PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Wahai Remajaaa... Bangun!

2 comments


Assalamualaikum.

Bila sebut soal remaja, pasti ramai yang akan terbayang wajah-wajah yang masih ayu cantik comey, wajah-wajah yang masih hensem cool macho dan susuk yang masih bersemangat waja, kuat lagi hebat. Dalam kitaran manusia ni, kita akan dapati ada tiga golongan. Golongan kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa. Dan kali ni saya nak berbicara sedikit tentang golongan yang tengah-tengah... REMAJA. 

Tak dinafikan, dunia akhir zaman ni... kita dapat lihat bermacam-macam masalah masyarakat, dan sebahagian besarnya adalah daripada masalah seorang remaja. Dan yang paling biasa pun, kat sekolah dulu mesti semua orang pernah buat karangan yang bertemakan masalah remaja... betul tak?? Sebab apa? 
Sebab memang banyak masalah pun. Dan jika kita cuba selidik punya selidik, antara punca golongan remaja ni bermasalah adalah disebabkan banyaknya masa 'kosong' yang mereka ada... emm.. pembetulan, masa yang kita ada. Yelah, saya remaja lagi. hehe.. Pada diri saya pun, tipulah kalau nak kata tak banyak masa lapangkan, lagi-lagi bila baru habis spm... huuhh~

Sebab apa kita rasa banyak masa lapang?? Sebab kita selalu rasa yang kita ni budak kecil lagi yang tak perlu susah payah kerja cari duit, kita rasa kita ni masih banyak lagi masa sebelum bertemu ajal, kita rasa yang kita ni tak banyak tanggungjawab kena pegang, kita rasa yang... 

" Alaaa... rileks la bro! Muda cuma sekali! Nikmati! Nikmati! "

Oke.. nikmatilah selagi belum mati. * tepuk dahi

Allah berfirman dalam surah Al- 'Asr, ayat 1 hingga ayat 3:


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang- orang yang beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Masa adalah benda yang sangat berharga. Buktinya? Allah bersumpah dengan masa, ini menunjukkan bahawa masa itu bukan perkara biasa-biasa. Di dunia nyata ni, kita takde doremon yang ada 'pintu masa', jadi bijak-bijkkan lah diri kita dalam mengurus masa. Orang yang tidak menghargai masa, jelas rugi bukan sahaja di dunia malah juga diakhirat. Ada orang yang Allah anugerahkan kepadanya umur yang panjang, tapi bila dah berumur, barulah hati terdetik... " kemana masa mudaku selama ini? " Dan jika pada masa  itu baru terdetik, jadilah dia seorang yang sangat-sangat rugi. 

Jadi sebagai seorang remaja, ingatkan diri kita selalu yang Allah tak tarik nyawa ikut umur kita. Berapa ramai yang meninggal dalam usia yang masih muda, dan berapa ramai je yang sempat menjengah usia tua. Sebab tu lah Rasulullah SAW ingatkan umat baginda bahawa orang yang paling bijak itu adalah orang yang ingat mati. bukan orang yang dapat cipta telefon canggih, bukan orang yang berjaya jawab kuiz tahap kritikal susah. 

Cuba kita bayangkan, jika kita hanya ada 24 jam sahaja lagi untuk hidup... agak-agak kita sempat tak nak main game candy crush? sempat tak nak tengok cerita frozen, drama korea? sempat tak borak-borak kosong sambil menjamah daging mentah kawan sendiri??? Emm... fikir-fikirkan lah~ Jadi, pastikan diam kita itu FIKIR dan cakap kita itu ZIKIR ^_^

Jangan ingat  remaja tu takde perkara mustahak yang perlu difikirkan. Bermula dari sekaranglah, seorang remaja perlu persiapkan diri sesiap-siapnya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, membaca sebanyak mungkin bahan ilmiah. Sebab? Pemimpin sekarang, dahulu mereka juga remaja. Dan kita sebagai remaja pun bukanlah selama- lamanya akan jadi seorang remaja. Satu hari nanti negara memerlukan barisan pimpinan yang baru, dan kitalah yang bakal mencorak kepimpinan itu nanti. Berazamlah untuk memimpin ummah kejalan yang diredhai Allah... InsyaAllah! 

Ingin saya ingatkan kembali sejarah kegemilangan tamadun islam. Jika diperhatikan, ramai tokoh-tokoh islam terdiri daripada kalangan remaja. Kita lihat Abdullah Ibnu Umar, yang kala mudanya berusaha duduk dalam majlis ilmu Rasulullah SAW, Mu'adz dan Mu'awwidz yang sibuk mempersiapkan diri menyertai peperangan walaupun masih muda, Usamah bin Zaid yang baru berumur 19 tahun sudah mengepalai tentera bagi mengegar Rom dan Sultan Muhammad Fateh, di usia 21 tahun sudah berjaya meruntuhkan kerajaan Konstantinopal. Dan sekarang, lihat pula diri kita, berapa umur ku? Sampai umur berapa aku akan hidup? Apa yang sudah aku lakukan setakat ni? Dan apa tindakan ku sekarang??

Ayuh! Semangat seorang remaja itu lebih membara-bara jika nak dibandingkan dengan semangat seorang dewasa. Tapi apa pun tak jalan jugak jika hangat-hangat tahi ayam, betul tak? Jadi, ambil first step dengan mulakan hari yang baru esok... tinggalkan semalam dan bawa pengajarannya untuk hari esok. Jangan sia-siakan usia remaja kita. Lillahi Ta'ala ^_^

Dialog baru :
" Bro! Hidup cuma sekali, Bila-bila boleh mati. Jom kita usaha bermati-mati, bawa Ummah kejalan Ilahi! " 

hehe ~

Terima kasih sudi baca, ambil yang baik buang jauh-jauh yang buruk ye. 

Wallahua'lam.





2 comments :

  1. Terima kasih ats peringatannya! Love ur blog! ^_^

    ReplyDelete