PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Penyelewengan Tafsir Kontemporari

1 comment


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

InsyaAllah, kali ni nak berkongsi pula sedikit ilmu yang dapat daripada majlis forum tadi. Alhamdulillah, tajuk yang sangat mantop sampai saya yang mendengar ni pun dah jadi macam burung belatok.. angguk-angguk banyak sangat. Maklumlah, ilmu ceput, jadi bila dapat ilmu yang baru tu macam kena suluh dengan lampu lazer~ Segala yang dicatat dalam ni adalah apa yang saya dapat dari bicara-bicara para ustaz, Saya bukanlah orang yang berilmu sangat namun sangat teruja nak share apa yang diterima... tajuk ni agak berat dan perlu ambil serius. Andai ada yang tersalah, mohon tegur ye : )

Forum dikendali oleh moderator Ustaz Nasrul Hadi bin Saidin, panel 1 Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah, panel 2 Dr. Ahmad Bazli bin Shafie. 

Merujuk pada tajuk bicara ilmiah ni, Penyelewengan Tafsir Kontemporari. Mula-mula dengarkan, rasa cam.. emm.. tak faham sangat. Tapi Alhamdulillah diakhir forum ni, faham dah. First untuk memahami tajuk ni, kita mesti tahu yang tafsir dan al-quran tu tak sama. Al-quran adalah kalam Allah manakala tafsir adalah penerangan berkenaan Al-quran itu dan ia adalah kalam manusia.

Soalan pertama yang diajukan: Apa makna sebenar tafsir dan apa penyelewengan yang berlaku keatas tafsir itu?

Baiklah, sebelum faham tafsir, mesti faham dulu al-quran sebab tafsir datang dari al-quran, tafsiran al-quran. Seperti apa yang dipelajari, Al-quran itu adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril, diturunkan secara berperingkat, membaca nya dikira sebagai ibadah, bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.

Apa yang perlu kita pegang adalah Al-Quran itu KALAM ALLAH kerana penyelewengan sesuatu tafsiran selalunya berlaku apabila kalam Allah ini dipertikaikan. Bila sebut kalam Allah, maka takde apa-apa yang boleh dipertikaikan.. faham tu. Tafsir pula membawa maksud penerangan berkenaan ayat Al-Quran dari segi banyak aspek contohnya asbabul nuzul dan ilmu-ilmu tafsir yang lain. Ilmu tafsir ini sangat luas dan perlu dipelajari betul-betul supaya kita tak tersalah ikut. Sebab itulah tak sama belajar bertalaqqi dihadapan guru dengan belajar dengan pakcik Google, perlu berhati-hati.

Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan ayat al-Quran, Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 7:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
[183]. Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.

[184].Ayat-ayat mutasyaabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang dimaksudkan kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. 











Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan yang ayat-ayat Al- Quran terdiri daripada 2 jenis, Muhkamat (jelas) dan Mutasyabihat ( tak jelas). Maka, penyewelengan tafsir berlaku apabila orang-orang yang ada masalah dalam hatinya mengambil ayat-ayat yang tidak jelas dan membuat tafsiran mengikut hawa nafsunya sendiri.  Mereka dengan sesuka hati membuat fitnah melalui ayat-ayat ini tanpa mengambil kira tafsiran-tafsiran Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'- tabi'in.

Tafsiran Al- Quran pula terbahagi kepada 3 :

1) Tafsir bil Makthur -  ditafsir dengan hadis
2) Tafsir bil Ra'yi       -  ditafsir dengan akal. ada yang diterima dan ada yang ditolak.
3) Tafsir ahli sufi       -  lebih kepada rohani, ada ayat yang zahir dan batin yang hanya boleh difahami oleh ahlinya sahaja. ada yang diterima dan ada yang ditolak.

 Maka penyewelengan tafsir berlaku mengikut hawa nafsu dan timbullah kefahaman-kefahaman yang salah.

Soalan kedua yang diajukan: Apakah maksud penyelewengan tafsir dan bagaimana ia boleh terjadi?

Pada zaman dahulu, orang barat suka membahagi-bahagikan zaman, contohnya zaman silam, zaman moden, zaman kontemporari dan sekarang digelar zaman pasca modenisma. Mengikut kefahaman orang barat, zaman moden itu adalah zaman apabila orang mula MENOLAK agama. 
 
Jom kita masuk sejarah jap, supaya kita faham pokok pangkal datang nye penyelewengan ni.

Pada zaman dimana pengetahuan sains sedang membangun, bibble mengalami kejatuhan sebab banyak ilmu-ilmu sains yang sangat bertentangan dengan ajaran yang ada dalam bibble. Ditambah pula dengan banyak nye campur tangan dalam mengubah suai kitab tu.. maka orang mula lari dari agama dan tidak lagi percaya pada bibble. Sejarah form 5 nii..

Apabila percanggahan berlaku diantara sains dan bibble, maka orang barat mula mengambil tindakan dengan mewujudkan zaman kebangkitan. Seolah-olah zaman ini adalah zaman pencerahan bagi mereka dan zaman bibble itu dianggap sebagai zaman kegelapan. Bermula dari situlah bermulanya zaman moden. Kristian ditinggalkan dan wujud macam-macam golongan contohnye kapitalis, liberalisme dan sebagainya, kebanyakannye atheis.. tak percaya tuhan.

Bila dah jadi camtu, para pendeta ambil tindakan dengan memperbaharui kita bibble tu ( renew)
. Segala pembaharuan tu seolah-olah ikut nafsu mereka, suka suki nak ambik mana, nak tukar yang mana dan nak tinggal yang mana sehingga kristian pun dah berpecah-pecah. Kemudian, dengan pembaharuan inilah Barat bangkit dengan teknologi-teknologi sains dan Islam mula dijatuhkan dan dicerobohi. 


Apabila banyak negara islam jatuh, para cendikiawan mula buat statement camni:

" Kata islam ini mulia, tapi mana izzahnya? Kenapa islam jatuh?"

Persoalan ini dijawab dengan banyak pendapat dan antaranya:

1. Islam jatuh sebab umat islam sendiri lari daripada al-quran dan al-sunnah.
2. Islam jatuh sebab barat ada banyak kehebatan dan kehebatan tu sebab mereka hurai semula bibble. jadi kalau islam nak bangkit, mesti ikut cara barat dengan hurai semula al-quran.
3. Tolak terus ajaran islam dan ikut cara barat.

Dahsyat kan time tu? Jadi, apa yang berlaku sekarang adalah ramai yang ambil pendapat no.2. Mereka lihat kebangkitan barat dan cuba olah semula al-quran supaya jadi moden sesuai dengan zaman tu. Sehinggakan kesahihan al-quran pun dipersoalkan. 

Ulma'-ulma' terdahulu mengkaji sains supaya umat islam dapat rasa kebesaran Allah dan lebih dekat dengan Allah. Tetapi orang barat, mereka kaji sains untuk kepentingan sendiri, untuk mereka kuasai dunia dengan mencabar agama. Hasilnya, mereka bangkit dengan keangkuhan dan membawa pengaruh buruk sehingga umat islam sendiri goyah dengan keimanan yang mereka ada. Hanya kerana nafsu dan tamakkan dunia, islam diperlekehkan. :'(

Sebab itulah, seperti yang dikatakan pada awal forum tadi, peganglah yang al-quran itu adalah kalam Allah yang tak boleh ditukar-tukar sesuka hati...

Soalan ketiga yang diutarakan: Apa strategi penyelewengan tafsir dan kaedah yang digunakan?

 1. Mereka merendah-rendahkan al-quran supaya umat islam ragu-ragu dengan al-quran. Caranya adalah dengan mengatakan bahawa al-quran itu hanya kalam Nabi Muhammah s.a.w bukan kalam Allah. Kesannya, orang mula tak pandang tinggi pada Al-Quran.

2. Mereka cuba buang Rasulullah s.a.w dari manhaj tafsir al-quran. Seperti yang kita tahu, rasulullah s.a.w banyak memberi penerangan berkenaan ayat-ayat al-quran begitu juga para sahabat dan tabi'tabi'in. Maka, tafsiran-tafsiran ini akan mengganggu penyelewengan yang mereka ingin lakukan. So, dengan cara membuang tafsiran- tafsiran ini sahajalah, mereka dapat tuka-tuka sesuka hati. 

3. Mereka menimbulkan keraguan terhadap pengumpulan al-quran yang dilakukan oleh para sahabat. Cara pengumpulan dipertikaikan... jadi keraguan umat islam terhadap al-quran bertmbah. 

Sebab tu lah, kita perlu kaji betul-betul ilmu-ilmu al-quran seperti ulum quran supaya kita tahu sejarah-sejarah nya dan tidak  terpengaruh dengan penyelewengan ini. Tambahan pula, sekarang makin ramai umat islam yang dah murtad dan jauh dari jalan kebenaran.. fahami betul-betul strategi musuh-musuh islam supaya kita rasa tergugat dan ambil serius isu ni. Ramai yang terlepas pandang perkara ni, lebih-lebih lagi anak muda yang kurang diberi pendedahan. Jadi, jalankan tanggungjawab kita dengan kutip ilmu-ilmu agama ini dan sampaikan... walau satu ayat.

Soalan terakhir: Apa kaitan penyelewengan tafsir dengan anti hadis?

Antara hujah yang digunakan oleh golongan anti hadis adalah: 

1. Nabi Muhammad s.a.w juga seorang manusia biasa.

   Lawan hujah ni adalah, memang benar Baginda manusia biasa namun begitu baginda adalah seorang yang maksum. Martabat Baginda tinggi disisi Allah. Setiap yang keluar daripada mulut Baginda adalah wahyu Allah... baginda bukan cakap saja-saja. Akhlak baginda adalah terjemahan daripada Al-quran sebagai panduan ummat sehingga hari ni. 

2.  Hadis ditulis beratus tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 

Hujah untuk lawan balik adalah, Setiap hadis yang dicatat adalah dihafal oleh para perawi cuma baru dikumpul sahaja. Jika kita selami ilmu hadis, dalam menentukan sanad matan sesuatu hadis bukanlah mudah dan mengalami proses yang sangat ketat. Mereka yang meriwayatkan hadis adalah seorang yang benar-benar diyakini, malah akhlak mereka juga diselidiki. Maka, mana mungkin hadis itu tidak benar. 

Itulah perbezaan agama Islam dengan nasrani dan yahudi. Agama islam dipelihara dengan sangat teliti dan bukan mudah untuk diseleweng. Jika kristian, pendeta-pendeta mereka yang mengawal kitab bibble dengan mengubahnya sesuka hati. Jadi bagi mereka, sesiapa sahaja berhak menukarnya.

Tetapi agama Islam dipandu dan dijaga. Para ulama' adalah pewaris ilmu dari rasulullah. Sebab tu lah kita berpegang pada mazhab-mazhab kerana khilaf itu rahmat dan ia memudahkan kita, bukan menyusahkan.

Jadi, tindakan kita sebagai ummat islam, atau lebih khusus sebagai mahasiswa ( bagi yang student).. seharusnya kita sedar yang tanggungjawab kita masih bayak. Suntiklah sebanyak mungkin ilmu dalam diri kerana ilmu itulah yang menjadikan diri kita matang. Hidup di universiti bukan tiket untuk kita honeymoon bersenang lenang dan mengadap subjek-subjek yang diambil sahaja... luaskan tapak ilmu kita dengan memperbanyakkan join majlis-majlis ilmu. Sebab kita takkan dapat banyak jika kita hanya mengadap dan menelaah sebuah buku tebal. Universiti bukan kilang yang memproses pelajar dan mengeluarkan hasil yang kurang kualiti, universiti adalah pusat untuk mendidik pelajar yang intelektual dari pelbagai aspek. 

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan sedar yang dunia sekarang sudah tidak mengizinkan untuk kita goyang kaki. Sedarlah dunia sekarang sangat memerlukan khidmat mereka yang berilmu...

Ayuh!! Kita selamatkan dunia.. InsyaAllah biiznillah ^_^

Saya akhiri coretan ini dengan maaf andai ada terkasar bahasa. Jika ada kesalahan dalam perkogsian ini, saya alu-alukan sebarang teguran yang membina. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.. Wallahua'lam :)





 
















1 comment :

  1. Salam saudaraku

    Ana perlukan penjelasan tentang keredhaan Allah. Adakah ilmu yang menerangkan apabila telinga kamu kedengaran bisikanbisikan dan telinga kamu seolaholah ada serangga didalamnya.?

    Sila rujuk pada blog ana dan DOA seorang saudara kepada saudara yang lain tanpa pengetahuan sesiapa pun maka malaikat akan mendoakan untuk nya.

    Salam
    الشيطان يمكن أن نرى لنا لكننا لا نستطيع . دعونا نرى الغيب مع الله .
    luciferibless.blogspot.com
    Share this with all to show that you care as a brother.
    unseenwhisperhereafter.blogspot.com
    https://plus.google.com/100703592756212393641/posts

    dan ini pun share to all

    voiceevilvoice.blogspot.com
    evilwhispering.blogspot.com

    ReplyDelete