PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Hidup di Negara Orang

1 comment
Dalam perjalanan...Cantik kan!

Tangkuban Perahu, Bandung

Dalam perjalanan


Assalamualaikum!

Baiklah, kali ini saya sekadar ingin berkongsi cerita. Nak rileks-rileks minda gituu, hilangkan stress. Satu pengalaman yang berharga bagi saya. Jom baca cerita ni! Kita terbangkan minda ke seberang jap. ^_^

Kalau nak tau, kawan-kawan gelar saya orang nomad. Hahaha! Tak baik kan~ Sebab saya memang selalu pindah randah pun. Dari utara ke selatan ke barat dan sekarang di seberang, itulah Indonesia.
Kerja seorang jurutera awam, begitulah. Dimana ada projek, disitulah kami sekeluarga akan bertapak. Jadi, saya dah didik daripada kecil lagi untuk berdikari, kena tinggal jauh. Biasa dah tu.
Jadi sekarang, memandangkan saya dah habis sekolah dan tunggu result SPM *syeramm, di Indonesia lah saya bertapak. Tak boleh nak kerja, maklumlah orang asing. Haha! Berbakti untuk umi dan ayah, suri rumah sepanjang masa ^_^

Bile dah bertapak atas bumi orang ni, macam-macam lah ragam nye. Lawat sana, lawat sini. Beli sana beli sini. Dan dapat kenal hidup tuan punya negara~ Oke, banyak sangat nak share ni, almaklumlah, dah lama tak jumpa kawan-kawan..hee.

Kat sini, kami gerak sana sini dengan kereta bersama pak supir..Pak Eric namanye. Nama orang sini pelik-pelik sikit tetapi mereka ni islam. Dan benda first sekali yang saya teruja di sini adalah bertapa padat nye bandar mereka. Kapal terbang dah nak mendarat rendah tapi rumah masih penuh kat bawah. Seram sejuk saya waktu tengok kat tingkap, kat mana lah nak mendarat...macam takde lapangan je. Haha, alhamdulillah selamat jumpa lapangan.

Rakyat disini, agak sukar nak kenal agama dan bangsa sebab semua nye cakap bahasa Indonesia. Yang muslim hanya dapat dikesan dengan hijab mereka, yang takde tu...tak dapat nak teka lah agama.
Pemandangan kat sini cantiiikkk sangat. Kalau nak rase tempat sejuk di bandung, lembang, garut.
Ha! Mesti tak pernah dengar...sebab yang famous kat Malysia tu Jakarta, Bandung. Saya tinggal di Purwakarta...Sadang ^_^ 

Satu perkara yang saya kagum dengan orang sini adalah kerajinan mereka. Kalau di kampung, kebun sayur sampai kepuncak. Penuh. Susah la juga nak jumpa tanah lapang yang kosong. Tanah kecil kat depan rumah pun ada sawah. Tak jumpa lah kat Malaysia~ Rumah pule, takde yang kayu. Semua nye batu. Tetapi susah nak jumpa kawasan perumahan macam di Malaysia, rumah mereka bercampur dan selang seli. Kejap besar, kejap kecil. kejap kecil sangat, kejap besar sangat.

Rakyat disini kan susah nak jumpa orang mintak sedekah. Walau semiskin mana pun mereka-mereka ni, mereka tetap bekerja. Maka, macam-macam jenis kerja lah wujud. Contohnya, setiap simpang mesti akan ada orang jaga. Mereka akan tolong kereta, tahan kereta dan buka laluan. Pastu, mereka dapat lah duit sikit. Walaupun sikit, mereka usaha. Contoh lain, setiap kali ade traffic light, pasti akan ada orang yang pegang gitar ke...ada yang jual air, jual makanan, jual mainan, basuh kan tingkap ke, yang jadi orang logam pun ada. Kreatif. Tetap berusaha untuk dapatkan duit yang halal ^_^  

Ha! Perkara unik disini adalah kita tak payah risau harga air naik, harga api naik. Sebab apa?
Disini sumber air adalah air sumur. Bukan bermaksud kena pergi jauh-jauh ambik air perigi, tapi setiap rumah ada pam air sendiri. Mereka pam air bawah tanah sedalam lebih kurang 200 meter. Dan dapat lah air yang jernih, jadi mereka tak perlu bayar apa-apa. Untuk bil elektrik pula guna pulsa. Pulsa tu macam topup tepon tu, beli kat kedai runcit berapa rupiah. Pastu masuk kan nombor kat...benda yang tunjuk meter tu...hee, apatah nama die. So, masing-masing akan pandai-pandai ler jimat elektrik kalau taknak cepat habis. 

Dalam pengalaman manis ni, terselit lah juga pengalaman yang kurang seronok. Saya terpaksa masuk wad sebab muntah demam dan tak makan. Takut badan hidrasi sebab dah tak makan tapi keluar je, kenalah masuk air. First time dalam hidup lepas masuk wad waktu dilahirkan..haha!
Tarikh masuk pun sama ngan tarikh lahir cuma tahun dan bulan je lain~ Tak best..tak best...tapi itulah ujian Allah untuk hamba Nya.

Akhir sekali nak cerita, dah nama pun orang asing jadi bahasa pun jadilah asing. Walaupun pernah tengok cerita sinetron, tergagap-gagap la juga dibuat nye..hadeh~ Kat sini ada banyak loghat. Ternganga dibuatnye bile dengar dorang cakap..apakah?? Kalau diorang guna bahasa indonesia boleh la faham. Orang sini pun kureng faham cakap kita. Jadi dia akan jadi 'ha?' 'ha?'...haha lawak~ pernah sekali tu, saya kat resort. Pastu ada orang nak cuci bilik. Apa yang saya perasan mereka masuk bilik berkasut. So..

Saya : Pak, nanti nak masuk jangan pakai kasut ye
Pak : Ha? * kening angkat mata bulat
Saya : Emm, nanti mau kemas buka kasut diluar..jangan jalan-jalan kat dalam pakai kasut.
Pak : Maksudnya?
Saya : Err...tu..tu * tunjuk kasut...sendalnya buka letak diluar yaa
Pak : Oh..iyaa iyaa. Permisi yaa..

muka kerut-kerut. 

Kat hospital pun camtu. Sampai doktor kata ' Kalau enggak faham, enggak apapa, speaking ajaa' hadoyai~ Saya sebenarnya kagum dengan budi bahasa mereka. Sedap je dengar, sopan je. Kalau sebut tu sebut penoh, takde pendek-pendek. Kalau kat restoran, orang yang hantar makanan akan cakap       ' Silakan menikmati yaa'..dalam hati, iyaa iyaa saya nikmati..hehe

Setakat itu je lah perkongsian ana. Yang penting bila pergi negara orang, ambil pengajaran dalam kehidupan mereka. Kena pandai bawa diri. Jauh perjalan, luas pemandangan ^_^

Wassalam..





1 comment :

  1. Ohh..di sadang sya orang purwakarya loh di desa bungursari..salam kenal dari indonesia

    ReplyDelete