PENGHARAP REDHA NYA
Semoga segala yang tercatat memberi manfaat.
Coretan dari hati untuk hati

Dia dalam Mujahadah

No comments


Dia dalam Mujahadah.

Lumrahnya sebuah kehidupan, kadang kau diatas, kadang kau dibawah.

Kadang semangat kau membara, kadang jiwa kau lemah semakin layu.

Biar sederas mana air mata kau jatuh berderai, mana mampu untuk kau lari dari hakikat ini.

Biar perit batin kau menangung semua ini, itu sunnatullah.

Maka kau harus bagaimana?

Seorang muslim itu, terus tersenyum walau pada hentaman pertama.

Kerana yakinnya dia pada janji Allah, menanti hikmah yang pastikan hadir.

Biar rasa sakit itu datang, kerana kau manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Namun, kumpullah semangat kau untuk terus melangkah, bukan diam membatu dengan hati terus membatu.

Ujian itu akan datang silih berganti tanpa henti.

Datangnya tanpa diundang, namun sentiasa menguatkan, menyedarkan dan menambah keimanan.

Walau kau tahu, ingatkanlah hati saat semasa ujian itu menimpa.

Takut-takut kau lupa lalu melupakan semua kerana sakit yang perit.

Lazimi kalimah Nya dilidah mu, lazimi kalamNya dijiwa mu.

Tiada kuasa seorang manusia tanpa Allah yang memberi.

Minta hanya pada Allah, kerana Dia lebih memahami.

Kuatlah, kau mampu.



Dia dalam Mujahadah.

Dengan pagar hati yang terkunci kemas dengan mangga yang tak akan terbuka sebelum masanya.

Dia bukan insan hebat, bukan juga sempurna dari kekurangan.

Namun dia tak lupa untuk cuba menjadi seseorang yang berusaha mendapat cinta dari Allah.

Dia usaha untuk terus kuat walau kaki makin melemah.

Doakan dia. =)

No comments :

Post a Comment