PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Kita KHALIFAH!

1 comment



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kali saya nak berbicara dan membuktikan dengan jelas lagi bersuluh matahari bahawa kita semua ni adalah seorang Khalifah. Seorang pemimpin,seorang pengganti dan pastiya setiap pemimpin itu perlu memegang amanah kepada manusia, kepada Allah dan kepada alam.
Kita dilantik untuk memakmurkan bumi, bukan untuk merosakkan.
Allah berfirman dalam Al-Quran...
 

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  ( surah Al- Baqarah:30)

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)."  ( surah An-Naml: 62)

"Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka."  ( surah Faathir:39)

Jadi, bila dah tebukti yang kita semua ni adalah pemimpin, pastinye kita kenalah jadi seorang yang berkepimpinan. Ye, tak dinafikan menjadi seorang yang berkepimpinan bukanlah perkara yang mudah kacang goreng je.Yang penting mesti ada ilmu, faham , ikhlas, berani dan sebagainya. Saya bukanlah seorang pemimpin yang hebat sungguh-sungguh pun, jadi tak reti la sangat nak olah satu-satu cara jadi pemimpin ni..hehe. Sebenarnye, saya nak tekan kan satu perkara je..YAKIN. 

Yakin dengan diri sendiri.

Selalu dengar ustaz-ustaz cakap camni...'Jika kita tak yakin dengan diri sendiri, itu bermakna kita tak yakin dengan Allah'

Kita tak yakin yang Allah dah ciptakan kita sebaik-baik ummah. Keyakinan tu hadir dari hati kita. Jika kita yakin yang Allah bersama kita, pasti kita jadi berani dan yakin dengan diri sendiri. Jangan pernah rasa diri kita down... Mungkin kadang-kadang kite tertanya, camne nak rase yang Allah tu bersama kita? Ketahuilah, Allah sentiasa bersama kita. Dan kita akan rase Allah bersama kita jika kita jalani kehidupan betul-betul ikut cara hidup islam ^_^

Kesimpulannye, sebagai seorang hamba Allah, kerap lah diri bermuhasabah supaya keyakinan kita dengan Allah tinggi. Dan bila keyakinan kita dengan Allah da tinggi, keyakinan pada diri kita pun akan tinggi. Dan jadilah seorang pemimpin yang berani terutamanya pemimpin kepada diri sendiri. Jika diri sendiri pun kita tak mampu nak pimpin ke arah jalan yang diredhai Allah, mustahil lah untuk kita pimpin orang lain... 

Jangan sampai diakhirat nanti, kita terkedu tak dapat jawab soalan-soalan yang Allah tanya. Siapkan diri di persinggahan sekarang ni untuk hidup di pengakhiran lokasi nanti ^_^


Allah cipta kita sebagai khalifah, untuk mengimarahkan bumi.
Allah tak pilih bukit, tanah, malaikat...

Allah pilih kita sebab manusia ni istimewa...
sebab kita ada akal, kita boleh bezakan baik dan buruk.
Jalankanlah tanggungjawab yang
Allah beri ni dengan baik.
Yakinlah yang allah sentiasa ada untuk membantu.
Wallahua'lam ~








1 comment :

Post a Comment

Pujian itu Ujian

No comments


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Okeh, InshaaAllah tajuk ni mampu buat orang sentap..hee ~
Kenapa sentap? Yelaaa, apa kita rase bila kena puji? Tetiba ada bisikan kecil kat telinga, 

'hebatnye aku! Fuhh, gempak gak aku! Aku lah the choosen one~ Hohoho!*gelak bangga'

oke, tu over sangat... 

Baiklah, apa yang saya nak kongsikan disini bukanlah dialog-dialog bangga yang kita boleh gunakan apabila dipuji..tidak tidak. Apa yang saya nak kongsikan adalah AWAS! Antum Waspada Antum Selamat ^_^

Berwaspadalah kita dengan segala jenis pujian sebab pujian itu mampu buat iman kita goyah. Goyah seandainya kita terlupa bahawa segala kelebihan bakat yang kita ada tu adalah dengan izin Allah. Tak kira lah dalam bentuk apa pujian tu. Kadang-kadang ayat perli pun boleh nampak macam puji, ye..itu orang perasan namanya sebab tak faham bahasa perli..hehe.

Bahaya nya pujian ni kadang-kadang boleh menyebabkan pahala yang telah berjaya dikumpul berlapis-lapis hilang selapis demi selapis. Acane tu? Sebagai contoh, saya bagi satu situasi...

Ada seorang yang soleh sedang giat menjalankan kerja-kerja dakwah di surau. Dan hanya dia je yang masih bergelar anak muda yang bersemangat. Dengan niat murni kerana Allah dia menjalankan tugas. Tup..tup...seorang pakcik datang...

Pakcik: Bagus sungguh anak ni, rajin join aktiviti surau. Pakcik kagum dengan semangat kamu.
A.Muda: Eh, takdelah pakcik. saya saje je join. ( bunga dalam hati dah mula kembang)
Pakcik: Kawan-kawan kamu tak nak ikut?
A.Muda: Diorang tak tahu kut. ( syaitan mula bisik dalam hati, 'kau sorang je yang rajin', perasaan     bangga da makin kembang nak meletop)

Tetiba makin semangat buat kerja, riak? takabbur? ujub? ikhlas? Hanya Allah yang tahu. Tapi pahala mula melayang-layang.....Astaghfirullahal 'Azim~

Itulah bahayanya pujian. Oleh itu, kita kena bijak dalam memanipulasikan kata-kata pujian menjadi perangsang untuk kita memuji Allah yang mengurniakan kita kekuatan atau kelebihan dalam sesuatu perkara. Kembalikan segala pujian kepada Allah. Sebab jika bukan dengan izin Allah, kita tak dapat buat apa-apa pun. Ingatan bersama ^_^

Sebab tu lah pujian itu ujian. Jadi, kerapkan diri kita untuk bermuhasabah dan tajdid niat sebab niat adalah asas kepada segala ibadah. Sia-sia lah ibadah kita jika kita lakukan hanya kerana mengharapkan pujian orang. 

Bagi seorang yang memuji, janganlah kita dok puji lebih-lebih. Dah tak puji, bukanlah maksudnya kutuk je memanjang..nanti down la orang tu. Cukup sekadar pujian untuk memberi semangat dan kembalikan semula pujian tu kepada Allah. 

AWAS! Antum Waspada Antum Selamat ^_^

Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!






No comments :

Post a Comment

Short Reminder For Muslims

No comments

[ hanya gambar hiasan ]


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

InshaAllah, kali ini ana nak bawakan sedikit peringatan daripada seorang kanak-kanak 6 tahun. Walaupun masih kecil, setiap ucapan kanak-kanak ini mampu buat siapa je yang dengar tersenyum. Dan tajuk nye adalah DON'T BE SAD! 



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh 


I hope you're in very good state of health 

and I hope that you have high imaan(faith)..

I want to tell you, don't ever be sad..

Because Allah is with you!

This life is not worth of being sad..

So you should always smile!

Even sometimes you feel upset..

I also feel upset a lot of times,

because I really just want to go home to Jannah...

and I want to listen and read the Qur'an all day...

If you ever feel sad, you should just go and do sujod...

and you should remember that you are from the Muslim Ummah...

That means...

that everyone is making du'a for you...including Me!

so just keep your head high and be strong...

Because...

After hardships is ease!

Just like ALLAH promised in the Qur'an!

When you feel sad, remember this life is just a test...

and soon it will be over!

and you will be happy FOREVER in Jannah!

You won't be sad...

and when you get sweat,

it comes out as perfume on you.

Everything that is meant to happen to you...

ALLAH wanted it to happen to you...

So be happy for that, don't be sad...

You're Muslim and ALLAH loves you...

So love Him back...

I know i'm just a little girl,

but PLEASE, listen to me when I talk...

When you go to Jannah ( InshaaAllah)

you won't even remember this times

When something bad happens to you or you get hurt,

ALLAH will take your bad sins away!

~ InshaaAllah, you'll find your way! ~

Sometimes ALLAH test us with hardships...

But ALLAH test the people that He loves...

So, He loves you!

and I love you too so much...

I hope this made you happy...


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

May peace, mercy and blessings of Allah be upon you.


O believers, such is the life of this world...
You can't be with everyone you love,
You can't have everything you want
And everything is temporary here...
But be patient and strive for the akhirah,
Where you can have anything you desire,
You can be with whoever you love and
The best part is...
EVERYTHING IS FOREVER. ^_^


Alhamdulillah, semoga kita sama-sama dapat memahami apa yang disampaikan. Jika nak lebih menghayati penyampaian saudara kita ni, selamat menonton video kat bawah ni. Hanya sekadar sedikit peringatan untuk kita yang kadang-kala berputus asa dengan ujian yang Allah beri ^_^






No comments :

Post a Comment