PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Hakikat Cinta

No comments





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

In Syaa Allah ana nak berkongsi cerita berkenaan cinta. Emm, ana pasti ramai yang tertarik dengan tajuk ni, betul tak? Yelah, siapa yang tak pernah ada perasaan ni, perasaan yang Allah anugerahkan untuk hamba-hamba Nya. Diakui, diri yang baru mencari ilmu ni pun dulu tak faham sangat erti sebenar perkataan istimewa ni. Sehinggalah ana terpilih menyertai pertandingan forum di sekolah, dan tajuk yang diberi adalah 'Cinta, Fitrah atau Fitnah'. Terkedu sekejap bila dengar tajuk ni, kajian dimulakan melalui video, majalah, novel, artikel...Alhamdulillah.

Jadi ana nak share sangat tajuk ni sebab seperti yang kita semua tahu, ramai remaja dah salah erti kan cinta itu sendiri. Ditambah pula dengan lagu-lagu yang 99%  bertemakan cinta, movie-movie yang menayangkan kisah-kisah cinta yang tidak mengikut syariat dan akhirnya menjadi racun kepada ummah. Cinta yang suci telah dikotori dengan maksiat. Sedangkan Allah anugerahkan 'cinta' itu untuk kebaikan.
  
Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”


First of all, ana tegaskan yang islam tidak mengharamkan cinta. Takkan lah Allah nak halang kita bercinta sedangkan cinta itu fitrah. Cuma yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana kita menguruskan fitrah itu agar yang fitrah tidak menjadi fitnah. Jika kita fikir betul-betul, cinta tu ada banyak jenis. Ada cinta yang nampak cam 'Fuyoo' tapi hakikatnya memudaratkan diri dan ada juga cinta yang membawa ke Jannah ^_^.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 14:

 “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Perkara yang paling penting adalah kita kena pandai susun peringkat-peringkat cinta. Siapa yang yang perlu kita utamakan kecintaan kita? 


Biasanya, kita mesti akan jatuh cinta kat orang yang paling banyak memberi kat kita kan? Ketahuilah, Allah lah yang paling banyak memberi kat kita. Segala nikmat di dunia semuanya milik Allah, malah tubuh badan kita pun Allah bagi pinjam. Dan nikmat yang paling berharga adalah nikmat islam dan iman yang ada dalam hati kita. Jika dua nikmat itu Allah tarik, punahlah kehidupan kita. Jadi, kejarlah cinta Allah kerana dengan cinta Allah kita dapat kebahagiaan didunia dan di akhirat. Dengan cinta Allah kita dapat merasai kemanisan iman dan dengan cinta kepada Allah kita membenarkan fitrah kita sebagai seorang manusia, fitrah inginkan kebahagiaan hakiki. Yang paling best, bercinta dengan Allah takkan buat kita kecewa, patah hati dan sedih. Allah balas cinta kita, walau dosa kita tinggi menggunung selagi kita tak mempersekutukan Allah, Allah tetap sayang kita.  Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


" Andaikan kamu berbuat dosa hinga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah memberi ampun kepada kamu" ( Riwayat ibn. Majah)

Peringkat yang kedua adalah cinta kepada Rasulullah S.A.W. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31:
  
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Seperti yang kita semua tahu, Rasulullah S.A.W adalah manusia agung yang sepatutnya menjadi role model kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita melebihi sayang nya ibu dan ayah kita. Bayangkan, beratus tahun dahulu Rasulullah perjuangkan islam untuk ummatnya akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah dah lafazkan rindu baginda kepada kita ummat akhir zaman. Beratus tahun dahulu, Rasulullah menangis  merayu dihadapan Allah agar kita ummat akhir zaman diselamatkan daripada azab api neraka. Malah, para malaikat pun teringin nak jadi ummat nabi Muhammad S.A.W sebab kasihnya dan special nya ummat baginda ni. Lahirkan cinta kita kepada baginda dengan banyak berselawat dan mengikut sunnah baginda.

Cuba kita fikir balik, di padang mahsyar nanti semua manusia dan jin akan dihimpunkan maksudnya ada berbilion-bilion manusia. Raaamaaaiii sangat orang. Dan cuba kita bayangkan macam mana keadaan kita time tu? Layak ke kita nak dapat syafaat baginda jika selawat keatas baginda pun kita baca hanya dalam waktu solat? Tak pun waktu maulidur Rasul time berarak tu? Rasa-rasa kita dapat tak jumpa Rasulullah dalam kesesakan waktu tu? Perbanyakkan berselawat kepada baginda. Dalam satu hadis dari Abu Hurairah R.A : 


Rasulullah S.A.W bersabda: " Setiap Nabi mempunyai doa mustajab, kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doanya itu. Tetapi aku, akan ku manfaatkan nanti untuk membela( memberi syafaat) umat ku di hari kiamat. InsyaAllah doaku itu akan mencapai setiap umat yang mati dengan tidak menyekutukan Allah" ( H.R Muslim)


Tak de alasan kita nak tolak cinta Rasulullah. Jika kita enggan berselawat, ibarat kita menepis tangan Rasulullah yang tarik kita daripada jatuh kedalam neraka.


Seterusnya, lahirkan cinta kita buat ibu dan ayah kita. Dua insan istimewa yang Allah kurniakan kepada kita. Tapi sekarang, kebanyakan remaja mula melupakan jasa ibu dan ayah semata-mata untuk cinta remaja mereka. Berborak dalam tepon berejam-rejam tapi boleh kira berapa patah yang dicakap kepada ibu bapa. Eh..eh...doa ibu bapa tu makbul tau. Bila mereka dah berumur nanti, jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita dulu. Redha Allah tertetak kepada redha Ibu bapa kita.


Dan seterusnya barulah masuk cintan cintun yang lain. Ana faham ramai dikalangan remaja sekarang ni stress sebab cintan cintun yang tak bagos. Bukan nak kata tak boleh bercinta tapi kalau nak cinta yang ni kena terus kawen. Nak terus kawen tu pun bukan bermaksud date-date dulu, kenal-kenal rapat sampai kamcing dulu, pegang-pegang tangan dulu. Ish ish ish. Dan kalau nak terus kawen pun mahar nya kena ada dulu. Maksudnya kalau takde duit lagi, tengah study lagi, utamakan tiga cinta kat atas tu dulu ye shabab-shabab sekalian. Lagi satu sekarang ni dah ada istilah baru, couple islamic. Erkkk... ape tu~ Tidak tidak dan tidak.

Kita kena bijak atasi cintan cintun yang ni, sebab kalau kita duk layan perasaan tu, boleh jadi fitnah. Maybe sesetengah kita akan kata, 'perasaan ni fitrah'. Benar fitrah tapi kalau duk bercinta sampai membawa kemurkaan Allah, tu nafsu namanye..bukan fitrah dah.

Yakinlah, bile kita dekatkan diri dengan Allah, buat apa yang disuruh tinggalkan apa yang dilarang, kita dapat kawal perasaan ni dengan bijak. Tundukkan pandangan. Tak perlu nak duk uji-uji orang kalau dah tersuka tu, ni selalunya lelaki lah kan. Tak perlu nak contact-contact, contact je lah dengan Allah. Dan tak perlu lah nak risau tercari-cari bakal isteri yang sesuai, kalau dah sampai waktu sepatutnya kita kahwin tak pe lah, tapi kalau masih dalam study atau disekolah, lawan lah perasaan tu.

Kalau dah tersuka tu, tak perlu diluahkan perasaan tu. Simpan je dan 'tumbuk-tumbuk' bagi perasaan tu duk diam-diam..hehe. Dan untuk yang dah berkenan dengan muslimin/muslimat, duduk diam-diam jangan buat apa-apa kalau betul suka kan muslimin/muslimat tu. Jangan ditarik masuk ke dalam perbuatan yang Allah tak suka. Tutup telinga rapat-rapat supaya tak termakan dengan tipu helah syaitan, basahkan lidah kita berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Rasulullah. ^_^

Bila dalam dompet dah ada duit berkepuk-kepuk, dah boleh bagi nafkah silakan...pergi rumah bakal jumpa mak ayah, terus pinang. Dan hiduplah bahagia dalam Baitul Muslim yang diredhai Allah. 

Firman Allah dalam surah Taubah ayat 24:

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
 

Wallahua'lam~
























No comments :

Post a Comment

La Tahzan~

No comments


". Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu."( surah Al-Fusilat: 30)


"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." ( surah Ar-Ra'du : 28)


"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," ( surah Al-Fath : 4)


"Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." ( surah Al- Faathir : 38)


" Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" ( surah Al-Imran: 139)









No comments :

Post a Comment

Kenapa Hati keras?

No comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saat ini kita masih diberi nikmat untuk bernafas. In Shaa Allah, ana akan sentuh berkenaan hati, kenapa hati kita keras? Ingin ana ajak antum sama- sama berfikir, cuba kita muhasabah semula tentang hati kita. Adakah sihat hati kita? Cukupkah makanan rohani yang hati kita terima hari ni? Atau kita soal diri kita, apa khabar imanku hari ini?? 

Okey...dah banyak sangat soalan~

Sebab apa banyak soalan? Inilah yang dinamakan muhasabah dan akhirilah muhasabah kita dengan istighfar kepada Allah. HATI. Kenapa penting nya kita jaga hati kita molek-molek? Sebab hati adalah Raja dalam diri kita. Segala yang kita lakukan, setiap apa yang kita fikir dalam minda, semuanya bermula dengan hati. Jadi, hati tu tersangatlah penting untuk dijaga supaya dengan hati yang penuh iman akan terhasillah akhlak yang mulia. Dan apabila hati kita keras, akhlak kita juga akan terkesan.

Kenapa Hati keras?
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kurangkan lah bercakap selain daripada berzikir kepada Allah S.W.T kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras. Dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras"
Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa, kita tak terlepas daripada bercakap. Jumpa orang kita cakap-cakap...jumpa orang lain cakap-cakap lagi...jumpa orang lain cakap-cakap lagi. Apa yang ana nak sentuh adalah, adakah setiap apa yang kita cakap tu kita ingat Allah? Muhasabah semula. Sepanjang borak-borak kita, sepanjang chit chat kita ada tak kita selitkan zikir? Zikir tu bermaksud ingat Allah. 

Jadi, sebelum lidah melafazkan setiap perkataan, fikir dahulu adakah kata-kata yang akan kita sebut ni dapat beri manfaat, dapat jauhkan diri kita daripada dosa atau dekatkan diri kita dengan dosa. Seandainya kita rasa lafaz itu hanyalah borak-borak kosong, lebih baik kita diam. Sebab? Orang yang banyak cakap, hati keras. Dan bila hati keras, Rasulullah dah bagi jawapan yang jelas, kita akan jauh daripada Allah...Nauzubillah~

Dan bila kita jauh daripada Allah, kita dapat jamin ke yang kita dapat lalui kehidupan dengan baik? Kita dapat jamin ke yang doa kita akan dimakbulkan? Jadi, doalah banyak-banyak kepada Allah agar setiap perkataan yang kita sebut adalah perkataan yang mengingati Allah. Jika tidak, lebih baik kita diam. Contoh kata-kata yang mengingati Allah:

Bila kita dipuji, ' Alhamdulillah, segalanya daripada Allah'
Bila kita berjaya, ' Alhamdulillah, tanpa kekuatan daripada Allah mungkin saya tak berjaya'
Bila kita melihat keindahan alam, ' Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah'
Bila kita buat salah, 'Astaghfirullah.....'

Perbanyakkan lidah kita untuk berzikir. Elakkan daripada kita mengumpat, buka aib orang, perli orang. Semuanya akan buat hati kita keras. Dan bila hati kita keras, susahlah ilmu nak masuk, susahlah kita nak maafkan orang, susahlah kita nak menangis dihadapan Allah, dan kesan ni semua berpunca daripada jauh nya hati kita dengan Allah.

Setiap apa yang kita lafazkan dengan mulut, mulut akan jadi saksi di akhirat nanti.
Setiap apa yang telinga kita dengar perkataan dari mulut kita, telinga akan jadi saksi di akhirat nanti.
Ayuh, kita sama-sama kurangkan bercakap, banyakkan berzikir ! ^_^

Subhanallah!
Alhamdulillah!
Allahu Akbar!
Lailaha illallah!

Wallahua'alam~ 






 


 

No comments :

Post a Comment

Sanah Helwah...

No comments




Assalamualaikum semua!

Post kali ni untuk saje-saje je...hehe~
Heemm...merujuk tarikh hari ni, alhamdulillah umur ana dah pun bertambah. Alhamdulillah dapat menikmati hidup dimuka bumi Allah ni selama 18 tahun dah, dan tak tahu lah bila akan berakhirnye..Wallahua'lam~ 

Bila angka umur dah bertambah ni, akal mula terfikir...apaje yang aku buat selama 18 tahun ni ek. Apa je lah yang aku sumbang untuk umi ayah, untuk keluarga, untuk cikgu-cikgu, untuk sahabat-sahabat dan yang paling penting untuk ummah. Banyak nye dosa~ Jadi, bermula dari detik ni pencarian jalan menuju Allah akan digiatkan! InsyaAllah~

Apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat kepada yang ingat tarikh bersejarah ni. Syukran Jazilan! Terima kasih untuk doa kalian dan minta maaf kepada orang yang terima balasan yang agak tak sedap dengar dari ana, sebabnya hanyalah untuk kebaikan. Tak lupa juga untuk sahabat-sahabat dan family terutamanye, Terima Kasih banyak-banyak! Doa bawah ni daripada seseorang ^_^


Special 4 u

Assalamualaikum miss POU ~ Sanah Helwah ya jamilah


ya Allah,
tambahkanlah amalanku,
disaat bertmbahnya usiaku, dan sempena hari lahir ini
ku sujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya ALLAH,
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku
janganlah kulalai dari mengingatiMU
Sebaik baik amalnya,dan seburuk-buruk
manusia adlh yg panjang umurnya dan
buruk amalnya".

Ya ALLAH...
Kutahu ENGKAU sentiasa
menyayangiku,
Sebab itu diriku selalu diduga olehMU...
 
Ya Allah
semoga RedhaMu Ya Allah
sentiasa mengiringi diriku...
 
Ya ALLAH...
Andai ini usiaku yang terakhir,
Terimalah taubatku, ibadatku
dan amalanku ini Ya ALLAH...
 
Ya ALLAH...
Syukur ku dengan hadiah yang
KAU berikan ini..
 
Ya Allah kurniakan kami seluruh
kebaikan ketika di dunia, dan
seluruh kebaikan ketika di
akhirat serta jauhkan kami
daripada api neraka,
Aameen ya Rabb


~ Terima Kasih Ya Allah~


No comments :

Post a Comment

Hipokritnye Aku !!!

No comments


 Assalamualaikum.

Hipokrit. Apa yang dimaksudkan dengan hipokrit? Belakang buat lain, depan buat lain. Talam dua muka dan yang sewaktu dengan nya. Dan semestinya takde orang yang suka berkawan dengan orang yang hipokrit ni, betul tak? Jadi, kebanyakan kita yang taknak orang tak suka dengan kita berusaha gile-gile lah nak jauhi hipokrit ni. Sebab apa? Sebab hipokrit ni samalah juga dengan menipu. Tapppiiiiiiii.....
Ramai dikalangan kita ni dah salah guna perkataan hipokrit ni. 

Ha?? Yeke?? Mane derr? Tak pernah, tak pernah!  Bila masa?


Situasi 1:  
Abu seorang yang nakal di asrama. Bagi dia, peraturan tu just untuk orang yang 'baik' je~
Satu hari dia mengikuti satu slot muhasabah dan akhirnya air mata nya mengalir tapiii...
Bila nak buat baik, dia terfikir 
' ish, hipokrit gile aku, aku kan nakal tetiba nak buat baik. tak payah la buat baik. Nanti apa pulak member aku cakap'...
Maka dia kembali kepada perangai asal...biar jadi diri sendiri~

Situasi 2:

Amin telah dimasukkan ke dalam gerabak tarbiyah. Maka sepanjang mengikuti gerabak ini banyak lah nasihat yang dia dapat, termasuk lah solat sunat. Bila di surau bersama-sama member, dia rajin solat sunat. Tapi bila balik rumah, dia mula malas dan tinggalkan solat sunat. Tetapi apabila kembali bersama-sama member dalam usrah, diri tertarik untuk turut solat sunat bila melihat member buat. Tapii..bila nak buat solat sunat, hati terdetik..
' nak solat sunat ke? kat rumah aku tak buat pun, tetiba sekarang nak buat...cam hipokrit je'
Maka dia tak buat dah solat sunat, dengan alasan taknak hipokrit...biar jadi diri sendiri~


Situasi 3:
Aminah seorang remaja yang biasa. Tanpa tarbiyah diperoleh, penampilan nya kurang menampilkann seorang muslimah. Tudung atas dada, baju ketat, seluar ketat. Satu hari dia terbaca satu artikel berkenaan aurat seorang wanita. Pembacaan nya disertai rasa sentap sebab dirinya masih tidak sempurna. Hati mula rasa resah dan ingin berubah. Tapiii bila nak berubah...
' Hemm, cam segan je nak pakai baju longgar, tudung bidang...cam hipokrit pulak rasa. Tak yah laa'
Maka penampilan nya tidak berubah pun..biar jadi diri sendiri~

Eh.. 

Itulah yang ana maksudkan salah guna hipokrit. Hakikatnya, apabila  hati kita tergerak  nak buat baik, nak buat perkara yang Allah tuntut kita untuk buat, bukan hipokrit namanya. Tetapi Allah telah menggerakkan hati kita untuk kembali ke jalan Nya. Tapi kita pula anggap panggilan Allah tu sebagai sesuatu yang hipokrit. Wajarkah? Ketahuilah, bisikan dalam kepala yang mengatakan apabila kita ingin buat sesuatu kebaikan tu sebagai hipokrit hanyalah bisikan daripada musuh utama kita, syaitan. Jangan kita terpedaya dengan trik yang syaitan lakukan. 



Mungkin apa yang kita rasa bila nak berubah, kita fikir kita dah buat banyak sangat dosa dan rasa cam 'tak pe lah'. Itu maksudnya kita tak yakin dengan kasih sayang Allah terhadap kita. Kita tak yakin yang Allah akan ampunkan dosa kita sedangkan Allah Maha Pengampun. Malah disaat kita rasa selesa dengan dosa yang kita lakukan, Allah gerakkan hati kita untuk kembali kejalan Nya sebab Allah sayangkan kita. Jom! Kita sambut kasih sayang Allah ^_^


Ajal maut kita hanya Allah yang tahu. Ingatlah yang kita sebagai manusia mempunyai dua kehidupan. Kehidupan pertama hanya persinggahan utuk kita, dan kehidupan kedua adalah hidup yang sebenar. Mengapa kita melengah-lengah kan untuk jadi baik jika kita tahu yang kita hanya ada satu persinggahan. Persinggahan yang kita tak tahu bila akan tamat.

Fitrah seorag manusia inginkan kebaikan. Walaupun kita rasa diri kita dah selesa dengan dosa, hati kita tak tenang pun hakikatnya. Kita manusia takde yang sempurna, kita buat banyak dosa, iman kita turun naik sebab kita bukan malaikat yang iman nya maintain je..kita bukan rasul yang iman nya semakin naik. Jom kita islah diri kearah yang diredhai Allah! ^_^

 Messenger of Allah, Prophet Muhammad S.A.W said:

"Three are the signs of a hypocrite: when he spoke he told a lie, when he made a promise he acted treacherously against it, when he was trusted he betrayed." [Muslim]

Kalau terasa kita termasuk dalam tiga golongan ini, jawapan nya hanya satu...Kembali pada Allah~

Wallahua'lam ^_^ 

No comments :

Post a Comment

Hidup di Negara Orang

1 comment
Dalam perjalanan...Cantik kan!

Tangkuban Perahu, Bandung

Dalam perjalanan


Assalamualaikum!

Baiklah, kali ini saya sekadar ingin berkongsi cerita. Nak rileks-rileks minda gituu, hilangkan stress. Satu pengalaman yang berharga bagi saya. Jom baca cerita ni! Kita terbangkan minda ke seberang jap. ^_^

Kalau nak tau, kawan-kawan gelar saya orang nomad. Hahaha! Tak baik kan~ Sebab saya memang selalu pindah randah pun. Dari utara ke selatan ke barat dan sekarang di seberang, itulah Indonesia.
Kerja seorang jurutera awam, begitulah. Dimana ada projek, disitulah kami sekeluarga akan bertapak. Jadi, saya dah didik daripada kecil lagi untuk berdikari, kena tinggal jauh. Biasa dah tu.
Jadi sekarang, memandangkan saya dah habis sekolah dan tunggu result SPM *syeramm, di Indonesia lah saya bertapak. Tak boleh nak kerja, maklumlah orang asing. Haha! Berbakti untuk umi dan ayah, suri rumah sepanjang masa ^_^

Bile dah bertapak atas bumi orang ni, macam-macam lah ragam nye. Lawat sana, lawat sini. Beli sana beli sini. Dan dapat kenal hidup tuan punya negara~ Oke, banyak sangat nak share ni, almaklumlah, dah lama tak jumpa kawan-kawan..hee.

Kat sini, kami gerak sana sini dengan kereta bersama pak supir..Pak Eric namanye. Nama orang sini pelik-pelik sikit tetapi mereka ni islam. Dan benda first sekali yang saya teruja di sini adalah bertapa padat nye bandar mereka. Kapal terbang dah nak mendarat rendah tapi rumah masih penuh kat bawah. Seram sejuk saya waktu tengok kat tingkap, kat mana lah nak mendarat...macam takde lapangan je. Haha, alhamdulillah selamat jumpa lapangan.

Rakyat disini, agak sukar nak kenal agama dan bangsa sebab semua nye cakap bahasa Indonesia. Yang muslim hanya dapat dikesan dengan hijab mereka, yang takde tu...tak dapat nak teka lah agama.
Pemandangan kat sini cantiiikkk sangat. Kalau nak rase tempat sejuk di bandung, lembang, garut.
Ha! Mesti tak pernah dengar...sebab yang famous kat Malysia tu Jakarta, Bandung. Saya tinggal di Purwakarta...Sadang ^_^ 

Satu perkara yang saya kagum dengan orang sini adalah kerajinan mereka. Kalau di kampung, kebun sayur sampai kepuncak. Penuh. Susah la juga nak jumpa tanah lapang yang kosong. Tanah kecil kat depan rumah pun ada sawah. Tak jumpa lah kat Malaysia~ Rumah pule, takde yang kayu. Semua nye batu. Tetapi susah nak jumpa kawasan perumahan macam di Malaysia, rumah mereka bercampur dan selang seli. Kejap besar, kejap kecil. kejap kecil sangat, kejap besar sangat.

Rakyat disini kan susah nak jumpa orang mintak sedekah. Walau semiskin mana pun mereka-mereka ni, mereka tetap bekerja. Maka, macam-macam jenis kerja lah wujud. Contohnya, setiap simpang mesti akan ada orang jaga. Mereka akan tolong kereta, tahan kereta dan buka laluan. Pastu, mereka dapat lah duit sikit. Walaupun sikit, mereka usaha. Contoh lain, setiap kali ade traffic light, pasti akan ada orang yang pegang gitar ke...ada yang jual air, jual makanan, jual mainan, basuh kan tingkap ke, yang jadi orang logam pun ada. Kreatif. Tetap berusaha untuk dapatkan duit yang halal ^_^  

Ha! Perkara unik disini adalah kita tak payah risau harga air naik, harga api naik. Sebab apa?
Disini sumber air adalah air sumur. Bukan bermaksud kena pergi jauh-jauh ambik air perigi, tapi setiap rumah ada pam air sendiri. Mereka pam air bawah tanah sedalam lebih kurang 200 meter. Dan dapat lah air yang jernih, jadi mereka tak perlu bayar apa-apa. Untuk bil elektrik pula guna pulsa. Pulsa tu macam topup tepon tu, beli kat kedai runcit berapa rupiah. Pastu masuk kan nombor kat...benda yang tunjuk meter tu...hee, apatah nama die. So, masing-masing akan pandai-pandai ler jimat elektrik kalau taknak cepat habis. 

Dalam pengalaman manis ni, terselit lah juga pengalaman yang kurang seronok. Saya terpaksa masuk wad sebab muntah demam dan tak makan. Takut badan hidrasi sebab dah tak makan tapi keluar je, kenalah masuk air. First time dalam hidup lepas masuk wad waktu dilahirkan..haha!
Tarikh masuk pun sama ngan tarikh lahir cuma tahun dan bulan je lain~ Tak best..tak best...tapi itulah ujian Allah untuk hamba Nya.

Akhir sekali nak cerita, dah nama pun orang asing jadi bahasa pun jadilah asing. Walaupun pernah tengok cerita sinetron, tergagap-gagap la juga dibuat nye..hadeh~ Kat sini ada banyak loghat. Ternganga dibuatnye bile dengar dorang cakap..apakah?? Kalau diorang guna bahasa indonesia boleh la faham. Orang sini pun kureng faham cakap kita. Jadi dia akan jadi 'ha?' 'ha?'...haha lawak~ pernah sekali tu, saya kat resort. Pastu ada orang nak cuci bilik. Apa yang saya perasan mereka masuk bilik berkasut. So..

Saya : Pak, nanti nak masuk jangan pakai kasut ye
Pak : Ha? * kening angkat mata bulat
Saya : Emm, nanti mau kemas buka kasut diluar..jangan jalan-jalan kat dalam pakai kasut.
Pak : Maksudnya?
Saya : Err...tu..tu * tunjuk kasut...sendalnya buka letak diluar yaa
Pak : Oh..iyaa iyaa. Permisi yaa..

muka kerut-kerut. 

Kat hospital pun camtu. Sampai doktor kata ' Kalau enggak faham, enggak apapa, speaking ajaa' hadoyai~ Saya sebenarnya kagum dengan budi bahasa mereka. Sedap je dengar, sopan je. Kalau sebut tu sebut penoh, takde pendek-pendek. Kalau kat restoran, orang yang hantar makanan akan cakap       ' Silakan menikmati yaa'..dalam hati, iyaa iyaa saya nikmati..hehe

Setakat itu je lah perkongsian ana. Yang penting bila pergi negara orang, ambil pengajaran dalam kehidupan mereka. Kena pandai bawa diri. Jauh perjalan, luas pemandangan ^_^

Wassalam..





1 comment :

Post a Comment

You Can Have What Ever You Want!

No comments





Assalamualaikum

Merujuk kepada tajuk yang ana bawakan kali ini, mungkin ramai pembaca akan tertanya-tanya. Boleh ke kita dapat apa yang kita nak, segala-galanya? Kebanyakan mentaliti masyarakat sekarang adalah 'Segala-galanya perlukan duit'. Benarkan? Maka dengan pandangan ini, semua orang akan berpusu-pusu mencari duit sehingga yang kaya mengumpul duit berkepuk-kepuk dalam poket kerana takut hidup pokai, yang kurang berkemampuan stress 'gila' bila duit tak cukup dan akhirnya yang fakir miskin hanya makan nasi gaul garam.

betul lah tu! abis kalau tak ade duit nak makan apa??

Benar kita memerlukan duit tetapi bukan segala-galanya perlukan duit. Jika benarlah segala-galanya perlukan duit, bagaimana pula dengan saudara seislam kita yang kurang berkemampuan ingin mendapatkan apa yang dingini sedangkan tajuk post kali ni adalah 'YOU CAN HAVE WHAT EVER YOU WANT!'

Rezeki tu Allah yang bagi.

Sebagai contoh, ada seorang muslim yang sangat soleh dan seorang orang kaya raya yang sangat kaya tetapi jauh daripada jalan Allah. Walaupun muslim itu mempunyai beribu masalah, dia tetap tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah. Berbeza pula dengan orang kaya raya yang sangat kaya, masalh sebesar semut namun terlalu stress.

Orang kaya yang sangat kaya bertanya kepada muslim soleh itu, apa yang menyebabkan dia masih mampu tersenyum walaupun beribu masalah. Muslim soleh menjawab dengan berkata " Kemanisan iman dalam hati" Orang kaya yang sangat kaya berkata, " Aku ada banyak duit sebab aku orang kaya yang sangat kaya, aku boleh dapat segala-gala yang aku nak. Jadi aku nak beli iman yang kau ada tu guna duit" Muslim Soleh berkata, " Duit bukan lah segala-galanya"

Oke, habis da cerita~

Jadi macam mana nak dapat segala-galanya tu??

Asceticism. Az-Zuhd. Zuhud.
Apa yang dimaksukan dengan zuhud bukan lah hanya duduk diatas tikar sejadah tanpa usaha. Apa yang dimaksudkan dengan zuhud adalah meletakkan kesungguhan kita lebih untuk hidup selepas dibangkitkan semula, hidup di akhirat bukan untuk hidup di dunia. 

Sebagai contoh, kita mempunyai duit yang sangat banyak sehingga boleh jadi orang kaya yang sangat kaya. Namun apabila duit kita bertambah, kita tidak gembira sampai lupa dunia. Dan apabila duit kita berkurang, kita tidak sedih sampai lupa dunia. Dan bila duit kita tak tambah-tambah, kita tak stress sampai lupa dunia. 

Tapi macam mana boleh jadi camtu?

Sebab kita dah siap sedia tanam dalam jiwa yang kita tidak terlalu obses dengan dunia dan kita ingin mencapai kehidupan diakhirat yang kekal abadi. Itulah zuhud. 

Sebagai manusia, kita inginkan dunia. Takde orang yang rela tak makan sepanjang hidup sebab takde duit. Dan takde orang juga yang mengaku nak masuk neraka. Maka, jika inginkan dunia dan akhirat, kejarlah akhirat dunia akan mengejar kita. Kita tak akan dapat capai akhirat jika kita hanya kejar dunia. Senang cerita, setiap apa yang kita lakukan didunia biarlah dapat memberi keuntungan untuk diri kita di akhirat kelak. 

Sentiasa rasa bahawa diri kita hanya hamba Allah.
Sentiasa ingat bahawa kita masih ada kehidupan yang kedua.
Sentiasa ingat bahawa setiap ketentuan yang Allah tetapkan pasti ada hikmah.
Sentiasa sedar bahawa cctv Allah ada dimana-dimana.

Dan apabila kita benar-benar berusaha mendekatkan diri kepada Allah, InsyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan iman. Then we can have whatever we want! 

Senyum ^_^



 





No comments :

Post a Comment

Apa yang penting?? MUJAAAHADAH!!

No comments



Assalamualaikum ikhwah akhwat sekalian!! 

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar
Lailahaillallah

Baiklah. Pengisian kita pada detik ini bermula dengan tajuk MUJAHADAH!.
Sebelum mula, sila angkat tangan siapa yang tak pernah dengar lagu yang paling femes..wonderpet~

...krik..krik..krik...

Oke.memahami walaupun umur dah atas 17 tahun.
Kalau wonderpet...Apa yang penting? Kerjaaasama!
Tapi untuk kita lebih enak bunyinya jika...Apa yang penting? Mujaahadah!

eheh..

Apa yang dimaksudkan dengan mujahadah dan apa yang penting sangat mujahadah ni sampai lagu wonderpet yang 'best gile' tu kena tukar?

Kalau dalm bahasa melayu, mujahadah tu maksudnye bersungguh-sungguh. Tetapi hakikatnye, mujahadah tu luas ertinya. Semua perkara perlukan mujahadah.

Disebabkan mujahadah, seseorang itu sanggup lakukan sesuatu hingga peluh terakhir menitis
Disebabkan mujahadah, darah sanggup ditumpahkan
Disebabkan mujahadah, katil yang hempuk-hempuk sanggup ditinggalkan untuk bertemu Allah ditengah malam.
Disebabkan mujahadah juga syariat Allah terus ditegakkan walau tentangan datang bertalu-talu.

Kerana apa?

Andai benar inginkan kemanisan syurga Allah, bermujahadah lah. Jika diri benar-benar ingin terus berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang penuh dengan duri-duri tajam, teruslah bermujahadah disamping mengharapkan redha Allah.

Tidak dinafikan, mujahadah itu tidak semudah makan masakan ibu dan terus kenyang. Mujahadah memerlukan pengorbanan yang tinggi. Matlamat kita sebagai hamba Allah yang menggalas jawatan sebagai khalifah mestilah jelas. Supaya apabila tiba ujian ketika sedang menjalankan tugas, kita dapat terus bermujahadah dan terus meyakini bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Setelah kita berhabis pulas menghayati dan menjiwai erti sebenar mujahadah, barulah kita benar-benar dapat mengaadam kalam Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69:

"Dan orang-orang yang berjihad  untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik"

Mujahadah itu pahit, Kerana Syurga itu manis.
Syurga itu indah, dan tidak mudah utuk mndapatkan nya tanpa MUJAHADAH!.

Selamat Bermujahadah!

No comments :

Post a Comment