PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Gaya Rasulullah ~ ^_^

1 comment

Assalamualaikum ^_^....


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi  sedikit ilmu yang InsyaAllah dapat beri manfaat pada saya dan kalian juge....hee~
Hmm...kali ni saye...kalau saya gelar diri ana boleh? Baiklah, ana nak kongsi sikit tentang gaya hidup Rasulullah...hmmm...erti kata lain, sunnah Rasulullah S.A.W. erti kata lain, semua yang dibuat oleh kekasih ana dan antum sekalian....eh, kekasih? Mestilah! cinta Rasulullah~ hee ^_^






Seperti yang kita sume maklum...Akhlak Rasulullah adalah Al- Quran dan baginda adalah qudwah hasanah sepanjang ZAMAN. So, kalau kite nak jadi baik, nak jadi hamba yang sentiasa diredhai Allah, kita ikut je akhlak Rasulullah ^_^...  selain tuh, akhlak lah yang menunjukkan siapa kite...tuk dapat redha manusia gak...hablu minallah wahablu minannas! hubungan dengan Allah dan dengan manusia...contohnye lahkan...kite suke tak dengan orng yang suke wat jahat...semestinye kita akan jauhkan diri dari orang tuh...jadi, kita dituntut tuk berakhlak mulia ^_^ Rasulullah bersabda:


Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.

Jadi, cane kita nak ubah diri untuk sentiasa berakhlak mulia??? Segalanya bermula dengan solat..Allah berfirman:
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkra jahat dan mungkar.


Muhasabah balik, khusyuk ke solat kita selama ni?? Pastike solat kita tu solat yang terbaik?? Atau memang kite amik sambil lewa je solat tu....ish.ish..ish..fikir-fikir kan ^_^

Agak-agak, kite kat mane???
Heh......
sebenanye ana nak kongsi dengan antum sume berkenaan Akhlak seorang muslim~  a.k.a Gaya Rasulullah! ^_^


  • Menundukkan Pandangan



Allah Berfirman:
"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan" 
 Rasulullah saw bersabda:
" Pandangan itu satu daripada panah-panah Iblis"

"Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menulungkupkan muka kamu"



  • Memelihara Lidah 


Rasulullah saw bersabda:

" Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji"

" Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama baginya"

" Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menhumbankan muka mereka ke dalam neraka"

  • Malu

" Iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang, yang paling afdal ialah kalimah 'Lailahaillallah' dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman"


  • Lemah lembut dan sabar
Firman Allah:


" Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya( perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan"
( Asy-Syuura: 43)

" Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik"
( Al- Hijr: 85)

" Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
( Az-Zumar: 10)

" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, dan apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu"
( An- Nur: 22)

Rasulullah saw bersabda:

" Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjat ketinggian. Mereka menjawab: 'Bahkan ya Rasulullah', Rasulullah saw bersabda : Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu"

  • Menjauhi perbuatan sangka buruk atau mengumpat

Allah berfirman dalam al-quran:

" Hai orang2 yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain an janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dikalangan kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
( Al- Hujurat : 12)

" Dan orang -orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka buat maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata"
( Al- Ahzab : 58)

Rasulullah saw bersabda:

" Wahai orang- orang yang hanya beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang muslim dan janganlah kamu menjejak keburukan mereka kerana sesiapa yang menjejak keburukan saudara muslimnya, Allah akan mendedahkan keburukannya sekalipun dalam rumahnya"

  • Pemurah

Rasulullah saw bersabda:

" Tidak berlalu satu hari dimana setiap hamba berpagi-pagi pada hari itu kecuali Allah turunkan dua malaikat, salah satu dari keduanya berkata: ' Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan (hartanya)' manakala yang satu lagi berkata: ' Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kebinasaan kepada orang yag bakhil"


Alhamdulillah, sampai dsini sahaja coretan ana...semoga ia dapat menjadi rujukan antum sekalian. Ingat ni, Akhalak Rasulullah saw is THE BEST! So, just act like him ^_^ ana undur diri dulu~

Rujukan: buku KENAPA AKU MENGANUT ISLAM....catatan Fathi Yakan.







1 comment :

Post a Comment