PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Mata Air

No comments



"Mata Air itu selalu muncul daripada tanah yang rekah"

Satu ayat yang mendalam maksudnya.

Mungkin akan ada dikalangan kita yang tahu maksud ayat ini, tapi boleh jadi tak ramai yang benar-benar faham erti sebenar disebalik ayat ini.

Aku? Masih bertatih untuk benar-benar memahami kata ini, kerana kini masih lagi ada keluhan-keluhan lelah daripada diri ini.

Ada segelintir sahabat yang bertanya pada diri yang lemah ini,

"busy nye qilah dengan kerja-kerja tu, tinggalkan lah. Tak serabut ke macam banyak sangat fikir"

Hanya mampu tersenyum. Senyum dan terus senyum.

Dan bila tiba masa sendirian, aku kalah. Kalah dengan kekuatan yang cuba dibina. Kalah kerana akhirnya mata ini merembeskan air mata yang keluar tanpa diminta.

Aku gagal. Gagal membina keikhlasan dalam jiwa dalam kerja-kerja ini. Keikhlasan sehingga sampai tahap kau tak mengungkit, tak mengeluh. Sukar, perit, berat.

"Jangan berkira-kira dengan kerja-kerja dakwah. Jangan berkira dengan jemaah"

Allahu...

Sejauh mana kau mampu berkorban. Sejauh mana keikhlasan kau untuk bersedia berkorban demi agama ini.

Sedalam mana visi yang kau tanam dalam jiwa? Perjuangan visi atau sekadar perjuangan program?

Sejauh mana kau memahami penglibatan kau dalam jemaah ini. Yang mempunyai visi mengislah ummat kearah yang diredhai Allah.

Jika benar kau faham, jika benar kau mahu...

Kau akan jadi seorang hambaNya yang bertambah ketaqwaannya, bertambah ibadahnya, semakin akrab dengan Allah.

Kau tak akan rasa ingin meniggalkan, untuk berhenti, untuk tinggalkan segalanya. Walau ujian seberat mana yang dihadapi.

Walau kadang kala rasa sendirian, kau rasa lemah. Tapi percaya lah, Allah bersama. Allah bantu.

Bukan senang untuk senang, Selangkah kau melangkah dalam jemaah ini, nampak seolah-olah kau menempah kesempitan di dunia, tapi hakikatnya kau sedang berusaha menempah kenikmatan di akhirat kelak.

Pejam mata. Buat dengan hati, bukan dengan emosi.

Moga berterusan. Walau setelah menamatkan zaman bujang, kau mampu mendidik generasimu turut menjadi pejuang agama ini. Bukan kau berhenti mati kerana kalah dengan ujian yang sebenar nanti.

Panjatkan doa, atas niat itu. Agar dipermudahkan segalanya. Agar tidak terhalang untuk terus menyumbang. Agar ditakdirkan untuk bersama dengan seseorang yang mampu memahami niatmu ini. Terus diberi kekuatan untuk mengorak langkah.

Dirimu tetap dirimu. Kadang rebah, kadang tampil kehadapan. Tapi selalulah selami niat asalmu, moga kau tak rebah terlalu lama.

Kau pelik. Memikirkan orang lebih daripada dirimu sendiri. Merisaukan mereka berbanding dirimu sendiri. Mengapa?

Kerana kau boleh memilih, sama ada hanya ingin memenuhi keperluanmu, atau memenuhi keperluan mereka daripada dirimu.

Kesal atas diri yang semakin merundum. Seolah menjadi fitnah pada agama. Kerana itu..

Kau perlu jadi qudwah. Buktikan kerja-kerja ini membuatkan kau jadi lebih baik. Qudwah itu yang utama.

Kerana itu, akrab dengan Ilahi. Hubungan dengan Allah itu perlu dijaga. Hati itu perlu dijaga, jangan terlalu banyak mengeluh, terlalu banyak merungut, atas ujian-ujian yang diberi. Kerana tak lain tak bukan, ujian itu bukti cintaNya pada hambaNya.

Ujian itu mendidik. Ujian itu menguatkan. Ujian itu mematangkan.

Jadilah mata air, yang sentiasa mengalir, yang menjadi sumber manfaat keseluruh tempat. Biar sebanyak mana batu yang menghalang laluan, terus mengalir. Kadang bertakung, tapi sampai satu masa, tetap mengalir tanpa berhenti.

Kerana takungan yang sebenar adalah di syurgaNya.


-monolog seorang hamba yang berusaha memenuhi tugas seorang khalifah-

No comments :

Post a Comment