PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Kembali

No comments


Bismillahirrahmanirrahim

Sampai satu ketika, diri jadi kosong. Tanpa diminta, terasa ingin tinggalkan semua perkara. Hanya berdiam diri, memerhati sekeliling, membisu.

Mungkin kerana dah penat menghadapi sehingga mati akal apa lagi yang perlu dilakukan untuk memenuhi kehidupan ini.

Sedarlah...

Kosong kerana dahagakan pengisian.

Kosong kerana ada yang menanti rintihanmu,

Allah mengujimu dengan perasaan begitu,

supaya hanya kepada Allah akhirnya tempat kembali.

Kembali menyerah diri,

kembali bermunajat padaNya,

kembali menyuburkan jiwa dengan majlis-majlis ilmu,

kembali bersama orang-orang soleh.

Satu ketika Allah hadirkan ujian yang sangat memberi kesan kepada kita.

Ujian itu pastinya pada titik kelemahan kita.

Dan berjaga-jagalah bilamana ujian itu melibatkan HATI.

Kerana hati raja buat diri kita. Andai hati itu gelap, maka gelaplah pandangan kita.

Andai tidak dijaga dengan zikrullah

Bagaimana khusyu' kita dalam solat

Bagaimana ibadah kita kepada Allah,

Ibadah yang bagaimana kita persembahkan dihadapan Allah?

Didiklah hati itu,

Agar tidak mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan, musuh ketat bagi umat Islam.

Kerana tipu daya syaitan sangat halus. Sampai satu tahap tak perasan dengan tipu daya tersebut.

Tak mampu sendiri,

Mintalah nasihat, mintalah ingatan daripada mereka yang mampu memimpin menuju syurga.

Allah sentiasa bersama. Doa jangan tinggal.

Kembali.

Jangan biar berlalu jauh, jangan biar hati terus parah berdarah.

Takut luka semakin dalam, meninggalkan kesan parut yang berpanjangan.

Pesan hati buat hati.

Beri pesan buat hati sendiri, agar bila perkara sama menimpa,

Kita punya pesanan sendiri untuk dijadikan ingatan buat hati.

'La Tahzan, Innallaha Ma'anaa'


No comments :

Post a Comment