dari segala hasad dengki, bersih dari segala kekotoran. Tak kira betapa teruk beliau dihina, betapa teruk orang lain lakukan keatas beliau, beliau akan pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk tidur. Beliau MEMAaFKAN semua orang.

Dan itu adalah perkara yang cukup untuk menjadikan beliau seorang yang dijamin syurga. Kisah ini memberitahu kita bahawa betapa pentingnya mempunyai hati yang bersih, betapa pentingnya memberi maaf kepada orang dengan hati yang terbuka.

Kerana Apa?

Tak dinafikan, sukarnya merendahkan ego untuk memafkan orang apabila hati kita kotor...
Tetapi akan mudah kita memafkan orang jika hati kita bersih. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, bersihkan hati dengan zikrullah dan selawat keatas Baginda dan merendahkan ego kita. Akan sia-sialah ibadah kita jika hati  kotor, jika dalam hati masih ada dendam, masih ada hasad dengki. Kerana memafkan itu tinggi darjatnya, Syurgalah tempat bagi orang yang mempunyai hati yang bersih. In Shaa Allah, sama-sama kita bermujahadah! ^_^

Semoga coretan ini dapat memberi manfaat buat semua pembaca...

Wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. ^_^


Apa yang istimewanya dia??







Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, sampai saat ini kita masih diberi peluang untuk bernafas, malah diberi nikmat untuk menyambut aidil fitri dengan penuh kegembiraan.. Alhamdulillah..
Tapi jangan lupa saudara-saudara kita di Gaza, perbanyakkan doa buat mereka dan qunut nazilah. Mereka sambut hari raya tanpa makanan, minuman, pakaian baru melainkan kain kafan, takde elektrik pun nak pasang lampu raya, malah takde air pun untuk mandi sunat hari raya :'(


Emm.. rasa cam dah lama sangat tak tekan-tekan papan keybord ni mengisi ruang blog yang dah sunyi sepi dengan bunyi cengkerik ni. Camtulah gayanye, dah takde semangat? maybe~ dah takde idea? huhu..kurang pengisian. Layu dah rupanya diri ni :'( InsyaAllah akan disiram semula... hemmm.

So, entry kali ni cuma nak kongsi sikit je sebenarnya. Tadi terbaca satu ayat ni.. begini bunyinye

Kau tahu apa tu KUAT?

Kuat tu bila kau terima takdir dan ketentuan Tuhan, tanpa kau tanya kenapa dan mengapa. kau redhakan segalanya. Kerana kau tak tahu rahsia Tuhan dan kau yakin yang rahsia itu adalah untuk kebaikan kau... walaupun kau tahu ketentuan itu sakit untuk diterima. Kau tetap tak tanya kenapa... kau hanya senyum.


Okeyh itu sahaja. Rasa macam kena hentam dengan batu dan nak terjun gaung.... jatuuhhh dalam gaung tuu.

Maaf atas segala kekhilafan ana selama ni. Maaf sebab entry kali ni takde pape sangat pun. Kalau ada yang baca lah...InsyaAllah lepas ni akan diperbaiki. Maaf kalau tutur kata ana selama ni menyinggung sesiapa yang membaca.

Dan akhir sekali... Jom ramai-ramai masukkan duit raya dalam tabung GAZA.. mereka lebih memerlukan daripada kita. Boikott barangan Zionis!! Banyakkan berdoa untuk mereka di Gaza. Dan yang paling penting, persiapkan diri kita, sediakan diri kita. Dunia ni dah tak lama dah. Malah Israeil pun dah mula nak masuk hal negara Malaysia. Sebab? Mereka takkan duduk diam biar negara kita aman damai sebab kita negara Islam. Jadi, siapkan diri kita... Banyakkan berdoa agar Allah selamatkan kita.. InsyaAllah.. Fitnah dajjal dah banyak, dah makin dekat...kiamat dah dekat... Allah.

Kesimpulannya...hehe. dan bercampur baur. Takpe lah, kesimpulannya ambil yang baik buang yang buruk. Wallahua'lam..

KUAT







'Assalamualaikum ukhti'

'Waalaikumussalam, eh adik Yana. Jom lah join akak lepak sini.'

'Kak Ida lepak? Emm...cam pelik je bunyi nye'

'Emm... lepak sini dapat pahala tau. Menikmati keindahan alam Allah yang hebat ni.. Subhanallah, tak puas pandang sekali. Buatkan kita rasa cam kerdilnye disisi Allah yang Maha Agung. Akak suka'

' Ohh... okeh kite join akak lepak. Nak pahala juga... hehe'

' Macam mana tempat baru? Best? Ada pape nak share dengan akak?'

' Alhamdulillah  semuanye okeyh. Nak share? Banyak... huuhh'

' Wahh... ni yang akak teruja ni. Cepat... cepat... telinga dah sedia menadah. InsyaAllah akak bagi feedback yang terbaik'

Senyum...

' Okey cepat-cepat, kite nak tuang ni! Jangan bagi tumpah tau! Hahaha..'

' Amboi.. kemain lagi die balas. Okey akak serius... nak share apa?'

' Kak Ida, kite rindu sahabat-sahabat kite. Kite rindu dengar bebelan dorang. Kite rindu nak borak-borak dengan diorang. Kite rindu nak dengar nasihat-nasihat diorang. Kite tak jumpa lagi sahabat-sahabat macam diorang kat sini... '

' ohh.. homesick versi friend lah ni ye? Emm... camnilah, kalau Yana rindu kat diorang Yana kenalah banyak- banyak doakan diorang. Kite kena ingat, fitrah dunia setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan tak mustahil untuk kite bertemu semula dalam syurga nanti. Ukhuwah itu terletak pada doa kite kepada mereka... jika benar ukhuwah kerana Allah, mestilah sampai ke syurga kan? Walaupun kita semua berjauhan, jika semua berpegang pada tali yang satu, kite dekat je sebenanye.. Jangan sedih-sedih, kite kena mula hidup baru dengan orang baru...'

' Tapi orang yang baru tak sama macam diorang'

' Memanglah tak sama, takde siapa boleh ganti tempat orang lain. Bila jumpa orang baru, binalah ukhuwah yang baru'

' Macam mana nak bina ukhuwah baru?'

' Bila kite berkawan, ingat ni... jika ingin menerima kita perlu memberi dulu. Jika ingin mencari sahabat, jadilah seorang sahabat dulu. Lapangkan hati untuk kite terima die seadanya. mesti ada sebab kenapa Allah pertemukan kite dengan dia. Setiap orang ada kelemahan, jika nak dia terima kelemahan kita, kita kena terima kelemahan die dulu. Jika bukan dia yang tarik kite ke jalan Allah, maksudnye tanggungjawab kita pula untuk tarik dia ke jalan Allah.'

' Syukran Jazilan kak Ida atas feedback yang terbaikk... Yana bagi lima bintang! '

' Hahaha... banyak lah bintang die. Lagi satu, jadilah seorang pendengar yang baik. Sebab dari situ kita dapat kenal hati budi die. Dann doakan die juga tau.'

' InsyaAllah, kita cuba'

' Manusia ni banyak ragamnye... bila dah masuk alam bukan kanak-kanak ni, kita akan jumpa bermacam-macam jenis orang, macam-macam jenis perangai... jadi sediakan rohani dan fikiran kita. Berkawan biar ramai, Bermusuh jangan ada yee...'

Senyum nampak gigi...

' Tapi apa-apa pun kan, kite bersyukur sangat sebab Allah temukan kite dengan kawan-kawan yang baik-baik, walaupun ada lah juge kurangnye... bukan kite sempurna sangat kan?? '

' Haa... tahu pun. Akak pun tak sempurna. Jadi mulakan hidup yang baru... Allah temukan Yana dengan orang yang baik-baik sebab Allah sayang Yana. Cuma takkanlah kisah baru Yana ni seronok je, mestilah ade ujian yang terselit seribu satu hikmah... betul tak? '

' Hehe... betul-betul. Syukran Jazilan sekali lagi kak Ida sudi dengar cerita kita..'

' Itulah yang dinamakan sahabat! Jaga diri baik-baik ye'

' InsyaAllah... jangan lupa doakan kite tau'

' Tak pernah tinggal pun dik... '

' ohh... haihh, terharu. Okeyh kak Ida, kite pergi dulu... Assalamualaikum'

' Waalaikumussalam ^_^ '

 Uhibbuki fillah... buat semua yang sudi terima diri ini seadanya... ^_^

Ukhuwah fillah... manis sampai ke syurga!


















Uhibbuki fillah ^_^







Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih berpeluang untuk bertemu dengan ramadan tahun ini. Bersyukur juga atas kesihatan yang Allah bagi pada kita untuk  sambut ramadhan dengan meriah!! Pesta Ibadah!!

InsyaAllah, sempena ramadhan yang baru beberapa hari je menjenguk ni, saya nak kongsi sedikit berkenaan persediaan-persediaan yang kita perlu buat untuk sambut ramadhan dan supaya ramadan kali ni tak datang dengan sia-sia. Rugii sangat jika kita buat cam 'hye hye bye bye' je kat ramadhan yang datang setahun SEKALI je ni.

Sebab apa?

Sebab  bulan ramadhan ni, Allah sediakan khas untuk hamba-hamba Nya berebut-rebut masuk syurga, berlumba-lumba kejar ganjaran pahala yang berganda-ganda dan yang paling penting, Allah bagi peluang untuk kita perbaiki diri dengan latihan selama sebulan.  Macam mana yang dikatakan peluang tu??

1. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya
2. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
3. Syaitan yang jadi musuh ketat kita selama ni sedang dibelenggu!
4. Pahala berganda-ganda
5. Ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulann
6. dan sebagainyaa.... ^_^

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)
Haa!! Jangan lepaskan peluang keemasan nii..

Bila ramadhan bertemu kita, apa yang perlu disediakan adalah rohani dan hati. Sediakan hati untuk hadapi ramadhan, sediakan hati untuk menerima segala tarbiyah dan pengajaran yang Allah beri untuk kita pada bulan yang mulia ni. Contoh tarbiyah nye...

" Lapar nye.. takpe takpe, sabar"  Diri kita terdidik supaya bersabar...

" Sahur kena bangun awal... sebelum tu boleh qiam"  Diri kita terdidik untuk berdisiplin...


" Banyak nye makanan kat bazar nii... eh, kawal-kawal..nanti tarawih sakit perut" Diri kita terdidik supaya mengawal nafsu...

Dan sebagainyaa...

Seterusnya, bergembiraa lah bila ramadhan datang.. yeayyy!! Alhamdulillah!! Sebab ramadhan ni adalah satu madrasah buat kita. Kalau sebelum ni kita rasa diri banyak dosa, mohonlah pengampunan pada Allah dibulan ramadhan ni. Kalau rasa cam susahnya nak berubah sebelum ni, cubalah baiki diri dalam bulan ramadhan ni sebab syaitan takde, jadi takde siapa yang akan bisik kat telinga kita supaya jangan berubah. Jika sebelum ni kita susah sangat nak bangun solat tahajud, ambil peluang dalam bulan ramadhan ni untuk latih diri bangun awal. Alang-alang dah bangun sahur, tahajjud la sekali ye..
Takde orang yang baru keluar sekolah tapi tak dapat apa-apa ilmu, macam tu lah juga ramadhan... jangan sampai kita tinggalkan madrasah ni tanpa ade apa-apa kesan yang baik pada diri.. ^_^

Selain tu, dalam bulan ramadhan ni kita sangat dituntut untuk bertaubat kepada Allah. Basahkan lidah kita dengan istighfar sambil menyesali segala khilaf pada diri. Basahkan juga mata dengan air mata taubat kepada Allah. Basahkan juga anggota wudu' kita di sepertiga malam untuk solat taubat... Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada azab neraka...

Di samping tu, banyakkan berdoa dalam bulan ramadhan ni. Yakinlah yang Allah dengar doa kita dan Allah malu jika doa hamba-hambaNya tidak dimakbulkan. Lagi-lagi doa orang yang sedang berpuasa, laagii makbul.. InsyaAllah. Jangan tinggalkan doa, sebab doa tu senjata umat islam dan doa juga menjadi penghubung kita dengan Allah... jangan sombong untuk berdoa.. ^_^

Akhir sekali, untuk dapatkan ramadan yang terbaik, perlulah ada perancangan yang terbaik. Susun jadual kita molek-molek. Rancang lah baik-baik tadarus kita, qiamullail kita, solat terawih kita dan sebagainya. Usaha lah sungguh-sungguh untuk khatam kan Al-Quran dalam bulan ramadhan ni. Jangan lepaskan solat terawih walau satu malam dan hiasilah malam kita dengan bermunajat kepada Allah...

 
Jom cuba... ^_^
 

Lagi satu, jangan jadikan 10 malam terakhir tu sebagai malam-malam paling lembik tapi jadikanlah ia malam yang paling bersemangat. Klimaks pada bulan ramadhan... kejarlah malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih bak dari seribu bulan. Jangan pule nanti waktu tu lah kita lemah longlai sebab tak sabar-sabar nak sambut Syawal, terpacak depan tv 24 jam layan drama-drama hari raya... ish ish ish. Rugi nye kalau kita jadi camtu. 

Berpuasalah dengan sebenar-benar puasa. Bukan sekadar dapat lapar dan dahaga je...puasa mata, puasa tangan, puasa kaki, puasa hati, dan puasa mulut juge. Maksudnye jaga mata, jaga hati, jaga mulut dan jaga diri ^_^...

Jadikan ramadhan kali ni ramadhan terbaik kita, sebab belum tentu kita akan bertemu dengan ramdhan seterusnya... InsyaAllah! Jom!

Sekadar itu je perkongsian saya, moga bermanfaat untuk semua ^_^

Wallua'lam.

















Marhaban Ya Ramadhan!



Assalamualaikum pembaca sekalian ^_^

InsyaAllah, kali ni saya nak kongsi sikit je berkenaan hijrah ni. Mungkin sebab tetiba je tajuk ni terlintas dalam minda dan sebab diri sendiri pun tengah mengalami situasi ni. Situasi ingin berhijrah.

Apa yang saya maksudkan hijrah disini adalah ubah diri jadi baik, jadi seorang hamba yang dicintai Allah. Tak dinafikan, hijrah tu tak mudah. Takkan lah syaitan yang memang tugas utama die untuk bawa manusia terpesong boleh biarkan je kita jadi baik. Kalau syaitan yang kejam ni biar, berkuranglah geng-geng die dalam neraka nanti kann? 

 Jadi, dengan rendah hati saya ingin berpesan kepada sesiapa yang dalam proses berhijrah, jangan sangka jalan yang lurus tu sentiasa rata disertai angin yang bertiup sepoi-sepoi mendamaikan hati, ingatlah bahawa jalan ini penuh dengan duri tajam disertai dengan ribut taufan. Jadi, kukuhkan lah kaki anda untuk berdiri tegak dan terus berjalan meredah semua tu... kukuhkan diri kita dengan keimanan kepada Allah.

Kalau nak share cerita saya, hemm... panjang. Maklumlah, diri ni bukanlah baik solehah sangat. Cuma nak cerita, banyak perkara terjadi. Apa yang kita nak tolak, datang balik. Dah usaha gile-gile, masih datang mengganggu. Kadang-kadang rasa cam... kenapa aku? Tapi, lidah cepat menutur istighfar. Siapalah kita nak persoal kan apa yang Allah nak uji kita kann. Jika nak dibandingkan ujian orang lain, ceput lah sangat ujian yang Allah bagi pada diri. 

Sebab tulah, bila kita rasa lemah.. rasa tak berdaya... rasa penat, mohonlah pertolongan pada Allah. Diakui, berapa kali dah mata ni berderai sebab tak tahan... rasa lemah sangat, rasa terhina sangat, rasa rendah sangat.. tapi ingatlah yang setiap tangisan kita tu Allah tahu, Allah sentiasa dekat ngan hati kita. 

Buat diri saya, series teringin nak jadi macam Tokoh-tokoh muslimah. Seperti Ainul Mardhiah, Rabiatul Adawiyah, Siti Aisyah r.a.. nak jadi cam muslimah-muslimah diluar sana yang terjaga hati mereka, terjaga dari mereka. Tapi kadang-kadang rasa cam layakkah aku, dengan dosa-dosa yang aku dah buat sebelum ni. Namun, cepat-cepat iman dalam diri ingatkan, Allah Maha Pengampun. Allah tak pernah biarkan diri kita sendirian. Sabarlah hati...

Series, sebenarnya diri sendiri tengah down sangat sekarang ni. Down sebab rasa menyesal, rasa teruk, rasa kecewa... sebab seseorang yang selalu buat hati membara-bara. Allah... sabar qilah, sabar.. Selalu rasa macam, kalau lah aku boleh lupakan semua yang pernah terjadi, boleh buat-buat macam tak de pape pernah terjadi..huuhh... Astaghfirullah... jangan pernah ada perkataan 'kalau' dalam diri. Sebab Allah tak pernah buat sesuatu yang sia-sia. Mesti ada hikmah.

Apa hikmahnya?? 

Allah rindu dengan rintihan kita. Allah rindu dengan suara kita memohon kepada Nya. Benarlah, setiap ujian tu Allah datangkan pada diri kita tanda kasih sayang Allah pada kita. Mungkin sebab kita banyak sangat dosa, jadi Allah aturkan ujian buat kita supaya kita bertaubat. Mungkin sebab kita terlampau sombong untuk merintih pada Nya disaat kita senang, Allah datangkan kesusahan  supaya kita kembali kepada Nya. 

Proses hijrah tak mudah. Namun, hijarah akan menjadi mudah dengan istiqomah, istiqomah dalam memohon kepada Allah dan banyakkan beribadat kepada Nya. Sehingga akhirnya kemanisan iman tu dapat kita rasa, waktu tu segala ujian yang datang akan terasa manis walaupun pahit pada mata seorang insan. 

Selain tu, persekitaran yang baik sangat membantu untuk kita berhijrah. Sahabat-sahabat yang dapat bawa kita, yang dapat ingatkan kita kepada Allah, yang dapat support kita bila kita sedih atau down. 
Dan jangan lupa, banyakkan bacaan ilmiah supaya hati kita sentiasa terisi dengan ilmu. Baca lah buku-buku yang berkaitan dengan usaha kita untuk berhijrah. InsyaAllah akan dimudahkan... ^_^

Dan lagi satu, jika kita nampak seseorang yang ingin berhijrah.. pimpinlah dia. Jangan kita gunakan kekerasan bila dia buat silap. Tegurlah dia dengan cara penuh hikmah. Sokonglah dia, dampingilah dia... sebab orang yang nak berhijrah ni perlukan perhatian. Supaya dia tak kecundang ditengah jalan. Bila dia buat baik, kita pun dapat saham... saham pahala. Doakan dia suapaya istiqomah dan tak berpatah balik. 

Nak share sikit, suka lagu kat bawah ni... suka lirik dia..lagu Wali- Aku Cinta Allah.. hee..



Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai


Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah


Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri. Selamat berhijrah!

Wassalam.








 





Hijrah




Assalamualaikum ^^,

" Allah doesn't expect you to be perfect. He expects you to try your best to be as close as you can, to perfection."
- A.A -

Kata-kata ni saya ambil daripada sebuah buku yang sangat best! Siapa yang dah baca buku ni, tahulah~

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapat ilham untuk menulis lepas baca buku-buku. Sebab tulah kita kena banyak membaca, jika nak beri output... perlukan input. Kalau tak, tanduusss. Jadi, baca! Iqra'!  InsyaAllah dapat beri manfaat pada semua pembaca ^^,

Sebagai seorang manusia, kita semua sama... benarkan? Walaupun hati lain-lain, tapi  semua ada 2 tangan, 2 kaki, 2 telinga, satu hidung, satu mulut, 2 biji mata dan sebagainya. Dan tak dilupakan juga, kita semua tak sempurna dan tak akan sempurna sebab kita hanya manusia dan bukan Tuhan. Ya, hanya Allah yang mempunyai sifat kesempurnaan dan zero kelemahan.

Walau bagaimanapun, semua ketidaksempurnaan itu tak bermaksud kita boleh goyang kaki sambil main  batu seremban dan minum ais batu campur. Ohhh... tidak. Allah jadikan kita tidak sempurna, tak bermaksud kita mesti terima je segala kelemahan  tanpa sikit pun usaha untuk  jadi lebih baik. Sebab tu Allah kurniakan akal yang sangat dasyat dan akal datang dari otak yang power 'gila'. Allah cipta kita dengan ciptaan yang sangat hebat, supaya kita punya kudrat untuk ubah diri jadi lebih baik dan hampir dengan sempurna... hampir...
Allah berfirman dalam surah Al- Isra' ayat 70 :

  Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. 

Allah cipta kita dengan kelebihan yang sempurna jika nak dibandingkan dengan makhluk lain. 

Dikatakan kita tak sempurna membawa maksud, kita punya kelemahan dari segi sikap, kita punya kelemahan dari segi bakat tu dan ini sebab kita punya potensi yang berbeza. Sepandai manapun seseorang tu, dia pasti ada kelemahan dan kekurangan. Sehebat manapun seseorang tu, dia pasti ada kelemahan dan kekurangan. Jadi, jika kelemahan itu membawa kemudaratan, adakah patut kita biarkan kelemahan itu bermaharaja lela dalam diri ?  Jika kelebihan kita kearah lain, adakah patut  diabaikan kelebihan tu dan layan je kelemahan kita?

Contohnya kita lemah dari segi mengawal emosi, patut tak kita layan je sikap tak elok tu tanpa usaha untuk bersabar? Kita lemah dalam mengurus masa, wajarkah kita biarkan masaterbuang dengan alasan... tak pandai urus masa? Kita memang seorang yang suka enjoy, sehinggakan kita layan internet sampai terlajak waktu solat? 

Contoh lain...

" Alaa, aku memang tak pandai pun, otak slow... belajar pun tak guna"

" Ish, susah la... tak buat lagi dah tahu tak boleh"

" Aku ni memang cenggini. Selalu bagi masalah je"

Jika begitu sikap kita, sedarlah yang kita dah mempertuhankan kelemahan. Alasan demi alasan diberi sampai tutup peluang sendiri. Kadang-kadang, ada yang tersalahkan Tuhan sebab jadikan diri lemah. Nauzubillah.. Allah tak pernah menzalimi hamba Nya, tapi kita lah yang menzalimi diri sendiri. 

Sebab tu Allah kurniakan  akal, untuk bezakan baik dan buruk. Allah utuskan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan umat Baginda. Dan kadang-kadang Allah aturkan orang-orang sekeliling yang baik dan dapat membantu kita kembali kejalan Nya. Sayang nya Allah pada kita. Tinggal pada diri kita, nak berubah atau tak. Nak Jadi lebih baik atau tak. Sayangkan diri atau tak.

Jadi apa jalan penyelesaian nya?

Senaraikan kelemahan-kelemahan dan cuba cari satu persatu solusinya. Kenal pasti, adakah benar itu kelemahan  atau sekadar mindset. Senaraikan juga kelebihan  dan cuba usaha untuk memberi manfaat dengan kelebihan tu. Memang kita tak sempurna, tapi kita saling melengkapi ^^,

Jika  dah usaha tetapi gagal, ingatlah yang kita manusia biasa. Orang yang gagal adalah orang gagal mencuba. Jika gagal, itu bermaksud kita dah selangkah kehadapan, jadi langkah lagi.. langkah lagi dan langkah lagi. 


Ingatlah yang kelemahan memang selalu ada. Jadi tak perlu tunggu kelemahan tu hilang baru nak bergerak. Bergerak je dulu. Jika kita ada sikap yang tak elok, sikap tu takkan hilang tiba-tiba tanpa usaha. Perbaiki diri. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk kita goyang kaki. Gunakan kelebihan  untuk atasi kelemahan. Contohnya, jika kita lemah dalam berdakwah secara lisan dengan bertazkirah, usaha untuk berakhlak mulia sebagai dakwah.  


Ubah sikap yang tak elok dengan yang lebih baik. Atasi kelemahan dengan kelebihan.

Semua orang pernah buat silap. Tapi jangan terlampau selesa dengan kesilapan.

Wallahua'lam. jika ada salah dalam coretan ini, saya terima segala teguran sebab saya juga tak sempurna ^_^








 












 

Nobody perfect, but everyone can be close to it.





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Sebenarnya, saya nak cerita berkenaan erti sebuah persahabatan istimewa. Alhamdulillah, minggu lepas Allah sampaikan hajat saya dan sahabat untuk berjumpa sebelum masing-masing bawa haluan sendiri. Kami jumpa sekejap je, tak lama... tapi sangat bermakna. Jalan tak pandang kiri kanan dah, berborak je memanjang..haha. Al maklumlah, lama tak jumpa... banyak sangat cerita yang disimpan ^_^   

Di akhir pertemuan kami, sahabat saya hadiahkan seutas tasbih yang cantiikk dan wangi sangat. Dia cakap, walaupun tasbih tu nampak biasa je... tapi sangat bermakna bagi die, jadi jaga elok-elok..hee...
Rupa-rupanya, disebalik tasbih tu ada maksud tersirat... nak tahu apa? Dia cakap camni:

" Anggaplah  persahabatan kita seperti tasbih, takkan pernah berakhir dan sentiasa ingatkan kita pada Allah"

Haa... Sweet kann~ 

Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga Allah pertemukan kami. Walaupun..emm, berapa kali da gadoh, tak tegur lama.. tapii, tak boleh la, rasa cam pelik gila bila tak borak ngan dia satu hari. Dan selalunya dialah yang akan mulakan maaf dulu Dia tau kelemahan saya, saye tahu kelemahan dia. Saling menerima, saling memahami, saling mengingatkan pada Ilahi dan saling tarik satu sama lain dari jatuh ke dalam neraka. Itulah sahabat... sahabat dunia akhirat.

Selalu kita dengar, " ukhuwah fillah"... hakikatnya, kita faham tak maksud sebenar die? 

Ukhuwahfillah tu tak semestinya kita kena sentiasa berborak dengan sahabat kita...
Ukhuwahfillah tu tak semestinya kita mesti bagi hadiah setiap kali befday sahabat kita..
Ukhuwahfillah tu bukan hanya bermaksud kita hanya jadi kawan yang baik pada dia..

Saya petik kata-kata dari Imam Al-Ghazali :

Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan dibibir,, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doa.

Doakan sahabat kita jika kita tahu sahabat kita buat khilaf. Doakan sahabat kita supaya dapat jumpa di dalam syurga nanti. Bersahabatlah kerana Allah, InsyaAllah kita akan dapat naungan Allah di padang mahsyar kelak. Boleh jadi, kita tak tahu siapa sahabat kita yang sebenarnya, sebab kita tak tahu siapa yang sentiasa sebut nama kita dalam doanya... jadi bersahabatlah dengan semua orang.

Ingatlah, antara doa yang makbul adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa pengetahuan sahabat nya tadi. Dan dengan kita mendoakan sahabat kita, malaikat akan mengaminkan doa kita itu juga buat diri kita. Tak rugi pun kan...

Bersahabatlah sampai kesyurga! ^^,

*Post kali ni simple je... meniti hari sebelum pergi terengganu.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 




 
















Tasbih Istimewa