PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Futuristik

No comments
                                             




Futur

Mungkin ada sebahagian pembaca sudah terbiasa dengan perkataan ini. Satu kata yang menakutkan dan sangat-sangat membahayakan. Dan mungkin ada juga pembaca yang pertama kali mendengar perkataan aneh ini. 

Dan tak lupa juga, penulisan ini juga buat diri saya sendiri yang seringkali diserang bertubi-tubi oleh penyakit yang menakutkan ini. InshaaAllah saya akan cuba kupas serba sedikit berkaitan futuristik ini. Buka minda, buka hati, moga peroleh kefahaman!

Futur ini adalah daripada bahasa arab. Jika di'google translet' kan, maka terteralah ertinya.

Kesejukan.

Atau secara mudahnya bermaksud, bilamana terjadinya keguguran iman atau tahap iman dalam hati berada pada tahap kronik dan nazak. Atau juga, boleh juga dianalogikan bila diri menghadapi musim sejuk yang diri kita je boleh rasa, orang lain panas mengipas diri tetapi kita memakai baju sejuk tebal yang entah datang sejuk dari mana. 

Kenapa musim sejuk? 

Kerana saat ini, jiwa yang seharusnya lembut dibasahi iman dengan mutaba'ah amal dalam mengikut tarbiyah, menjadi beku kaku. Diri yang sebelumnya asyik membaca bacaan ilmiah kini sibuk dengan drama bersiri yang tidak berisi selain mengisi keinginan nafsu. Telinga yang sebelum ini sentiasa dihujani nasihat-nasihat, ceramah-ceramah kini hanya dimainkan dengan rentak lagu yang mengasyikkan. Lidah yang sebelum ini lembut dengan zikrullah, dengan ayat-ayat cinta Allah kini lembut dalam bergosip mengumpat mengomel sana sini.

Apa tanda-tanda yang menunjukkan kita menghidapi penyakit ini?

Malas beribadah, Malas buat kerja-kerja dakwah, mathurat terbang entah kemana, tilawah harian ditinggal tanpa rasa nak baca, tak rasa sikit pun bersalah atau keciwa apabila tak bangun solat malam, banyak berangan ingat ajnabi, nak tidoo je kerjanya, jiwa resah gelisah, terasa zikir harian itu tersangaatlah asing pada bibir, banyak buang masa dengan perkara laghoo...pentingkan dunia daripada akhirat...tak ingat mati ingat nak kawin je..eh.

dan banyak lagi. Tak mampu rasa nak senaraikan semuanya.

Bahaya kan?

Bahaya buat diri seorang manusia yang bernama mukmin. Dan lebih menyedihkan jika pemilik hati itu tiada sedikit pun rasa bersalah berdosa kepada Allah, malah cuba menepis segala yang boleh menyedarkan diri. Dan boleh juga merbahayakan orang sekelilingnya, kerana jiwa ini akan berpotensi menjadi jiwa yang bersifat ananiyah, hanya memikirkan kebahagian diri malah mengabaikan insan-insan sekelilingnya.

Hakikatnya, futur ini adalah kuman pada hati, penyakit hati, kerana hati itu raja dalam diri kita, maka apabila kuman ini menyerang pada raja, anak-anak buahnya pun sama terjangkit dengan penyakit ini dan akhirnya menjadikan seluruh jiwa dan badan merana sengsara dengan kuman yang menyerang.

Kalau nak kata tak merbahaya lagi tu tak tahu nak kata apa dah.

Namun, ramai dikalangan kita tidak berminat untuk mencari penawar bagi membasmi kuman yang merebak tersebut malah selesa dan seolah gembira membiarkan kuman itu memamah sedikit demi sedikit keimanan dalam hati. Menggelapkan hati sedikit demi sedikit dengan dosa-dosa kecil yang dipandang remeh. 

Allahu..

Terasa dipanah tepat ke hati menusuk tembus dalam jiwa.

Oleh itu pembaca yang budiman sekalian, termasuk pemilik jari yang sedang menari diatas papan keyboard ni, berjaga-jaga lah. Jangan biar hati terus parah berada dalam kefuturan. Rawat, beri ubat, balut jika telah terluka... kembali pada Allah, kembali dengan amal soleh, solat taubat, dan doa agar hati kita tidak dipalingkan daripada kebenaran.

Kita akan rasa kerumitan saat berada dalam kefurutan, semua benda tak kena, tiada ketenangan. Tapi percayalah, saat kembalinya kita mencari keredhaan Allah, ketenangan akan mula mengalir dalam hati. Susah senang kita masih boleh tersenyum.

Lebih-lebih lagi bagi yang berada dalam jalan perjuangan. Sungguh futur itu mampu membantutkan segala kerja dakwah yang dijalankan. Kerana itu, satu kata-kata yang membuatkan saya terkedu apabila terbaca:

"Seorang pejuang akan menghadapi dua kemungkinan, sama ada hilang atau terbilang"

Nangis hujung bilik.

Hilang jika tidak rawat hati, hilang jika kita tinggalkan tarbiyah. hilang jika kita abaikan dakwah.

Namun, terbilang jika kita tidak lari daripada masalah. Terbilang jika kita cepat merawat hati yang mati. Terbilang jika dakwah tarbiyah itu tidak ditinggalkan. 

Manusia itu imannya turun naik. Maka berjaga-jagalah.. jangan biar futur menjengah terlalu lama, basahkan hati dengan iman dan takwa. Basahkan hati dengan muhasabah dan tarbiyah. 

Moga-moga kita peroleh pengakhiran yang baik. Moga kita hidup dalam keredhaanNya.

Selamat menyuburkan hati dengan taqwa. ^^.

No comments :

Post a Comment

Mata Air

No comments



"Mata Air itu selalu muncul daripada tanah yang rekah"

Satu ayat yang mendalam maksudnya.

Mungkin akan ada dikalangan kita yang tahu maksud ayat ini, tapi boleh jadi tak ramai yang benar-benar faham erti sebenar disebalik ayat ini.

Aku? Masih bertatih untuk benar-benar memahami kata ini, kerana kini masih lagi ada keluhan-keluhan lelah daripada diri ini.

Ada segelintir sahabat yang bertanya pada diri yang lemah ini,

"busy nye qilah dengan kerja-kerja tu, tinggalkan lah. Tak serabut ke macam banyak sangat fikir"

Hanya mampu tersenyum. Senyum dan terus senyum.

Dan bila tiba masa sendirian, aku kalah. Kalah dengan kekuatan yang cuba dibina. Kalah kerana akhirnya mata ini merembeskan air mata yang keluar tanpa diminta.

Aku gagal. Gagal membina keikhlasan dalam jiwa dalam kerja-kerja ini. Keikhlasan sehingga sampai tahap kau tak mengungkit, tak mengeluh. Sukar, perit, berat.

"Jangan berkira-kira dengan kerja-kerja dakwah. Jangan berkira dengan jemaah"

Allahu...

Sejauh mana kau mampu berkorban. Sejauh mana keikhlasan kau untuk bersedia berkorban demi agama ini.

Sedalam mana visi yang kau tanam dalam jiwa? Perjuangan visi atau sekadar perjuangan program?

Sejauh mana kau memahami penglibatan kau dalam jemaah ini. Yang mempunyai visi mengislah ummat kearah yang diredhai Allah.

Jika benar kau faham, jika benar kau mahu...

Kau akan jadi seorang hambaNya yang bertambah ketaqwaannya, bertambah ibadahnya, semakin akrab dengan Allah.

Kau tak akan rasa ingin meniggalkan, untuk berhenti, untuk tinggalkan segalanya. Walau ujian seberat mana yang dihadapi.

Walau kadang kala rasa sendirian, kau rasa lemah. Tapi percaya lah, Allah bersama. Allah bantu.

Bukan senang untuk senang, Selangkah kau melangkah dalam jemaah ini, nampak seolah-olah kau menempah kesempitan di dunia, tapi hakikatnya kau sedang berusaha menempah kenikmatan di akhirat kelak.

Pejam mata. Buat dengan hati, bukan dengan emosi.

Moga berterusan. Walau setelah menamatkan zaman bujang, kau mampu mendidik generasimu turut menjadi pejuang agama ini. Bukan kau berhenti mati kerana kalah dengan ujian yang sebenar nanti.

Panjatkan doa, atas niat itu. Agar dipermudahkan segalanya. Agar tidak terhalang untuk terus menyumbang. Agar ditakdirkan untuk bersama dengan seseorang yang mampu memahami niatmu ini. Terus diberi kekuatan untuk mengorak langkah.

Dirimu tetap dirimu. Kadang rebah, kadang tampil kehadapan. Tapi selalulah selami niat asalmu, moga kau tak rebah terlalu lama.

Kau pelik. Memikirkan orang lebih daripada dirimu sendiri. Merisaukan mereka berbanding dirimu sendiri. Mengapa?

Kerana kau boleh memilih, sama ada hanya ingin memenuhi keperluanmu, atau memenuhi keperluan mereka daripada dirimu.

Kesal atas diri yang semakin merundum. Seolah menjadi fitnah pada agama. Kerana itu..

Kau perlu jadi qudwah. Buktikan kerja-kerja ini membuatkan kau jadi lebih baik. Qudwah itu yang utama.

Kerana itu, akrab dengan Ilahi. Hubungan dengan Allah itu perlu dijaga. Hati itu perlu dijaga, jangan terlalu banyak mengeluh, terlalu banyak merungut, atas ujian-ujian yang diberi. Kerana tak lain tak bukan, ujian itu bukti cintaNya pada hambaNya.

Ujian itu mendidik. Ujian itu menguatkan. Ujian itu mematangkan.

Jadilah mata air, yang sentiasa mengalir, yang menjadi sumber manfaat keseluruh tempat. Biar sebanyak mana batu yang menghalang laluan, terus mengalir. Kadang bertakung, tapi sampai satu masa, tetap mengalir tanpa berhenti.

Kerana takungan yang sebenar adalah di syurgaNya.


-monolog seorang hamba yang berusaha memenuhi tugas seorang khalifah-

No comments :

Post a Comment