PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Faiza 'Azamta falyaTawakkal 'Alallah !!

1 comment



Alhamdulillah, merujuk kepada tarikh hari ni adalah tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh semua batch 96. Dan Alhamdulillah semuanya selamat menerima sehelai kertas yang kalau boleh nak tutup je, tak nak tengok. Jadi sebab itulah kali ini saya nak bawa tajuk ni, 'Faiza 'Azamta FalyaTawakkal 'alallah!' Dan sebab lain nye adalah untuk pujuk diri sendiri juga, dan pujuk diri yang tengah membaca coretan ini sekali ^_^

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu ye?? 

Maka apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Apa yang saya nak tekan kan disini adalah usaha yang 'gila-gila', doa yang 'gila-gila' ( sungguh-sungguh) dan akhir sekali kemanisan tawakkal yang 'guling-guling' (seronok sangat)...heee..ada faham??

Bagaimana usaha yang dikatakan 'gila-gila' tu?

Selalu nya, diri kita sendiri dapat ukur tahap mana usaha kita..benarkan? Dan lebih mudah kita ukur usaha yang kita usahakan itu dengan perhatikan keusahaan orang lain...eh...maksudnya usaha orang lain lah~ Apa yang dimaksudkan dengan azam adalah kita nak sungguh-sungguh capai sesuatu kejayaan. Jadi tak lengkap azam itu tanpa dihiasi dengan usaha. Benar kan? Jadi kesimpulan nya, kita mestilah usaha  'gila-gila' jika tak nak azam kita tu habis minyak di tengah jalan. Allah suka orang yang berusaha. Dan sentiasalah kita niat kan usaha kita itu kerana Allah... ^_^

Bagaimana pula yang dikatakan doa 'gila-gila' (sungguh-sungguh)?

Doa adalah senjata orang mukmin. Maka, tak cantik usaha itu jika tidak di solek dengan doa kepada Allah. Sebabnya, kejayaan yang kita azamkan tadi bukan nye atas ketentuan kita sahaja. Allah yang akan beri kita kejayaan dan sebelum kejayaan itu diberi kepada kita, Allah nak tengok usaha kita ^_^.
 Jadi tak sempurnalah usaha kita tanpa doa. Jika kita malas berdoa, ibarat kita seorang yang sombong dan rasa dengan usaha kita sahaja, kita dapat capai kejayaan tanpa bantuan Allah. Ish Ish Ish...agak-agak Allah nak bagi ke kalau kita sombong? Jadi jangan kita putus doa dan doa hanya bila kita dalam kesusahan.

Akhir sekali, kemanisan tawakkal yang 'guling-guling'~ 

Yes! Inilah bahagian yang saya paling suka dan rasa nak guling-guling..hehe. Sebab apa ye?
Lepas dah usaha hingga peluh terakhir menitis, kita mestilah bertawakkal kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tawakkal adalah serah segala-galanya kepada Allah. Dan percaya yang Allah pasti akan tetapkan yang terbaik untuk hamba-hambanya Nya yang dah berusaha. Tapi doa jangan tiggal lagi ye~ Seandainya seseorang itu benar-benar bertawakkal kepada Allah, walaupun keputusannya tak memuaskan..dia akan tersenyum lebo-lebo. Dan jika keputusan yang cemerlang, lagilah dia melompat-lompat hingga ke langit! Itu lah indahnya islam dan indahnya bila kita letak sepenuh kepercayaan kepada Allah. 

Contoh mudah, sebagai calon SPM. Ye, saya faham betapa sadis nya diri kita bila kita tak dapat apa yang diidam-idamkan. Tetapi, jika benar kita dah bertawakkal kepada Allah, kita mesti akan senyum lebo-lebo nak terguling. Rileks  sis/bro~ Allah tahu yang terbaik buat hamba-hamba Nya. Ambil nafas dan fikir baik-baik dalam minda, tak semestinya orang yang tak dapat result A+++ tu tak berjaya dalam hidup. Mungkin Allah tangguhkan kejayaan kita sebab Allah nak aturkan kejayaan yang lagi BEST satu hari nanti. Jika bukan didunia, diakhirat nanti. Jangan pernah kita salahkan Allah, dan jika nak salahkan diri sendiri...muhasabah agar kita dapat perbaiki dan tingkatkan lagi usaha kita. ^_^

Saya akui diri ni punya result pun tak se A+++ tu, dan gelak sorang-sorang sebab terkerutkan muka dan kena tarik-tarik sikit mulut bagi senyum... Jadi, bila terjadinya perkara begitu, pujuk lah diri pujuklah hati. Ambil Nafas dalam-dalam dan ucapkan Alhamdulillah. Lepas tu boleh la rasai kemanisan tawakkal yang berguling-guling! Good Luck semua! Perjalanan masih jauuuuhhhh~

Wallahua'alam!



1 comment :

Post a Comment