PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Bisikan hati =' )

No comments



Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah satu ketika, seorang hamba Allah bertanya pada diri...

"Kak 'qiyana', camne nak jaga hati? Kite kan perempuan, tipulah kalau nak kata kite tak de suka siapa-siapa kan..huhu. Kadang-kadang tu terminat gak.. tapi kite tau tak boleh, kite tau kite tak patut tersuka, tapi.. yelah, kite insan lemah je. Lagi-lagi, bile orang yang kite suka tu pun suke kat kite,  Kite takut... takut dengan murka Allah "

Lama diri ni memandang wajahnya, jauh dalam hati, tak dinafikan... aku juga pernah hadapi masalh begitu. Sebab aku juga insan lemah, yang punya banyak khilaf. Aku biarkan dia menghabiskan esak tangisnya, sebelum lidah mula berbicara. Dalam kufikir, ku imbau kembali motivasi yang digunakan untuk diri menepisnya dulu... 

Setelah insan itu reda dengan tangisan, aku mula membuka bicara...

" Dik, akak bukanlah seorang yang alim pun, akak pun pernah rasa cam awak. Sebab akak pun perempuan... hehe. Jadi, jangan sedih... mesti ada jalan penyelesaian nye. Kan Allah yang ciptakan kita, mestilah Dia lebih memahami hati kite. Allah memang ciptakan manusia tu berpasangan, lelaki akan suka perempuan, perempuan akan suka lelaki. Dan Allah juge dah beritahu dalam al-quran, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 

" Cuma nye dik, sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk kite fikir lelaki mana yang patut aku pilih untuk jadi suami, sebab perkara utama yang kite kena fikir sekarang adalah persiapkan diri sebagai pelajar... untuk kebahagiaan ibu bapa kite. Dan sekaranglah masanye untuk kite mujahadah, maksudnye mujahadah untuk lawan bisikan syaitan. Cube kita fikir dalam-dalam, sebelum kite mencari cinta manusia, kite dah balas ke belum cinta Allah pada kita?"

Senyum.. perlahan kepalanya menunduk dan menggeleng. Aku juga dipihak yang sama... 

"Sebab tu lah, sebukkan diri kita untuk balas cinta Allah. Jangan biarkan syaitan mencelah sikit pun untuk kacau cinta kita pada Allah. Doa pada Allah banyak-banyak agar kita diselamatkan daripada kemaksiatan. Dan lagi satu, tuundukkan pandangan... sebab dari mata boleh turun ke hati. hehe

"Lagi satu pesan akak, jadilah muslimah yang mahal... mahal harga diri. Jangan mudah sangat terima ajakan nakal budak lelaki yang kacau awak tau. Jika lelaki yang benar-benar inginkan awak, die pun mesti tau ke'mahal'an muslimah tu dengan menghormati kite sebagai seorang muslimah. Ingat ye dik..jage diri. Maafkan akak, akak pun masih berusaha... jadi ini je yang akak mampu bantu"

" Terima kasih kak... sejuk hati kite.hee "

Dia mengesat air matanya yang mengalir...

" Jangan nangis lagi tau... nangis sebab Allah takpe, tapi jangan nangis sebab si dia. Sama-sama dik... doakan akak juga ye, akak pun dalam mujahadah."

Senyum...

Sejujurnya, aku kagum dengan insan yang berada dihadapanku, kagum sebab dia berusaha agar tidak jatuh kedalam  perkara yang Allah tak suka. Ramai rakan sebaya yang membiarkan masalah hati ini bersarang dalam hati.

 Alhamdulillah~


- dedicated to someone... : seorang muslimah-

No comments :

Post a Comment

Wahai Remajaaa... Bangun!

2 comments


Assalamualaikum.

Bila sebut soal remaja, pasti ramai yang akan terbayang wajah-wajah yang masih ayu cantik comey, wajah-wajah yang masih hensem cool macho dan susuk yang masih bersemangat waja, kuat lagi hebat. Dalam kitaran manusia ni, kita akan dapati ada tiga golongan. Golongan kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa. Dan kali ni saya nak berbicara sedikit tentang golongan yang tengah-tengah... REMAJA. 

Tak dinafikan, dunia akhir zaman ni... kita dapat lihat bermacam-macam masalah masyarakat, dan sebahagian besarnya adalah daripada masalah seorang remaja. Dan yang paling biasa pun, kat sekolah dulu mesti semua orang pernah buat karangan yang bertemakan masalah remaja... betul tak?? Sebab apa? 
Sebab memang banyak masalah pun. Dan jika kita cuba selidik punya selidik, antara punca golongan remaja ni bermasalah adalah disebabkan banyaknya masa 'kosong' yang mereka ada... emm.. pembetulan, masa yang kita ada. Yelah, saya remaja lagi. hehe.. Pada diri saya pun, tipulah kalau nak kata tak banyak masa lapangkan, lagi-lagi bila baru habis spm... huuhh~

Sebab apa kita rasa banyak masa lapang?? Sebab kita selalu rasa yang kita ni budak kecil lagi yang tak perlu susah payah kerja cari duit, kita rasa kita ni masih banyak lagi masa sebelum bertemu ajal, kita rasa yang kita ni tak banyak tanggungjawab kena pegang, kita rasa yang... 

" Alaaa... rileks la bro! Muda cuma sekali! Nikmati! Nikmati! "

Oke.. nikmatilah selagi belum mati. * tepuk dahi

Allah berfirman dalam surah Al- 'Asr, ayat 1 hingga ayat 3:


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang- orang yang beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Masa adalah benda yang sangat berharga. Buktinya? Allah bersumpah dengan masa, ini menunjukkan bahawa masa itu bukan perkara biasa-biasa. Di dunia nyata ni, kita takde doremon yang ada 'pintu masa', jadi bijak-bijkkan lah diri kita dalam mengurus masa. Orang yang tidak menghargai masa, jelas rugi bukan sahaja di dunia malah juga diakhirat. Ada orang yang Allah anugerahkan kepadanya umur yang panjang, tapi bila dah berumur, barulah hati terdetik... " kemana masa mudaku selama ini? " Dan jika pada masa  itu baru terdetik, jadilah dia seorang yang sangat-sangat rugi. 

Jadi sebagai seorang remaja, ingatkan diri kita selalu yang Allah tak tarik nyawa ikut umur kita. Berapa ramai yang meninggal dalam usia yang masih muda, dan berapa ramai je yang sempat menjengah usia tua. Sebab tu lah Rasulullah SAW ingatkan umat baginda bahawa orang yang paling bijak itu adalah orang yang ingat mati. bukan orang yang dapat cipta telefon canggih, bukan orang yang berjaya jawab kuiz tahap kritikal susah. 

Cuba kita bayangkan, jika kita hanya ada 24 jam sahaja lagi untuk hidup... agak-agak kita sempat tak nak main game candy crush? sempat tak nak tengok cerita frozen, drama korea? sempat tak borak-borak kosong sambil menjamah daging mentah kawan sendiri??? Emm... fikir-fikirkan lah~ Jadi, pastikan diam kita itu FIKIR dan cakap kita itu ZIKIR ^_^

Jangan ingat  remaja tu takde perkara mustahak yang perlu difikirkan. Bermula dari sekaranglah, seorang remaja perlu persiapkan diri sesiap-siapnya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, membaca sebanyak mungkin bahan ilmiah. Sebab? Pemimpin sekarang, dahulu mereka juga remaja. Dan kita sebagai remaja pun bukanlah selama- lamanya akan jadi seorang remaja. Satu hari nanti negara memerlukan barisan pimpinan yang baru, dan kitalah yang bakal mencorak kepimpinan itu nanti. Berazamlah untuk memimpin ummah kejalan yang diredhai Allah... InsyaAllah! 

Ingin saya ingatkan kembali sejarah kegemilangan tamadun islam. Jika diperhatikan, ramai tokoh-tokoh islam terdiri daripada kalangan remaja. Kita lihat Abdullah Ibnu Umar, yang kala mudanya berusaha duduk dalam majlis ilmu Rasulullah SAW, Mu'adz dan Mu'awwidz yang sibuk mempersiapkan diri menyertai peperangan walaupun masih muda, Usamah bin Zaid yang baru berumur 19 tahun sudah mengepalai tentera bagi mengegar Rom dan Sultan Muhammad Fateh, di usia 21 tahun sudah berjaya meruntuhkan kerajaan Konstantinopal. Dan sekarang, lihat pula diri kita, berapa umur ku? Sampai umur berapa aku akan hidup? Apa yang sudah aku lakukan setakat ni? Dan apa tindakan ku sekarang??

Ayuh! Semangat seorang remaja itu lebih membara-bara jika nak dibandingkan dengan semangat seorang dewasa. Tapi apa pun tak jalan jugak jika hangat-hangat tahi ayam, betul tak? Jadi, ambil first step dengan mulakan hari yang baru esok... tinggalkan semalam dan bawa pengajarannya untuk hari esok. Jangan sia-siakan usia remaja kita. Lillahi Ta'ala ^_^

Dialog baru :
" Bro! Hidup cuma sekali, Bila-bila boleh mati. Jom kita usaha bermati-mati, bawa Ummah kejalan Ilahi! " 

hehe ~

Terima kasih sudi baca, ambil yang baik buang jauh-jauh yang buruk ye. 

Wallahua'lam.





2 comments :

Post a Comment

Allah plan for us

No comments






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^,

Alhamdulillah, setelah penantian beberapa bulan untuk melanjutkan pelajaran...saya terpilih untuk sambung belajar di UniSZA  dalam bidang diploma pengajian islam  ( dakwah ).
Bersyukur sangat-sangat walaupun sejujurnye lah kan, series saya tak tau unisza tu kat mana...dan yelah, kita kena ingat yang Allah plan for us.

Nak cite la sikit. Setiap orang mesti ada angan-angan dan cita-cita masing-masing kan? Dan kalau nak tahu, hakikatnye saya tak pernah pun terfikir nak ambil bidang pengajian islam. Dari kecil saya nak jadi arkitek, atau interor design ke...sebab saya suka. Tapi bila  fikir dalam-dalam, diri ni  tak pernah dapat jawapan yang betul-betul memuaskan hati, lepas dah jadi tu aku ke mana? Apa matlamat aku yang jelas? Hanya sebab minat saya dalam melukis, arkitek jadi pilihan. So terasa cam melayang-layang~~~ hehe. 

Seriesly, tipulah kalau tak sedih dan terkilan kejap bila tak dapat apa yang betul-betul nak. But, saya sangat seronok dengan bidang yang dapat...tak tahu kenapa.  Sebab pilihan saya dalam upu tu yang first sekali 'seni bina'..pastu, 'sains kemanusiaan'...dan dengan takdir Allah, pilihan ke unisza tu pilihan bawah-bawah dan waktu isi tu saya cam buat2 tak nampak je. Tapi apape pun bersukur sangat sebab dapat...walaupun jauuhhh sangat dengan rumah, orang kata jauh perjalanan luas pemandangan ^_^.

Ummi saya ada cakap...

'tak pe lah..mungkin qilah nak jadi arkitek. Tapi Allah takdirkan qilah jadi arkitek ummah'

Senyum...Setiap perkataan dari ummi semua nye doa.hee.

Bila fikir-fikir balik, betul gak tu. Tak salah pun kalau ana amik pengajian islam. Malah banyak sangat kelebihannye. Walaupun ummah memerlukan seorang arkitek untuk bina masjid, ummah lebih memerlukan seorang yang berilmu  untuk bantu mengimarahkan masjid. Walaupun saya minat untuk melukis, Allah takdirkan saya untuk menjadi pembimbing untuk melukis jiwa seorang hamba yang bertaqwa.. Insya Allah ^_^

Sekali lagi Allah merancang hidup saya. Dulu taknak sekolah agama, dapat sekolah agama. Sekarang ni taknak bidang agama, dapat bidang agama. Bila tengok pada diri sendiri...Allah..banyak nye yang kena baiki lagi. Banyak sangat khilaf..banyak sangat yang kena upgrade. Padanla pun...hehe. Jadi, peluang depan mata dah terbentang luas ^_^

Jadi, sebagai seorang hamba, kita kena yakin dengan apa yang Allah rancang untuk kite. Memang betul, kita merancang, tapi perancangan Allah tu lebih iiinnndah sangat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sehinggakan pertemuan kita dengan seseorang pun mesti ada sebab. Sama ada kite bawa dia ke jalan Allah, atau dia bawa kita ke jalan Allah. 

Jika ada sahabat-sahabat yang bace blog ni yang sebaya saya, dan tak dapat mana-mana. Jangan terus melenting salahkan orang atau diri. Rezeki Allah tu luas..banyakkan berdoa. Belajar kat mana-mana pun oke asalkan kita pandai jaga diri dan redha dengan ketentuan Illahi ^_^

Doakan saya ye..hehe..mekasih!

Wallahua'lam..

No comments :

Post a Comment

Ummi ku Sayang ^.^

No comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                                                            السلام عليكم ورحمة الله وبركات



ni ummi saye yang cantik anggun dan cute ^.^

Hari ni nak cite tentang ummi saye! Sebab hari ibu?? Emm..tak kut. Sebab saye sayang ummi saye, tu je sebab nye. Sebab ummi saye ni hebat orang nye, boleh jadi 'the best mom in the world' ~

Ummi. Seorang yang suke sangat senyum. Sekali senyum...perghhh~ sejuk gile hati. Bak kata ummi, identiti ummi adalah positif. Jadi tak kire lah berapa besar ujian yang menimpa, lengkungan istimewa tu tetap terukir. cewah~ Ummi suke bercerita, kebanyakan nye cerita tentang pengalaman. Dan semestinya disertakan sekali dengan 'the moral of the story' untuk menghadapi kehidupan, untuk berhadapan dengan macam-macam jenis orang yang ada macam-macam jenis perangai. Tapi kalau ayah, habis bercerita kat ayah..ayah akan tanye...

' jadi the moral of the story nye?? ' Hehehe ...

Antara kami 4 beradik, ummi pandai untuk bezakan cara nak dekati hati kami. Maksudnye, yelah walaupun duduk bawah bumbung yang sama, perangainye tetap macam-macam. Dan ummi tahu setiap perbezaan kami, jadi kami selalu terima nasihat-nasihat daripada ummi secara berasingan. Adik beradik, biasalah kalau gado-gado sikit tu kan...tapi nanti semua buat macam takde pape jadi sebab semua dah dapat sesi kaunseling personal dengan ummi..hehehe. Hebat kan.

Tak de orang  boleh nafikan yang orang  paling special dalam hidup ni adalah ibu kite sendiri. Tanpa mereka, tak dapatlah kita lihat dunia ni. Sebagai seorang manusia, semua orang pernah buat silap, semua ada khilaf masing-masing. Jadi disini, saye sebagai seorang anak yang banyak sangat khilaf...minta maaf sangat kat ummi dan InsyaAllah qilah sentiasa cuba untuk jadi anak yang solehah. Qilah tau betapa qilah selalu buat ummi tensyen, buat umi sedih, buat ummi penat layan kerenah yang tak habis-habis. Maafkan qilah...Qilah tau qilah tak mampu nak balas segala apa yang ummi da buat tuk qilah...tapi setiap kejayaan yang qilah dapat, qilah niat tu semua untuk buat ummi ngan ayah senyum gembira..bukan untuk qilah. Dan kejayaan tu semua atas doa ummi ngan ayah juga. Jadi, nantikan kejayaan qilah seterusnya...walaupun qilah akan sambung pelajaran dalam bidang yang bukan lah macam along ngan angah hebatnya, tapi dengan bidang yang qilah pilih ni...insyaAllah qilah dapat usaha jadi anak yang solehah untuk saham ummi ngan ayah diakhirat nanti...  :'(

Dan sebagai seorang anak, kadang-kadang hati pernah juga terkilan dengan ibu bapa. Tapi, malulah dengan diri sendiri bila kita rasa semua tu..sebab apa?? Sebab jika nak dibandingkan sakit nye hati kita dengan sakit nya ibu kita nak lahirkan kita...tak payah la. Sikit pun tak dapat nak bandingkan...berapa banyak urat yang putus bile seorang ibu nak lahirkan anak die, berapa sentimeter kulit mak kita terkoyak sebab nak kita hidup, dan berapa berat pula perut mak kita selama 9 bulan tu? 

Allah~

Memang Allah jadikan seorang wanita tu sangat kuat. Walaupun nampak lemah luaran, sangat kuat dari dalaman. Sangat kuat untuk tahan kerenah anak-anak mereka...Bahu yang sangat ampuh untuk tahan beban menjaga seorang anak, tapi sangat lembut untuk jadi tempat sandar bila anak-anak ada masalah. Ingatlah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita. Dan syurga terletak dibawah tapak kaki ibu kita. Jagalah mereka sebaik yang mungkin, sebab tak mungkin kita boleh jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita sampai kita besar. Jangan pernah tinggal doa untuk mereka dan jadilah saham buat mereka diakhirat kelak. Saham mereka adalah kita sebagai anak yang soleh dan solehah ^_^

Jom ringankan tangan untuk doakan ibu / ummi / mak !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya rahman, Ya rahim...
Segala puji bagi Mu kerana telah mengurniakan aku seorang ibu yang sangat penyayang
Segala puji bagi Mu atas kurniaan Engkau yang sangat bermakna buat ku
Ya Allah...
Rahmatilah ibuku, 
Ampunkan segala dosa ibuku,
Berilah kesihatan kepada ibuku,
Permudahkan lah segala urusan ibuku,
Berilah kesejahteraan kepada ibuku,
Jagakanlah ibuku walau dimana dia berada,
Jauhkan ibuku dari azab neraka Mu,
Pertemukan aku dan ibuku dalam Syurga Mu nanti..
Jadikanlah aku anak yang soleh dan solehah
Berilah kejayaan kepadaku agar aku dapat melihat ibu bapaku tersenyum bangga dengan diriku..

Aamin...

Akhir kata dari seorang anak yang banyak salah, 

" Happy Mother's Day Ummi "
" Love You very very very Much "
" Thank You Ummi " 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! ^^,



No comments :

Post a Comment